BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 31 December 2014

Rombongan Cik Kiah I : Chikurin di Arashiyama


Dah sampai di Arashiyama, jem. Jalan atas jambatan ditutup dari arah kami datang. Pusing2 cari parking, semua penuh. Last2 berenti kat lawson. Ada banyak parking kat sebelah dia. Tak tau saper punya parking. Ada nombor biasanya parking individu. Tapi tengok banyak je kete dari luar park kat situ. Kami pun selamba park kat situ  juga hehe. Terjumpa pulak dengan kawan dari nagoya. Kawan baru, tak kenal sangat pun. Dari lawson tu kena berjalan sikit nak ke hutan buluh. Kali ni masuk ikut arah bertentangan. Sempat lah sorang sil terpisah dari kitorang. Kalut sekejap. Dah lah dalam hutan buluh kan. Kang kena sorok puteri buluh betong pulak huhu. Tapi sampai sekarang aku masih tak jumpa kat celah mana stesen romantic train. Konon nak lah jugak merasa naik train tu sambil menyaksikan keindahan daun warna warni di tepi sungai arashiyama tu. Tapi non ado. Maka berjalan tengok buluh lagi la nampaknya. Kami kat sini sampai maghrib. Manusia tersangat lah ramainya. Memang tak dapat lah nak bergambar sensorang tanpa orang lain enterframe.


Gaya dah macam tourist dah.


Cop!

Dah menyerbu manusia.


Kat dalam ni ada banyak temple, tapi semua kena bayar kalau nak masuk. Selalunya ada taman jepun kat dalam. Cantik2. 

Ambik gambar dari luar je lah. Tapi rasanya memang cantik pun kat dalam tu.



Bergambar ngan awek jepun.

Depa pulak yang teruja lebih,


















Dah gelap, kami berjalan ke kimono path pula. Sambil2 beli souvenir. Suka sebab jumpa fridge magnet yang comel.

















Pastu kengkonon nak pergi ke fushimi-inari yang ada torii gate berderet2 tu. Sekali dah tutup. Maka, terus lah balik. Dalam kereta semua pengsan. Kecuali driver la kan. Oh, kami pergi ni pinjam kereta mpv budak2 pompuan. Kononnya lagi luas, lagi selesa la kan. Tapi rupanya selesa tang kaki je. Sebab seat tengah dia jenis untuk 2 orang. So, bila duduk 3 orang terpaksa berhimpit.

Abis.


1 komen:

Shila said...

huhu..bestnye..aritu nak ke tempat buluh2 tu tapi tak sempat..pegi fushimi inari je...huhu..tah bila la pulak dpt pegi