Thursday, 17 March 2011

Mazhab, Cuci Harta atau Fatwa Kebangsaan vs Negeri?

Aduhaiii keliru gegel. Tadi kami pergi ke pejabat agama. Niat di hati nak bayar zakat kwspi. Sebelum ni aku ingat, asal keluarkan je, kena tunaikan zakat.

Sampai di sana, aku cakap kat encik suami, kalau kiter artis ni, mesti besok kuar berita, kiter pegi pejabat agama, masalah rumahtangga ek? Hihihi macam saper aritu? Vanidah kot.

Masuk je pejabat tu, kami cakap ler tujuan kami ni. Puan tu cakap la, mengenai cukup haul, cukup nisab bla bla bla. Dia kata, kalau ikutkan, negeri johor ni memang follow la syarat cukup haul (setahun) dan cukup nisab (negeri johor +- 11k) tuh. Negeri lain mungkin lain, katanya. TAPI, kalau rasa nak bayar jugak dengan niat nak menyucikan harta, pon boleh bayar sekarang.

Ah sudah! Caner nih? Kang tak bayar, dia ingat kami ni berkira. Kalau aku bayar, memang lah bagus kan. Tapi, kenapa dia bagi pilihan begini? Haiyooo. Dahlah puan tu macam ustazah gitu kan.

So, balik je dari situ, aku pun menggugel.

Ini dapatan dari e-fatwa jakim. Dan turut digunapakai oleh majlis agama wilayah.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran - Satu Alternatif. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Mazhab Syafie menetapkan bahawa zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya. Wang KWSP adalah harta simpanan. Wang KWSP apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Jumhur Ulama' berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya dengan syarat harta tersebut telah mencukupi nisabnya.
  2. Berdasarkan pandangan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang kali Ke-5 pada 16-17 November 1982 dipinda seperti berikut "Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun".
Ini pula dari majlis agama johor.

S- Adakah wang simpanan di kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) wajib dikeluarkan zakat oleh pemiliknya?

J- Wang yang terdapat di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak wajib zakat ke atasnya sehinggalah dikeluarkan oleh pemiliknya dan disimpan selama setahun (genap haul dan cukup nisab). Sekiranya dalam tempoh haul telah habis digunakan maka tidak wajib zakat.

Itu je yang aku nak share :)




0 komen: