Oh oh baru aku perasan bahawa s0 u think u can dance sekarang ni dah tukar konsep. Kalau dulu dia ambik 20 peserta dan derang akan bercouple sesama derang sepanjang musim itu. Tapi sekarang ni punya konsep, derang cuma ambik 12 orang peserta dan derang akan couple dengan peserta2 yang lepas2. Best! Kiranya tak berlaku lah lagi sesiapa overshadow sesiapa (yang compete) sebab juri perlu peratikan peserta sekarang jek. Kot.
24 pula dah abis malam tadik. Huuu tetaplah aku menangis pada scene terakhir tu. Sedih betul. Sebenarnya aku dah tido kul 10 lebih. Tapi tersedar pulak dekat2 nak pukul 12 tu. Tak best lah pulak bila cepat sangat abis nih. Ye lah, selalunya, cerita series cenggini kan derang tayang seminggu sekali. So, kita pun akan tertunggu2. Ni, tetiap ari pun ada. Dah macam tengok dvd jugak. Yang aku tak puas ati sikit ngan axn ni ialah, dia tayang 24 tu macam asal boleh je. Memula je ada promo bagai. Dah tengah2 tu, langsung takde. Bila dah nak abis pulak, sepatutnya dia buat lah promo sikit. Dah lah final episode, final season pulak tu. Takde lagi dah 24 season 9. Tinggal movie je kot katanya. Tapi ni, dia abiskan macam tu jek. Semata2 kerana dia nak promote series baru, darah biru. Kesian jack. Tetiba.
Lost pon macam akan menerima nasib yang sama. Ni dia tengah tayang 3 hari straight. Tapi aku tak follow la sebab memang dah lama tak follow. Tak faham hujung pangkal. Memula je, first season aku tengok. Season seterusnya aku dah mula kerja. Tak sempat nak kejar. Lagi pun dah melalut2 dah.
Ahad lepas jugak, final episode untuk surviv0r. Dah lama aku tak tengok tv7 atau 8. Tak tau pun ada lagi surviv0r tu rupanya. Mula tertengok pun masa kat kb aritu. Biasalah, takde esterok baru tengok tv-tv free tuh. Last rasanya aku tengok season all star kot. Bila tah. Best. Tapi, keputusan akhirnya macam tak berapa best la. Selalu sangat peserta yang aku pilih, tak menang.
Apprentice pun ada jugak lagi rupanya ek? Malam ahad jugak final nya. Selebriti punya apprentice. Siap gaduh betul2 bagai. Sorang pemain p0ker, sorang lagi errr sape ek? Entah. Tengok2 terus final, tak sempat nak kenal. Tapi 2-2 pempuan. Tau2 je lah kalo dah pempuan bersaing kan. Last aku tengok rasanya masa saper ke yang black tu tah. Mula2 nick, kendian bill, pastu pempuan kot. Kendian yang black tu. Haaaaa randal kot nama dia. Ingat lagi. Masa tu aku duk bukit perdana. Rumah tu memang klasik wiring nya. Selalu la ada spark2 kat db nya. terutama kalau pasang heater. Tiba hari final tu, tengah2 tengok tu lah dia spark. Dan2 tu aku suh encik hairul repair. Sudahnya, tak dapat pun tengok saper yang menang. Siot jek. Penat follow berminggu2. Sudahnya tak tengok final.
Tv melayu pulak, dalam tengok tak tengok, sedar tak sedar, aku tertengok jugak citer hani kat tivi3 tu. Bukan nak tengok sangat. Tengok sambil bertenet je pun. Tapi masih boleh tangkap la jalan ceritanya. Minggu lepas aku cakap kat encik hairul, sejak dia buta, otomatik ek sakit kepala dia ilang? Terus, hari tu jugak, si hani tu sakit kepala hihi.
Sejak kat kb jugak, tivi3 tayang citer hindustan yang sedap2. Sempena vday kot. Memula diltopagalhai. Kendian apa ek? Lupa lah (sebab tak tengok). Dan minggu lepas ni, mujhsedosti karoge? Sker sker sker! Semua lagu2nya best. Walau pun aku vcd nya, tapi tak sama lor dengan tengok kat tivi. Pernah tahun lepas aku baca kat sotkabar utusan melayu. Ada kolum ajis satar. Masa tu tengah bulan pramli (yang derang tayang citer pramli tetiap ari tu). Kata pak ajis ni, walau pun ada vcd, dia lagi suka tengok kat tv sebab dia nak sama2 merasai apa yang penonton lain rasa ketika itu. Sekali pikir, betul jugak ek? Kat tv leh tengok sesama walau pun rumah lain2. Tapi sebenarnya aku tak tengok jugak cite mahukah kau berkawan denganku itu, sebab kami keluar pulak. Dah, selalu sangat dia tayang citer tak best2 hari sabtu, maka setiap sabtu lah kami keluar.
Dah.
Dah.
0 komen:
Post a Comment