Penerbangan pulang kami ialah pada hari Sabtu 8hb November. Tapi pukul 12.45 malam. So, technically hari jumaat lah kami balik sebenarnya. Hari khamis tu kami dah bergerak ke kl. Kami tu termasuk pil dan sil. 5 orang. Serta luggage kami yang dah beranak. Kereta proton saga. Macamana tu? Haaa semorang ada benda di kaki masing2. Cramp kaki ok...
Sebelum tu singgah papan timur beli kerepek dulu. Macam nak beli semua! Tapi aku beli kerepek pedas jek la. Dah cukup berat beg tu.
Semua pun nampak sedappp. |
Tak terus ke kl, kami singgah di muo dulu. Aritu tak dapat jumpa nenek sebab nenek tak ikut datang. Sekarang nenek duduk dengan maklong. Sejak busu meninggal dunia, sebelum puasa aritu. Sebelum sampai rumah maklong, fil ajak minum cendol. Tak puas hati agaknya selagi tak tengok aku minum cendol depan mata hihi.
Sedap cendol ni. |
Makan mee rebus juga. Pon sedap jugak! |
Encik suami makan rojak. Walah walah... |
Sebelum maghrib kami beransur meneruskan perjalanan. Dah makan nasi siap2 kat rumah maklong. Konon tak lapar, sekali bertambah jugak. Asam pedas kot!
Besok tu kami pergi kpf. Nak uruskan akaun BIL1. Sementara lelaki2 solat jumaat kat utm, kami pompuan2 ni cuci mata ler kat luar kpf tu. Hari jumaat memang ada jual2 ala pasar kat situ. Aku terbeli tudung kat situ. Pastu terjumpa ayam unclebob pulak. Walahhh dapat jugak merasa. Ingat dah tak dapat dah. Aritu masa pergi pasar malam taman u tak beli sebab dah banyak sangat makanan. Takut tak terhabis. Memang rezeki lah ni namanya.
kpf dah pindah ke bangunan utama. Derang dah pindah menara kan. |
Sekarang ni dah tak boleh tambah saham sesuka hati macam dulu. Sejak penjualan saham kpf kepada fgv, kpf menghadkan pembelian saham baru supaya dia boleh maintain dividen 10% ke atas. Kalau nak beli saham baru, kita kena apply dan akan queue. Dah lulus baru boleh beli. Itu pun dia bagi tempoh sebulan. Kalau tak beli dalam tempoh tu, dia bagi giliran kat orang lain la pulak. Ramai je orang jual balik saham kan. So, masih ada la peluang nak beli. Ni pun aku sempat apply sikit. Tah dapat ke tak tah. Tunggu je lah. Btw, dividen + bonus tahun lepas 15%.
Malam tu kami bergerak dari rumah lepas isyak. Pasni dah tau lah, dari malaysia, dia tak kisah sangat berat hand luggage. Masa kat chubu aritu dia siap timbang hand luggage kami. So, aku sumbat lah selagi boleh dalam hand luggage tu hihi.
Masuk2, gate belum bukak lagi. Lama jugak delay. Dekat sejam kot. Masa menunggu tu, ada satu group budak2 indon ni macam kalut sikit. Student rasanya. Kalau ikut pemahaman aku, derang ni dari indon, transit kat situ. Ada beberapa budak senior dan 2 orang budak junior. Masa transit tu, 2 orang budak junior ni dah ter check out lalu tersesat. Pas dah settle tu, abang senior ni cakap lah (lebih kurang cenggini)..
'Aku bukan suka2 nak marah2, tapi ni sebagai pengajaran. Kalau transit jangan keluar dari bandara bla bla bla...'
Hehehe. Berpeluh2 aku tengok budak berdua tu. Kesian pulak. Sibbaik flight delay, kan...
Baju yang sama masa balik aritu hehe. |
Satu yang best tentang flight malam ialah boleh tido tanpa risau jetlag. Hehe sejam je pun, jetlag ke? Tapi aku tak terus tido. Teringat mh370 huhuhu. Kan waktu perjalanan dia sama kan. Agak2 dah lepas ho chi minh baru boleh tido hahaha. Tak kelako.
Tapi yang tak best nya pulak ialah terlupa la pulak, dah malam2, buat apa order makan? Dahhh terpaksa makan nasi lemak kul 3 pagi. Eh, takde saper paksa pun. Boleh jer tapau bawak balik.
Berbaloi la beli nasi lemak ni. Siap dengan kek ceklat, air epal dan air mineral. Sedap pun sedap. Cuma telur dia macam telur tiruan. |
Dah nak sampai... Gunung ganang jepun. |
Alhamdulillah... selamat. Kalau boleh takmo dah naik flight sampailah balik for good nanti. Tak suka perasaan naik katebang. Gayat! |
Baru je dapat balik 1 jam yang hilang masa datang dulu, dah terpaksa hilangkan lagi 1 jam dalam hidup. Betul tak? Cer pikir...
Sebelum turun dari katebang ni, fa dia buat enonsemen ucapan happy birthday kat sorang penumpang kat seat 10A ni dan memasang lagu birthday sekuat2nya kat dalam tu. Ooo maknanya dia memang ada standby la lagu besdei kot ek. Pastu semorang tepuk tangan hihihi.
Kepulangan kami dijemput oleh ajak. Sampai nagoya, suasana ala2 hening gitu. Memang la hening, sabtu pagi kot!
Sekian cerita balik mesia saya.
2 komen:
Pasni cite family Malaysia dtg Nagoya plak..
tengah mengarang cite ni ha.
Post a Comment