Cer korang tolong aku fikirkan sekali.
Kita kena saman trafik.
Diberi pilihan. Kompaun atau Mahkamah.
Selalunya kita pilih kompaun. Ok. Senang. Bila2 boleh bayar. Takde appointment.
Kendian kita tangguh2 bayar. Walau pun boleh bayar bila2 dan di mana2.
Tetiba kita ditawarkan diskaun. Cepat bayar! Pasnih takde diskaun lagi dah tau.
Berapa kali korang pernah dengar ayat nih?
Aku dah dengar banyak kali dah.
Cuma kali ni nampak serius. Jadi, sila patuh. Katanya.
Sebab baru2 ni derang baru je mewartakan ermmm pindaan akta kot. Siap dapat kuasa menyaman di jalan2 kampung ok (petang tadi nampak pulis operasi kat jalan kampung. awalnya!)
Maka berdoyon tiba lah mereka yang kaya2 ni ke pusat2 pembayaran.
Sampai hari terakhir, jammed!
Ikut logik, tak mungkin semua dapat bayar. Logik la. Line network mesti jammed jugak. Impossible.
Dahsyat, kan? Selalunya, kita, manusia, normal, punya lah berkira dengan duit. Tapi, bila kena saman, siap sanggup bersesak2, bersusah payah demi nak menghabiskan duit. Siap ambik halfday lagik, sebab nak beratur kat pejabat pos. Tengok ramai manusia, berlari pulak ke balai polis. Pon ramai orang. Macam soping baju raya kekdahnya. Laki beratur kat satu kaunter, bini beratur kat satu lagi kaunter. Yang hantar utusan anak beratur kat kaunter pun ada. Mana yang sampai kat cashier dulu, di situ lah tempat dibayar. Cuma ni, tak dapat baju, dapat angin je. Visi utamanya ialah, untuk membolehkan road tax kete direnew. Pon kena bayar juga. Haih... aku kagum sebenarnya dengan orang yang bersungguh2 membayar saman nih. Gua tabik spring ah! Kayes ar koranggg...
Aku cakap ni bukan sebab aku takmo bayar saman ok. Saman pun takde, nak bayar apa ek? Hehehe kerek tak kerek tak? Takde rahsia apa2. Takde tips mengelak disaman atau petua ilmu halimunan. Prinsipnya mudah. Semua orang pun tau. Kalau tak salah, takyah bayar kompaun, naik mahkamah mintak dibicarakan. Ini soal duit beb. Bukan senang nak dapat. Nak abiskan memang senang. Tapi kalau dah komfem korang memandu 140km/j, padan lah muka.
Perkara yang aku fikirkan sebenarnya ialah, sekarang ni tempoh dilanjutkan. Ramai orang lega. Kenapa lega? Tetap kena bayar juga. Lain lah kalau saman tu dimansuhkan ker. Pastu berdoyon lagi pi bayar. Lain lah kalau berdoyon tu sebab nak dapat duit macam masa dapat duit rebet road tax tu ker kan.
Kalau lah perkara sama dilakukan untuk membayar ermmm zakat ke, sedekah ke. Ye lah. Tak pernah pulak dengar pusat zakat penuh sesak time hujung tahun, ek? Sikit hari lagi tengok lah. Website efiling tu. Mesti cramp time hujung bulan pat. Ok, itu bab lain.
Aku ada soalan nak tanya. Saman ni kira hutang ker? Yang akan ditanya di akhirat kelak kalo tak bayar semasa di dunia? Ye lah. Selalu kan kalau orang meninggal, nanti warisnya akan buat announcement, kalo si mati berhutang ngan korang, boleh lah dituntut dari kami. Kalau ada 'saman' tak bayar?
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment