Wednesday, 9 March 2011

Penangan Rentas Desa... (Ker Komplen ptptpu?)

Sebelum citer pasal tajuk ni, aku nak komplen dulu pasal ptptpu punyer hotline. Aku call sana sebab aku masih tak dapat agreement untuk tukar ujrah yang 1% tu. Ok, aku dah tak nak komplen pasal ujrah tu dah. Yang penting aku dapat pengurangan, sudah.

Jadi, pagi tadi aku call nombor 0320804455 tu. Satu, suara pempuan mesin tu tak ceria langsung. Tak la. Maksudnya, tak macam pempuan2 mesin yang lain, macam selkom (time nak top up tu) yang ceria dan bersemangat. Aku pun kalau disuruh jadi pempuan mesin tu akan bercakap dengan nada mesra semasa rakaman dilakukan. Apa daaa...

Dua, punya lah banyak pilihan dia. Sampai 9 kot. Nak tunggu yang ke 9 tu pun dah abis kredit aku 2 hengget, belum dapat ke talian lagi. Ok, aku pilihan nombor 8, untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan (ni tips tuk korang jimat kredit juga ni. sila terus tekan 8 kalo nak cakap ngan pegawai, okeh?).

Dah tekan nombor pilihan, dia suruh tunggu. Biasa lah, dia pasang lagu. Lagu rasmi ptptpu. Ok, tiga. Nak komplen lagu tu. Sikit punya bingit aku dengar. Soprano gitu. Korus dia kemain tinggi pitch nyer. Tak menghiburkan langsung. hehehe aku suka komplen.

Empat, sambil dengar lagu, ditingkahi pula dengan suara pempuan mesin tu lagi.

Anda adalah pemanggil ke 24, sila tunggu sebentar. Anda akan disambungkan kepada pegawai khidmat pelanggan kami sebentar lagi.

Apa maksud 24? Aku pun tunggu sekejap, nak tau apa kesinambungannya. Tak lama, kuar lagi suara pempuan mesin.

Anda adalah pemanggil ke 19, sila bla bla bla.

Tu dia... ada counter pulak dah. Macam pegi bank pulak kekdahnya. Tak lama tu dia cakap 18 pulak. Aku kan, kalau tunggu trafiklite, aku prefer yang takde counter daripada yang ada. Lebih2 lagi kalau kaunter yang bila merah je, terus tunjuk nombor 99. Sakit atiii!!! Biar lah takde kaunter, tak lah rasa lama sangat. Sebab bila kita mengira tu, rasa lambat sangat.

Jadi, bila dia dah sebut nombor tu, aku pun rasa, mesti lama lagi. Tak sukkker. Selepas 18 tu, dia dah tak cakap nombor dah. Terus je ...sila tunggu bla bla bla. Dekat 6 kali saling bertingkah lagu dan sila tunggu bla bla bla, baru lah keluar lagu ding dong (macam kat pasaraya sebelum orang tu bercakap, attention tu cashier miss lalito, kindly contact to line 1234 immediatele plis) dan baru lah dapat bercakap ngan pegawai terbabit. Ok, takde komplen di situ. Tunggu besok, kalau janji nya tidak tertunai esok, baru kiter komplen lagi. Esok 10hb kan?

Baik lah citer rentas desa kat entry lain lah ek? Sorry...

0 komen: