Sebelum aku citer pasal merentas desa ni (ah sudah... nak melalut lagi ke nih? tak tak), saje nak bagitau, sebuah mekdi akan dibuka dekat taman u paghit ghaje ni tak lama lagi. Kat tempat aku selalu parking time pegi pasar malam setiap rabu (hari ni! yeay nak makan nasi ambeng akak smiling face!) Tu tengah dalam pembinaan. Memula dia lum pacak papan tanda, aku ingat derang nak buat surau. Sebabnya, asal kejadian, persatuan penduduk kat situ mengadakan pasar malam tersebut untuk mengutip dana bagi pembinaan surau. Rupanya belum cukup kot dana nya. Dan, ito pulak baru2 ni (tahun lepas rasanya) baru je menyewa beberapa lot kedai kat situ untuk dijadikan kolej kediaman. So, ramai lah penduduk student kat situ. Maka memang sesuai lah mekdi didirikan di situ. Kot. Kedai2 pun dah semakin meriah sekarang. Tidak lah suram seperti dulu. Restoran mamak 25 jam pun dah renovate kasi upgrade nampaknya. Kira baru lah naik sikit taman u tu. Kiranya, sedap lah sikit hati pembeli2 rumah kat situ yang asalnya banyak komplen kualiti rumah yang adooo. Takpe takpe. Sikit ari lagi, naik la nilai hartanah kat situ. Boleh la jual beli rumah baru hehehe. Eh, kalau dah ada mekdi, takyah lah jual lagi dah, kan?
Ok, sebelum kena pelangkung, baik lah aku terus bercerita pasal merentas desa ni. Sebelum tu, aku nak mandi dulu (aku mc ari ni. kang aku bagitau sebab apa).
Ok, gini ceritanya. Sabtu lepas kan aku cakap aku kena keje kan. Ekceli takde kelas aritu sebab derang telah merancang satu karnival sukan. Derang ialah mpp. Salah satu dari acaranya ialah merentas desa. Selain sukan rakyat. Pagi rentas desa, petang sukan rakyat. Maka, dengan semangat berkobar2, disamping mengumpul stamina untuk menunaikan azam tahun ini, aku pon join la sekaki. Desa yang direntas ialah kampung rahmat. Lebih kurang 300 meter dari @tec ni.
Memula tengok plan laluan yang diberi, aku tengok macam dekat. Tapi, kalau ikut logik, padang golf mesti lah luas, kan? Laluan tu kira mengelilingi padang golf. Sila bayangkan sendiri. Entah, berapa lubang punya padang golf. Tapi memang luas lah kan.
Pada hari kejadian, aku pun turut serta dalam perbarisan (takde gambo, tu yang aku macam malas nak citer tu). Lepas ucapan streching segala, acara merentas desa pun dimulakan. Derang lepaskan lelaki dulu sebab laluan derang lagi jauh.
Mula2 tu aku lari lah juga. Masuk je jalan desa, aku jalan lebih banyak dari lari. Pulak tu jalan takde tar. Dah jauh sikit baru ada tar. 2 kali turun bukit naik bukit, barulah jumpa check point. Derang kata, 'air kat depan'. A'ah, memang la kat depan. Kalau kat belakang, saper pulak nak minum? Tak ramai pun staf pompuan yang join. Yang lari sampai habis pun dalam 5 orang termasuk aku. Dalam tak larat, dalam lembik2 aku ni, selesai jugak aku melengkapkan larian. Sampai2 je ke @tec, terus aku menogok air oren sejuk2 dua cawan. Kat check point tadi dah minum 1 cawan. Sebelum naik opis, aku tapai air sirap limau pula. Ok ok itu memang salah. Sebab, rentetan dari perbuatan itu, aku sudah jatuh sakit semalam. Lambat pulak sakitnya datang.
Balik tu ok lagi. Ahad pagi tu baru lah sakit seluruh badan. Jalan pun terkengkang2. Tapi, tetap lah juga sempat aku mengemas rumah. Vakum, mop dan basuh 2 bilik air. Masa tu sakit, tapi cuba ku lawan. Isnin pagi, tekak dah sakit sikit. Kendian selsema pula. Semalam pagi, badan dah dedar2 sikit. Dah tau dah, mesti nak demam punya. Tapi aku ada kelas pulak pagi. Karang aku tak datang, dah menyusahkan orang nak ganti kelas.
Pukul 10 lebih, aku dapat berita seperti di entry lepas. Time tu aku dah plan nak pegi klinik lepas abis kelas jam 1. Sampai pukul 12, aku dah tak boleh tahan lagi. Terus aku keluar pegi klinik. Dapat mc dua hari.
Pukul 1.30 pm, aku dah balik rumah. Tunggu encik hairul balik. Lebih kurang jam 3, kami terus balik kota, nak ambik abah dulu, sebelum ke mersing. Aku adalah tido sepanjang jalan. Siap baring lagi kat belakang hihihi.
Sampai kota pukul 5 lebih. Lepas solat, terus bergerak ke mersing. Sampai sana sebelum maghrib. Jenazah dah dikebumikan pukul 5 lebih. Adik beradik aku je yang ramai. Semua balik. Eita je yang sampai lewat, aku tak sempat jumpa. Yelah, sepupu aku bukannya ramai benar. Lagi pun almarhum kira sepupu yang paling rapat la (walau tak rapat) sebab rumah dia sebelah rumah maklong je. Kira kalau gi rumah maklong, mesti jumpa dia la. Malam tu tahlil. Lebih kurang jam 11.45 pm, kami pun balik. Lalu di tempat kejadian (tak tau kat mana tapi, itu lah laluannya).
Sampai rumah jam 1.35 pagi.
0 komen:
Post a Comment