Friday 29 April 2011

Metric System or SI Unit

Sabo je lah aku ni. Bertahun nak ingat. Dah lama aku nak tulis pasal sistem metric ni, tapi tak ingat. Aritu teringat, terus cakap kat encik suami, suh ingatkan. Sekali bila aku dan ngadap pc ni, aku lupa, dia apatah lagi. Puas la memerah otak nak mengingatkan. Tiba2 pulak pagi tadi aku teringat. Subhanallah... ajaibnya ciptaan otak manusia ni kan. Boleh pulak teringat bila tak nak ingat. Eh?

Masa form 1, kalo tak salah (sistem kbsm), kiter telah diperkenalkan kepada sistem metric. Unit2 yang digunakan SI unit namanya. Meter, gram, liter. Bila aku gugel, rupanya asalnya ejaannya versi mat saleh ialah metre, litre. Tapi orang us eja meter, liter. So kita pun terikut. Oh, tau tak? Lecturer aku pernah cakap. Camne kita nak kenal, buku tu buku mat saleh ke buku us? Dia cakap, buku mat saleh, hitam putih, plain je. Buku dari us pulak banyak gambar2 dan berwarna-warni. Maksud dia buku rujukan kitorang la. Maksudnya kita bandingkan 2 buku dari subjek yang sama la. Kalo buku sekolah tadika mungkin la mana2 pun warna warni kan. Aku pun tak kaji sangat. Tapi memang ada benarnya. Tak tau la kebetulan ke haper.

Ok, bila sistem persekolahan telah mengajar unit SI, apa kesannya? Ya, betul. Aku memang tak geti unit2 lama ni. Kati, hasta, ela, kaki, inci dan yang sewaktu dengannya. Kalo nak tau, 'hun' pun aku baru je tau dalam tahun 2008. Tu pun sebab time tu sibuk nak membuat rumah. Tetiba encik suami citer dia beli besi 4 hun nak buat ikat table top kat dapur. Pastu beli pasir se ela? Apa tu? Kaki inci tu mungkin lah biasa kot. Sebab dah biasa menjahit. Ni, selalu aku tau beli kain pasang 4 ela. Ni beli pasir pun ikut ela jugak? Usah lah ditanya pasal hasta ekar relung rantai segala. Kalo sepelaung setanak nasik sepuntung rokok aku tau la.

Aku rasa sekolah patut mengajar unit2 lama ni. Aku dah tengok dalam sektor pembinaan, unit2 ini sangat banyak digunakan. Mana ada kiter beli jubin 33cm x 33cm? Beli tanah 400 meter persegi? Mesti guna square feet punyer. Dalam sektor fabrik kot lah dah kerap digunakan meter kan. Jarak pun dah tak de pakai batu2 lagi. Eh, banyak lagi la aspek kehidupan yang masih memerlukan unit lama ini. Tak susah pun nak ajar, kan?

Tak tau lah kalau budak sekarang ada belajar. Tak kosser aku nak kaji silibus derang. Yang penting, pointnya di sini, kena ajar juga. Kalau takde dalam silibus, korang mak2 bapak2 tu sila la ajar, ok?

Thursday 28 April 2011

Pecah Ubat

Minggu lepas doktor bagi aku ubat. 90 bijik. Tapi sekali makan tu sebelah je. Siang sebelah, malam lagi sebelah. Sebab aku kecik. Yes! maksudnya doktor nampak aku kurus la kot kan? Tiba2.

Maka, aku pun tanpa berfikir panjang, balik rumah terus ambik pisau, kasi katok itu ubat.

Keletung!

Sebelah ada, sebelah hilang.

Oh, jatuh. Makan yang jatuh dulu. Yang tak jatuh simpan untuk malam. Konon nak trick bakteria dan kuman hehehe.

Besok nya aku buat lagi.

Keletang! (slow sikit, konon2 ingat tak jatuh la).

Sebelah ada, sebelah hilang lagi.

Lusa nya pon sama.

Ini tak boleh jadi. Penat la sekali makan sekali ketuk, sekali terpelanting. Apa, ingat aku dah takde keje lain, asik nak mengetuk ubat je kejenya?

Aku pun ambik benda2 ni.

Papan pemotong, pisau, anak lesung dan mini tudung saji.

Ok, takyah terangkan apa fungsi masing2.

Lalu aku pun mengetuk, mengetuk dan mengetuk. 10 bijik je dulu. Trick bakteria dan kuman lagi.

Pastu aku tulis kat fb.

Kawan aku pun komen. Katanya, memang keje memecahkan ubat itu keje pesakit. Tapi kalau jatuh tu, buang le. Jangan simpan.

Kendian kawan abang aku komen. Sepatutnya kena beli pill crusher kat farmasi. Atau hospital patut beri dengan bayaran. Laaa. Ada ke benda tu? First time aku dengar.

Lalu aku pun suruh encik suami pegi beli.

Cenggini lah rupanya.

Ok, pasnih aku boleh la makan pil dengan mudah. Pecahkan kecik2 dulu sebelum makan. Kan aku tak geti telan pil kan. Eh, dah macam makan nasi pulak. Tah2 pasni dah takde kena makan ubat lagi. Kang kalau dah tak pakai aku lelong je lah ek. Kat ebay hehehe.

Wednesday 27 April 2011

Bila Aku Marah

Aku rasa aku ni kira cikgu yang tak garang. Dan fleksibel juga. Aku boleh tolerate bila student lambat hantar assignment. Sebab at the end of the day (betul la, end of the day bagi kita ialah sebelum maghrib), aku takkan biarkan course work derang 0. Penat nak menjawab ngan kb nanti. Tapi aku cukup marah bila student meniru masa test atau exam. Panasss je telinga.

Macam yang aku selalu citer, student2 aku ni bukan lah kategori budak2 pandai. Atas sikit dari bungol. Oh, rindunya aku zaman2 mengajar budak u dulu. Tapi, walau pun tak pandai, aku boleh terima kalau terpaksa buat re-sit test berkali2. Dah, kalau derang pandai, tidak lah derang masuk sini kan. Nasib baik la derang nak masuk sini. Kot derang mohon masuk pusat serenti, tak ke naya? Tu tak pe lah, tak melibatkan aku. Kalau dah takde saper nak masuk sini, kot ditutupnya pulak @tec ni, nak keje kat mana aku? Ok ok, syukur. Lagi tak pandai derang, lagi besar pahala aku dapat kalau dapat memandaikan mereka. Kan. Itu pun kalau aku sabar la kan hahaha.

Bila dah student nya pun spesis pecah rumah punya, jangan lah diharapkan derang akan tekun menjawab soalan ujian. Macam aku dulu (masa study la), tak terpikir langsung nak meniru kawan. Dah lah tu, kedekut pula nak bagi kawan tiru. Sebab satu, aku tak percaya ngan derang. Tah2 derang pun jawab salah. Dua sebab aku pun tak berani nak bagi tiru, takut2 jawapan aku pun salah hihihi. Jadi, jadilah aku budak skema. Mungkin sebab tahap keyakinan aku tinggi kot. Ye lah. Mestilah aku yakin yang aku terel, sebab tu aku yakin yang aku je yang jawab betul. Betul apa? (Muntah!)

So, bila aku buat ujian, aku pulak yang berdebar2. Jadi tak tenteram. Panas hati, panas telinga. Sebab semua nak meniru. Ok, aku sabar sikit. Kasi can lagi. Kali kedua aku nampak, aku warning. Kali ketiga aku nampak, aku dan memekik. Masuk kali keempat, aku pun meroyan ar. Rasa nak pecah je dada ni menahan marah. Aku garang ok. Bila marah la. Tak caya tanya encik suami hihihi.

Last2, eh, berkesan ar. Derang terus menikus tau. Memang nak dengar aku menempik kot derang ni. Tapi, akibatnya? Ya, semua pun fail. Aduh! Ulang nilai? Pengsan!

Tuesday 26 April 2011

Kereta Oto


Kalau tanya orang muda, mesti tak ramai yang suka kete oto. Pikap slow. Orang muda orang cergas. Aktif. Nak cepat. Laju. Pecut.

Kalau tanya orang dewasa (dah tua sikit), mesti ramai yang suka kete oto. Orang dewasa orang lemah. Penat. Letih. Sakit kaki. Rilek. Sabar.

Tapi, kete apa yang sebenarnya yang lebih sedap dipandu?

Kete yang dah abis bayar la hahaha. Tak kelakar.

Ok serius.

Aku pun macam tu jugak. Masa muda belia 4b (apa 4b tu apa eh?), tak pandang kete oto. Manual ar best. Senang nak motong. Boleh skip gear 2 hahaha (tak paham sudah).

Tapi bila dah pakai kete oto, mengaku je lah. Sedap lagi bawak kete oto. Rilek je. Takde penat2 nak tukar gear. Takyah sakit2 kaki time jem. Hey! Saper kata kete oto pikap slow? Saper kata bercintha nak motong lori? Kete oto ada overdrive lah! Aku tak rasa ada beza pun motong guna kete manual ngan kete oto. Errr mungkin tidak adil kalau aku bandingkan dengan manual kancil660. Tapi, aku percaya, overdrive kete oto sama je dengan gear 3/4 kete manual. Nak kata nak mula jalan tu tak pikap, takde lah jugak kot, kan?

Saper2 yang cakap kete oto tu kete orang cacat, sila cuba dulu ok. Silap2 ko sendiri tampal sticker gambar wilcha kat cermin belakang kete ko tu. Eh, aku speku je ni. Takde orang cakap pon.

p/s gambar takde kena mengena. cubaan menarik law of attraction.



Monday 25 April 2011

Lemah!

Kesian aku tau. Tiap2 hari kerja tau. Takde cuti pun tau. Sejak 2 minggu lepas lagi tau. Penat sangat! Ni nak komplen la ni.

Gini, kan aku kena kerja setiap sabtu kan. Sampai 6hb mei ni kan. Pastu setiap kali tu, takde nya ngelat2. Maksudnya takde la aktiviti lain selain pnp belaka. Kot la derang nak buat gotong royong ke, aktiviti 5s ke, ok lah jugak kan. Takde la aku kena mengadap muka budak2 ni je. Budak2 pun takde lah kena mengadap muka aku je kan. Lagi pun kan ari sabtu. Aku dah cuba. Sabtu lepas, ikut jadual hari khamis. Dan aku takde kelas pada hari tu. Tapi, penat nya, ya ampun... Tuhan je yang tahu. Sabtu tetap sabtu ok. Ni kalau ikut akt@ kerj@ 1955 ni, dah lebih 48 jam seminggu ni. Ok ok gomen tak follow akta tu.

Aku tak kisah sangat kalau dia buat selang seminggu ke kan. Kira ada la masa nak rehat nya kan. Walau pun masa dicutikan aritu aku dah puas berehat, tapi, isy, rehat, mana boleh dikredit2. Cukup time, kena lah rehat jugak kan. Yang aku geram tu, yang buat decision ni orang admin. Atau lebih spesifik lagi t.p.s dan bp.pl. Pastu, derang dah keje masa kiterang dicutikan tu. So, derang takde la kena ganti. Ado ko kesah aku nak ganti 4 minggu berturut2? Dia tak tau ke yang budak2 pun ramai yang balik kampung tak datang kelas? Yang tambah hangin, cuti hari buruh kan hari isnin. Sejak dari bulan satu lagi orang dah plan cuti 3 hari tu. Ni derang yang hati kering ni boleh pulak suh keje gak hari sabtu tu. Adoih!

Ok, sukati aku lah nak komplen. Tah2 sekali seumur hidup je aku dapat komplen perkara ni. Tak pun seploh tahun lagi ke kan (bila substation tu meletup lagi). Kasi can la ek hehehe

Jangan hairan kalau ada yang terjun dari tingkap nanti.

p/s lub, kes ko keje ari sabtu dulu, lain ok.

Thursday 21 April 2011

Salah Dengar

Ingat kan aku tersalah dengar. Semalam macam aku terdengar dalam berita yang artis indo* tu mengandung pat bulan. Sekali tadi aku tengok kat blog hiburan, memang betul rupanya. Siap mengaku, kami sudah sama2 dewasa lagik. Haih... apa la perasaan anak2 dia ek?

Apa2 pon, kita bersangka baik je lah. Mungkin dia buat pendermaan sperma kot. Huhuhu.

Cikgu... cikgu...

Ingat lagi tak kisah sorang cikgu yang memandu secara merbahaya yang aku ceritakan dulu? Tak, dia BELUM eksiden lagi. Cuma nak menambah adegan2 lagak ngeri yang dilakukannya hasil tinjauan rambang ke atas rakan2 sekerja. Selain aku, kini ada beberapa orang baru yang menjadi ahli forum perdana ini. Salah seorang daripadanya ialah opismate aku. Oh, lupa nak citer. M@ya dah takde. Ehhh dia hidup lagi. Cuma dia dah bercuti belajar. Dapat scholarship hlp untuk sambung phd. Dan kini diganti dengan opismate baru ni lah. Aku kasi nama AD la ek.

Masa AD datang sini, dia tengah mengandung ermmm 7 masuk 8 bulan la lebih kurang. Dan dia tinggal di p0ntian. Sama hala ngan cikgu tu. Cuma katanya, dia dari bandar p0ntian, cikgu ni pulak tetiba je muncul dari jalan lain. Patut pun. Cikgu tu duduk kat p3kan n3nas. Ada la kot short cut nya tu.

Sebelum itu juga, selama setahun lebih juga, cikgu tu mengamalkan carpool ke tempat kerja. Ada la 2-3 orang yang dia bertukar2 pasangan. Tapi sekarang pasangan2nya semua dah berpindah. Dia je yang tak pindah2 lagi. Katanya bulan 6 ni.

Oh, lupa nak citer. Kat tempat aku ni, selalunya kalau orang lama2, kami panggil cikgu. Kecuali cikgu sorang ni. Orang baru. Tapi oleh sebab dia memang cikgu (dipinjamkan oleh m0e), kami panggil lah cikgu juga.

Berbalik kepada kisah pemanduan. Selepas beberapa hari berada di sini, AD pun mula melahirkan kebimbangannya terhadap cara pemanduan cikgu ni. Kami yang dah lama makan asap kelisa ni pun mula la membesar2kan cerita. Antara ceritanya.

Boleh? Dia potong 6 kereta sekali, pastu selisih ngan lori sekali jugak? Lori dari depan tu pulak yang kena ke tepi.

Dia selamba je kalau selisih bertiga atas jalan. Dia anggap orang depan mesti akan ke tepi punya. Atau pun brek.

Aritu dia motong aku, sekali ada lori baru nak masuk dari simpang (simpang belah kanan dari arah berlawanan)). Kelam kabut lori tu turun bahu jalan.

Dia potong kete kitorang berdua ngan satu lori kat selekoh atas bukit. Sekali ada kete dari atas bukit, dia selamba je cilok betul2 depan lori tu.

Aku petang semalam, kat selekoh bukit k3licap tu, dia potong kete depan depan depan aku. Sekali ada lori dari depan, cecepat dia nak cilok masuk depan kete tu. Pastu semua kete belakang brek mengejut la, termasuk lah aku. Kete depan aku konar ke kiri, aku terpaksa la konar ke kanan (masuk jalan bertentangan. nak elak langgar kete depan). Sibbaik lori dari depan tu konar ke tepi jalan jugak. Kalau tak, aku lah yang kena langgar. DIA selamat la.

Pernah la sekali. Dia nak potong aku kat selekoh, tapi tetiba ada kete dari depan. Tu lah sekali aku rasa dia cuak (kot. i doubt) dan slowing down dan masuk balik belakang aku. Selalunya dia takkan 'undur' balik. Biarlah selisih pun. Namun nak undur, jauh sekali.

Kendian kami pon tanya kat AD, ko takmo carpool ke ngan dia? A'ah kalau saya dah overdue kot boleh la hihihi. Kat dalam kete jugak boleh terberanak.

Tapi kan. Cikgu tu ada kete lain jugak. Vi0s. Kalau time dia bawak vi0s, dia ada sopan santun sikit. Mungkin sebab pikap vi0s kureng kot kan. Tapi kalo kelisa, memang bai bai la kete lain. Laju eh kelisa? Mementang dia kecik. Setakat ni memang tak pernah la lagi berlaku eksiden. Bukan lah aku nak dia eksiden. Cuma, kalau lah eksiden tu boleh menginsafkan dia, apa salahnya? Hahahaha. Bukan apa, perbuatannya itu boleh membahayakan pemandu yang lain. Aku kalau dia sesorang je yang eksiden, lantak pi lah. Kalau pon tak eksiden, tah orang tu sakit jantung ke. Kan boleh diserang sakit jantung kalau berhadapan dengan situasi2 saspen sebegitu?

Harap2 biar lah betul cikgu dapat pindah ke sekolah bulan 6. Hihihi. Bukan lah nak halau, memang dia pon yang mintak pindah kan. Aku doakan impian dia tercapai je lah kan. Kurang sikit risiko aku. Keji je.

Wednesday 20 April 2011

Abang Lori

3 tahun lepas, masa aku mula2 keje kat sini, nak belok ke jalan p0ntian-bp kat senggarang dari parit raja tu, sekejap je dah boleh. Tapi sekarang ni, tiap kali tiba situ, aku jadi berdebar2 la pulak. Semakin banyak kenderaan sampai aku terpaksa tunggu lama. Kadang2 bila aku nak melintas cecepat, jadi lambat jugak sebab ada pasir pulak kat situ. Bahaya. Kan ke kalau ikut peraturannya, sebagai penunggu simpang 3, kita kena tunggu orang dari arah kiri masuk dulu, baru lah kita boleh pegi kan. Dan kalau orang dari kiri tak masuk simpang tu pun, aku tak suka lak sesuka hati keluar simpang tanpa mengambil kira perasaan pemandu dari sebelah kiri. Sebab aku pun kalau tengah jalan straight, tetiba ada orang masuk, pastu slow pulak tu, memang rasa nak langgar je kete dia. Tak boleh ke tunggu aku lepas dulu? Dah tau lembap tu, tunggu lah orang yang laju ni lepas. Kalau ko terus pecut, aku no hal.

Ok. Citer nya pendek je. Pagi tadi, masa aku nak belok kat simpang tu, ada satu lori trailer nak masuk simpang tu. Aku pon tunggu la dia masuk dulu. Sekali, dia hon dan buat isyarat suh aku jalan dulu. So sweet ah abang lori tu. Mesti in a good mood one hehe. (Atau sebenarnya kete aku dah terkedepan sangat dan kalau dia belok dulu, dah susahkan dia nak ambik bearing huhuhu)


Monday 18 April 2011

Saya Sudah Ada Meja Makan, Yeay!



Tahun pertama duduk di rumah sendiri, ok lagi. Lapang jer rasa. Berjalan pun tak yah konar2. Sebab takde benda yang nak dilanggar. Masuk tahun kedua ketiga dan seterusnya, rumah yang dulu kononnya, cukup lah ni, kira luas dah ni, buat apa nak rumah besar2 dan sebagainya tu, dirasakan begitu sempit sekali. Usahkan di dalam, tengok kat luar je pun dah cukup. Dulu ada 2 biji kete dengan sebiji motor. Boleh lagi letak sofa kat tepi. Tapi sekarang, selain 2 biji kete, ada 2 biji motor dan ditambah pula 2 biji basikal! Dan rak kasut juga. Itu pun masih ada hati nak beli kete lagi.

Semak pulak tu. Semua sampah nak simpan dalam bakul. Eee serabut aku tengok. Dah banyak kali tanya, bile si empunya motor tu nak ambik motor dia. Kalau tak boleh datang, aku sanggup je pos kan. Naik ketapi pon tak per. Asalkan takde kat depan rumah aku lagi dah. Huh!

Aku suka aktiviti berbasikal. Tapi, macam takde kesan apa2 ke atas tubuh badan jek?

Rak kasut tu pun satu hal. Masa beli, konon, ada 3 pintu, 4 tingkat, kita berdua je, 4 kaki je, abang 2 tingkat, ayang 2 tingkat. Tapi bila dah masuk setahun, kaki yang 4 ni pun rasa macam 10 kaki. Sorang 2 tingkat? Huh! Dah tindih 2 lapis pun tak muat jugak. Sudahnya kasut ayang letak dalam kete je lah, senang nak tukar2. Apa tidaknya. Kalau dah satu sukan mesti ada satu kasut, kira je lah ada berapa jenis sukan. Bukan kira ikut jenis sukan, lain lokasi sukan pon lain kasutnya. Main bola kat padang rumput tak sama ngan main bola kat padang simen. Ke turf ke haper tah. Joging kat balapan tak sama ngan joging kat jalan kampung parit. Badminton nya lagi. Tu tak kira yang ada 2 pasang untuk sukan yang sama. Huhuhu komplen nampak?

Tengok ke dapur pulak, sebelum pindah, pakai gerobok dapur 5 kaki, muat sumbat segalanya. Bila pindah rumah baru, pasang kitchen cabinet 19 kaki. Tak cukup jugak. Tambah lagi 20 kaki. Tak muat di lantai, pasang di dinding. Cecah ke bumbung. Itu pun tak muat jugak? Pasnih pasang atas siling pulak lah kot.Adoiyaiii...

Ada bilik. Bilik bacaan dan menjahit kononnya. Ada mesin jahit, gerobok buku 4 pintu dengan gerobok 5 kaki (yang dapur punya dulu). Muat lah tu. Siap boleh potong kain dalam bilik lagi. Cukup setahun, tak muat dah ni. Dalam tu lah menjahit, dalam tu jugak gantung baju tak bergosok. Kononnya dulu, lemari baru cuma taruk baju dah gosok je. Baju lum gosok simpan dalam lemari lama. Itu pun tak muat dahhh. Dah tak muat bilik, tambah pulak loteng kat atas. Pindah gerobok buku kat atas loteng. Lapang lah sikit. Tapi, ampaian baju dulu sebatang je, sekarang beranak jadi 3. Jangankan nak memotong kain, menjahit pun dah rasa sesak napas dah ni. Macam hidup dalam lemari baju dah. Itu lah padahnya kalau ada mesin jahit. Errr padah ke kebaikan eh? Padah la dari aspek tak cukup lemari kan.

Meja makan pulak. Masa pindah dulu, beli meja makan kecik, 4 kerusi. Cukup lah ni, kita berdua je, bukan masak banyak lauk pun sampai tak muat meja. Bila tetamu datang, bentang tikar, bersila tak muat, bersimpuh lenguh. Tapi sekarang, situ lah meja makan, situ lah situ lah potong memotong, situlah juga segala mak nenek botol nak duduk. Tu belum kira water dispenser, juice extractor. Ada hati pulak nak beli mixer ganal. Kang simpan dalam lemari, saper nak tengok? Eh, kena tengok ke? Bukan tivi ek? Errr leceh la nak kuar masuk kuar masuk gerobok je kan. Kena lah letak di tempat terbuka (sibbaik ada alasan huh). Kalau dah semua nak berhimpun atas meja, atas table top, nak makan kat mana pulak?

Bukan tak mahu beli meja makan besar. Cuma dah rasa selesa ruang tengah tu lapang. Baring2, boleh tengok wayang dari pc. Orang datang boleh tido bentang toto. Tapi, bukan selalu pun. Setahun 4-5 kali je. Lagi pun, bukan tak cuba mencari. Dah puas dah keluar masuk kedai perabot. Tak ketemu meja makan yang menarik hati. Ada ketemu, tapi kalau dah sampai 6 ribu, time sale pun 5 ribu, kalau nak murah ambik display set, baik lah tak payah. Nak buat macamana, taste tinggi, tapi cheap skate hehehe.

Akhirnya, pada 9 april yang lalu, pencarian kami menemui noktahnya. Cewah! Over sekali lagi. Nak bagitau benda lain, mukadimah kemain berjela. Tetiba citer sebenar seperenggan jek hihi. Dari sekecik2 kedai kat parit rojo ni, sampai lah ke lorenz0 dan harvey n0rman di kl nun, akhirnya di sebuah kedai di batupahat juga rupanya rezeki meja makan kami berada. Tak lama. Sekali pandang je, terus jatuh cinta. Design yang lebih kurang sama pernah ku lihat suatu ketika dulu. Tapi masa tu rege nya umak ai, boleh pegi umrah!) Tiba2 kat sini dapat yang lebih murah. Lebih cantik pula (ikut taste aku la). So, terus nego2 dan deal. Biasa lah, encik hairul memang mulut manis. Sembang macam dah kenal lama. Dapat rege regular kastemer (padahal tak pernah beli apa2 pon kat situ hihi). Takde gambo. Nak tengok kena datang umah la. Takde la. Lum siap deko2 lagi. Set2 peranggu meja pon belum dibeli. Kang aku dah setting macam dalam impianaa sok, baru lah aku ambik gambo nya. Huhuhu over sekali lagi.


Friday 15 April 2011

Dah Beli Kain Raya?

Dah tengah bulan 4. Sikit lagi nak bulan 5. Awal bulan 8 dah puasa. Lebih kurang tambah tolak, tinggal 4 bulan lagi dah nak raya. Kalau ikut resmi tukang jahit, 2-3 bulan sebelum raya lagi derang dah tutup tempahan. Tutup tak tutup la. Ada yang terima, cuma ada ayat sikit hujung2 nya, "saya tak janji yea..." So, pepaham je lah. Lagi pun, tempah baju time raya bagi aku, bermakna, kita bersedia menanggung risiko. Selain baju tak siap, risiko kualiti jahitan yang hampeh. Mujur lah sekarang, kita ada pilihan. Baju siap!

Tapi, itu pun kita tak boleh terlalu bergantung kepada baju siap. Faktor saiz memang out awal2. Macam yang aku katakan dulu, tak ramai orang yang bersaiz standard. Dan ramai juga yang kisah dengan kualiti baju siap. Tapi, kalau dah baju tempah pon tak berkualiti, baju siap pon sama, ada ke pilihan lain? Ada! Jahit sendiri! Ok ok aku tak salahkan korang yang tak pandai jahit. Tak baik tau. Kalau jahit sendiri pon, tapi tak pandai, usahkan kualiti, rupa baju pun belum tentu jadi. Eh, bukan2. Maksud aku, pilihan lain ialah tempah sekarang!

Awal sangat ke? Bagi aku tidak. Bukan lah kita beriya2 sangat nak beraya. Tapi kalau dah dekat2 nak raya sok, ko beriya2 jugak, kan? Orang sibuk2 berpuasa beramal ibadat, ko pulak sakan soping baju raya. Lagi la tak baik. Lagi pon trend kain2 sekarang ni memang dah nampak dah. Kain crepe wangi atau batik satu malaysia. Dan design pokok2 tumbuh di kaki atau kain berkaki corak bunga menjalar dari kaki. Huh! Susahnya! Tahun lepas dah ada dah sikit2, tapi tahun ni dia masih valid dan memang sesuai untuk raya tahun ni. Kalau pegi jalan tar tu, derang bagi nama 'kain mahir zain'. Mahir ok. Terampil lagi!

So, apa lagi? Pi beli kain sekarang. Pastu hantar kat tailor, cakap nak pakai bulan 6 ke 7 ke. Cakap anak sedara nak kawen (tak perlu pun bagi sebab, tapi kalau ada sebab lagi baik hihi). Serius! Walau pun kita bagi due date, kalut dia tak sama ngan raya. Tapi, bila dah siap tu, jangan lah pulak korang pakai pegi kenduri kawen. Masin mulut. Simpan je dalam beg balik kampung. Tak pun hantar bawak balik kampung terus (di mana kampung yang nak beraya sok. atau di kampung sendiri lagi baik.), bior di makan dek tikus kihkihkih. Kurang2 kalau suami ajak beraya di kampung beliau, leh kasi alasan, kena gak balik kampung saya sebab baju raya semua dah dihantar di sana hehehe. Bijak tak?

Cakap orang yea.

Aku pulak, tahun ni takmo jahit baju orang. Kakak2 sekalian, sila hantar ke tailor ya. Tak pon hantar kat kak ani hihihi. Ooo pandai ek korang. Ngan kak ani bayo. Ngan adik sendiri nak free je ek. Tahun ni dah takmo lagi menjahit di bulan puasa. Nak terawih 20 rakaat setiap hari. Cuti tahunan dah tinggal sikit ni. Tak boleh dah nak cuti seminggu sebelum raya untuk menjahit baju.

p/s tahun ni raya kat eto5, kan? jom raya bertema! tema tahun ini ialah pepel biji kundang (tak leh ubah sebab dah hantar tempah baju melayu dah hihihi sukati)

Jimicu

Hari tu aku tertengok berita. Cerita pasal dato' jimicu. Nak bida saham jimicu. Aik? Bukan tu syarikat dia sendiri ker? Rupa2nya ada cerita.

10 tahun lepas, akibat kegawatan ekonomi kot, jimicu telah menjual syarikatnya kepada mat saleh ni. Laaa selama ni yang kita tengok (nak cakap pakai, tapi tak pernah beli pon) kasut, henbeg jimicu tu, bukan lah dia punya. Ye lah, memang nama dia masih kekal, tapi, dia takde pun kepentingan dalam syarikat tersebut.

Pastu yang keluar berita ni pulak, katanya oramputih ni nak jual lah pulak jenama jimicu ni dan telah membuka tawaran kepada pembida2. Dan, mungkin lah dato' jimicu ni pun dah ada duhet, dia pun masuk lah sebagai pembida.

Setakat tu je lah beritanya. Yang aku faham la. Dah menang ke tidak tu, tak tau lah pulak aku. Yang aku fikir ialah, 'ada jugak ek?'

Sekian.


Thursday 14 April 2011

Wassap Bro!

Ulang balik cerita. Aku dah mula bekerja hari selasa. Sibbaik masih ingat jalan hehe. Sampai2 je, terus nampak memo. Kelas gantian bermula sabtu ini. Berturut2 selama 4 minggu. Bermakna, tiada lah hujung minggu bagi ku selama sebulan nanti hukhukhuk.

Yang tambah lemah aku nak pegi keje hari selasa tu ialah, kelas aku seawal jam 8 pagi. Memang tak best. Sem2 yang lepas kan aku komplen asik ada kelas je pepagi kan. Pagi isnin pon ada. Sem ni tidak lagi. Sorga rasa. Tapi, sampai2 je kat tempat assembly, cuma ada 4 orang je students. Ramai yang belum balik lagi. Memang patut pun. Ye lah, mana nak dapat bas pepagi subuh sepiee tu kan. Kalau bas kl, paling awal pon pukul 7 ke 8. Harus lah sampai pon dah pukul 10 ke 11 pagi. Kalau naik bas malam pulak, pukul 3 pagi dah sampai, cemana nak balik ke asrama? Jadi, terima je lah apa yang ada. Dah derang suh balik hari selasa kan. Ekceli hari jumaat tengahari tu lagi dah ada karen dah. Tapi, takkan nak call semua students, suh balik awal kan. Boss2 pulak, semua takde. Maka, pagi tu memang takleh buat kelas lah. Dapat lah aku menyiapkan serba sedikit dokumen2 m.qa tuh.

Oh ya (poyo je ayat), cuti 6 hari itu telah aku isi dengan beberapa aktiviti berfaedah. Antaranya, (meh tengok balik list aku aritu)

- jahit (aktiviti yang major sepanjang cuti tersebut)
- baca novel dan majalah yang berbulan2 tak terbaca - bumi cinta by elshirazi, impiana, dapur, solusi (tak sempat langsung)
- masak pizza (hari jumaat!)
- masak puding telur (tak berjaya, sebaliknya aku buat kek hangus. ya, kek gula hangus hangus hahaha)
- tengok tv (sambil2 membuat aktiviti pertama)
- tengok dvd (tak sempat jua)
- tengok movie yg didonlod (tengok citer 127 hours; berkenaan sorang mamat yang pegi hiking dan terperangkap di celah batu di tengah canyon. dan citer inception; hero leonardodikaprio berkenaan mimpi dalam mimpi dalam mimpi dalam mimpi...)
- tengok wayang - besok source code kuar (dah tengok!)
- layan pokok bunga (tak sempat gak)
- ?

Hasil daripada aktiviti pertama adalah seperti gambar di bawah. Ni pagi tadi lah aku suh encik hairul ambikkan gambo. Selain baju ini, ada sepasang lagi yang juga dah siap. Minggu depan lah nak pakai. 3 minggu lepas pon aku dah siapkan satu baju batik. Dah pakai jugak. Best je rasa bila pakai baju baru hihi.

Nampak aku gemuk? Tak, baju tu yang besar.

Nak jugak tunjuk baju ni dari dekat.

Selain itu, aku juga telah menggunting beberapa pasang baju. Tak tak tak. Ingat aku dah takde keje lain, asik beli baju je ke? Tak jugak ek. Ni aku gunting baju kakak2 ku lah. Ingat lagi tak bulan 6 tahun lepas yang aku gi kelantan menyopping batik? Haaa kengkonon ada la aku beli satu untuk yayu. Sekali, sampai ke sudah, tak terjahit2. Gunting pun tidak. Bukan per (nak kasik alasan), kan mesin jahit tepi aku kan dah patah pisaunya kan. Bila aku cakap patah pisau, sumer orang cakap, ganti lah pisau baru. Masalahnya, bukan bilah pisau tu yang patah. Ni dia punya pemegang tu. Patah ya, bukan tanggal. Dia dibuat daripada besi kot. Dan bahagian yang patah tu seumpama kayu yang patah. Haaa, tak ker cedera parah tu? Bukan patah sendi ok. Ni kalau kaki ni, tulang femur tu yang patah. Eh, tulang femur tu kat kaki ke tangan? Lantak ler. Ni kira patah yang kena pasang besi tu lah.

Jadi, aku selalu lah memberi alasan kepada diri sendiri, bahawa aku malas nak jahit sebab mesin jahit tepi rosak. Walau pun aku katakan fungsi jahit tepi itu tetap tak berubah, tapi, ketiadaan pisau itu adalah satu gangguan major bagi aku. Leceh ok.

Jadi, aku pun tanya (sekali lagi, dah banyak kali dah) kat encik suami, kita nak welding ke nak beli baru je? Dan kali ni, dengan kelajuan cahaya, beliau menyarankan agar aku membeli yang baru sahaja. Ye lah. Mesin tu dulu kan aku dapat free daripada ibu mertua ku. Kendian aku repair, kena rm180. Pastu aritu pully nya haus, aku tukar seketul dengan motornya sekali kot, rm55. Dah berapa? rm235. Mana nak dapat mesin jahit tepi rege rm235? Paling cikai pon made in china 6-7 ratus. So, apalah nak berkira sangat. Hehehe mementang tengah ada duit, berani lah cakap kan.

Maka, pada hari sabtu lepas, kami pun melakukan misi mencari mesin jahit tepi. Bajet yang ditetapkan ialah rm1500. Sebab rege mesin highspeed aku aritu rm1500. Mana boleh mesin jahit tepi melebihi mesin jahit biasa, kan? Ye lah, dia digunakan tepi2 kain je. Kalau cantik sangat pon jahit tepi tu, bukan boleh nampak pon kan. Melainkan time angin kuat, kain terselak. Errr apa yang aku pikir nih?

Memula sekali, of course lah aku terjah kedai tar.mah, tempat aku beli mesin highspeed tu ari. Cuma kedainya dah pindah la. Kali ni lebih besar, macam kilang. Ye lah, derang bukan setakat jual. Sama macam kedai kereta, ada 3S center. Showroom, Sale & Service. Mesin pulak bukan yang portable2 jer. Banyak nya yang industrial punya. Jadi, gedebuk gedebak gedebuk gedebak, aku dah tersuka ngan satu mesin jenama jepon ni. Tapi takde stok. Nak kalo, seminggu baru boleh dapat. Stok baru sampai dah ada kat port, cuma belum lepas lagi. Oh, ada mesin jahit tepi interlock jugak tau. Tapi china punya la. Orang tu cakap, ini untuk itu jahit tudung punya. Kalau lu tukar2 pakai untuk jahit tepi biasa ha, boleh juga, tapi nanti dia senang rosak lor. Errr tak berani lah aku bila dia dah cakap cenggitu. So, aku tinggalkan nombor tefon, biar dia call aku je bila stok dah sampai sok.

Kendian aku ke kedai yang aku baiki kena rm180 dulu tu pulak. Kedai ni kecik sikit. Mesin yang dijual pun tak banyak pilihan. Kalau yang industrial punya banyak yang secondhand. Pastu ke kedai lain pulak. Kedai ni aku pernah pegi masa mencari kepala pully yang haus dulu. Masa tu dia cakap pully plastik takde. Dia ada yang besi. Dan tak sesuai dengan mesin aku.

Kat kedai ni ada banyak mesin portable. Jenama sama ngan mesin highspeed aku pun ada banyak. Cuma rege nya je lah yang tak tahan. Kendian dia tunjuk mesin yang aku beli ni. Tadi kat tar.mah ada jugak, tapi lupa nak tanya rege. Tengok pada ciri2nya, macam tersuka pulak yang ni (sibbaik tak macam baju, suka 2, beli 2-2 sekali). Tapi, kalau boleh nak lah rege yang terbaik. So, lepas tengok wayang, kami patah balik ke kedai tar.mah untuk bertanyakan rege mesin ni. Sama! Aku mintak kurang, tapi dia offer pulak, display set dengan rege kurang rm200. Macam menarik. Aku pun suh dia test.

Tengah2 dia menerai dan menerang kan kepada aku kekdah2 menggunakannya, aku yang memang pengamal ilmu kemahiran hidup dalam membuat keputusan ini telah menimbang2 beberapa perkara, pro n kon nya pembelian mesin display unit tersebut. Ekceli aku tak concentrate pun apa yang dia ajar tu hihihi. Pastu aku tengok besi pada mesin tu dah berkarat sikit. Pulak tu beza rege rm200 je. Eh, macam2 lah yang aku pikir. Sudahnya, aku tanya yang baru je lah. Pon takde stok. Kena tunggu seminggu jugak.

Balik tu, agak kecewa. Tak dapat lah aku menjahit tepi uhuk uhuk uhuk (perasaan ni, penjahit je yang faham). Baca balik segala katalog yang dikutip dari kedai2 tu tadi. Akhir nya aku nekad untuk membeli dari kedai yang terakhir (sebelum patah balik ke tar.mah). Sebab dia ada cakap, kalau aku order hari ni, selasa dah boleh dapat. Bermakna, cepat lah kan, berbanding tar.mah.

So, hari isnin, aku pun mengorder. Mujur lah aku dapat meyakinkan amoi tu sebab aku takde kasi deposit, dan aku cuma telefon je. Dan esoknya, kan aku takde kelas kan. Tengahari tu aku pon pegi mengambilnya. Sangat suka!

Inilah relevannya tajuk entry ini.

'Abang' encik Mar'juki'.

Gambar ni sebenarnya aku ambik untuk rujukan. Aku ambik aritu dia dah setting sesiap. Memang sedang elok lah ni. Cantik je jahitannya.

Yang best nya, mesin ni boleh jahit tepi halus macam tepi tudung ar1ani sekarang ni. Yang beralun2 tu (mesin singer pun ada feature ni. eh, lupa nak citer. aku ada tengok mesin singer gak, tapi tak pegi kedai la. derang ada bukak booth kat k4). Senang lah aku nak jahit tudung yayu yang dah setahun jugak aku tak jahit tu huhuhu. Plus, senang jugak nak jahit baju kurung pahang sebab selalunya derang jahit bawah baju tu dengan jahit tepi halus ni je atau jahit zigzag. Pastu dia ada tapak untuk jahit sembat susup macam pasaraya selalu jahit kaki seluar lelaki tu. Alaaa yang derang jahit pakai tangsi, belah dalam macam jahit tepi, luar nampak macam sembat tu.

Hehehe over je tulis kronologi, macam beli apa je. Kot kalau beli kereta ke rumah ke, tah cemana lah panjang cerita nya ek?

p/s ekceli aku ada gak gunting 1 baju aku hihi.

Terlajak Perahu Boleh Diundur (Updated 15/4)


Yo! I'm back! Tak pegi memana pon. Masih dok mengupdate blog, cuma tak publish jek. Bukan per. Sebagaimana aku tak suka entry yang ciput2, begitu lah juga aku takmo entry aku ciput2.

Aku dah masuk kerja semula pada hari selasa. Memang agak sibuk la sekarang sebab minggu depan akan ada lawatan daripada m.qa untuk pengiktirafan diploma kami. Bukan lah selama ni tak diiktiraf. Minggu lepas, fb @tec telah di'berak'i oleh komen dari seorang isteri yang bukan ex-student @tec tapi bersuamikan ex-student @tec. Sebagai seorang non-ex-student, dia tak perlu pun add @tec dalam senarai 'friend' nya. Tapi, kalau dah add tu, kami terima dengan hati terbuka. Tidak lah menyangka yang dia akan meninggalkan tahik di atas dinding kami.

Asalnya kami post iklan kursus satu malaysia. Kursus ni percuma dan terbuka kepada semua rakyat malaysia. Tetiba pempuan ni dengan bersemangatnya menjadi first commentor.


Berikut ialah visi, misi dan objektif jabatan kami.

Visi

Menjadi organisasi peneraju dalam membanggunkan tenaga kerja yang berdaya saing

Misi

Mengeluarkan tenaga kerja yang berdaya saing

Objektif

Membantu ke arah penggunaan tenaga tenaga manusia yang optimum melalui program latihan perindustrian

Dipendekkan cerita, kami bukan mengeluarkan graduan untuk bekerja dengan gomen, sebaliknya untuk bekerja di sektor swasta. Objektif itu jelas. Diploma kami diiktiraf oleh jabatan p3mbangunan kemah!ran, yang no doubt, diterima oleh sektor swasta. Dah ko belajo elektronik, mintak lah keje kat kilang elektronik!

Aku bukan apa la. Kan aku pernah cakap, derang sebenarnya lebih terel dari aku sendiri yang pegang diploma dan degree yang diiktiraf m.qa ni. Skill yang derang dapat dari diploma kat sini sebenarnya jauh lebih baik dari universiti. Cuma tahap mana skill derang tu, bergantung kepada individu. Tapi, yang budak ni, nak juga keje gomen. Padan lah muka.

Yang agak mengecewakan, pompuan tu kata, laki dia menyesal belajo kat sini. Aku tak lah kenal laki dia sebab dia antara batch terawal di sini. Kalau kenal, mungkin lah aku boleh kenal pasti, dalam kategori manakah orangnya. Sebab student ni ada macam2 pesen. Ada yang bungolnya termantul2. Ada yang nakal terlebih. Walau pun ada juga yang bagus. Tapi kalau tengok kan pada gambonya, memang aku ragui juga lah tahap kesopanan dan kesusilaannya. Tapi, orang kata don't judge the book by its cover kan. Aku bukan lah orang yang layak nak menilai orang. Hmmm apa2 pon, kalau aku jadi cikgu laki dia, memang aku nangis lah.

Yang melegakan sikit ialah bila membaca komen terakhir tu. Itu student aku tu. Ada ni hah, belum abis pun lagi. Tengah buat final project. Bagus lah kan, dia berfikiran positif begitu. Yang aku tutup kaler oren tu pula ialah pengajar di sini. Kalau suh aku komen, aku nak cakap, padan lah muka ko dapat laki camtu hahaha. Dan padan lah muka laki ko dapat bini macam ko yang terang2an menghina pekerjaan laki ko. Astaghfirullahal'azim...

Tengok! Tak pepasal entry yang sepatutnya berbunga2 ni jadi busuk. So, aku nak buat entry baru lah. Jumpa lagi.

* Nak tambah sikit lagi.

Orang salu komplen, ramai sangat bang.la, myan.mar, in.don kat mesia ni kan. Cakap kiter tak kawal kemasukan mereka. Sebenarnya itu lah tujuan kewujudan institusi kami ni. Mengurangkan lambakan pekerja asing ke negara kita. Takkan lah kita nak tengok anak bangsa kiter, asal keje kilang je, jadi operator. Yang ada kelulusan sket, nak keje gomen. Kalau semua orang nak keje gomen, saper nak keje swasta? Saper lagi kalau bukan bang.la, myan.mar dan in.don?

Contoh, kalau ambik kursus baiki kete, keje apa kat gomen yang boleh masuk? Gomen pon anto kete, bas kat bengkel kenderaan aliran m3kar. Kalau kursus m0ulding, jabatan mana yang buat besen basuh kain dan bakul kain? Kalau kursus telek0munikasi, jabatan mana yang offer talian telefon? Line 01 berapa? Opis gomen pon pakai line telek0m ngan stimiks. Kalau kursus k0mputer tu mungkin la ada banyak cabang dalam gomen ni kan. Ni kursus elektr0nik industri, jkr pon entah, ada ke buat tv ke redio ke henpon ke remote control?

Nak sangat belajar masak, belajar je lah kan. Life long learning kan. Pastu mintak la keje tukang masak kat in.tan tu (setahu aku in.tan je yang tukang masaknya memang keje ngan gomen. Tempat lain tender swasta biasanya). Kalau nak sangat keje gomen la kan.

Ok, dah abis dah bebel.







Friday 8 April 2011

Tips Serangan Jantung

Zaman sekarang, serangan jantung dah tak kira usia. Memuda pun dah ada yang kena serang. Masa kursus pertolongan cemas dulu, ada lah orang tu ajor cemana nak buat bila berhadapan dengan orang yang kena heart attack ni. Tapi, errr aku dah lupa la hihi. Tak lah lama sangat. Masa tengah HoneNone dulu. Bukan apa. Tak praktik, cenggitu lah. Tapi yang aku ingat, 2 minit pertama selepas dia pengsan tu lah masa kritikal yang boleh menyelamatkan nyawa nya. Selepas itu, agak sukar diselamatkan. Sebab bila darah berhenti pergi ke otak, maka berlaku lah brain death.

Ceritanya, semalam aku dengar radio. Kak Bed (abbyfana la, dia bahasa kan diri dia kak bedah, orang pon panggil dia kak bed) ada kasi tips apabila kita sendiri diserang heart attack. Kira sensorang ar. Kekdahnya cenggini.

Bila serangan jantung berlaku, kita da 10 saat sebelum pitam. Biasanya. Jadi, bila rasa macam degupan jantung ala2 tidak stabil, tarik nafas sedalam mungkin dan batuk sekuat hati sepanjang mungkin, macam nak kuarkan kahak kekdahnya. Ulangi setiap 2 saat. Ini kerana batuk boleh melancarkan kembali pengaliran darah. Dan mungkin kita tidak akan pitam, sehinggalah kita sempat mendapatkan bantuan (call 999 ke).

Aku nak post kat FB tips ni. Tapi, memikirkan ramainya doktor2 dalam tu, termasuk doktor pakar bedah, langsung tak jadi. Padahal, bila dipikirkan balik, doktor bertindak selepas kejadian berlaku. Bukan dia oleh muncul tiba2 time kiter kena heart attack, kan? Kurang2 dah pitam, masuk spital, baru lah doktor datang. Tapi takpe lah. Kat blog ni pun ok jugak.

Thursday 7 April 2011

Tentang Cinta Monyet

Rupa2nya duduk kat rumah time orang lain bekerja boleh membuatkan jiwa aku macam jiwang gitu hahaha. Ye lah, suasana sepi (sesekali ditingkahi suara budak yang dijaga jiran sebelah), bunyi angin di luar tingkap (bilik, malas tul nak bangun), lagu2 di radio (sinar, ofkos la nostalgik kan) dan sesekali bunyi motosikal (termasuk motor posmen yang baru lepas masukkan surat dalam peti depan rumah aku ni). Sebijik macam suasana semasa aku lepas graduate aka menganggur. Ketika dalam hati ingin bercinta.

Bezanya, hari ni aku ditemani sebiji laptop. Berhadapan dengan fb yang sentiasa aktif dengan group kawan2 sekolah menengah yang sibuk berchatting sesama sendiri. Rasa macam nak menyampuk, tapi bila tengok list mereka2 yang online, errr tak payah lah. Baik aku monitor jek.

Bila berkumpul dengan kengkawan sekolah, tak boleh tidak, mesti ada isu cinta monyet dan ex. Aritu sorang member membangkitkan harapannya agar semua kawan2 bersikap 'profesional' walau pun masing2 tahu, ada antara warga group ini adalah ex masing2 atau ex kawan2 lain yang tiada dalam group. Tak mahu ada yang tidak selesa. Selain itu, ada juga yang cuba membayangkan, bagaimana agaknya reaksi kawan2 bila bertemu pada hari reunion yang mereka rancang pada bulan 6 nanti. Walau pun masing2 ala2 tak mahu komen, tapi aku yakin, semua orang memendam rasa yang sama. Ada yang kata, banyak hati perlu dijaga lah. Let by gone be by gone la. Nak menyorok la. Tak pernah bercinta time sekolah la. Hakikatnya, masing2 ada perasaan 'cinta' ketika dibangku sekolah. Tipu lah kalau kata takde sikit pun rasa suka kat seseorang tu. Kalau pun tak betul2 bercinta, minat tu mesti ada punya lah. Cumanya, dia luahkan atau pendam kan je sensorang.

Tapi, memang sukar nak memendam perasaan. Sebab dalam cinta, mata pun boleh berkata2. Walau pun mulut tak berkata, mata orang lain pun boleh membaca mata kita. Kalau tidak, takkan lah ada bidalan, dari mata turun ke hati, kan?

Elok lah juga derang buat reunion tu bulan 6. Sebab aku memang tak boleh pergi pun. Eh, kan aku kata nak boikot segala mala reunion, kan?


Wednesday 6 April 2011

Model OSI

Bukan. Aku bukan nak bagi taklimat tentang model osi. Tetapi tentang kejadian letupan yang berlaku pagi semalam. Ada kena mengena dengan model osi.

Ekceli aku tengah mengajar subjek networking semalam. Tengah menerangkan 7 lapisan osi tu. Tiba2 lampu dan kipas mati diiringi dengan bunyi letupan kecil. Ops!

Aku ingat trip biasa je. Sebab memang selalu sangat trip kat level tuh. Biasanya berlaku time budak2 tengah buat final projek la. Aku pun pernah menyebabkan trip hihi. Pernah aku cucuk plug extention kat soket dalam kelas tu dan terus trip. Tapi biasanya takde letupan. Budak2 ni pun dah pandai. Dah tau nak buat apa kalau jadi cenggitu. So, semalam tu, aku teruskan je lah kelas tu. Dah dekat 9.30 pon.

Bila aku naik opis, laaa sini pun takde karen??? Baru lah aku tau, rupaya satu @tec ni takde karen akibat letupan itu tadi. Setelah disiasat2, baru lah kami tau bahawa sub-station kami sudah meletop. Derang cakap, kalau transformer tnbi yang meletup, maybe tak lah lama kot sebab memang keje derang kan. Ini sub-station kami sendiri. So, prosedur nya adalah nyok nyek.

Sampai tengahari, keadaan adalah seperti pintu sel penjara terbuka hihihi (ni pengaruh tengok csi lah ni). Student berkeliaran. Kelas kebanyakannya dalam lab. Yang tak berekon. Walau pun sebelum tu ekon hidup, tapi selama mana lah sejuk tu bertahan kan. Dah lah tu, semua peralatan nak mengajar kena guna karen lor. Aku pulak, ingat nak buat amali. Dah tak boleh, aku ingat nak ajar teori je lah. Nak fotostet nota. Eh, nak fotostet apa nyer? Mesin fotostet pun guna karen lor. Sudahnya, serba tak jadi lah.

Waktu lunch, terpaksalah aku turun makan. Dah tak tau nak buat apa kat opis tu. Panas pulak tu. Jumpa ngan tp. Dia cakap lah apa yang akan terjadi. So, pukul 2 kami menunggu je keputusan rasmi.

Lebih kurang pukul 3, baru lah semua student dipanggil. Semua pelajar diarahkan balik. Tak kisah lah balik kampung sendiri ke, ikut kawan ke, yang penting takleh berada di asrama. Bukan sahaja masalah karen yang takde, air pun bakal tak kuar sebab pam pun takleh pam air ke tangki lor. Semua diminta meninggalkan institut jam ni jugak. Selewat2nya malam. Dan pulang semula pada pagi selasa. Malam isnin tu pun jangan balik lagi. Sabo je lah.

Sementara staf pulak, pengajar2 biasa macam aku ni pun dicutikan. Tapi bukan cuti free lah. Besok2 kena ganti jugak. Kb, kj dan admin keje cam biasa. Ngadap lah korang muka pengarah tu dalam gelap hahaha.

Aku tengah pikir, apa aktiviti menarik nak buat 6 hari ni.

- jahit
- baca novel dan majalah yang berbulan2 tak terbaca - bumi cinta by elshirazi, impiana, dapur, solusi
- masak pizza
- masak puding telur
- tengok tv
- tengok dvd
- tengok movie yg didonlod
- tengok wayang - besok source code kuar
- layan pokok bunga
- ?

Antara Dua



Kan aku pernah cakap, kan? Aku mengalami satu masalah kesukaran memilih warna baju. Dah macam tajuk projek K1K dah ha. Itu rasanya normal kot. Ramai orang pon mengalami nya. Tapi bila aku mengalami kesukaran itu, penyelesaian yang kerap aku lakukan ialah, aku akan grrrrrrrrab kedua2nya. Setakat ni belum pernah la aku grab sampai 3. Pernah terfikir, tapi cepat ditegah oleh encik suami.

Apa yang bermain di fikiran aku semasa membuat keputusan untuk membeli kedua2 pasang baju itu ek? Bila aku dah shortlist kan 2 pasang, bererti aku suka kedua2nya. Dan kalau aku tak beli, aku takut orang lain akan beli. Dan aku takkan benarkan ia berlaku! Lebih2 lagi kalau kedai tu jauh dari bp ni.

Ada dua situasi. Satu, aku beli satu dulu, kemudian lenkali aku datang lagi dan beli yang lagi satu. Dalam tempoh nak beli yang kedua tu, hati memang tak tenteram. Berharap agar takde orang beli baju tu. Situasi kedua pulak, aku beli dua2 dan2 tu jugak. Meh aku ceritakan tentang baju2 yang berstatus demikian. Ini sebahagian jer. Ada juga yang lain, terutamanya baju tido.


Aku baru menyedari tabiat ini baru2 ini, padahal dah lama aku mengalaminya. Baju ni aku beli pada tahun 2004/5 kat kota. Memula aku beli yang merah. Kendian jumpa pulak yang pepel tu. Lepas tu, eita berkenan pulak dan aku belikan dia kaler pink. Selepas2 tu aku ada cari lagi, jumpa kaler pic, tapi saiz L. Sibbaik takde saiz. Kalau ada, banyak ler aku koleksi baju ni.


Ada gambar aku memakai yang merah je, tu pon gambo scan. Yang pepel ada rasanya, tapi aku tak scan.


Ekceli aku beli baju secara bermusim. Pernah musim t-shirt, aku beli t-shirtttttttt jek. Sebab malas nak iron baju bila berjalan. Kendian musim beli kemeja jalur, berhelai2 aku kumpul kemeja jalur. Pastu musim t-shirt muslimah ni. Ada la 4 ke 5 pasang tah aku punya t-shirt muslimah. Yang ni aku beli serentak. Susah sangat nak pilih, terus beli 2.



Next, baju fevret aku buat masa ni. Masih belum ada yang mampu menggugatnya. Kira sekarang ni musim baju cenggini lah. Baju ada cerut kat pinggul dan ada skirting di bawahnya. Sekarang ni banyak baju cerut kat bawah, tapi takde skirt tu. Aku suka yang ada skirt. Tak caya, cer tengok baju ni dulu.

Tak nampak sangat skirt nya, tapi memang ada.

Dan ini juga hehehe. Musim... musim...

Memula aku beli baju kaler merah ni. Masa tu ada 3 kaler; merah, ceklat dan hitam. Beli kat shahalam masa aku kursus seminggu kat cia5t bulan 8 tahun lepas. Masa tu nak pilih antara merah dan coklat. Takut nak beli dedua sebab takut kena marah huh.

Bila dah balik tu, menyesal tak beli yang coklat. Yang coklat ni aku beli lepas raya rasanya. Bulan 10 ke 11 tah. Masa aku pegi kpf pertama kali tu. Sanggup pergi shahalam semata2 nak beli baju ni. Sibbaik masih ada lagi. Yang hitam pun ada lagi. Sibbaik takde orang yang sama taste ngan aku heheh.

Dan kemarin, aku buat lagi.

Nanti aku ambik gambo bila aku pakai baju2 tu hihi.

Tuesday 5 April 2011

Asam Pedas Sokmo!


Aku jeles la dengar blogger2 yang begitu serious berdiet gaya dr atkins tuh. Aku pun teruja sama nak join sekaki. Tapi, aku bukan nak turunkan berat badan. Aku nak turunkan buncit di perut. Caner eh?

Aritu, aku ada masak ikan ngan udang. Banyak. Ada la lebih, simpan dalam esbok. Satu malam aku panaskan lauk tuh. Aku cakap kat encik suami, hari ni kita diet atkins ok. Tak makan karbohidrat. Makan protein je hihihi. Padahal alasan malas masak. Kambing hitamkan teori doktor yang aku tak kenal pon saper. Tapi sepatutnya kena bakar atau rebus. Ni dah jadi sambal. Lantak ler.

Besok pepagi, aku try timbang. Hah? 40? Waaaaaaaa hebak hebak hebak hahaha. Adakah ia faktor psikologi? Selalunya pepagi gitu berat aku 41 atau 42. Dah lama tak cecah 40. Mungkin begitu lah perasaan para pengamal diet atkins tu ek? Jadi, cukup lah tu, akupun dah merasainya.

Sejak balik kampung raya cina itu ari, aku asik makan lauk asam pedas jek. Puncanya, time balik tu mak masak asam pedas ayam. Letak lada hitam. Balik dari kampung, aku try masak. Selama ni tak pernah letak lada hitam. Sekali buat, jadi pulak. Takde beza pun resepinya. Cuma tambah lada hitam 1 sudu makan. Ditumbuk2. Ermmm kecur dah ni.



Pastu, 2 kali aku keluar waktu tengahari, singgah makan asam pedas kat depan mebenk. Pastu, selasa lepas aku makan asam pedas ikan patin kat pr ni. Nak nangis rasa ikan patin tu. Macam rasa ikan keli paya yang kaler kuning masa kecik2 dulu.



Beberapa minggu yang lalu, family in law ku datang ke rumah. Dan meninggalkan sebungkus belimbing buluh di dalam peti ais ku. Sampai sekarang aku masih musykil. Mil memang tau yang aku cerewet bab makanan dalam bentuk tumbuh2an ni. Dan kalau dia nak masak apa2, mesti dia tanya aku makan ke tak dulu. Aku tak pernah makan belimbing buluh dan tak pernah teringin atau menunjukkan minat terhadapnya. Banyak ok belimbing tu. Boleh buat kenduri kot. Now aku terpaksa buang dah. Masalahnya aku tak tau pun derang kasik aku belimbing tu. Tertinggal kot, kan? Nak masak apa ek belimbing buluh? Kalau masak pon, saper nak makan?


Monday 4 April 2011

Pernikahan dan Persandingan

Apakah perbezaan antara pernikahan di negeri johor dengan pernikahan di negeri2 lain di malaysia? Ok, entry ini ditujukan kepada non-johorean ya. Tolong jangan potong line.

Ok, jawapan bagi soalan di atas ialah lafaz qabul oleh pengantin lelaki. Apa yang berbeza?

Pengantin lelaki dilarang menambah 'NYA'. Contoh :

Aku terima nikahNYA sipolana binti sipolan bla bla bla.

Sebaliknya, lafaz nya ialah tanpa NYA.

Apakah relevannya amalan ini? Mengikut logik aku la, dalam ayat itu, dia nak sebut yang dia nak terima nikah sipolana tu. Kalau ada NYA, seolah2 ada koma di situ yang menjadikan maksud ayat itu menjadi seolah2 orang lain yang nikahnya diterima oleh pengantin itu dan dia memberitahu kepada sipolana. Contoh :

Sipolana, aku terima nikahNYA (nya di sini bermaksud someone) bla bla bla.

Atau pun, kalau nak ada NYA, selepas NYA itu kena ada semicolon dan sipolana itu ialah NYA yang dimaksudkan di situ. Dan kalau ada semikolon, mengikut skema bacaannya kita kena berenti sebentar (mungkin akan ter curik nafas), lalu menjadikan lafaz itu direject. Maksudnya, kalau takde NYA, memang dah betul lah ayat tu takde tanda bacaan koma atau semicolon dan dibaca sekali nafas.

Ok, aku mengeradau lagi.

Oh, dan satu lagi. Bukan mengenai pernikahan tetapi mengenai persandingan. Tak, tol tu semua orang dah tau dah kan. Ni tentang kekdah kedatangan pengantin lelaki. Ok, aku terpaksa gak masukkan point tol di sini. Kalau kat tempat lain, selalunya la, pengantin lelaki datang berkompang dan pengantin pompuan akan sambut depan rumah, salam cium tangan dan beriringan ke pelaminan. Opsss duduk dulu silat pulut. Kendian derang naik pelamin.

Tapi di johor, pengantin lelaki datang berkompang, pengantin pompuan duduk atas pelamin sambil muka ditutup oleh kipas mak andam (mak andam duduk atas kusi lelaki). Sampai depan rumah, sorang makcik akan sambut pengantin dan suap minuman lalu pengantin duduk di kerusi silat pulut sensorang. Pastu baru masuk rumah lalu tol2 dan yang terakhir sekali tol mak andam. Di situ duit tol tu dipanggil 'duit kipas' (nak bukak kipas tutup muka tu la). Masa ni lah ada gurau senda antara pengapit lelaki dan mak andam. Sekarang ni sampai ada yang tunjuk smart tag or touch n go lagi time kat situ. Masa aku dulu mak andam dah cakap siap2, standby duit kipas limaploh hengget ek). Lepas mak andam puas ati dengan jumlah duit kipas tu, baru lah dia bangun dan pengantin pompuan salam laki dan lelaki duduk.

Beza tak? Ke sama?

Ekskiusmi

Alaaa... aku ada benda nak citer pasal citer the sosial network tu. Ngengada ek? Mungkin aku memang patut buat ulasan citer tu ek? Ok ok, tak perlu preview kot. Cukup sekadar point2 je kot.

1. Mula2 dulu takde feature relationship status. Mark mendapat idea tu bila seorang kawan kelas lain tanya kat dia kalau2 sorang girl ni dating ngan sesaper dan dia cakap, girls tak berjalan dengan signboard yang menyatakan yang derang single ke haper.

2. Fb takkan ada penghujungnya. Just like fashion katanya. Sebab tu kita boleh lihat, fb sentiasa ada changes, upgrading dan sebagainya.

3. Macam biasa, aku suka undur perahu. Aku dah carik kat wiki, rasanya memang betul lah citer tu, bukan fiksyen. Kalau ada pun tokok tambah la kot.


4. Dalam citer tu, derang memang sengaja nak bagitau yang mark is jew1sh.

5. Last2 tu mark cer add erika, tapi xde respon. Agaknya sekarang cemana ek? (mengambil kira yag citer ni citer sebenar dan mark is the youngest billionaire).

6. Besok2 kalau teringat aku tambah lagi ek.

***************************************************************************************************
Sinarfm kan dulu ada segmen adegan kesilapan dalam filem kan. Oleh kerana asik mengulang je citer the tourist tu, akhirnya aku telah berjaya menjumpai satu kesilapan hehehe. Bangga giler hahaha. Scene di jeti epot, masa frank tengah tambat bot. Sebelum elise tu lepaskan ikatan pada bot, dia ada taruk beg frank ke atas jeti. Haaa kat situ lah kesilapan berlaku. Masa tu elise nya pakai baju long sleeve, tapi kat situ nampak tangan seseorang sampai ke siku yang meletakkan beg itu. Tangan lelaki aku rasa. Aku perasan pun sebab tengok tangan tu macam besar dan kasar bebeno. Ingat kiter tak tau ke apa itu conti?

Laaa mana pergi silent reader aku yang duk jepon tu ek? Sejak bencana berkembar itu, terus takde dah. Silent terus.



Friday 1 April 2011

Yibao





Hujung minggu lepas, aku ke yibao lagi. Pergi pada petang jumaat, balik keje tak balik rumah, terus pergi. Sempat singgah beli makanan alas perut di kamp0ng muhibah. Kemudian singgah solat di jejantas sungaibul0h. Sampai di yibao kira2 jam 10.30. Lepas mandi2, kami keluar cari makan. Encik conceirge tu cakap ada tempat makan kat dataran, tempat lokasi kejadian. Kami pon pergi ke sana. Katanya ada ckt. Tapi, jauh dari piawai aku. Macam makan megi.

Stay di hotel yang sama. Jakun, tak pernah duk hotel housekeeping datang malam2. Terkezut bila balik malam2 bilik dah kemas hehe.


Dekat dengan padang lumba kuda.

Horse stable.

Pepagi tengok rumah orang. Suka! Ala inggeris.

Kalau ada rumah nanti aku nak driveway cenggini. Berangan.

Tengahari besoknya, kami makan ikan bakar macam aritu. Ramai sangat orang. Dan mahal sikit. Weekend kot. Lepas makan aku terus ikut ke dataran. Tapi tak pergi karnival pon. Masuk kedai jepon. 100 yen. Ala2 kedai 2 hengget la, tapi barang jepon. Sejam lebih aku kat situ. Tapi tak beli sangat pon. Banyak benda yang buat aku tersengih sensorang. Pastuh aku masuk ke yibao parade. Pusing2 kat paksen, tapi takde beli apa2 pon. Lebih kurang jam 6 baru balik. Sikit punya lama ker.


Malamnya pulak, kami ke jasko. Pon, tak beli apa2. Makan je. Kat sebelah dia ada satu shopping complex jugak. Macam baru. Tapi tak sempat masuk. Ada kedai jepon 100 yen jugak kat situ. Awat banyak nau kedai jepon ni eh? Balik tu lalu mana tah, ternampak signboard taman jepon. Laaa kot kat sini ada satu taman yang diduduki oleh orang jepon kot. Ke taman tu macam taman kat bukit tinggi tu? Eh, lantak ler.

Besok nya pulak, tengahari tu tak makan. Kami ke tepeng. Kuale sepetang. Ok, puas dah rasanya makan mee udang. Lenkali cari makanan baru pulak. Habis mee semangkuk, order udang goreng tepong pulak. Balik nya, terus gatal2 kaki aku. Terlebih udang.

Biasa.

Spesel.



Balik dari situ, singgah di kedai ini pula. Aritu ternampak masa datang dari penang.


Beli ini.


Dah balik rumah baru perasan, macam sama ek?




Dan penyangkut ni.


Dan jam ini. Dah murah sikit. Dulu 70+.


Belah malamnya, kami terjah ke gerbang malam.

Geram tengok bebola tu. Besooo... Seploh hengget sebijik.

Aku rasa tempat ni sesuai untuk orang lelaki kot. Tak banyak barang pempuan.

Kat situ ada medan makan2. Ada p0pia ssali di situ. Memang asal dari sini ke ek?


1 serving 5 ketul rm3. Namposen la sebijik.


Hari isnin, kami cekaut awal. Pukul 1 lebih dah sampai kl, terus ke pejabat kpf. Owh, sekarang ada beberapa perubahan. Nama kpf pun dah tukar sket. Dulu kpf berhad. La kpf malaysia berhad. Yuran pendaftaran pun dah rm20, dulu rm5 jek. Pastu sijil dah tak dikeluarkan lagi. Dia dah guna sistem berkomputer, so dah macam akaun bank jugak lah. Cuma takde buku akaun je. Bila kita tambah saham dia kasi penyata terkini lah. Aku macam sedih sikit sebab selama ni aku seronok kumpul sijil hihihi. Siap beli clear folder lagi buat tempat mengumpul sijil. Now dapat tengok penyata jek lah.Tapi bagus lah jugak, meningkatkan tahap keselamatan. Susah jugak nak jaga sijil2 tu kan. Kang terbakar ke, kan ke susah. Tapi dengan sistem komputer, perompak nak rompak sijil pon takde hal lah. Errr ke kisah?

Masa sampai kat sana, ada sorang lelaki ni tertinggal kunci dalam kete. Dok jolok2. Masa nak balik pun dia tak siap lagi. Berpeluh2 dah. Kengkonon encik suami menawarkan bantuan lah. Tapi tak berjaya jugak. Sorry lah encik ek.

Lepas tu kami ke masjid india. Soping2 sket. Kendian ke ikea dan curve. Try makan ayam penyet kat sana.

Jus alpokat. Errr manis kelat2 rasanya. Boleh laaa...

Sedap! Sambal tu pedas nak pengsan. Tapi ayam dia memang sedap. Regenya, kira macam makan pizza hut set 2 orang. Ok lah tu kan. Cuma lenkali order 1 je kot ayam nya. Sebab besar.


Bukan ayam je yang dipenyetkan. Ikan pon ada. Menu lain pun ada. Lenkali nak try bakso pulak.

Kerupuk. Ingat keropok pelik orang ina ke. Rupanya kopok warna warni ni. Banyak pulak tu.

Pung pang pung pang, sebelum maghrib, kami terus balik. Sampai rumah lebih kurang pukul 10.30pm. Kot. Besok cuti. Yeay!

p/s ya, kami beli kusi herman lagi hihihi