Mungkin aku bukan orang yang tepat untuk menceritakan kisah ini sebab aku tak berada di tempat diorang. Tapi, boleh lah jugak nak cerita sebab aku pun termasuk dalam ini cerita, cuma berada di tempat yang lain.
Plan nak main snow ni dibuat di luar pengetahuan aku. Aku tau pun dah hari khamis gitu. Nama tempat tu ialah Hirugano-Kogen. Sebuah ski & snowboard resort yang terletak di Gifu, lebih kurang sejam setengah perjalanan dari Nagoya. Gifu ni kawasan bergunung-ganang dan sejuk. Tahun lepas encik suami dah pergi main snowboard dekat2 dengan tempat ni. Aku tak ikut sebab masa tu hampir semua wife tak boleh join. Zira ngan my menunggu hari nak bersalin, sementara An pulak balik mesia. So, diorang pergi geng lelaki je lah. Tempat yang derang pergi tu katanya memang sesuai untuk snowboarding ngan skiing, tak berapa sesuai untuk femli. Entah aku pun tak tau.
Kami bertolak dari Yamate-biru lebih kurang pukul 9.30 pagi. Sepatutnya pukul 9 pagi. Aku lah yang lambat tu huhuhu. Malam tu balik dari tadarus dah pukul 11 lebih. Kendian aku terus masak untuk bawak gi main snow ni. Tido pun dah pukul 1 lebih. Bangun2, encik suami ajak masak. Dia tak tau aku dah siap masak sebenarnya. Tapi aku plan nak masak nasi goreng pagi tu, tapi dah lambat, tak jadi lah.
Sampai di sebuah RnR, kami berhenti dan makan. Takde dalam plan pun nak makan kat situ. Tapi, macam Allah swt dah bagi signal gitu kan. Kami pun makan. Dengan bersungguh2. Kononnya sampai2 nanti boleh terus main. Tapi tak semua keluar makanan. Reserve sikit untuk makan kat sana nanti.
|
Berhenti sarap di RnR. |
|
Ada hikmahnya tersembunyi rupanya. |
Sebaik kami meneruskan perjalanan, mula nampak pokok2 atas gunung di kejauhan dah memutih dilitupi salji. Tak lama kemudian, yuki mula turun di tengah jalan. Mula2 ala2 gerimis jer. Snow flakes halus2 jer macam kat Nagoya. Aku pun tanya encik suami, ok ke kita pakai tayar biasa je ni? Beliau kata, ok. Tapi, makin lama, yuki semakin lebat dan besar2. Permukaan jalan masih nampak lagi, walau pun tepi jalan dan pembahagi jalan dah dilitupi salji. Cuma dah terasa lah jalan tu menggerutu bila dilalui. Macam jalan berbatu. Air batu. Tapi kami follow je belakang kereta lain supaya kereta tu buat laluan tayar untuk kereta kami. Masa ni kereta kami leading sebab kami sekali dengan Saibah dan Azhar yang baru pergi ke tempat tu hari selasa lepas, tapi tempat tu belum bukak. Hari jumaat semalam baru dia mula buka. So, derang ingat lah jalan sikit2.
|
Gerimis yuki. |
Semakin dekat, yuki semakin lebat dan semakin tebal di permukaan jalan. Kira kete bergerak atas snow la. Ikutkan memang bahaya lah memandu dengan tayar biasa sebab licin. Tapi encik suami bawak slow macam siput jer, ok lah. Pegang stereng pun macam baru masuk kelas memandu hihi.
|
Kiri kanan highway dah macam ni. Macam efek sketch art kat photo editor kan? |
Akhirnya kami selamat keluar dari highway. Tapi belum tentu selamat nak jalan kat jalan biasa. Dah lah hari sabtu, kawasan ala2 kampung, macam takde orang lain selain kami yang atas jalan tu. Tak lama selepas keluar dari highway, kami mendapat info yang kereta gg tersangkut tak jauh dari toll gate. Tengok belakang, ada kete kami dengan kete apisbakar jek. Kete apisbakar tayar winter. Kete gg belakang dia. Pastu semua kereta ikut tersangkut. Antara 4 kete yang sangkut tu, kete apisnoh je yang tayar winter.
|
Keadaan jalan selepas keluar highway. Snow tebal! Ni pun bajak baru lepas sodok. |
Selepas mendapat info tu, kami tetap meneruskan perjalanan. Teori pilot dan co-pilot kami, kalau kete berhenti, ada possibility tayar akan terbenam sebab snow tu kan lembut. So, kena keep moving supaya berat kereta tak sempat diserap oleh snow. Gitu. Macam pengalaman 20 tahun duduk Gifu kan... Moving2 pun, 5km/jam je kot. Siput pun boleh motong hihihi.
Dan akhirnya kami pun selamat sampai ke destinasi. Oleh kerana tempat tu baru je bukak, so hari tu dia bagi free parking. Sepatutnya kena 1000 yen. Dah sampai tu, kami pun masuk ke locker room dia. Agak selesa lah tempat tu sebab ada bilik persalinan yang luas dan nursing room yang luas jugak. Toilet pun jenis washlet. Kami solat kat nursing room tu je.
|
Locker ada banyak saiz. Caj nya antara 200-700 yen. |
|
Nursing room yang sangat selesa. Karpet dia lembut haha. |
|
Nursing room. |
|
Bilik persalinan. |
|
Bilik persalinan dia macam fitting room kat shopping mall, ada karpet jugak. |
|
Bersih pun bersih. |
|
Banyak je locker dia. Ada 6-7 stesen macam ni. |
Dah siap pengurusan diri sumer, ada satu masaelah pulak. Baju2 ngan equipment nak bersnowboarding ada dalam kete gg yang tersangkut tu. Caner tuh? Tak ke maknanya kena tunggu derang jugak? Setakat nak main2 campak2 snow boleh lah lagi. Tapi still rasa tak seronok sebab tak cukup corum.
Kat sana pulak, dalam dok mengorek snow, memasang rantai tayar, tetiba kereta harapan nusa dan bangsa iaitu kereta apisnoh pulak ke'kong'an betri. Macam2. Tak lama pastu encik suami gi ke lokasi kejadian dan menjadi wonderpet. Kononnya nak membawa budak2 je. Sekali semua pun ikut sekali. Ada yang tukar tayar, ada yang sarung rantai. Sementara fazly pulak patah balik rumah. Bila sampai semuanya, dah pukul 4 petang. Baru tau yang tempat tu tutup pukul 4.30 petang. Maka takde lah aktiviti snowboarding di situ. Sempat tangkap gambar jer.
|
Ni masa baru2 sampai. Salji masih turun tanpa henti. |
|
Suhu kat situ -1 degree celcius. Mau tak sejuk! |
|
First time pergi ke tempt snow camni. Dulu kat beijing salji tiruan jek. Tak sejuk pun. |
|
Tak tau berapa bayaran nak masuk tempat snowboarding ni. Kiterang main kat tepi2 tu je. Free untuk hari tu. |
|
Ni area belajar snowboarding untuk kanak2 sebenarnya. |
|
Syok nyer baring atas salji ni... lembut jek. |
|
Us. |
|
Geng kandas. Cemana la derang tukar tayar tengah2 snow yang sedang turun tu. Gigilll. |
|
Kenapa aku sorang je yang berhidung merah ek? Kulit jenis apakah ini? |
|
Sejukkk. |
|
Cantik sangat rumah biru tu. |
|
Waaa... main baling2 salji pula... |
|
Adoi! |
|
Mo ichi do. |
|
Aaaaaa... |
|
Baby fuyu, haifa. Tahun lepas lahir time winter camni lah. |
|
Tak lompat pon? |
|
Tak serentak. |
|
Tambah sirap ngan susu sedap ni. |
|
Kalau tertimbus ni memang tak jumpa kot. |
|
Jom lompat! Satu. |
|
Dua. |
|
Ti. |
|
Ga! Tengok budak kecik kat sebelah tu. Dia dah lompat dulu! |
|
Dalam gambar lompat kat atas tadi pun ada arissa rupanya. Sabo je lah. |
|
Gedebush! |
|
Hilang dah. |
|
Meidai no kazoku. |
|
Ok, dah kena halau pun. Sila la keluar. |
Lepas solat maghrib-isyak semua, baru lah kami makan. Semua makanan dah sejuk. Bukan sejuk, dingin. Tapi dah lapar, licin jer sumer. Lepas makan, lelaki2 menukar tayar kereta kami pulak. Tukar tayar depan dengan tayar winter apisnoh. Sampai melecur tangan kesejukan.
Dari sana, kami terus menuju pulang. Singgah 2 kali kat rnr. Sampai nagoya, terus lepak makan kat grazie garden pulak. Sambil pre-post-mortem. Malam semalam baru betul2 post-mortem. Banyak pelajaran yang diperolehi daripada kejadian2 pada hari itu. Tapi apa yang paling penting?
Kerjasama!
|
Tata! Next time boleh pergi lagi. Winter masih panjang. |
Ada berita pasal snow lebat pada hari tersebut...
BACA.
1 komen:
bestnya main salji...
Post a Comment