Sunday 25 December 2011

Selamat Ulangtahun Ke-7, Ayunasia!

Pejam celik, pejam celik, dah 7 tahun rupanya usia perkahwinan aku. Terkilan, tahun lepas aku tak dapat bagi cuti kat korang. Jadi, tahun ni aku bagi cuti siap berganti lagi, esok. Best, kan? So, selamat bercuti korang!

Terima kasih.

Saturday 24 December 2011

Dulang Katil - IK3A

Ini bukan iklan. Tapi aku sajer nak promote bed tray ni yang bukan saja sesuai untuk orang sakit yang nak makan atas katil, tetapi untuk pengguna laptop. Walaupun namanya 'lap'top, tak bermakna kita mesti letaknya di atas lap. Tak elok untuk kesihatan kerana kesan2 elektromagnet yang terdapat pada laptop ini boleh dipindahkan ke tubuh manusia. Ye ye je aku. Tapi memang best lah benda alah ni.

Didatangkan dalam color pink, hijau, biru, dan lupa kaler apa lagi. Merah kot.

See see! Boleh nonton movie dengan selesa sekali.

Thursday 22 December 2011

Q-Pax (sori, masih kisah sBipa)

Jangan ikut ejaan, tapi ikutlah bunyi nya. Sori, terpaksa mengulas pasal sbipa lagi.

Eh, adakah semua penjawat@wam secara automatik menganggotai q-pax ek? Aku macam tak faham dengan derang nih. Dah rupa macam pembangkang dalam parl1men lah pulak.

Satu, mengenai jadual perubahan gaji yang katanya tidak diberikan itu. Hello, opis ko takde ptdi/eo ke? Kalau takde ptdi, aku boleh offerkan diri. Dah tentu derang2 ni yang uruskan benda ni, mestilah derang dapat jadual tuh. Kalau tak, cemana kita semua nak sign borang tu sebelum 30hb? In fact, setiap kementerian ada pegang satu fail besar (yang aku tengok arituh) jadual itu bagi semua jawatan yang ada dalam kementerian memasing. Apa la nak sibuk2 nak tengok gaji orang lain. Aku takpe lah, memang suka compare dan komplen. Tapi, hati aku baik hikhik.

Mengenai peratus 7%-13% yang tak dijelaskan tu pulak, memang tak perlu dijelaskan pun. Sebab ini bukan kes pelarasan gaji. Pelarasan tu macam julai 2007 tu. Ini cuma penstrukturan semula. Sebab tu kita tak boleh cakap, gred ni naik 7%, gred ni 10%, gred ni 11%, gred ni 13% dan sebagainya. Sebab lain orang, lain, tangga, lain gred, lain pula peratus perubahannya. Memang lah ada kenaikan, tapi ia bukanlah secara mutlak. Ecewah!

Gini. (kenapa aku rasa aku macam pakjib tengah menjawab kat pakomar tu pulak eh?) Maksud aku, dia bagi range 7-13% kan. Contoh, untuk aku sendiri, setelah dikira2, akunyer perubahan sebanyak 12.63%. Tengok kat encik suami pulak, macam 7% pun tak sampai kot huhuhu sedeh. Tapi selepas anjakan bulan januari, 10% pulak. Kalau tengok kawan aku, 5.04% jek? Tapi selepas anjakan bulan januari, 10% jugak. Tapi, tak boleh lah ambil kira anjakan tahunan tu, walau pun ia serentak, sebab kalau kira sekali ngan anjakan, boleh sampai 20% jugak bagi yang anjak bulan 4 dan 7.

Kedua pulak mengenai exit p0licy yang dibantah sangat tuh. Ada beberapa jenis. Satu, orang yang nak berhenti pada jawatan sekarang dan masuk jawatan lain pulak, takyah mintak izin bos dah. Nak kalu, terus kasi surat bagitau je. Babai bos, saya nak berenti jadik plk(n) dan pindah jkr jadik engineer lak. C U soon...

Dua, orang yang dapat markah 7o%. Ni lah yang paling ditakuti kot, ek? Tapi, kan dia cakap dia ambil kira 3 tahun berturut2. Kalau tahun ni dapat 69%, tahun depan bekerja lah keras sikit untuk up balik jadi 71%, at least. Caner nak bekerja keras kalo bos memang tak suka aku, tu yang dia bagi markah ciput? Itu maknanya ko memang tak layak keje gomen kot huhu. Orang ni kan, kadang tak pandai bersyukur. Dia nak keje gomen, tapi nak gaji macam swasta, tapi takmo bekerja keras macam swasta. Apa maknanya? Maknanya kalau kat swasta, dinamakan, sendiri mau ingat la. Sila resign, tak geti2? Sebenarnya p0lisi ini sangat menguntungkan pihak gomen sebab tak perlu lagi menyimpan staf yang menjadi liabiliti kepada gomen, suka ponteng, ngulor dan perkara2 negatif yang lain. Memang lah, orang tu dah berkeluarga, kalo kena berenti, nak makan apa pulak? Aik? Kata keje swasta lagi best? Ini satu pengajaran ok. Lagi pun, sekali lagi, 3 tahun ok. Pastu ada peringkat2 pulak nak mengexitkan orang tu. Bukan 31hb disember tahun ke-3 berkenaan ialah hari terakhir untukmu berkhidmat pun. Dia mesti ada masuk meeting, kot ada sesi perbicaraan ke haper. Kalau bos sajer2 aniaya ke, maybe dia boleh bela diri ker. Ada bukti surat tunjuk sebab ke, amaran ke, kan. Kat swasta pun ada prosedur amaran pertama, am ran kedua dan sebagainya kan. Kita ada undeng2 kan. Haih... aku pun tak tau aku nak sampaikan ni kat saper sebenarnya hahaha. Nasib lah korang yang takde kena mengena yek. Saper suh rajin nau baca.

Tiga, orang yang sakit. Tiap2 ari kena buat rawatan di spital. Elok pencen jelah pakcik. Boleh tumpukan perhatian pada rawatan tuh. Besok2 kalau sihat balik, boleh mintak masuk gomen balik hehe. Ya, bukan sahaja exit di permudahkan, entry pun dipermudahkan tau. Siap boleh kuar masuk kuar masuk gomen banyak kali pun masih dikira service nya. Pastu yang dah pro2 kat swasta tu boleh terus masuk jawatan naik pangkat lagik. Takyah mendaki pada usia matang. Terus je sampai di puncak bukit larut.

Ada orang cakap. Skim ni menguntungkan orang2 baru! Ini tidak adil! Patut2 lah. Rezeki masing2. Nak dapat duit lebih, buatlah online bisnes jual kerongsang. Hakikatnya kita tak rugi apa2 (gaji tak diturunkan) pun.

Kesimpulannya, aku tak setuju dengan q-pax dalam kes ini. Aku rasa maklumat yang aku perlukan dan cukup dah. Lagipun sebagai orang bawah2 ni, terima je lah. Apa nak pening2. Siapa kita nak mengubah semua tu? Terima kasih.

p/s kalo aku jadi pakjib, baik lah aku pegi tengok budak2 sekolah ambik result pmr daripada mengadap pakomar tuh. dapat jugak meraih undi mak bapak budak2 tu besok. ku katakan kalo.

Wednesday 14 December 2011

Berapa Banyak Versi Daaa...

Ni last. Janji.

Selepas mendengar taklimat 2 kali berturut2, terdapat beberapa pembetulan ke atas statement2 saya yang lepas. Sekali lagi saya terus ke point2 berkaitan.

4. Bukan pembetulan. Tapi menurut encik tu, rasional nama jawatan itu ditukar ialah kerana pada hari ini, kita sedang mengarusperdanakan latihan kemahiran. Dan nama vokasional tu macam dah old fashion dan katanya, dulu kalau budak tak pass srp je yang masuk sekolah v0kay. Tengok! Betapa encik tu memandang rendah kepada kerjaya kami? Tapi, yang M0E tu gi tukar sekolah teknik kepada sekolah v0kay dan k0lej v0kay tu, apa ke hey? Kenapa tak kasi nama kolej kemahiran jek, atau sekolah menengah kemahiran jek? Ni nama pengajar lain, tapi nama sekolah ditukar. Kalau kata nak mengarus perdanakan, biarlah semua seragam. Nak kemahiran, semua kemahiran. Nak v0kay, semua v0kay. Baru lah orang tak keliru. Ni orang masih kompius, apa beza v0kay ngan kemahiran? Kalau camnih, pusing2 sama je lah. Eh, aku tak marah.


Berkenaan tangga gaji pula, aku belum compare ngan J lagi. Tapi untuk gred aku, gaji permulaan T1 yang baru ni beza RM1.75 jek dari gaji permulaan sebelum nih. Cer tengok skim dg. Beza dekat RM300 lagi tau. Eh, tapi peduli haper, kan? Tu budak2 baru je yang rasa. Aku dah lepas dah.

5. Jumuud. Ya, skim aku dah jumuud forever and ever. Maknanya aku memang dipaksa buat 0psyen sBipa ni lah. Atau di bersarakan.

8. Pr0spek tu pulak nampaknya macam takde pekse. Untuk pnp, kena lalu pkPi dan bkPi. Pelaksana kena bkPi jek. Tapi pkPi ni just tapisan awal jek. Kalau lepas boleh terus ke bkPi. bkPi ni lah kot yang ada kursus ke, assignment atau presentation. Sama je lah kan. Tapi tak tau lah bentuk program yang dirangka tu. Katanya ada 14 lagi circular yang mengiringi circular 11 ni selepas ni.

9. Pasal gaji kira habis lah ya. Dah terang habis dah tu.

11. Untuk kumpulan prem1er je yang ada kpi dan gaji naik ikut kpi. Untuk pnp dan ke bawah masih macam pergerakan biasa. Cumanya kali ni kalau markah 70% ke bawah 3 tahun berturut2, boleh disyorkan diberhentikan.

12. Pasal elaun2 semua akan dijelaskan dalam circular yang 14 tu. Setakat ni boleh dikatakan ia tidak dimansuhkan. Boleh tengok senarai elaun2 dan kemudahan2 dalam pekeliling tu terus. Butir2nya kena tunggu.

Itu je kot ajaran sesat aku hahaha. Selebihnya aku tambah la sesikit, ya.

1. Mengenai jawatan tertinggi tu, ada 36 tempat, di mana 28 daripadanya terdiri daripada ksu2 di kementerian2 yang ada, kecuali 4-5 kementerian je yang tak letak ksu kat situ sebab tak cukup kepakaran. Contohnya macam kementerian perlanc0ngan. Derang nakkan orang yang pakar atau berkaitan langsung dengan perlancongan. So, maybe derang akan rekrut dari swasta. Dan 8 lagi tempat diisi oleh ketua2 bidang yang lain, macam kpn, panglima atm dll.

Derang ni akan dipencenkan (ksu2 tuh) dan ditawarkan jawatan premier ni secara kontrak 2 tahun. Dan pencen yang derang dapat adalah seolah2 ko pencen umur 60 tahun gitu. Kira kalau kena berenti kontrak tu selepas 2 tahun pun takper. So, kalau nak sambung kontrak, kena lah capai kpi. Camner nak capai? Dah tentu lah melalui kerahan tenaga kiter2 yang kat bawah nih. Huh! Nak capai skt pun semput huhuhu.

2. Bayaran pencen bulanan pada umur 55 tahun kalo bersara pilihan untuk stok2 ssb ke atas. Kalau sebelum ni, kalau umur bersara wajib katakan 58, tetiba umur 55 rasa macam nak pencen, so bila pencen tu cuma akan dapat gratuiti dan gcr jek. Pencen bulanan akan dibagi bila sampai umur 58. Yang baru ni, akan dapat pencen bulanan terus dan2 tu. So, aku fikir, kalau aku pilih bersara 60 tahun pun, tiba2 kalau aku nak pencen umur 55 pun orait jek. Kot. Tapi aku tak mahu lah tanggung risiko, kot2 besok tukar sistem lagi, tetiba dia ubah pulak polisi dan aku pulak macam wajib je masuk ke sistem tu macam sekarang ni, tak ke bahaya? Ke hazard? hahaha. Ye lah. Kalau ikut trend nya, pilihan umur bersara ni tak boleh kurang dari yang dah dipilih. Macam 58 dah takleh patah 56 atau 55, melainkan kekal atau 60 sahaja. So, aku akan kekal la pada umur 56. Udah2 ler tu. Bukan aku nak kaya sangat.

3. Salah satu skim yang akan melaksanakan kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan ialah PiLk. Macam sekarang ni, selagi takde kekosongan, takde lah peluang nak naik pangkat. Pasnih dah takyah tunggu kekosongan jawatan lagi untuk naik pangkat. Harap2 betul lah.

4. Lantikan boleh terus ke jawatan naik pangkat. Contohnya kalau ko dah keje 15 tahun kat swasta, boleh dilantik terus ke gred 1-2, 1-3, 1-4 dan seterusnya.

Dah. Kalau ada penambahan nanti aku update kat entry ni je lah yer.


Monday 12 December 2011

Versi Dah Balik Rumah Lepak2 Takde Kerja : Jadual Gaji (DL I-I)



Baik lah. Mesti ramai yang tak paham apa yang aku terangkan sebentar tadi, kan? Siap ada yang telepon aku (ko lah ayu, saper lagi), apa tu t3, t5, t4, t6? Aku tau dalam sehari dua nanti akan kuar jugak lampiran Ci tu, tapi apa salahnya kalau aku tunjukkan awal, kan? Boleh jugak membantu mereka2 yang dok pikir2 nak amik sbpia ni ke tidak, kan? Tak? Memang patut pun, sebab jawatan kitorang memang dah jumuud pun. Nak tak nak memang kena pilih sbipa jugak. No choice. Ada choice. Bersara. Nak?

Okeh, jadual di atas adalah apa yang sempat aku tengok dan rakam tadi. Dalam blur2 tu, nampak lah jugak figure2 tu. Nama pun mata duitan kan. Haruslah terang benderang je mata kalau tengok duit kan hihihi. Lagipun figure tu ada pattern sebab kenaikan tahunan tu sama je setiap tahun. Cukup kalau kita tahu 2 tangga, dah boleh predict jadual gaji ni.

Dan jadual ni spesel aku dedikasikan pada rakan sepejuangan diamond leader ku sekalian. Kalau gugel asik2 kuar jadual dg je madang. Jadi aku mengambil inisiatif ini untuk membuat jadual untuk gred (DL I-I).


Seperti yang boleh dilihat, yang atas sekali tu, TPG iaitu tarikh pergerakan gaji mulai tahun depan. Actually ada yang kekal dengan tpg lama, tapi untuk gred aku ni, dia berubah seperti yang tertera. Dan dalam table tu aku dah kasi color siap2 untuk memudahkan pemahaman. Jadi, mari kita lihat contoh pertama (berdasarkan entry yang lepas).

Kes 1

Color : Biru
Tangga sekarang : P1T5 = RM2455.61
Tangga gaji baru : T4 = RM2765
Tarikh pergerakan gaji : 1 Julai
Kenaikan gaji tahunan : RM225

*Perasan tak, dia dah tak letak nilai sen dah, kan? Semua ringgit je.

Toksah pening. Sama semua jadual2 dalam entry ni. Aku copy paste je sebab aku rasa macam cantik pulak warna warni hehe.

Kalau boleh diperhatikan, yang color biru tu ada 3 column, di mana ketiga2nya nilainya berada di bawah RM2765 pada gaji baru. Jadi, ketiga2 tangga ni akan dipindahkan ke tangga T4 dalam gaji baru pada bulan januari 2012. Tapi, bagi yang PIT7, nampak macam teraniaya, kan? Tapi sebenarnya kalau tengok pergerakan gaji dia ialah pada 1 januari. Bermakna, selain gaji pindah skim, mereka juga akan terus dinaikkan ke T5 atas dasar pergerakan gaji tahunan pada bulan januari ini. Manakala yang berada pada PIT6 sekarang pula akan mendapat pergerakan gaji tahunan pada bulan april nanti. Dan akhir sekali PIT5 pada bulan julai. So, tidak lah teraniaya sangat sebenarnya. (teraniaya la jugak sikit2 hehe. nak juga rasa teraniaya).

Kenapa boleh berlaku sedemikian? Okeh, kalau ikut pekeliling tu, first, dia anjakkan satu tangga ssm, kendian baru dipindahkan ke tangga tertinggi yang terhampir sbipa. So, kalau contoh PIT5 tadi, bila dianjakkan satu tangga, PIT6, tangga tertinggi yang terhampir dalam sbpa ialah T4. Sebab itu lah dia duduk kat T4 selepas sbpa. Untuk PIT6 pulak, kalau dianjakkan ke P1T7, pun yang tertinggi terhampir ialah T4. Begitu juga PIT7, kalau dianjakkan ke PIT8 pun, still di bawah paras T4. Sebab itu dia tak boleh pergi ke T5. Itu lah formula sebenarnya. Anda boleh main cuba jaya di sini.


Kita bandingkan pulak dengan mereka yang berada di PIT3 dan PIT4. Pada bulan januari, mereka berdua akan pergi ke T3 kalau memilih sbpa (ada ke yang tak memilih?). Tapi, bagi PIT4, pergerakan gaji tahunan mereka juga pada bulan januari. Jadi, pada bulan januari ini, mereka yang PIT4 juga akan terus pergi ke T4, sama macam mereka yang di PIT5 dan PIT6. Sementara yang PIT3 akan menyusul pergi ke T4 juga pada bulan april. Remember, pada masa itu PIT5 masih lagi berada di T4. Jadi, boleh lah disimpulkan di sini, pada bulan januari hingga mac, terdapat mereka yang PIT3, PIT4, PIT5 dan PIT6 pada tangga T4. Pandai, kan, mereka membuat sifir?

Tapi takpe lah. Bagi PIT6, bulan april tu dia dah naik T5. PIT5 pun akan naik T5 pada bulan julai. Bersabar sajalah. Balik ke prinsip asal, bukan rugi, tapi tak untung je.

Maka, entry ini ialah duplikasi entry sebelum ini, tetapi yang ini dengan bantuan visual hehe. Dah faham tak? Tak tau lah aku nak terangkan macamana lagi dah. Huh!

Dah macam jawab soalan analisis carta dalam kertas bahasa melayu spm pula.

p/s jadual ni aku buat sampai t9 jek sebab aku menganggap, tak sempat nak sampai t10 mesti dah naik (dl-1-2) kot ngehngehngeh...

Versi Dah Dengar Taklimat Pertama (besok nak masuk dengar lagi. overnyer, macam la ko ptdi!)

Sepatutnya dan sememangnya, taklimat untuk kitorang ialah pada hari esok. Tapi hari ni pun ada taklimat yang sama untuk semua jabatan2 lain di bawah kementerian ini. Tapi, dari anggaran 400 orang yang sepatutnya datang, tak sampai 100 orang je kot yang muncul. Mereka ni terdiri daripada staf2 kementerian sekitar negeri johor. Oleh sebab itu, bos panggil lah kami ni semua untuk memeriahkan majlis. Besok still ada lagi, cuma mungkin khusus untuk iljtmwilayahselatan kot. Bermakna besok lagi ramai rakan2 seperjuangan la kan dan lagi senang nak bertukar2 pandangan sok sek sok sek di belakang hehe. Tadi ni ramai sangat dari skim yang lain. Jadi, besok aku akan turun sekali lagi untuk mendengar. Beriya je aku ni. Macam lah ia boleh mengubah apa2. Tapi sekurang2nya ilmu aku bertambah sikit. Ko ada?

Lampiran ci oh! lampiran ci. Aku dapat lah tengok jadual gaji tu tadi. Derang kata benda tu belum release. So, tak boleh potostet la. Jadi, ia terakam dalam kepala je lah. Sebab apa yang terakam kat kemre aku adalah blur. Nebes tak pepasal. Terus gigil gambar tu. Jadual gaji orang lain pulak yang terang. Nyampah!

Tak pe lah. Yang penting gaji aku naik bulan 1 ni dan next increment ialah pada bulan julai nanti. Lamanyaaa. Sekali imbas, jadual dia macam menganiaya sikit la. Bukan apa. Contoh la he. Aku sekarang dok kat t5. Pastu, untuk kenaikan bulan 1 (kerana 0psyen sbipa) ni, gaji aku adalah sama dengan orang yang berada di t6 dan t7, yakni pada t4 (sbipa). Bezanya, yang t6 akan dapat pergerakan tahunan pada bulan april, sementara yang t7 akan naik bulan januari (bermakna 2 kali naik la bulan 1 nanti, tapi kena tunggu selepas settle skt bagai la, tapi dia akan backdated la). Dan aku yang kat t5 ni punya pergerakan gaji ialah pada bulan julai. Faham tak? Maknanya sekarang, walau pun t7 tu tadi terus naik 2 kali, tapi masih dalam kadar yang sama dengan t6 dan t5, pada tahun ini. Beza 3 bulan je, berbanding dengan 1 tahun (dengan t6) dan beza 6 bulan je, berbanding 2 tahun (dengan t5). Kira t5 la yang paling untung dalam kes ini.

Tapi, kalau compare pulak dengan t3 dan t4, t5 la pulak yang teraniaya. Eh, bukan teraniaya la. Rugi sikit jek. Gini. Untuk orang yang t4, kenaikan bulan januari (sbipa) dia ialah pada t3. Dan untuk t4, pergerakan gaji tahunan dia ialah pada bulan januari. Bermakna, bulan januari ni dia akan dapat 2 kali kenaikan la kan. Dan selepas pergerakan tahunan bulan januari tu, dia akan naik t4 la kan. Dan ia adalah sama dengan aku (t5) yang beza 1 tahun kekananan. Sementara yang t3 pulak akan pergerakan gaji pada bulan april. Bermakna, pada bulan april, orang yang 'muda' 2 tahun dari aku akan sama gaji dengan aku. Tapi bulan julai aku akan naik t5 la pulak kan hehehe. Tapi, mereka yang 2 tahun beza memang akan ketara la. Kelihatannya begitu lah. Nasib la korang kalau tak paham.

Dan selepas aku membelek jadual gred 36 pulak, pergh! Memang untung la siapa yang baru naik baru2 ni. Dia dapat gaji sama dengan orang yang dah t2 dan t3. Dan derang mengekori je satu tangga ngan orang yang dah t4, t5 dan t6. Kenapa aku rasa jadual ni macam menguntungkan orang yang baru eh? Haih... Saper punya idea lah kekdah sifir cenggitu ye?

Okeh, habis bab gaji. Nanti aku citer bab pembetulan pada entry yang lalu.



Sunday 11 December 2011

Lagu Tema Telemovie Kashaf Imani


Opick - Tiada Duka Yang Abadi


Tiada duka yang abadi di dunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi
Hati yang rindu tanda cinta di jalan-Nya
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki s'gala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Thursday 8 December 2011

Analisa Awana : Bila Harus Memilih

Dah bersedia untuk mendengar penjelasan dari PTiD part-time? Ya, ini lah masanya saya akan membincangkan tentang pekeliling perkhidmatan II/2011 yang sedang hangat diperkatakan itu. Namun, ingin saya ingatkan di sini, perbincangan ini adalah 100% merujuk kepada pekeliling tersebut, tanpa mendengar penjelasan lanjut dari pihak jpa yang dijadualkan akan memberi taklimat kepada kami pada hari selasa depan. Saya memang suka menguji kefahaman sendiri dulu. Kunun tunjuk terror la. Jadi, apa yang saya bincangkan di sini hanyalah berpaksikan kepada skill menjawab soalan prosa klasik dalam peperiksaan spm. Serius weh. Saya terpaksa mengulang ayat yang ditulis berulang2 kali, barulah faham. Itu pun ada yang saya ambil keputusan untuk buat2 faham je. Nanti dah dengar taklimat dan ber QnA baru lah saya varify, okeh?

Baik lah. Oleh kerana saya berkhidmat dengan kerejaan persekutuan, maka dan bermakna, perkara ini valid untuk kebanyakan dari kita lah kan. Sebab dia ada 3 version jer. Umum, Guru dan PDRM. 3 ni mewakili 3 suruhanjaya yang merekrut la kot, ek? Tang skim chegu tu malas ar saya nak citer. Takde kena mengena. Okeh, mari kita mulakan.

Kalau korang nak tau, hari ni, dari pagi sampai tengahari, kerja saya ialah menelaah pekeliling tu. Woi! Takde keje ke? Alah, budak2 tengah exam amali. Paper saya pulak dah settle semalam. So, memang saya free lah. Lagipun ia tidak boleh dikira sebagai mengulor kerana pekeliling tersebut adalah sebahagian dari kerja. Kan? Kalau bukan saya yang membacanya, siapa akan? Dah tengahari baru lah saya tersedar, eh, lupa nak bukak blog. Ok, saya akan buat dalam bentuk point.

1. Klasifikasi perkhidmatan di tukar daripada kumpulan sokongan I, sokongan II, PnP dan JUS@ kepada kumpulan pelaksana (sI dan sII), PnP (kekal), pengurusan tertinggi (entah, JUS@ C&B kot) dan premier (tak pasti. maybe JUS@ A kot).

2. Gred jawatan dikemaskini. Nombor n-m digunakan bagi mewakili kelayakan/kelulusan minimum jawatan dan gred gaji. n mewakili kelulusan minimum yakni 1 bagi ijazah, 2 bagi diploma, 3 bagi stpm, 4 bagi spm dan 5 bagi pmr. Manakala m mewakili gred gaji. Ia bermula dari 1 hingga (maksimum) 6.

3. Perubahan nama dan klasifikasi jawatan. Ada beberapa jawatan yang diubah namanya, tak semua. Tapi yang paling menarik perhatian saya ialah gred F. Dulu memang namanya teknologi maklumat. Pastu diubah jadi sistem maklumat. Ni balik semula ke teknologi maklumat. Ekceli bukan perkara ini je yang wal hasil balik asal. Ada perkara2 lain jua.

4. 11 skim baru diadakan dan 78 skim dijumuudkan. Haaa tang ni memang ada kena mengena dengan saya. Skim saya ialah skim baru yang diwujudkan dan skim saya sekarang akan dijumuudkan. Owh! Sedih lah. Kenapa? Sebab satu, nama jawatan saya dah tak vouge the vas lagi laaa. Selama ni saya rasa nama jawatan saya vouge kerana ada huruf V dan bunyinya juga agak futuristik. Tapi bila diubah perkataan V itu dengan perkataan 'biasa2', ia telah hilang ke'vouge'an nya. Kesedihan kedua ialah huruf depan skim tu juga diubah kepada huruf DieL dan diklasifikasikan di bawah bidang pendidikan. Bermakna ia bukan lagi berada dalam set jurutera lagi dah. Tak vouge juga. DieL tu pun dah macam nama pangkat MLM dah. Diamond Leader. Kawan saya cakap, lecturer poly DiHej, H untuk high. Kami punya DieL, L mewakili low. Low self esteem terus. Dan kesedihan ketiga ialah, dengar2 cerita tangga gaji juga akan mengikut set2 pendidikan jua. Dah tak macam jurutera lagi. Tak vouge jua. Tapi tu dengar2 citer je lah. Takkan lah dia nak downgrade pulak ek? Kang dah dengar taklimat baru boleh disahkan kebenarannya.

5. Penjumuudan ada 2 kategori. Satu, jumuud forever and ever. Dua, jumuud kerana penggabungan, naik taraf, penarafan semula atau pemansuhan fungsi. Jawatan yayu pun akan dijumuudkan jua. Tapi tak tau lah under kategori mana. Kalau ikut firasat saya, saya punya jumuud masuk kategori 2, sementara yayu pula masuk kategori 1. Kenapa saya berkata begitu. Kerana jawatan yayu jumuud dan dia dimasukkan dalam jawatan sedia ada dalam klasifikasi yang sama. Sementara jawatan saya pula dijumuudkan dan diberi nama dan gred baru serta tidak mengubah fungsi kerja. Maybe lah. Wait and see.

6. Jika dirujuk pada borang 0psyen yang diberi, untuk penjumuudan 1, kalau mereka tidak memilih 0psyen sBipa, maka mereka akan dibersarakan (sila gugel seksyen 1o(5)(b) akta #227). Atau dengan kata lain, kalau tak nak dipencenkan serta merta, baik pilih opsyen sBipa. Faham? Garangnya?! Kalau umur dah 50, saya rasa macam saya akan mintak dipencenkan jek. Tapi kan penjumuudan saya bukan kategori 1? Untuk kategori 2 takde elemen paksaan itu. Eh, maknanya saya pun masuk kategori 1 lah ek? Sebab jawatan saya memang dah tak wujud lagi. Kalau nak stay ssm pun, takkan nak sorang2 digelar PLVi? Kan? Adoiyai nyer punnnn. Takpe2. Wait and see.

7. Kumpulan pelaksana boleh cuti belajar bergaji penuh untuk mengikuti latihan kemah1ran. Fuh! gaji penuh tuuu. Buat degree kat u pun separuh gaji je ek? Jadi, mungkin akan muncul lah ramai mereka2 ini di sekolah saya.

8. PTiK dah takde, diganti pula dengan PR0SPEK. Saper suh hepi2 dulu? Padan muka. Saya rasa PR0SPEK ni lebih kurang PTiK yang terakhir sebelum dimansuhkan tu. Kalau tak, takde kerja la derang yang kat bangunan sapura tu, kan? Ada 2 komponen di situ, PKPi dan BKPi. Tak faham lagi.

9. Struktur gaji masih misteri. Sebab lampiran Si masih tidak muncul sehingga kini. Tapi petang tadi jpa dah suruh kami rujuk website kementerian masing2 untuk melihat lampiran Si itu. Tapi sehingga ke malam ini, masih belum menjelma. Benda paling penting ni la pulak yang disorok2.

10. Pemindahan gaji pula bukan lah kita p1t10, maka nanti kita dok kat t10 jua. Gila kayes tiba2! Kekdahnya, mula2 gaji kita yang sekarang dianjakkan satu tangga. Kendian gaji baru itu dipindahkan ke sBipa pada matagaji yang sama atau matagaji tertinggi berhampiran. Ni saya macam kompius jap. Tertinggi berhampiran tu menaik ke menurun? Menaik lah kot ek? Let say sekarang ni gaji kita rm1000. Kendian dianjak satu tangga, jadi ermmm rm1050 (contoh la). Pastu tengok lak kat gaji sBipa, T5 = rm1040 dan T6 = rm1100. So, dia bagi yang mana ek? Saya pilih T6. Off course la kan hahaha. Apa da. Susah nak buat contoh sebab lampiran Si takde.

11. Pergerakan gaji tahunan berpandukan laporan prestasi tahunan. Kalau markah bawah 70%, boleh dibersarakan. Berapa banyak gerak? Tak tau lagi. Tapi macam kompius sikit. Ada 2 versi pulak yang saya dengar. Satu, pergerakan tu ikut markah prestasi. Ada yang tak bergerak, 5%, 8%, 13%. Kedua, pergerakan statik ikut gred. Macam N11 - rm80, NI7 - rm95 (ni kPipa yang cakap dalam fb dia). Tapi dia ada juga sebut pasal percent2 tu? Entah lah. Ke yang percent tu one-off eh?

12. Tambat@n!!! Elaun krItikal akan ditamb@t pada kadar gaji bulan disember ni. Pastu dia statik, dah tak naik ikut gaji dah. Maknanya dah takde la 5% bagi aku dan 10% bagi sokongan. Holoh! Kalau naik pangkat pun segitu jugak ke ek? Kalau ikut ayatnya macam begitu lah. Tak vouge jua di sini.

13. Untuk sah jawatan, kena pegi program transf0rmasi minda menggantikan kursus induksi. Bunyi je dah macam robot transformer, ek? Lebih kurang induksi la. Tukar nama jek kot.

14. Tempoh percubaan 6-24 bulan. Cam sekarang ni 3 tahun. Cepat lah sikit bleh kuarkan kwsp kot hehehe.

15. Selain APC, diadakan Pingat PC pulak. Khusus untuk orang2 yang dasat giler.

16. Umur bers@ra paksa untuk pegawai lantikan 2012 ke atas ialah 60 tahun. Takde pun cakap lantikan 2000 ke atas wajib 6o tahun? Terang2 dia bagi 0psyen nak kekal atau ambik 6o tahun. Takde pulak syarat. Kalau betul, syukur Alhamdulillah. Oh! Buat penat je saya pikir selama ni. Tak sempat nak buat solat istikharah dah dapat solusi.

17. Bayaran pencen untuk yang bersara awal (pilihan) diberi pada umur 55 tahun. Menarik jugak tu. Untuk lantikan 12 april 1991 ke atas jek.

Alah, dah abis? Kalau dah kuar lampiran Si, harus panjang lagi. Apa2 pun, saya akan menambah atau perbaiki jika ada kesilapan fakta selepas saya membaca lampiran Si dan mendengar taklimat tersebut pada 13hb ini. Sehingga itu, selamat malam. Tata!



Tuesday 6 December 2011

Pasar Malam vs Pasar Pagi


Semenjak entry pasar malam itu ari, asik laaa encik suami nak berdebat ngan aku. Dia sokong pasar pagi di paritraja ni yang diadakan setiap isnin dan khamis serta menyokong ketiadaan pasar malam di sini. Kebetulan isnin beberapa minggu yang lepas cuti awal muharam. So, aku berkesempatan pergi ke pasar pagi tersebut. Dan akhirnya aku terpaksa setuju juga dengan beliau. Antara hujah2nya :

1. Pasar malam menggalakkan isteri tidak memasak makan malam. Terutamanya isteri yang bekerja. Ini perkembangan yang tidak sihat. Pasar pagi menggalakkan isteri memasak di rumah. Pergi pasar waktu pagi, dan balik tu terus memasak. Boleh masak untuk malam sekali. Kalau pasar malam, walau pun ada jual ikan dan sayur juga, tapi balik tu dah penat atau tak sempat nak masak makan malam. Tapi, kalau kerja, mana boleh pergi pasar lagi?

2. Salah satu cara bersenam. Pasar pagi bermula jam 8-12 tengahari. Oleh kerana pasar tu luas, kita terpaksa berjalan jauh untuk menghabiskan'tawaf'. Kena pulak matahari pagi, berpeluh2 dibuatnya. Pastu kesesakan lalu lintas memaksa kita memarkir kereta agak jauh. So, berjalan jauh lagi. Eh pasar malam pun boleh bersenam juga? Tapi bersenam malam tak sama ngan bersenam siang. Peluhnya lain, tak kena matahari pula tu.

3. Takyah mandi pun takper hihihi. Sebelum pergi pasar pagi tu tak perlu mandi pun tak per. Sebab kita akan berpeluh sakan dan kembali busuk dalam masa tak sampai 30 minit. Kalau pasar malam, balik tu penat, kena mandi pula. Tak elok mandi malam.

4. Kurang gejala sosial. Kalau masa aku kecik2 dulu, pasar malam umpama lesen keluar malam bagi anak2. Malam, gelap dan mengundang bahaya. Kalau pasar pagi, mana ada budak2 bujang rajin nor nak pergi pasar tu kan. Lagi pun keje kan. Kalau pasar pagi hari cuti pun, baik lah derang tido (eh, tu aku) daripada membeli jersi bola di pasar tu kan. Kalau pasar malam, balik keje boleh terus singgah atau pergi berkonvoi dengan kengkawan untuk membeli popcorn sambil mengorat (ni zaman dulu la, sekarang tak tau ada lagi tak).

5. Tapi pasar malam banyak menjual makanan2 sedap. Pasar pagi takde.

Hah! Ni ada satu cerita. Hari jumaat lepas, aku kengkonon nak lah bertukar angin. Asik pegi pasar gate air je kan, nak lah cuba pasar yang lain pula. Yang aku tau ada 3 tempat, square1, peserai dan dekat2 sekolahvokay/maktab. Oleh kerana peserai tu macam terlalu jauh la pulak, aku pun try pergi kat square1. Pusing punya pusing, last2 aku park kat belakang square1. Lalu aku pun berjalan ke pasar. Mula2 sekali aku nampak pakcik jual ayam kawan encik hairul. Dulu kami selalu beli tongkeng goreng kat gerai dia (eh, dia ke yang dulu keje bahagian ayam kat k4 ek? lupa.) Tapi sejak aku beli tongkeng rm2 dan dia bagi dekat setengah kilo, terus aku tak beli lagi dah. Bukan kesian ke apa. Tapi sebab aku terpaksa makan tongkeng yang banyak itu sampai loya tekak aku. Sibbaik tak trauma.

Ok, bukan itu ceritanya. Pastu aku pun jalan la kat pasar tu (di johor biasa dipanggil pasar lambak dan majlis pun ada pacak papan tanda tertulis di situ, pasar lambak square1 hari jumaat). Lepas separuh perjalanan, baru aku perasan. Eh, mana orang melayu? Serius! Pakcik jual ayam tu je lah satu2nya orang melayu yang aku nampak. Kemudian baru lah aku perhatikan betul2. Lorrr semua orang ciner lor yang berniaga. Pengunjung nya pun orang ciner jua. Ada la sorang dua budak melayu, itu pun tengok pada pakaiannya macam staf parks0n kot. Tengah belek2 bra (nak beli) pulak tu huhuhu. Bila dah sedar yang aku dah salah tempat, cecepat aku patah balik sambil menyedapkan hati, alah kengkonon aku nak beli buah2an ke, tiset ke, logik gak kan. Dan aku pun pergi ke pasar yang dekat sekolahvokay/maktab tu pulak. Dua je gerai yang aku familiar. Pakcik kebab dan wedges sedap ngan akak nasi lemak ayam bbq bermadu. Tengah aku berjalan2, hujan la pulak. Haisyyy ni lah sekali je aku pergi pasar ni. Takde nya aku nak pergi lagi dah pasnih. Nyesal pulak tak pergi pasar gate air jer hahaha.

p/s macam banyak lagi hujahnya, tapi dah lupa la pulak. kang teringat aku tambah lagi ek.


Monday 5 December 2011

Ombak Rindu - Oleh Bukan Pembaca Novelnya (kalau belum tengok baik jangan baca entry nih)


Sedih sampai tahap eyeliner putus2 lah!

Mesti tak paham kan? Yang aku maksudkan ialah kesedihan cerita ni sampai eyeliner aku tanggal dan bila kuar panggung tengok kat cermin, line di mata tu dah putus2 hahaha. Mungkin sebab eyeliner murah la kot hihihi.

Baru minggu lepas aku tengok wayang, citer twilight yang hampeh itu. Aku tengok ramai orang yang mulanya cakap, tak sabar nak breaking dawn..., balik dari tengok citer tu, tak buat review pun kat blog. Kat fb pun takde update status. Nak bagi bintang pun tak tau berapa. Agak kesal lah juga, sebab aku dah tengok 3 sequal yang sebelum ni. Ok jek. Entah kenapa yang ini macam something wrong somewhere. Salah aku agaknya sebab tak baca novel tuh. Atau sebab banyak sangat potong. Member aku cakap dia beli dvd ada banyak scene tak dipotong.

Sama juga seperti citer ombak rindu ni. Pun aku tak baca novelnya. Takut juga kalau tak best macam LBS. Aku pun tak pernah baca buku LBS, tapi filemnya pun takde lah best mana. Bagi aku lagi baik kalau aku tak baca dulu, baru lah suspen. Kalau dah baca, mesti kita dah tau lepas tu apa berlaku. Bukan aku tak suka baca novel. Aku pun banyak baca novel dan tau bagaimana bestnya perasaannya time membaca tu. Cuma untuk novel yang difilemkan, elok ler aku tak baca dulu. Takde expectation. Tapi aku dah baca review oleh seseorang. Tapi tak dapat tangkap sangat la. Bila dah tengok tu baru lah, ooo ini yang dia cakap tu.

Ok berhenti membebel, meh aku komen sikit pasal filem ombak rindu.

PELAKON

1. Aaronaziz bukan lah pelakon yang baik, tapi part2 sedih tu memang sedih. Mungkin sebab dia orang singapore, so slang dia agak kayu. Dah banyak citer aku perasan, dia bercakap macam orang singapore-johor. Selalu tunggang terbalik ayatnya. Mungkin dari segi memek wajah dia pandai la jugak buat, tapi lontaran dialog dia memang kayu ar. Susah nak cakap. Rasa macam nak cakap, tolong lah jangan bercakap aaron... Tiap kali dia nak kuarkan dialog, aku mesti rasa berdebar hahaha. Tak sanggup nak dengar. Elok berlakon macam mrbean jek dia ni huhuhu. Habislaaa peminat aaron mesti marah kalau baca komen aku ni huhuhu. Abis, memang dah macam tu pun. Apa2pun, ada part2 yang aku rasa betul2 memek muka dia sangat sedih. Macam masa mak dia tunjukkan gambar maya ngan brontpalarae tu. Masa tu ditunjukkan mata aaron berkaca. Ok, part tu dia berjaya lah mencairkan maskara. Part adegan diranjang yang *syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kata cik maya kiter tu* pun tak la lancar mana. Hahaha nak lancar macamana tah. Kan kedua-duanya dah kawen, jadi memang agak canggunglah kan. Kalau bagi kat pelakon belum kawen, lagi lah canggung ek. Pendek kata, baik takyah letak scene tersebut lah at the first place. Menambah dosa pelakon dan penonton jek. Kalau nak sangat, taruk lah pelakonnya v ngan shidee ke, yang memang laki bini. Eh, pun tak patut jugak. Eh, baik takyah terus lah.

2. Maya... harus diakui, muka dia berjaya dikampungkan. Nampak tak vogue sangat la. Cuma bila masuk part yang dia dah mula boleh senyum tu, terkeluar lah jugak muka urban tu. Tapi takpe sebab tudung dia memang huduh dan menutup keurbanan itu. Lakonan maya ok.

3. Lisa... langsung tak sesuai watak tu dengan diri dia. Dah la dia pelat R kan. Terjerit2 pulak. Jadi pelik pulak bunyi dialog tu. Karakter tu kena bagi kat pelakon yang gedik sepatutnya. Kalau juliaziegler tu jadi mila tu pun takpe kot.Aku tengok setiap gerak laku lisa macam tak kena jek. Sama ada tak sesuai atau pun dia yang tak pandai berlakon huhuhu.

4. Nek jijah... ya ampun. Selisih je. Masuk2 je terus pakai bikini. Sibbaik tak tunjuk part bawah dia. Part atas je pun dah cukup hazab. Tolong lah!

KOMEN & SCENE MENARIK

1. Masa maya bukak kasut aaron. Lepas bukak sebelah, aaron terus silang kaki dia, suh bukak lagi sebelah. Siot jek.

2. Masa maya ketakutan dan cakap, Ya Allah lindungilah aku (ker, berilah aku perlindungan, tah) time aaron nak mengguda maya. Potong stim jek.

3. Masa maya dengar berita perkahwinan aaron ngan mila kat tv, dia dah nangis dulu sebelum nama aaron disebut. Ker dia memang dah tau awal2 eh?

4. Air laut masa aaron pujuk maya. Mula2 air surut, tapi bila abis je dia pujuk tu, kemre zoom out dan air laut dah sampai betis dalam masa beberapa minit je. Banyak take agaknya time tu hiks.

5. Yang tak boleh blah sekali ialah bila mana maya baca yasin dengan lagu Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy huhuhu. Tapi bacaannya tak berapa betul lah. Tapi dengar dia sebut yasinnn je pun dah agak, mesti lagu mishary neh.

6. Dekat nak last tu, scene aaron dan maya kat atas batu tepi pantai, tetiba ada orang baju merah lalu kat belakang. Kacau daun jek. Fokus orang pun terlari sikit dibuatnya.

7. Tak paham motif lisa surihani nak citer sumer pasal hubungan dia dengan aaron kat maya. Tiba2 jek. Masalahnya tak kena dengan karakter dia yang over terjerit2 tu.

8. Agak kompius dengan lokasi2 dalam citer ni. Rumah mak aaron tu kat mana eh? Rumah villa maya tepi pantai tu pulak kat mana? Pastu macam sekejap je aaron boleh sampai ke tempat maya tu. Opis dia pulak kat cameron ngan KL kot ek? Dia buat macam semuanya dekat2. Kalau KL pun, jauh ok nak gi kedah. Ke sebenarnya dia nak kata kampung maya kat tanjung karang? Aku siap terpikir, kot umah mak dia ni kat ipoh kot hahaha. Ok, fiksyen. Walau pun dia tak cakap pun ladang teh tu kat cameron, tapi mana lagi ada pokok teh kat mesia ni? Takkan sabah kot? Lagi lah jauh. Ok, fiksyen asia, fiksyen.

9. Sebelum mak aaron tunjuk gambar maya ngan bront, dia ada kasik satu kotak. Apa isi kotak tu eh? Jam atau henfon? Aku rasa bukan henfon sebab kotaknya takde label apa2. Macam kotak jam. Kenapa mak dia nak kasik jam? Dan rasanya kotak tu sama ngan kotak jam yang lisa nak bagi kat aaron tapi dia dah campak jamnya kat gaung.

Kesimpulannya, keseluruhan jalan ceritanya menarik. Aku pun tak tau yang aaron anak pak dollah. Ada dia bagi hint masa dia cakap anak dia 6, tapi bini dia cakap anak dia 7, sorang ninggal. Aku je yang tak perasan.

Lain2 kalau teringat aku akan tambah. Atau kalau ada orang nak belanja tengok lagi sekali ke... boleh juga. Kalau tak pun memang aku akan download beli dvd nya nanti.

Akhir sekali, lisa, aaron, maya, ketiga2nya ada bekas cikenpox kat pipi dekat hidung macam aku hahaha.

Updated!

1. Encik suami cakap dia nampak sesuatu kat dalam baju maya masa scene dia berjalan meninggalkan pondok bersama lisa. Entah, mic receiver kot. Aku tak perasan pulak. Tapi tengok kat forum memang ada orang perasan jugak.

2. Dari mana datang kucing si comel tu ek? Nak kata kucing yang maya jumpa kat bus stop tu, macam kecik jek kucing nyer? Yang dia bawak tu besar dah.

3. Comel jek pak dollah mengajuk gaya bapak aaron masa mintak aaron dari pak dollah.

4. Laaa rupanya fauzinawawi ada berlakon jugak dalam filem ni sebagai azman boifren juliaziegler yang laki orang tu. Tapi terpaksa dibuang scene dia sebab dah over duration. Kenapa filem mesia tak boleh lebih 2 jam eh? Sepatutnya kalau memang patut panjang, panjangkan je lah, kan? Aku pun masa tengok citer ni kalau boleh nak lagi lama. Macam baca novel. Kalau boleh tak nak habis ceritanya. Kalau citer best, lama pun orang sanggup tunggu, kan?

Ombak Rindu OST

Dah lama tengok vc ni kat tv, tak suka pulak lagunya. Bila dah tengok citernya barulah boleh masyuk hehehe.





p/s review selepas ini.