Kebetulan aku balik mesia aritu, time balik mesia bulan 10, time balik jepun bulan 11. Jadi aku dapat lah baca majalah airasia dalam flight tu untuk edisi bulan 10 dan 11. Apa ke nama majalah tu ek? inflight ke? Eh lupa lah. Dalam majalah tu ada satu artikel tulisan seorang kapten ni tentang pengalaman dia dalam penerbangan. Apa tah nama dia, tapi ciner la. Dia ada website, pun aku dah lupa apa.
Dalam majalah yang aku baca tu ada dia cerita pasal awan2 ni tapi aku malas la nak ambik tau. Setakat baca gitu je lah. Bila hari ni tengok kapten nik terangkan pasal awan kumulonimbus ke hape tah tu, baru lah rasa macam pernah dengar jek. Menarik jugak lah benda tu untuk diketahui. Macam kes yang lepas la. Time zaman belajo dulu, takde pasal aku nak ambik port pasal transponder ke haper. Tapi lepas kes pertama tu, semua orang pon dah jadi pakar in transponder hehe. Pas ni jadi pakar kaji cuaca pulak ye. Meteorologist gitu. Ada sorang kawan sekelas nihongo aku keje ngan meteorologi negara dia. Tiba2.
Pastu korang pernah dengar tak orang cakap, sesuatu kejadian tu, selalu berlaku 3 kali berturut2 sebelum berhenti? Macam kes katebang ni, sekarang dah masuk kes ketiga. Mintak2 takde lah berlaku lagi dalam masa terdekat ni kan. Teringat aku masa kes pertama, seseorang yang diinterview kat tv ada cakap, perkara2 macam ni selalunya takkan berlaku lagi dalam masa terdekat. Ye lah, bila semorang masa tu takut nak naik katebang, dia cakap lah camtu. Nak sedapkan hati. Eh, boleh ke cakap benda camni ek? Kang jatuh syirik ke khurafat la pulak. Na'uzubillah. Astaghfirullahal'azim.
Walau bagaimana pun, seperti kata kapten nik tu, sekarang dah tiba masanya untuk derang menggunakan teknologi real-time reporting tu. Takyah bergantung harap pada kotak oren tu lagi dah. Kotak tu perlu, tapi sebagai support la kot. Kalau pilot boleh berhubung dengan atc masa kat atas, kenapa cakap2 pilot tu jugak tak boleh dirakam kat bawah ni kan? Teknologi tu dah ada, tinggal syarikat penerbangan je lah kot. Mampu ke tak nak beli pakej tu. Macam ko beli kete la kan. nak beli full spec ke standard jek. Tenet pun sekarang boleh dapat signal dari dalam katebang kan...
Wednesday, 31 December 2014
Ketiga
Hasil karya AyunasiA pada 10:56 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
Huhu dulu masa memula msk keje training primary course 3bulan ade 13 subjek sume teori n ade peksa markah lulus 70persen.. Salah satunye adelah meteorology tulah pening btl blaja awan2 nano ni mcm2 keadaan cuaca yg kalau kt xblaja mmg kt tak sangka ada.. N mmg satu halangan plg besar utk katerbang adelah cuaca..
Post a Comment