BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 24 March 2011

Update Asal Boleh

Apa nak tulis ek? Giler takde cerita nak diceritakan. Macam tido tak bermimpi. Errr boleh ke perumpamaan ni? Ah, dah terlanjur sebut mimpi, aku cerita pasal mimpi je lah ek.

Pertamanya, nak cerita pasal mimpi yang tak boleh diterangkan. Dan berulang. Aku ada satu mimpi yang selalu berulang, tapi bila bangun, tak boleh nak terangkan balik, apa yang aku mimpikan tu. Nak terang kat saper? Saper lagi? Cuma yang boleh aku katakan, dalam mimpi tu, kalau aku tak berjaya pulang ke tempat asal, aku akan mati. Dan selalunya aku akan tersedar dalam keadaan suspen sebab tak jumpa tempat asal tu. Kira kalau dalam filem, macam citer tipah tertipu la... apa orang panggil? Alaaa cerita yang bergerak dari 1 tempat ke 1 tempat la. Travel? Journey? Apa2 lah. Tapi macam tu lah.

Dan biasanya, kalau mimpi macam tu, aku akan berada dalam separuh sedar di mana aku akan tengok keliling dan perati je kat lampu. Tak kira lah lampu apa yang menyala. Macam dalam bilik aku ada lampu LED pada tv, suis ekon dan pada ekon tu sendiri. Memang susah nak terangkan. Biasanya mimpi tu tak datang berturut2. Dia akan kembali bila aku dah lupa. Dalam sebulan ke, gitu lah.

Keduanya, mimpi beranak. Fuh! Kalau dikumpul2kan, aku rasa ada dekat 5 ke 6 orang kot anak mimpi aku hihihi. Dan setiap kalinya, anak pompuan. Yang terbaru, malam kemarin. Perasaannya macam real, tapi tak sakit hahaha. Siap boleh cakap dalam mimpi tu, tak sakit pon? Orang cakap sakit. Patut la. Nama pun mimpi. Dalam banyak2 tu, pernah sekali je aku nampak muka baby tu. Dalam mimpi yang lepas sebelum yang kemarin tu.

Alahai...

*Yeay! Siap satu entry :)

0 komen: