Monday 28 February 2011

Serba Salah

Aku adalah takut nak marah budak. Anak orang (kecuali student aku la tapi). Sebab takut mak dia yang terasa. Memang camtu pun. Dalam sejarah, aku pernah sekali melalui situasi sedemikian.

Masa tu birthday aku. Yang ke-21 kot. Time tu kat kampung. Siang tu, aku keluar dengan boifren. Balik tu, aku bawak sebiji kek dalam kotak. Kengkonon, malam karang boifren datang, nak potong kek sesama. Sementara tu, aku taruk la kek tu dalam esbok.

Sekali malam tu, aku bukak esbok, tengok kek aku dah ada kesan calit. Aku pun, dengan spontan dan tanpa memikirkan apa2, terus mengeluh...

'Alaaahhh dah kena colet la pulak...'

Tapi sebenarnya aku takde lah nak marah ke haper. Tetiba, kakak ku terdengar dan terus memanggil anaknya lalu terus memarahinya (rasanya dia tau takde orang lain yang buat melainkan anaknya). Kalau marah bebel2 tu aku boleh la tahan sebak nak nangis rasa bersalah. Ni dia siap bantai ngan hanger siap melalak2 la budak itu. Rasanya takde lah kecik lagi anak tu. Dalam sekolah rendah la gitu. Dah tu, bukan setakat budak tu meraung, mak nya sekali pun melalak (maksud nangis di sini) sama.

Aku? Ofkos la aku rasa bersalah giler. Apa salahnya kalau aku senyap je tadi? Isy, mana lah aku tau perkara begitu boleh merobek hati seorang ibu sampai begitu sekali? Macam merompak bank pulak kesalahan tu aku tengok. Heee nyesal aku. Tapi, tak lama tu, mak nya pun pujuk la balik sambil menangis2. Haih... ni kira win-win ke lost-lost situation tah. Dah macam nak sindir aku pun iyer (ya, aku memang sensitif). So, fine. Sejak itu, takde der aku nak tegur ke, marah ke anak orang. Perkara tu dah lama pon. Tapi aku masih ingat lagi. Masih terbayang suasana ketika itu.

Dan tadi. Sekali lagi aku melalui situasi 'rasa bersalah' sedemikian. Tapi kali ni, sumpah, aku takde cakap apa2, malah takde reaksi body language pun. Tetiba jek. Gini.

Pagi tadi, kete kawan aku rosak. Tah, tayar pancit ke haper tah, lupa nak tanya. So, dia cakap e'awal, petang nanti nak tumpang aku balik. Ok.

Tiba petang, dia cakap, anak dia nak tumpang sekali. Anak dia duk asrama dan petang tu dia naik bas dan turun kat opis aku dan tunggu kat pak guard jam 5pm. Aku pun ok je lah. Tepat jam 5, aku pun punch out. Kami pun terus keluar ke pondok pak guard dan aku berenti di depan sebuah teksi. Tengok2, takde pulak anak tu. Kawan aku ni pun kuar kete dan telefon husband dia. Sementara tu, ada pulak apek teksi ni suh aku ke depan sebab dia nak jalan. Eh eh, ko takde gear reverse ke? Padahal belakang dia kosong jek. Aku pulak yang terpaksa keluar pagar. Padahal sepatutnya, teksi dia pun tak boleh masuk dalam ambik budak (hari jumaat, biasalah ramai budak nak balik kampung).

Selepas menunggu hampir 10 minit, baru lah kelihatan anak member tu tadi datang dari arah belakang. Aku agak dia lepak kat kafe dan terlupa yang apak dia suh tunggu kat pak guard kul 5. Angin apek teksi campur angin anak tak de kat post guard jam 5 sedangkan mereka nak menumpang kete orang, member aku ni pun melaser lah anak dia. Pung pang pung pang. Aku yang kecut perut. Erkkk. Aku pulak yang terasa seperti berada di dalam kasut budak itu. Sebab. Aku juga seorang anak tiri. Aku mamahami lukanya hati dimarahi oleh ibu tiri. Sentap! Kesian ko dik.

