BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 8 December 2014

Perlawanan Akhir OPPO Piala Malaysia 2014: JDT vs Pahang

Baru ku tau yang OPPO tu rupanya brand henpon hahaha.



1 November 2014 (Sabtu)

Nak jugak cerita pasal bola walau pun kalah hehe. Kalau aku tak cerita, sape lagi nak cerita? Memang takde lah. Tengok kat fb je dah tau. Besok tu langsung takde orang saper yang citer pasal ni.

Pagi tu lebih kurang pukul 9, kami pun bergerak ke kl. Kami termasuk family abang anas, nana dan ulin. Dari semenchu abang anas drive. Lepas machap ganti encik suami. Oh, lupa nak citer. Kami naik AH! Pastu masuk tol yongpeng, nak gi makan nasi beriani. Dari asalnya nak makan kat yong peng jek, sekali end up makan nasi beriani matbond. Aku suka jek! Dari situ keluar tol pagoh pulak.

Dah tak heran sangat nak makan beriani sebab dah geti masak sendiri hihi.

Sampai balakong pukul 4 lebih. Rehat sekejap dan kami terus ke bukit jalil. Park kete kat tbs. Mula ingat nak parking kat tempat yang betul, sekali tengok banyak je kete parking kat tepi2, kami pon join sekaki. Tapi bukan tepi highway la... kat dalam tempat parking bas2, depan stesen minyak dalam kawasan tbs jugak. Hujan time tu. Kami siap bawak baju hujan lagik.

Turun2 je dari kete, ada orang tegur aku, tanya pukul berapa bola habis. Mamat chinese. Rupanya dia pun park kete kat situ nak pegi konsert apatah dekat2 bukit jalil tu. Dia takut balik2 tengok kete dia je yang tinggal kat situ.

Kat tbs, ramai sangat maknusia. Beratur pun panjang untuk beli tiket. Sibbaik kami dah bawak touch n go siap2 sorang satu. Tapi rasa syok ar perasaan time tu. Ini lah suasana yang aku terlepas gara2 pergi buat wim oil and gas kat kk masa final fa cup dulu hihi.

Masa kat tbs jugak lah aku terdengar somebody ni telefon family dia suh tunggu kat mana2 kat luar stadium tu. Pastu baru lah teringat yang signal telefon takde kat dalam stadium. Kononnya kami dah mintak tolong ijan copkan tempat duduk. Dah tu, nak carik dia cemana kalo dah takde telefon. Sudahnya, kami main redah je. Ikut nasib la dapat duduk kat mana pun. Untung dapat duduk.

Sampai kat stesen bukit jalil, hujan dah berenti. Ke memang tak hujan tah. Meriah sungguh la.

Itu je jersi yang tinggal kat mesia. Ala2 ketinggalan zaman gitu.

Dah pukul 5 lebih, masih ramai yang tak masuk lagi. Kering je kan? Memang tak hujan la kot.


Masuk2 je stadium, tak nampak harapan ada tempat duduk dah. Tempat duduk dia pulak jenis jalan mati, takleh nak survey2. Dah termasuk kat satu lorong, susah nak patah balik. Ingat nak duduk kat tangga jek. Sekali tu, polis bukak tempat duduk yang bersempadan dengan team pahang. Menderu semorang kat situ. Encik suami pun mencuba nasib sama. Yang bagusnya tempat duduk ni kira tempat 'orang2 yang tak berharap dapat duduk, tetapi tiba2 dapat duduk', gitu. So, takde lah kes2 cop2 kan kawan ke hape. Kalau tempat lain osah lah nak tanya, ada orang ke? kosong ke? kat tempat2 kosong. Maka, dapat lah kami duduk dengan selesanya. Selesa sebab betul2 kat tengah uolsss... Mana nak dapat tempat best camni? Cuma kena tahan je lah sebab penyokong pahang duduk sebelah ko je hahaha. No hal la.

Dari tempat duduk. Tiang tu sempadan johor-pahang. Umpama sungai endau la tu haha.






Peneman ku petang itu. Rasanya ini sejarah paling lama aku menunggu bola start.


Rasa macam duduk grand stand! Memang terbaik ar.


Warm up. Tapi aku rasa macam tak best sebab tak familiar dengan semua player, especially yang import. Padahal tiap2 kali pun tengok kat tv. Tak sama rupanya.

Pray for mh.

First half.
Akhirnya game berakhir dengan pahang menang melalui sepakan penalti apabila muhamadyo gagal  menyudahkan sepakan penaltinya dengan sempurna. Ceh!

Dan kami pun pulang dengan rasa kecewa. Tapi takde lah sedih sangat pun. Seronok je dapat tengok final kat stadium. Kalah menang pun tak kisah sangat. Masa balik, sesak teruk masa nak ke stesen lrt. Mula2 kami dah bersesak2 kat satu crowd ni, sekali rupanya tersalah jalan. Tak pepasal kena sumpah sebab melawan arus nak patah balik hahaha. Dah lah aku ni rendang, rasa tak bernapas je masa bersesak2 tu. Sampai rumah, mandi2 dan terus tido.

Kesimpulannya, seronok! Tah apa yang aku seronokkan tah. Kalah pun seronok ke? Tah, macam puas hati gitu hehe. Jumpa lagi di musim depan!



1 komen:

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur