Friday, 5 December 2014

Kejutan 2 Kali


Sambungan entry sebelum ini.

Oh ha... ni lah nasi rendang yang aku makan dalam flight aritu. Sedap. Rendangnya.

Recommended!

Oh mamee rupanya. RM8 bukan rm5. Itu pun takde yang laksa ni. Ada yang sayur jek.
Penutup entry sebelum ini.

********************************************************************************

Entry hari ini.

Tak cukup dengan berita kejutan di jepun, aku dikejutkan pula dengan dua kejutan sidekick. Sampai2 je kat semenchu, aku terpandangkan tv baru kat rumah tu. Wah! Dah beli tv besar nampaknya. Sekali sembang punya sembang, terkeluar lah cerita yang tv tu ialah tv dari rumah aku. Wow! Speechless aku di situ. Katanya, tv, kalau dah pernah hidup, lama tak hidup, nanti rosak. Ok, mungkin itu satu teori yang tak masuk dalam silibus telecommunication engineering IV. Itu kejutan pertama. Fikir positif, balik besok boleh beli tv teknologi terbaru, tercanggih dan terbesar.

Sambung cerita.

Sampai di rumah, tengah prepare nak buat kenduri tahlil malam ni. Malam semalam siap kebumi semua dan lepas isyak, so tak sempat nak buat tahlil bagai. Alhamdulillah, urusan jenazah semua diuruskan oleh pihak atm. Cuma pengkebumian je ikut kekdah orang kampung. Dapat 3 kali solat jenazah, termasuk sekali selepas solat jumaat di masjid kem sg. besi. Memang beruntung sangat! 

Meh aku citer sikit sinopsis kejadian sebenar. Osah percaya sangat berita sokabar.

Kisahnya, adik encik suami ni (BIL1) baru beli motor besar tu selepas hari raya haji. Sekitar 8hb oktober gitu. Aku bayangkan motor ala2 harley tu. Rupanya motor ala2 racing. Kawasaki 650cc. Lepas tu dia hantar motor tu masuk bengkel untuk tukar tayar. Motor 2nd kan. Tiga hari sebelum kejadian, beliau baru ambik motor tu keluar dari bengkel. Tu yang dalam berita cakap motor tu baru beli 3 hari kot.

Minggu tu juga, PIL pergi ke kl. Kebetulan pulak hari sabtu tu biras aku bersalin anak ketiga. So, PIL stay la lama sikit kat rumah dia. Tiap2 malam BIL1 ni akan datang rumah tu (BIL2) dari kem dan akan balik semula sebelum tengah malam sebab kena masuk kem sebelum 12 malam. 

Pada malam kejadian, malam jumaat kan, ada program tahlil kat kem. So, lepas tahlil, tak sempat makan, dia bergegas ke rumah BIL2. Kira dah pukul 11 lebih gitu lah. Selalu time2 gitu dia dah balik semula ke kem. Ni baru nak datang. Semorang dah nak tido time tu. Dapat jumpa MIL ngan sorang lagi BIL3 jek. Itu first time MIL nampak motor tu. Sekejap je kat situ, dia terus balik. Dalam perjalanan balik tu lah berlaku nya kejadian tersebut. Depan sapura. Ikut kan jarak rumah tu ke tempat kejadian tu lebih kurang 5 minit perjalanan je kot. Dah ajal dia kan. Innalillahi wa inna ilaihiroji'un. Sekian sinopsis.

Malam kenduri tahlil sambil2 tu ada bola la pulak. Semi final piala mesia jdt vs felda. Serba salah je nak bersorak kan... FIL dok sokong felda sebab kalau masuk final akan ada bas bawak pegi stadium. Kami sumer sokong jdt. Akhirnya jdt menang dan dapat masuk final. Yeay! Siapa sangka, kan. Tahun lepas aku pergi time semi final piala mesia jugak, tapi jdt tak dapat masuk final la. Tahun ni, tiba2 aku  balik time semi final dan kemungkinan besar dapat tengok final! Wohooo!