Serba salah aku dibuatnya. Tapi aku tak bersalah kot kan?


Thursday 24 February 2011

Surat Pembaca Itu


Kah kah kah wakakakakaka kui kui kui keh keh keh hik hik hik kih kih kih ha ha ha hu hu hu adoiii sakit rahang gelak tak hengat...

Malam tadi, kami pergi ke loteng. Nak mencari dokumen. Selak punya selak, terjumpa lah sesuatu yang kelakar seram campur poyo di bawah folder 'SPA'. Macam kenal jek? Ini adalah rentetan dari entry ini.

Sila baca sendirik ek.




Tapi, yang paling tak boleh tahan ialah...

'BAKAL PEGAWAI TAK JADI'

Kah kah kah wakakakakaka kui kui kui keh keh keh hik hik hik kih kih kih ha ha ha hu hu hu adoiii sakit rahang gelak tak hengat...

Owh! Insaf aku.

p/s abah yang kerat keratan ni dan digantung di dinding bilik hihihi. terus aku mintak.

Yes! Yes! Yes!


Beriya kan? Macam berjaya mencapai matlamat wawasan 2020 je.

Ekceli aku nak memberi perangsang kepada diri sendiri. Ye lah. Malas ni, kalau dilayan, memang best. Malas masak. Malas kemas rumah. Malas gosok baju. Malas tido. Malas bangun tido. Malas kemas cadar. Malas bersenam. Malas menjahit. Hahaha nampak sangat senarai ni memang menggambar diri sendirik ek?

Tak jugak. Dalam banyak2 malas tu, ada jugak yang aku tak pernah malas. Malas gosok baju. Memang rajin sokmo. Cer bukak almari baju aku. Semua baju siap bergosok okeh. Bukan almari dalam bilik aku je, sekali ngan almari kat bilik lagi satu pon siap bergosok tau. Sebab memang aku akan gosok baju setiap hari sabtu sambil2 nonton tivi. Lebih2 lagi sekarang ni 24 ada marathon dari pukul 8pm. Lagi lah layan. Kecuali aku takde kat rumah la. Tapi, tetap aku akan menggosok baju di mana saja berada. Pegi mana2 mesti nak bawak iron. Memang layak bukak kedai dobi dah.

Tapi, sebenarnya yang aku nak ceritakan dalam entry ni sebenarnya ialah tentang malas menjahit. Aduiii!!! Apa sudah jadi? Sejak lepas raya tahun lepas, aku dah berazam, takmo dah beli kain awal2. Nanti raya tahun depan baru jadi baju raya. Dah outdated pun design nya. Sekali? Jangan percaya. Sekejap je aku mampu bertahan. Sekarang ni, dah bersusun balik kain2 yang tak berjahit. Masa raya aritu dah cukup hepi dah bila berjaya menjahit semua kain2 yang dikumpul sepanjang tahun itu. Ni dia mula balik dah.

Sebenarnya kena ada sesuatu event yang memerlukan baju baru, barulah aku bersemangat. Tapi, event haper nya? Semua ni salah mesin jahit tepi. Sape suruh mata pisau dia patah? Kan aku dah tak bersemangat nak jahit tepi dah. Motor dah laju dah. Erkkk sebenarnya lagi, boleh je jahit tepi. Cuma dia tak memotong je lah. Kena awas je lah time menjahit tu. Tapi, kalau rajin pun tidak, lagi nak kena awas, alamatnya selamat tinggal je lah. Ini semua alasan ok. Nak seribu daya. Malas seribu dalih. Huh! Tak habis2.

Jadi, yang aku suka sangat sampai berkata yes! yes! yes! tu tadi ialah kerana akhirnya, pintu hatiku telah terbuka untuk memetik suis mesin jahit itu pada ahad lepas. Kengkonon memula tu ambik gunting, potong semua kun2 yang aku nak jahit pada baju batik. Dah potong tu, baru lah aku bergerak ke mesin. Sebelum tu, angkut laptop, pasang lagu2 rentak muzik terkini dan lagu2 kegemaran. Pastu carik benang. Dan gelendong sekoci. Isi benang dalam gelendong. Dan masuk gear 1. Kesemua step di atas dilakukan dengan slow motion ya. Diam2, siap pon sepasang baju di atas.

Weekend ni, aku mesti siapkan 2 pasang. Mesti! Kalau tidak, sila kutuk kaw2!

p/s baju eita belum potong tau hihihi.



Monday 21 February 2011

Yang Terakru


Dah citer ke tak ek? Belum kan? Hihihi gelak dulu. Hujung tahun lepas, derang anjurkan pertandingan sukan dalaman. Aku pun join main congkak ngan batu seremban. Main secara liga. Tang congkak tu, aku main seround je. Dah kalah, malas dah. Lama pulak tu nak abis (alasan pengalah).

Tang batu seremban tu, dengan tak disangka2, aku menang 3 ke 4 round tah. Dan berjaya masuk final. Namun, aku tewas di situ. Tapiii tetap dapat nombor 2 hehehe. See see bukti saya naib johan batu seremban ngehngehngeh.


Ini pulak kisah cuti raya ciner itu ari. Pada hari sabtu tu, kami telah berpeluang mengunjungi muzium kota tinggi. Masuk adalah percuma.

Apa yang ada di dalamnya? Ada 2 level di dalamnya. Ground level memaparkan artifak2 sejarah daerah kota tinggi. Aku pun tak baca semua. Surprisingly, kebanyakan cerita nya, aku tak pernah dengar pon. Dan takde pun citer pasal sultan mahmud mangkat dijulang. Mungkin sejarahnya ada kat makam nya kot. So, level satu aku agak blur di situ.

Level kedua pula ada 2 area. Belah kiri sampai tengah menempatkan segala cenderahati yang diterima oleh tengku mahkota (sekarang sultan) sepanjang program kembara mahk0ta joh0r. Banyak sangat! Dan pelbagai.

Belah kanan pula ialah galeri menteri besar. Ada lah cerita pasal kesemua menteri besar yang pernah memerintah negeri ini. Kebetulan semalamnya bekas menteri besar sebelum muhy1d1n telah meninggal dunia. Baru lah tau. Kalau tak, tak ambik tau pun.

Sebelum balik, aku lalu di kaunter, ada 2 orang menjaga.

Ada jual souvenir?

Takde.

Hmmm...

Ini ialah contoh batu nesan. Tiada kubur di situ.

Tak boleh ambil gambar di dalam, so bergambar di luar saja lah.





p/s tak perasan apa2 kan?

Thursday 17 February 2011

Insya Allah

Orang kita, yang orang luar buat tu lah yang dia nampak. Yang orang dalam buat, buat tak nampak je. Macam orang lebanon tu. Insya Allah ada jalan nyaaa. Siap gubah semula lirik dalam bahasa melayu, nak menambat hati orang kita. Padahal, ct nurhalija dah awal2 lagi nyanyi lagu insya Allah nih. Tak caya?

Bukan lah tajuknya insya Allah, tapi tetap ada perkataan insya Allah tu dalam lagu dia hehe.



Bukan tak tahu tajamnya duri
Si akar semalu bercabang cabang
Bukan tak mahu mencari ganti
Parut luka lalu terpandang pandang

Chorus
Pergi tak disuruh, datang tak di minta
Andai sudah jodoh, Insyallah

Jenuh sudah merata mencari sirih
Mencari sirih bertemu urat
Jenuhlah sudah menantikan kekasih
Kasih setia sepanjang hayat

Sekacipan pinang secubitan gambir
Sehelai sirih dicalit kapur
Sedap di pandangan manisnya di bibir
Apalah kasih andai tak jujur

Wednesday 16 February 2011

Jelajah Pantai Timur Lagi



Itu ari, sibuk laaa komplen, nak jalan2, takde sponsor. Kan. Maka berjalan2 lah aku dengan perbelanjaan sendiri. Sekali, awal tahun ni, nah ko! Tiap2 minggu boleh berjalan2 secara sponsored, sampai tak termampu nak pergi dah. Giler ko? Baru bulan 2, dah ambik cuti 3 hari! Tak ambik cuti tak boleh ke? Giler ah! Tak larat aku. Kalau area kl ke bawah ok lagi. Kalau dah sampai ke perlis, kelantan, boleh patah pinggang aku.

Mula2 aritu pergi ganu. Kalau ikut jadual, sorang kena pergi satu negeri dan encik hairul ditugaskan ke sana. Ok lah. Aku ikut. Sekali, balik je dari sana, nc derang suh bawak lagi robot ke setiap tempat. Tapi, saper nak operate? Orang pegi sana nak promote. Bercakap je tak berenti. So, derang suh encik hairul aturkan seorang lagi staf untuk jaga robot tu sahaja. Tapi, entah lah. Derang memang tak suka berjalan kot hihi. So, takde saper yang nak pergi. Time ke penang, takde saper yang pergi. Melaka pon takde. So, untuk ke kelantan ni, encik hairul terpaksa lah pergi. Erkkk terpaksa ke? Sebenarnya dia nak pergi kalau aku pergi. Ewah! Tetiba aku lak yang control ek. Masalahnya, aku kerja lorrr. Kalau tidak, tiap2 minggu aku dah ikut dah. Jadi, terpaksalah aku korbankan cuti lagi sehari.

Hari jumaat, dari tempat kerja, kami terus menghala ke pantai timur. Singgah beli air kat pasar malam gate air. Dan pau pesta kat koriss. Encik hairul kata, rasa macam masa dia ada kelas kat cia5t dulu. Masa tu, aku kat cia5t, kursus 3 bulan. Dia pulak, mengajar kat sana hari sabtu. So, setiap petang jumaat, dia akan bertolak ke nilai, sementara aku, lepas maghrib, juga bertolak ke nilai. Now, rumah kat nilai tu derang dah jadikan homestay. Kalau ada sesiapa gi hantar pengantin ke, nak soping kat nilai tiga ke, jemput orang kat kliaa ke (masa musim haji mmg laris), boleh la sewa kat situ, rm180 semalam. Rumah teres setingkat, 3 bilik, 2 bilik air, fully furnished. Ada ekon kat living hall. Estro decoder ada, tapi kena bawak kad sendirik la. Masak2 pun boleh. Eh, tetiba promote plak.

Sampai di muadzam, kami singgah solat di p3tronas. Kemudian meneruskan perjalanan ke kuantan dan singgah makan di rnr kampung pandan kot. Ada kedai makan d'aisyah kicen namanya. Baju baby pun ada jual kat situ. Sambil2. Lesai makan, kami terus bergerak melalui jalan pantai.

Kopi gayut tu, kopi yang biasa digantung paket2 tu ke?

Sampai rantau abe, betri aku pun kong. Tido lah aku sampai area pasir putih. Jam dah hampir pukul 3 pagi. Mak aih... biar betul? Tak ngantuk ke dia? Sampai saja di kb, kami terus mencari tempat menginap. Dah buking sesiap. Nama diberi c cantique villa. H0tel apartment. Betul2 kat sebelah ktc, lokasi program esok. Sampai je kat bilik, mandi dan terus titon (hehe itu pun nak cite.)





Besok pagi, kengkonon aku nak jenjalan la sensorang. Konon nak naik bas ke pasar ctkhadijah (psk). Harapan ler. Time lunch kat depan tepi stadium, tengok tv, ada dil to pagal hai. Langsung tak jadik nak jenjalan. Uhuk uhuk sedih betul tengok. Teringat zaman duduk kolej ser0ja satu.

Abis layan hindi, baru lah kami keluar. Nak masuk pasar, dah tutup. So, masuk paksen dulu, sementara derang set up gerai2 kat tepi jalan tu. Agak2 dah siap, baru kami keluar. Tapi, jalan2 cuci mata je lah. Di samping survey harga. Sebelum terjah wakaf che'yeh (wcy) malam kang.

Suasana di tepi psk selepas jam 6pm


Kengkonon orang kb tak kenal aku, so boleh la try pakai tudung gini. So, takde yang akan tegur, eh, lain lah?


Selalu kami menginap di sini. Senang. Menapak je ke psk

Suasana stadium pada waktu petang

Sebelum maghrib, kami pun balik bilik. Jengah kat tingkap, nampak isi dalam stadium. Malam ni ada game, kelate lawan johor deh.

Waktu ni, azan maghrib sedang dilaungkan. Ermmm


Mandi2 siap2 dan terus keluar semula ke wcy. Sebelum tu jengah tingkap lagi.

Dan ini pula suasana pada jam 8.15pm. Masa ni derang tengah umumkan nama pemain malam tu

Merah




Dah macam penyokong red warrior jek?

Kalau masuk stadium ni, komfem boleh duduk sama2 ngan red warrior, melainkan tiba2 aku bersorak time johor gol huhuhu

Eh, sebelum gi wcy, singgah kihbihmul dulu. Nak cari seluar putih. Tiba2. Bukan la tiba2. Aritu aku beli blaus, kaler grey. Try match kan dengan seluar yang ada, semua tak masuk, kecuali putih. Tapi suar putih aku dah comot2, turun kaler dari mana2 tah. So, belilah suar putih kat peace. Pastu baru pegi wcy.

Maka berjalan2 lah aku di wcy itu. Dah penat, berenti makan. Sate yang sedap lain macam. Lain macam? Kombinasi sate dan kuah kacang yang serasi. Kira compliment each other gitu. Sampai kami bungkus lagi doploh buat sarapan besok. Sedap sangat lah tu.


Hasil malam ni, cuma 2 helai tudung. rm15 je tudung sulam tangan nih. Berbaloi2. Besok nak pegi lagi lah.

Balik tu dah pukul 12.30am. Tengok tv, ada movie sabrina namanya. Tak pasal2 tertengok sampai abis. Best jugak.

Ahad petang, keluar ke psk pula. Pusing punya pusing, takde pun yang menarik hati. Memang takde ati nak beli batik pon. Giler apa? Yang selonggok kat rumah tu saper nak jahit? Sudahnya, tak beli apa2 pun. Kendian encik hairul tinggalkan aku kat situ. Dia nak kemas2 booth. Aku pun berjalan lah dari satu kedai ke satu kedai. Paksen pun masuk lagi sekali. Tengok kat sotkabo, kat giant draipers rm30.88. Terus suh yayu pegi. Aku try cari, tapi takde saiz L. Bukan senang nak dapat rege tu sekarang nih.

Sebelum keluar, posing dulu :)

Pusing dulu seround

Dah lama tak ambik gambar ni

Kul 5.30, call encik hairul. 'Dah penat la...' Tau penat rupanya hihihi. Dia pun jemput balik. Rehat2 sekejap. Lepas maghrib, last trip ke wcy. Kali ni kena beli tudung lebih sikit. Kang dah balik menyesal. Makan malam kat mana eh? Cam lupa lak. Ooooooooo sebelum keluar tu kami dah makan kat hotel. Baru hari ni kami dapat kupon makan. Ada kawan yang dah balik, so dia pass kupon kat kiterang. So, balik tu, aku pun packing baju. Besok check out, terus balik.

Takkk. Tak terus balik. Lepas check out, kami gi makan dulu kat psk. Dah lama tak makan udang galah. Tapi, agak mengecewakan lah. Udang nya dah masam2, tak sedap. Rugi je tak dapat menikmati kepala dia. Masa bayar, encik hairul cakap la kat makcik tu,udang nya dah tak elok. Masam. Dengan harapan, dia leh kasi diskaun. Tapi, hampagasss. Hati kering betul lah.


Lepas makan, kami tak terus balik hehehe. Ada misi lagi. Kami ke pengkalan kub0r pula. Adeh! Penat. Kat sana, aku beli toto 2 bijik (yayu dan mil punya), tikar 2 keping (aku punya), dulang/bekas kek (alaaa yang orang serve seketul kek siap penutup tu) dan piuk visi0n. Huh! Puas ati aku dapat beli piuk tu. 5 liter punya. Sibbaik visi0n takde buat piuk 10 liter ek? Kalau tak, itu pun aku nak beli jugak. Masa kat langkawi punya lah berkira2, berat, besar, camne nak bawak. Kat sini senang. Terus masuk dalam kete. Tapi, kena kuarkan dari kotak, bungkus pakai sotkabo. Kalo tak kang, kena tax pulak ngan kastam hehehe. Takut sangat. Kadang tu, kalo beli pinggan siap masukkan dalam beg toto lagi. Takut kerana salah la tu hihi.

Selalunya kalau lalu kat kastam, derang akan tanya, beli apa? Kalau cakap mangkuk, dia tanya lagi, ada resit tak? Kalau cakap takde, bleh lepas gitu aje. Pelik tak? Tu kat rantau panjang. Kalau kat pengkalan kubor dia jenguk je. Kalau 2 toto, dia tak tanya la. Dia anggap untuk pakai sendiri. Yang tak bolehnya kalau beli banyak2 wat niaga. Yang tu kena tax la. Setakat ni aku tak pernah lagi kena tax kat ke 2-2 tempat tu. Untuk kali ni, masa kami lalu, encik kastam tu tengah bercakap ngan member dia. So, dia lepas kan je. Huh! Penat aku tahan napas. Tapi, belum lega lagi. Kena lalu unit pencegahan penyeludupan pulak. Huhuhu ngeri je bunyi nya. Takkan la piuk seketul pun kira seludup kot? Kalau gula beras minyak selori tu mungkin lah kot, kan? Dah lepas ke 2-2 nya, baru lah lega. Fuh! Mission accomplished!

Dari sana, kami terus patah balik ke kb dan terus balik. Dulu pernah lalu jalan lain, tapi sebab masa tu nak ke rantau panjang. Ni nak terus balik, tak tau jalan lain. Tapi, ok je. Orang belum balik keje. Tak jam pon.

Ingat tak, masa kecik2 dulu, ada orang alabaladi ni jual ubat kat pasar lambak? Jauh eh derang datang?

Dan kali ni kami balik lalu kole berang, jerangau, jab0r. Sampai jerangau, dah malam. Tips berjalan malam di tempat gelap, cuba cari satu kereta yang boleh dipercayai dan follow. Tapi jangan la follow kete yang lembab. Macam kali ni, kami follow sebuah ezora yang bernombor plat pahang. CCN865. Komfem dia nak balik pahang punya. Memang bagus driver ni. Sangat rajin. Kalau ada lori dari depan je, mesti dia kasi signal kanan, tak kasi potong. Last2 kami berpisah di persimpangan semambu kontan. Tin tin! Ucap terima kasih.

Sempat singgah solat di jerteh. Ok, kali ni betul ya. Nama tempat ni jerteh. Nama masjid tak tau. Tapi dalam daerah besuk.

Cantik dan baru

Rasa macam berada di dalam masjid di rom (hihihi ada ke? tapi kubah belang2 tu mcm kat satu tempat di luar negara la)



Ada lift! Senang banyak. Lepas ambik sembahyang boleh terus masuk lif.

Ada beranda. Kayu2 tu yang best tu




Tengah jalan, jumpa kereta bomba tergolek dalam gaung.

Dah sampai kontan, singgah makan dan solat kat sebelah syell+petr0nas jya gading. Jauhnya lagi. Tapi, tak terasa sangat sebab kami sembang2 nostalgia hihihi. Sampai rumah sebelum jam 2 pagi. Hiyargh!!! Esok cuti maulud nabi.

Hasil tangkapan ku

Next, perlis, sabah, kontan, swak, jb, ipoh, kl. Nak pegi mana ek?