Sepatutnya dan sememangnya, taklimat untuk kitorang ialah pada hari esok. Tapi hari ni pun ada taklimat yang sama untuk semua jabatan2 lain di bawah kementerian ini. Tapi, dari anggaran 400 orang yang sepatutnya datang, tak sampai 100 orang je kot yang muncul. Mereka ni terdiri daripada staf2 kementerian sekitar negeri johor. Oleh sebab itu, bos panggil lah kami ni semua untuk memeriahkan majlis. Besok still ada lagi, cuma mungkin khusus untuk iljtmwilayahselatan kot. Bermakna besok lagi ramai rakan2 seperjuangan la kan dan lagi senang nak bertukar2 pandangan sok sek sok sek di belakang hehe. Tadi ni ramai sangat dari skim yang lain. Jadi, besok aku akan turun sekali lagi untuk mendengar. Beriya je aku ni. Macam lah ia boleh mengubah apa2. Tapi sekurang2nya ilmu aku bertambah sikit. Ko ada?
Lampiran ci oh! lampiran ci. Aku dapat lah tengok jadual gaji tu tadi. Derang kata benda tu belum release. So, tak boleh potostet la. Jadi, ia terakam dalam kepala je lah. Sebab apa yang terakam kat kemre aku adalah blur. Nebes tak pepasal. Terus gigil gambar tu. Jadual gaji orang lain pulak yang terang. Nyampah!
Tak pe lah. Yang penting gaji aku naik bulan 1 ni dan next increment ialah pada bulan julai nanti. Lamanyaaa. Sekali imbas, jadual dia macam menganiaya sikit la. Bukan apa. Contoh la he. Aku sekarang dok kat t5. Pastu, untuk kenaikan bulan 1 (kerana 0psyen sbipa) ni, gaji aku adalah sama dengan orang yang berada di t6 dan t7, yakni pada t4 (sbipa). Bezanya, yang t6 akan dapat pergerakan tahunan pada bulan april, sementara yang t7 akan naik bulan januari (bermakna 2 kali naik la bulan 1 nanti, tapi kena tunggu selepas settle skt bagai la, tapi dia akan backdated la). Dan aku yang kat t5 ni punya pergerakan gaji ialah pada bulan julai. Faham tak? Maknanya sekarang, walau pun t7 tu tadi terus naik 2 kali, tapi masih dalam kadar yang sama dengan t6 dan t5, pada tahun ini. Beza 3 bulan je, berbanding dengan 1 tahun (dengan t6) dan beza 6 bulan je, berbanding 2 tahun (dengan t5). Kira t5 la yang paling untung dalam kes ini.
Tapi, kalau compare pulak dengan t3 dan t4, t5 la pulak yang teraniaya. Eh, bukan teraniaya la. Rugi sikit jek. Gini. Untuk orang yang t4, kenaikan bulan januari (sbipa) dia ialah pada t3. Dan untuk t4, pergerakan gaji tahunan dia ialah pada bulan januari. Bermakna, bulan januari ni dia akan dapat 2 kali kenaikan la kan. Dan selepas pergerakan tahunan bulan januari tu, dia akan naik t4 la kan. Dan ia adalah sama dengan aku (t5) yang beza 1 tahun kekananan. Sementara yang t3 pulak akan pergerakan gaji pada bulan april. Bermakna, pada bulan april, orang yang 'muda' 2 tahun dari aku akan sama gaji dengan aku. Tapi bulan julai aku akan naik t5 la pulak kan hehehe. Tapi, mereka yang 2 tahun beza memang akan ketara la. Kelihatannya begitu lah. Nasib la korang kalau tak paham.
Dan selepas aku membelek jadual gred 36 pulak, pergh! Memang untung la siapa yang baru naik baru2 ni. Dia dapat gaji sama dengan orang yang dah t2 dan t3. Dan derang mengekori je satu tangga ngan orang yang dah t4, t5 dan t6. Kenapa aku rasa jadual ni macam menguntungkan orang yang baru eh? Haih... Saper punya idea lah kekdah sifir cenggitu ye?
Okeh, habis bab gaji. Nanti aku citer bab pembetulan pada entry yang lalu.
Monday, 12 December 2011
Versi Dah Dengar Taklimat Pertama (besok nak masuk dengar lagi. overnyer, macam la ko ptdi!)
Hasil karya AyunasiA pada 2:08 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment