Thursday, 31 March 2011

THE Movies Lagik

Tak jadi preview filem tak bererti aku perlu melupakan maksud asal aku menulis entry itu tadi. Kan title nya pun the movies, maka memang aku nak cerita tentang beberapa movies yang aku tengok hasil pengdownloadan itu.

Selain the sosial network (bukan typo ok), aku juga baru menonton filem the noteb00k. Ya, memang cerita lama. Tapi better late than never kan? Better ker? Tak kot. Memang lah pembawaan citer tu tak good pon, tapi ada sesuatu pada cerita itu. Oh, satu yang aku suka pada cerita ni dan juga cerita sosial network tu tadi ialah pemandangan yang terdapat di dalamnya. Cantik ah. Aku siap berangan, best agaknya kalau aku dapat belajar kat harvard u ek? Takyah harvard la. Dapat pergi luar negara pun aku rasa aku akan jakun kot melihat keindahan alam dan keindahan architecture bangunannya. Eh, tapi kalau dapat masuk harvard pon ok kot. Hahaha adoiyaiii... ayat macam budak lepas spm kan? Tak sedo diri dah tua. Tapi, tak mustahil, kan? Life-long learning what...? Tak mustahil, tapi mustahil bagi aku la kot. Tak kuasa!

Okeh. Berbanding dengan sosial network, the noteb00k ni pulak memaparkan suasana country. Zaman 1940-an. Yang paling tak boleh blah ialah pemandangan burung2 putih di atas tasik. Cantikkkkkkkkkkkk sangat. Eh, aku ni tengok movie ke tengok gambar ek? Apa2 pon, aku suka cerita ini. Rasanya aku dah ulang tayang citer ni 4 kali kot. Sosial network lagi lah, 6 kali kot. Tu belum the t0urist.

The t0urist aku tengok kat pawagam sekali dan kat pc berkali2, tak terkira dah. Cumanya untuk citer the t0urist tu, aku bukan nak tengok pemandangan sangat. Lebih kepada nak tengok erkkk j0hnny depp. Pengsan! Bukan itu saja, sampaikan aku boleh ulang tayang pulak citer pairet of the carribean 3 series berturut2! Sedar, pengsan balik! Erkkk ok, nak ulang tengok the t0urist lagi lah. Babai!

Sambung balik.

Filem seterusnya ialah the reader. Pon cerita lama. Kat3 winsl3t heroin nya. Asalnya aku tertengok cerita ni kat tv, Channel diva kot. Pastu terus suruh encik suami download. Daripada 4 movies ni, yang ni yang agak 'panas' sikit la. Tapi aku suka jalan ceritanya. Lain. Agaknya cerita2 yang flash back zaman perang dunia memang best2 kot, ek?

Okeh, dipendekkan cerita, movie terakhir yang aku sudah tonton baru2 ini ialah filem ketika cinta bertasbih part 2. Sebagai pembaca novel itu, aku bagi 3.5 bintang. Dari segi plot, ok walau pun banyak jugak lompat2, tapi boleh diterima. Tapi dari segi pelakon, sekali lagi aku tak puas ati. Macam citer ayat2 cinta, pelakonnya ada yang tak masuk. Azzam tu ok la jugak. Tapi furqan? Jambu giler! Anna nya pulak tak seperti yang aku gambar kan. Sepatutnya si vivy tu yang jadi anna kot (kalau dah takde sangat). Tapi adik2 azzam tu semua aku suka. Comel dan pandai berlakon. Adik dia yang ayatulhusna tu sekali pandang terus teringat kat anak kak su, thurayaa. Tapi aku belum tengok yang part 1. Mesti best jugak.

Huh! Lega aku. Dapat jugak aku update blog ni. Harap entry ini dapat mengubat rindu korang hahaha. Uwekkk!


p/s owh, lupa lak. ada satu ecene yang sweet dalam citer sosial network tu di mana gelpren kawan mark (co-founder) tu terjah bilik dia dan tanya, kenapa relationship status dia single? i mean, ye lah, dia sendiri sebagai co-founder, tak sempat nak bukak fb dia sejak register. kata dia, masa register tu dia single. LOL!

0 komen: