Aduhai... banyak nya rintangan nak mengupdate blog ni. Bizi bebenor ke gamaknya? Bukan bizi apa pun. Cuma sayang nak keluarkan jari jemari ni dari dalam sarung tangan. Kalau sarung tangan kain tu boleh lah lagi nak mengetik keyboard ni. Ni sarung tangan yang orang wat main snow tu. Pulak tu aku sendiri yang memandai buat peraturan dalam rumah ni. Bukak heater selepas pukul 9 malam. Tapi bila dah pukul 9 malam, rasa rugi pulak bukak heater tapi duk sorang2. Tunggu berdua lah. Tunggu punya tunggu, dah mengantuk. Bila mata dah nak tertutup, baru lah orang kedua tersebut balik. Dah duduk dalam gebor nak buat apa pakai heater lagi, kan. Kalau boleh sepanjang masa nak dok dalam selimut, takmo tanggal (nak kaitkan dengan lagu selimut tetangga hihi). Ok, itu lah alasan untuk tidak mengupdate atau update macam sembelit.
Oh, dan satu lagi benda yang membuat aku bizi ialah aktiviti menjahit. Sejak aku menawarkan perkhidmatan ini kepada rakyat mesia di nagoya ni, bukan sahaja aku sibuk menjahit, tetapi rumah ku juga jadi berantakan kerananya. Bila dah potong kain, malas betul nak kemas balik. Kang kemas sekejap dah bersepah balik. Selagi tak siap aku bior je dia bersepah. Pastu benang bersepah2 sampai naik ke rambut! Tetiba tumbuh rambut kaler pink! Tapi takde lah banyak pun tempahan yang aku terima. Aku pun jahit santai2 jek. Sambil menjahit pun sempat tengok drama. Hah! Itu satu lagi. Asik tengok drama jek, sampai blog pun terabai. Maklum lah, tengok drama pun kat laptop ni jugak kan.
Ok, habis mukadimah yang tah apa2 tah tu.
Korang ok?
Ya, soalan tu sebagai introduction cerita kali ini.
Sebenarnya pada 17-29 November yang lalu, kami telah dikunjungi oleh keluarga dari Malaysia yang terdiri daripada PIL, 3 orang SIL dan seorang anak sedara (in law... ada ke?). Derang beli tiket time promosi merdeka itu hari. Purata sorang kurang rm1k pergi balik. Derang tu bukan orang lain pun. Encik suami jugak. Beliau beli tiket untuk 4 orang, 2 orang lagi bil yang bayo kan.
Mereka sampai di sini pada petang isnin, dijemput oleh encik suami seorang diri. Aku tak ikut pergi jemput kat epot sebab tak muat kete. Ye lah, orang je dah 7 orang. Barangnya lagi? Dah lah aku balik aritu dah tinggalkan sekotak barang2 dapo. Sikit je yang dapat aku bawak balik sendiri aritu.
Besok nya hari selasa, kami terus ke otsukaya. Survey2 dulu katanya. Dari sana kami terus ke bookoff minato. Sakit pinggang aku menunggu derang menyoping. Besoknya kami pergi ke korankei. Ingat lagi korankei, tempat yang ada pokok2 warna merah yang aku pergi tahun lepas tu? Kali ni kami parking kat seberang sungai tu sebab dah termasuk jalan lain. Nak elak jem punya pasal. Tapi sama je la. Cuma takyah layan jem jek. Aku dengar cite kawan2 indonesia yang pergi weekend tu tersangkut kat jem berejam2. Okeh, layan gambo je lah. Malas pulak nak stori mori.
|
Pemandangan dari seberang sungai. |
|
Daun2 momiji dah merah betul. Dah kecut2 dan mula gugur. |
|
Fil dan anak buah. |
|
Anak2 dara dan cucu pak asim dah sampai jepun! |
|
Cantik payung tu. |
|
Bersama encik suami. |
|
My pil. |
|
Paddlepop. |
|
Nak menyeberangi jambatan tu. |
|
Pokok daun kuning pun dah gugur. |
|
Nyum! |
|
Tunggu yang lain. |
|
Belum cukup. |
|
Ok, dah cukup. |
|
Family pak asim. |
|
Makan keledek bakar. |
|
Weols. |
|
Makan nasi lemak. |
|
Anak emak dan emak. |
|
Ada tempat parking jugak depan sikit dari tempat parking kami. Seberang sungai jugak. |
|
Family photo. |
|
Entiti. |
Sekian.
9 komen:
comey2 gak cucu2 pak ashim, menantu dia memanglah comel dah macam jepun dah. bila tengok muka awak tingat citer Oshin masa kecik2 pipi kembung merah time dalam salji.
masa November camni pukul berapa gelap?
plan one day nak pi time autumn pulak sbb cantik sangat pokok2 tu. Tapi ntah bilalah nak pi. Calling for JICA.))
Sorang je cucunya, yang lain anak2nya.
Tak perasan pulak pipi oshin yang merah tu. Muka oshin pun dah lupa.
Pukul 5 petang.
Siap pakai gloves camno nk wat keje nye haha.. Bagus tul msti sket je kan bil gas.. Ktorang berbelas jgk la last month.. Kekdg xmo bukak heater tp katang si fathi pepandai tkn sndiri pastu duduk dpn heater.. Xtahan sejuk gak rupenye die huhu
Azira: berbelas??? tido pakai heater gak ke? kt tak pakai heater gas. bil baru ni 6k+, dabel dari biasa sebab femli dtg aritu. logik la sebab banyak masak & mandi air panas. pakai ekon ngan toyu pun bil letrik masih 3k+ gitu. lebih kurang time summer jer. minyak tanah je la kot setong tu 1.8k+ tahan sebulan. rasanya pakai ekon kot yang paling jimat.
sebenarnya tak selesa dengan panas dari heater.
Tido xpakai.. Tp siang mlm mmg on off la heater tu.. Mmg klu dok dkt2 heater tu panas sgt.. Tp fathi suke sgt dok dpn heater huhu.. Maybe sbb masak pun byk kali.. Mandi pun extra lama nk tunggu air tu panas dulu.. Basuh tgn basuh pinggan hahaha..
Generally I don't read post on blogs, buut I wish to say
that this write-up very compelled mme to take
a look at and do so! Your writing style has been surprised me.
Thanks, quite great article.
Thanks for the good writeup. It in fact
used to be a entertainment account it. Glance complex to far
added agreeable from you! However, how could we keep in touch?
Admiring the dedication you put into your blog and detailed information you provide.
It's good to come accross a blog every once in a while that
isn't the same outdated rehashed material. Fantastic read!
I've bookmarked yyour site and I'm incluing your RSS feeds to
my Google account.
Keep on writing, great job!
Post a Comment