Hari ahad, kami pergi hantar kak zila balik pasir gudang. Pastu sempat pergi mydin. Dapat lah aku beli stok2 yang diperlukan. Best giler dah lama tak shopping tanpa berfikir panjang sangat. Fikir halal tak halal dan fikir mahal ke murah hehe.

Hari isnin pulak, baru lah aku balik eto5. Tinggal mak ngan abah jek. Farah dah keje kl pulak. Besok petang aku pergi menziarahi kubur mak. Satu benda yang aku tak sempat buat sebelum pergi jepun itu hari. Ini lah. 

Kering kontang je tanah perkuburan ni. Semua pokok2 besar dah ditebang. Ada 2 ekor kerbau. Saper punya tah.

Lepas maghrib, kami balik semenchu semula. Kononnya hari rabu nak hantar kak sha ke kl. Sekali tak jadi pulak. Hari rabu, kami balik parit raja pulak.

Dah takde papan tanda hijau pas dah. Ada projek fasa baru tamanwirajayayangbest. 

Fasa baru. Rege 240k tu. Giler mahal!

Eh, sebelum tu kami gi jb dulu, nak cari makan. Dapat makan mee rebus tulang z&z pulak. Kendian gi mydin lagi. Almost 80% barang dah beli. 

Mee rebus tulang z&z. Yummy!


Kendian baru ke parit raja. Sengaja lambat2 sebab nak terus pergi pasar malam taman u. Hari rabu weh! Ikutkan hati nak beli semua. Nasi ambeng akak smiling face, nasi lemak ayam bbq madu, nasi kerabu, nasi lemak puyuh berempah, tahu bakar. Tapi kami beli sebahagian je. Nasi lemak puyuh berempah, nasi kerabu, tongkeng bbq madu, tahu bakar, cendol manja, air honey dew. Nak beli air soya jugak, tapi aku cakap, nanti takde tempat nak simpan, peti ais tak hidup. Ehem.

Dah naik harga air bungkus. Dulu sume singgit. Tapi kuantiti pun sama naik, kira ok lah.

Kembung perut aku minum ini dengan cendol.

Cendol manja ni simple je rasa dia. Tu yang aku suka.

Lama tak nampak makcik nasi lemak puyuh goreng.

Gerai nasi kebiru,

Tak sempat nak makan nasi kerabu pasar malam pesta. Ini pun cukup lah.


Tahu bakar telur satu! 



Nasi lemak dengan puyuh saikong. Sambal lebih.

Sampai je depan rumah, aku tengok tong sampah swm ada kat luar. Eh, kenapa keluarkan tong sampah ni? Pastu aku nampak ada motor kat porch. 

Adik sapit duduk sini.

Itu kejutan kedua. Yang lebih mengejutkan dari segala kejutan2 yang ada seantero dunia. Masuk rumah, terus aku terjah dapo. Ada seketul dapur gas atas meja plastik. Ada periuk nasi kecik. Ada cerek elektrik. Ada bahan2 memasak segala. Mesin basuh dan peti ais on. 

Dia duduk sekejap jek. Ni pun dia tumpang rumah kawan.

Tapi tak nampak macam nak duduk sekejap pun? Kenapa ada dapo, periuk dan cerek? Baru beli pulak tu. Hergh!!! Stress!!!!!!!!!!!! 

Besoknya (khamis) tengahari kami ke bp untuk makan. Asam pedas generation. Oh, semalam kat pasar malam, makcik nasi lemak tanya kenapa lama tak nampak. Hari ni mamat chelsea asam pedas tu pun sama. Memang lah orang perasan kalau dah tetiap minggu datang, tetiba setahun tak muncul, kan... 

Macam biasa, kepala satu!

Lawan dia.

Tengok jek la sekarang ni.


Lepas makan asam pedas, kami gi aeonbig. Semata2 nak beli coolblog. Eh cop! Aku ada pergi kota la sebelum tu. Sebab ada beli coolblog kat kipmart kota. Tapi tak ingat lah hari apa. Tak kisah lah. Tapi rasanya coolblog kat aeonbig ni lah yang paling sedap sekali. Sedap as in ice nya diblend halus tetapi oreo nya tak hancur. Sesetengah tempat dia blend ice ngan oreo sekali, so, oreo nya hancur bersama ice. Tak pun ice tak hancur sangat. Yang ni sedang elok. Sepatutnya oreo dimasukkan selepas ice dah hancur. Dari situ, kami terus balik kota semula. Hujan. Eh, kat bp tadi sempat singgah beli tali tape baru. Ingat nak ambik je kat rumah sebab aku ada 3 tali tape kat rumah tu. Tapi dah terbungkus semua dalam laci mesin jahit la pulak. Beli baru je lah jawabnya. Kang beli kat mydin, dapat 3 ketul lagi pulak.

Tu pun nak ambik gambo!

Macam tahun lepas tak? hihi. Masih tak jumpa kedai ni kat nagoya.

Balik tu, singgah maghrib kat masjid kota. Masjid tu tengah tukar karpet baru. Terbersin2 la semorang di situ.

Carpet baru masjid kota hihi.

Pastu, kami singgah plaza kota pulak. Tak tau lah nak cari apa, tapi saje2. Kalau balik kota memang kena pegi sini ngan kedai kemboja. Kalau tak umpama tak balik la kot. Malam2 ada jualan ala2 uptown kat bawah jam besar. Terbeli buah jambu je. Lepas lah jugak gian.

Balik tu konon nak makan mee bandung kat kedai ani eto5, sekali takde pulak menu tu malam tu. So, kami terus balik rumah jek. Besok tu FIL cakap ada kedai jual mee bandung kat semenchu. Terus beli sebungkus. Kira semua benda yang nak, semua dapat makan lah setakat ni hihi. Tu pun masa gi kota mula2 aritu cari cendol tak jumpa. FIL suh cari kat depan eto5. Risau beno dia aku tak dapat makan. Macam la mengidam hihi. Sibbaik pastu dapat cendol manja kat parit raja. Cukup dah tu.

Hari Jumaat, buat kenduri tahlil 7 hari. Puas jugaklah makan kuih talam. Sekarang ni dah ada macam2 jenis talam ek. Malam tu makan talam sarawak ngan talam koleh kacang. Macam kuih lapis tapi salah satu lapis tu koleh kacang. Talam sarawak tu macam kuih seri muka, cuma pulut tu diganti dengan sagu biji. Oh, lupa pulak. Masa baru2 sampai aritu jugak aku dapat makan jeruk pelam asam boi yang diwar2kan itu. Sedap jugak lah. Tak boleh la selalu. Walau pun tak guna cuka, tapi asam boi tu pun tak elok juga kan. Eh, macam aku ada bawak balik asam boi jek? Kat mana tah aku campak. Bukan ada pelam pun nak dijadikan jeruk. Ikutkan, asam serbuk pak ali tu pun sama level jek ngan asam boi.  Itu pun tak luak jugak. Takde buah2an masam la kat sini. Dah try taruk asam tu kat buah epal, rasa macam rugi pulak menghilangkan rasa epal yang dah sedia sedap tu huhuhu. 

Malam lepas tahlil tu juga, kami telah mendapat 2 keping tiket final piala mesia! Wuhuuu!!! Bukan mendapat la. Opkos la beli. Walau pun dapat pada harga 2x ganda hukhukhuk. Terpaksa lah. Melainkan ko nak beratur beli tiket kat stadium tu. So, apa lagi, besok ke bukit jalil ler kiter!!! hehehe.



4 komen:

Yayu said...

Jawab apa kat makcik nasi lemak tu?

AyunasiA said...

Jawab gi jepun la. Memula dia tak caya, ingat main2.

Unknown said...

Takziah.

Patut lama sunyi rupanya balik johor. Makanan mak eiihh lepas dah rindu kan

nazayiena said...

salam takziah...