BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, 1 February 2011

Kirim Salam : Perkara Baik Yang Sukar Amat!

Aku paling lemah sekali bila orang berkirim salam. Kalau balik kampung, mesti mil suh kirim salam kat mak ngan abah. And vice versa. Selalunya encik suami lah yang tukang sampaikan. Kadang2, jiran pun suh kirim salam kat mak abah. Apa kes? Masalahnya, aku tak geti nak cakap cemana. Pelik tak?

Kalau orang lain yang aku kenal baik, aku akan cakap balik, takyah lah kirim2 salam. Telefon je dia, bagi salam, sama je. Boleh? Kekadang aku jadi berdebar2 pulak bila bertandang ke rumah kawan2 yang ada mak bapak dia sekali. Kang mesti mak pak dia suh kim salam kat mak pak kita, kan? Budi bahasa gitu. Tapi, aku nak cakap kat mak macamana? Mak, emak ngan bapak kawan orang kirim salam. Haih... susahnya. Semacam satu beban pulak.

Tapi, dolu2, kirim salam ni kira kekdah mengorat kan? Kira kalo berminat pada seseorang, mesti nak suh orang kirimkan salam. Kalau nak mengusik kawan2 pon guna ayat kirim salam. Pastu kawan tu pun tersipu2 malu. Ceh!

Satu lagi yang biasa kita dengar, bila orang nak pergi umrah atau haji. Kirim salam pada Rasulullah. Aduhai... rasa macam nak mintak duit balik, tak jadik nak pegi. Apa yang susah sangat tah? Dah memang aku cenggini, nak buat cemana? Kalau nak kirim salam sangat, suh orang lain ek? Tak pun, selawat je bebanyak. Kang tambah pulak dosa aku tak menyampaikan salam orang.

p/s tapi kalau kirim duit ke, kirim hadiah ke, saya ok huhu.

0 komen: