Wednesday, 31 December 2014

Rombongan Cik Kiah I : Nagoya-jo


Hari Ahad tu, selepas paginya bersenang lenang anak beranak, petangnya kami keluar ke Nagoya Castle. Sebenarnya kalau pergi ke mana2 pun kat jepun ni, akan ada castle. Sebab dulu2 kan derang ada pemerintahan beraja. Yang emperor2 tu lah. Aku pun tak tau ke mana pergi semua keturunan raja kat setiap  negeri derang ni tah. Yang aku tau sekarang ada sorang maharaja kot. Eh, yang akiko tu permaisuri ke eh? Eh tak kosser lak aku nak menggugel. Yang pasti derang ada sorang princess nama kako yang berumur 20 tahun hehe.

Okeh, nagoya castle ni kira castle utama ar kat sini. Ada beberapa lagi yang kelihatan tapi macam bukan pusat perlancongan kot. Eh, ke derang masih duduk dalam castle2 tu ek? Macam istana baru kat mesia tu. Kan istana lama dah jadi tempat pelancongan ek? Whatever.

Tempat ni cantik time musim sakura katanya. Tapi time autumn ni pun ada jer momiji yang sedang memerah. Cuma time kami pergi tu dia dah nak tutup dan dah nak malam. Maka kelam kabut jugak lah. Tak dapat nak menikmati keindahan sangat. So, ini je lah gambo yang sempat aku rakam kan. 

Peta kawasan. Yang merah2 tu ditutup for renovation.



































Balik tu kami solat maghrib di masjid nagoya. Kendian bawak derang gi makan sushi. pil tak makan nasik nya jer. Budak2 tu je yang makan. Tu pun macam kami la. Makan yang grilled jek. Merasa lah jugak kaklongain berasap termakan wasabi. Aku tak perasan dia taruk sebungkus tu sekali makan. Amekkaw! Merah padam muka hihihi.

Itu lah sekali kami bawak derang makan kat luar. Ramai kan. Kalau 2-3 orang takpe ar lagi kan. Eh, tapi kalau korang nak datang ramai2 boleh je aku bawak makan luar. Bayar sendiri la tapi hihi.

0 komen: