Monday, 28 February 2011

Serba Salah

Aku adalah takut nak marah budak. Anak orang (kecuali student aku la tapi). Sebab takut mak dia yang terasa. Memang camtu pun. Dalam sejarah, aku pernah sekali melalui situasi sedemikian.

Masa tu birthday aku. Yang ke-21 kot. Time tu kat kampung. Siang tu, aku keluar dengan boifren. Balik tu, aku bawak sebiji kek dalam kotak. Kengkonon, malam karang boifren datang, nak potong kek sesama. Sementara tu, aku taruk la kek tu dalam esbok.

Sekali malam tu, aku bukak esbok, tengok kek aku dah ada kesan calit. Aku pun, dengan spontan dan tanpa memikirkan apa2, terus mengeluh...

'Alaaahhh dah kena colet la pulak...'

Tapi sebenarnya aku takde lah nak marah ke haper. Tetiba, kakak ku terdengar dan terus memanggil anaknya lalu terus memarahinya (rasanya dia tau takde orang lain yang buat melainkan anaknya). Kalau marah bebel2 tu aku boleh la tahan sebak nak nangis rasa bersalah. Ni dia siap bantai ngan hanger siap melalak2 la budak itu. Rasanya takde lah kecik lagi anak tu. Dalam sekolah rendah la gitu. Dah tu, bukan setakat budak tu meraung, mak nya sekali pun melalak (maksud nangis di sini) sama.

Aku? Ofkos la aku rasa bersalah giler. Apa salahnya kalau aku senyap je tadi? Isy, mana lah aku tau perkara begitu boleh merobek hati seorang ibu sampai begitu sekali? Macam merompak bank pulak kesalahan tu aku tengok. Heee nyesal aku. Tapi, tak lama tu, mak nya pun pujuk la balik sambil menangis2. Haih... ni kira win-win ke lost-lost situation tah. Dah macam nak sindir aku pun iyer (ya, aku memang sensitif). So, fine. Sejak itu, takde der aku nak tegur ke, marah ke anak orang. Perkara tu dah lama pon. Tapi aku masih ingat lagi. Masih terbayang suasana ketika itu.

Dan tadi. Sekali lagi aku melalui situasi 'rasa bersalah' sedemikian. Tapi kali ni, sumpah, aku takde cakap apa2, malah takde reaksi body language pun. Tetiba jek. Gini.

Pagi tadi, kete kawan aku rosak. Tah, tayar pancit ke haper tah, lupa nak tanya. So, dia cakap e'awal, petang nanti nak tumpang aku balik. Ok.

Tiba petang, dia cakap, anak dia nak tumpang sekali. Anak dia duk asrama dan petang tu dia naik bas dan turun kat opis aku dan tunggu kat pak guard jam 5pm. Aku pun ok je lah. Tepat jam 5, aku pun punch out. Kami pun terus keluar ke pondok pak guard dan aku berenti di depan sebuah teksi. Tengok2, takde pulak anak tu. Kawan aku ni pun kuar kete dan telefon husband dia. Sementara tu, ada pulak apek teksi ni suh aku ke depan sebab dia nak jalan. Eh eh, ko takde gear reverse ke? Padahal belakang dia kosong jek. Aku pulak yang terpaksa keluar pagar. Padahal sepatutnya, teksi dia pun tak boleh masuk dalam ambik budak (hari jumaat, biasalah ramai budak nak balik kampung).

Selepas menunggu hampir 10 minit, baru lah kelihatan anak member tu tadi datang dari arah belakang. Aku agak dia lepak kat kafe dan terlupa yang apak dia suh tunggu kat pak guard kul 5. Angin apek teksi campur angin anak tak de kat post guard jam 5 sedangkan mereka nak menumpang kete orang, member aku ni pun melaser lah anak dia. Pung pang pung pang. Aku yang kecut perut. Erkkk. Aku pulak yang terasa seperti berada di dalam kasut budak itu. Sebab. Aku juga seorang anak tiri. Aku mamahami lukanya hati dimarahi oleh ibu tiri. Sentap! Kesian ko dik.

Serba salah aku dibuatnya. Tapi aku tak bersalah kot kan?


2 komen:

kakLuna said...

bila aku berada dlm kasut kwn ko tu, aku rasa malu alah dgn ko sbb udah le numpang kete ko, pastu wat ko kene tunggu skali lak. nak menghilangkan malu tu aku lepaskan ler pd anak aku tu. tp itu kalau x pk panjang ler. skrg aku kalau nak marah2 pk dulu prinsip 90/10 stephen r covey ..dan istigfar..

kesimpulannya,mmg ko tak bersalah. tetiba jer :P

AyunasiA said...

selama ko takde, selama tu lah takde komen lam entry aku huhuhu.

nway, perasaan bersalah tu timbul sebab aku punch out tepat jam 5. kalau aku balik lambat sket, mesti aku x tunggu derang, derang yg tunggu aku. erkkk dah mcm bersalah kat pengarah la pulak hahaha.