Selain di rumah, aku juga 'terpaksa' memerah keringat dan minda untuk membuat dekorasi di opis. Dah lah IT dah cantik sekarang. Kang besok terlepas pulak gelaran juara 5s tu kat derang pulak. Susah wei nak maintain. Jadi, itu ari, lepas merentas desa belah pagi, petang nya aku membuat benda alah ni. Patut beli je lah yang ready made, ek? Tapi, kalau ready made, sesiapa pon boleh buat. Plus, aktiviti sebegini sepatutnya menggunakan sumber2 yang sedia ada sahaja. Oleh kerana sticker floresent ni ada banyak, maka aku guna je lah apa yang ada.
Suker! Suker! Suker! Tapi ada satu masalah. Gam sticker tu tak kuat. Asik nak tanggal jek. Dah satu keje pulak aku tetiap pagi, masuk opis je, kena tepek sticker ni. Yang pink tu ok lagi. Yang oren tu yang tak tahannya. Maybe stok dah lama kot. Lantak ler. Agak2 dah tak boleh lekat lagi besok, aku humban je ke dalam tong sampah. Habis cerita. Tapi yang pink tu rasanya masih boleh tahan lagi. Ni aku ingat nak tambah lagi. Tapi, macam malas pulak. Sebab...
Tetiba member balik dari buat soalan, tengok, dia ingat kb yang suruh buat. Sebab katanya macam corak bunga kat lantai yang orang buat guna beras warna warni tu. Choi!
*************************************************************************************
Akhirnya kini aku sudah memiliki sebuah external hard disk hehehe. Tapi tak tau nak simpan apa sebenarnya. Yang kat dalam laptop ni 320GB pun tak penuh, inikan pulak 1TB ek? Takpe, pasni aku download movie banyak2. Eh, tapi apa kaitannya dengan deko tah?
*************************************************************************************
Tadaaa!!! Masa gi ganu itu ari, aku dah menambah stok tembaga. Nak dapat pattern yang rumit2 ni memang terpaksa beli yang made in siam. Sebab orang tempatan buat pakai tangan. Derang pakai mesin. Konon nak la simpan benda2 ni dalam kabinet ikeaa yang konon jualan murah tu. Sekali takde stok pulak dia. Tipu ah.
Dan teko aladin
*************************************************************************************Dan yang terakhir, koleksi r0mantika, ikeaa dan kk.
Kalau 100 kali pegi ikeaa, maka ada 100 buah la kerusi herman ni kat rumah aku hahaha. Senang nak kira, berapa kali aku dah pegi.
Benda2 comel ni banyak kat kk. Tapi yang tingkat2 tu beli kat paksen. Murah. Benda yang sama kat kedai lain, harganya 2 kali ganda.
Dah.
0 komen:
Post a Comment