Sebelum aku cerita pasal kawen ni, bior ler aku tepek kan gambo budak yang baru nak berjalan ni. Geram aku.
Okeh, baru boleh cerita. Rasanya baru je aku cakap kat encik hairul, biler la adik2 dia nak kawen. Dah lama kiter takde kenduri kawen. Dah lama tak buat hantaran hihihi. Rupa2nya, tak lama tu, mak call, 13hb ni nak buat kenduri kawen adik aku. Alerrr tapi tak besar la kenduri nyer. Dah, ini perkahwinannya untuk kali ke-3.
Jadi, hari jumaat lepas, abang epet datang ke rumah aku seberataan sebab dia ada keje kat sekolah arab sini. Kiranya kak ani balik dengan aku lah besok. Lepas maghrib gitu derang sampai. Besok pagi, kami bertolak dari rumah jam 10 pagi. Sambil dengar berita gempa dan tsunami. Pas ni boleh la ingat, bila adik aku tu kawen. Sehari sebelum tsunami jepon huhuhu.
Sampai di eto5 lebih kurang jam 12. Terus rewang. Penat seh. Terasa lama sangat masa berlalu. Tengah malam lebih kurang jam 12, kami balik semencu. Selesa sikit tido kat sana. Hari ahad, pepagi lagi aku dah pergi semula ke eto5. Buat makanan untuk makan damai pulak. Tak pernah umur aku membuatnya. Main hentam je aku buat ala2 bunga pohor hihihi. Dengan fasiliti yang terhad.
Ok tak ok tak?
Satu je yang aku tolong buat. Yang lain tu tak.
Pernikahan berlangsung lebih kurang jam 11.30. Janjinya kul 11, tapi tok kadi banyak job hari ni.
Ina dan Dini (tok kadi yang sebut gini tau, padahal Danny sebenornya. Dah tulisan jawinya 'dal ya nun ya' kot, jadi lah dini hihihi. Patut 'dal alif nun ya' kot, bunyi dani. ek?)
Dah, abis. Petang tu jugak kami balik. Lalu jb, singgah angsanaa. Kang aku tepek gambo hasil tuaian dari r0mantika pula.
0 komen:
Post a Comment