Wednesday, 14 December 2011

Berapa Banyak Versi Daaa...

Ni last. Janji.

Selepas mendengar taklimat 2 kali berturut2, terdapat beberapa pembetulan ke atas statement2 saya yang lepas. Sekali lagi saya terus ke point2 berkaitan.

4. Bukan pembetulan. Tapi menurut encik tu, rasional nama jawatan itu ditukar ialah kerana pada hari ini, kita sedang mengarusperdanakan latihan kemahiran. Dan nama vokasional tu macam dah old fashion dan katanya, dulu kalau budak tak pass srp je yang masuk sekolah v0kay. Tengok! Betapa encik tu memandang rendah kepada kerjaya kami? Tapi, yang M0E tu gi tukar sekolah teknik kepada sekolah v0kay dan k0lej v0kay tu, apa ke hey? Kenapa tak kasi nama kolej kemahiran jek, atau sekolah menengah kemahiran jek? Ni nama pengajar lain, tapi nama sekolah ditukar. Kalau kata nak mengarus perdanakan, biarlah semua seragam. Nak kemahiran, semua kemahiran. Nak v0kay, semua v0kay. Baru lah orang tak keliru. Ni orang masih kompius, apa beza v0kay ngan kemahiran? Kalau camnih, pusing2 sama je lah. Eh, aku tak marah.


Berkenaan tangga gaji pula, aku belum compare ngan J lagi. Tapi untuk gred aku, gaji permulaan T1 yang baru ni beza RM1.75 jek dari gaji permulaan sebelum nih. Cer tengok skim dg. Beza dekat RM300 lagi tau. Eh, tapi peduli haper, kan? Tu budak2 baru je yang rasa. Aku dah lepas dah.

5. Jumuud. Ya, skim aku dah jumuud forever and ever. Maknanya aku memang dipaksa buat 0psyen sBipa ni lah. Atau di bersarakan.

8. Pr0spek tu pulak nampaknya macam takde pekse. Untuk pnp, kena lalu pkPi dan bkPi. Pelaksana kena bkPi jek. Tapi pkPi ni just tapisan awal jek. Kalau lepas boleh terus ke bkPi. bkPi ni lah kot yang ada kursus ke, assignment atau presentation. Sama je lah kan. Tapi tak tau lah bentuk program yang dirangka tu. Katanya ada 14 lagi circular yang mengiringi circular 11 ni selepas ni.

9. Pasal gaji kira habis lah ya. Dah terang habis dah tu.

11. Untuk kumpulan prem1er je yang ada kpi dan gaji naik ikut kpi. Untuk pnp dan ke bawah masih macam pergerakan biasa. Cumanya kali ni kalau markah 70% ke bawah 3 tahun berturut2, boleh disyorkan diberhentikan.

12. Pasal elaun2 semua akan dijelaskan dalam circular yang 14 tu. Setakat ni boleh dikatakan ia tidak dimansuhkan. Boleh tengok senarai elaun2 dan kemudahan2 dalam pekeliling tu terus. Butir2nya kena tunggu.

Itu je kot ajaran sesat aku hahaha. Selebihnya aku tambah la sesikit, ya.

1. Mengenai jawatan tertinggi tu, ada 36 tempat, di mana 28 daripadanya terdiri daripada ksu2 di kementerian2 yang ada, kecuali 4-5 kementerian je yang tak letak ksu kat situ sebab tak cukup kepakaran. Contohnya macam kementerian perlanc0ngan. Derang nakkan orang yang pakar atau berkaitan langsung dengan perlancongan. So, maybe derang akan rekrut dari swasta. Dan 8 lagi tempat diisi oleh ketua2 bidang yang lain, macam kpn, panglima atm dll.

Derang ni akan dipencenkan (ksu2 tuh) dan ditawarkan jawatan premier ni secara kontrak 2 tahun. Dan pencen yang derang dapat adalah seolah2 ko pencen umur 60 tahun gitu. Kira kalau kena berenti kontrak tu selepas 2 tahun pun takper. So, kalau nak sambung kontrak, kena lah capai kpi. Camner nak capai? Dah tentu lah melalui kerahan tenaga kiter2 yang kat bawah nih. Huh! Nak capai skt pun semput huhuhu.

2. Bayaran pencen bulanan pada umur 55 tahun kalo bersara pilihan untuk stok2 ssb ke atas. Kalau sebelum ni, kalau umur bersara wajib katakan 58, tetiba umur 55 rasa macam nak pencen, so bila pencen tu cuma akan dapat gratuiti dan gcr jek. Pencen bulanan akan dibagi bila sampai umur 58. Yang baru ni, akan dapat pencen bulanan terus dan2 tu. So, aku fikir, kalau aku pilih bersara 60 tahun pun, tiba2 kalau aku nak pencen umur 55 pun orait jek. Kot. Tapi aku tak mahu lah tanggung risiko, kot2 besok tukar sistem lagi, tetiba dia ubah pulak polisi dan aku pulak macam wajib je masuk ke sistem tu macam sekarang ni, tak ke bahaya? Ke hazard? hahaha. Ye lah. Kalau ikut trend nya, pilihan umur bersara ni tak boleh kurang dari yang dah dipilih. Macam 58 dah takleh patah 56 atau 55, melainkan kekal atau 60 sahaja. So, aku akan kekal la pada umur 56. Udah2 ler tu. Bukan aku nak kaya sangat.

3. Salah satu skim yang akan melaksanakan kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan ialah PiLk. Macam sekarang ni, selagi takde kekosongan, takde lah peluang nak naik pangkat. Pasnih dah takyah tunggu kekosongan jawatan lagi untuk naik pangkat. Harap2 betul lah.

4. Lantikan boleh terus ke jawatan naik pangkat. Contohnya kalau ko dah keje 15 tahun kat swasta, boleh dilantik terus ke gred 1-2, 1-3, 1-4 dan seterusnya.

Dah. Kalau ada penambahan nanti aku update kat entry ni je lah yer.


2 komen:

eita said...

Utk pencen, apa mksud ni?

Pembayaran Pencen Kepada Pesara Pilihan Diawalkan
96. Pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 dan kemudiannya bersara
pilihan akan dibayar pencen apabila mencapai umur 55 tahun.

Kalau yg sign 60 tp bersara 45 ke, 50 ke dpt dan2 tu jgk ke? Bkn 55 jgk?

AyunasiA said...

55 tahun minimum. so, kalau bersara paksa 60, pencen la 55, baru boleh dapat dan2 tu. kalo 45 kena tunggu 55 la. tp tu lah, risk nya kalo sign 60, takut ubah polisi lagi.