BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 5 December 2011

Ombak Rindu - Oleh Bukan Pembaca Novelnya (kalau belum tengok baik jangan baca entry nih)


Sedih sampai tahap eyeliner putus2 lah!

Mesti tak paham kan? Yang aku maksudkan ialah kesedihan cerita ni sampai eyeliner aku tanggal dan bila kuar panggung tengok kat cermin, line di mata tu dah putus2 hahaha. Mungkin sebab eyeliner murah la kot hihihi.

Baru minggu lepas aku tengok wayang, citer twilight yang hampeh itu. Aku tengok ramai orang yang mulanya cakap, tak sabar nak breaking dawn..., balik dari tengok citer tu, tak buat review pun kat blog. Kat fb pun takde update status. Nak bagi bintang pun tak tau berapa. Agak kesal lah juga, sebab aku dah tengok 3 sequal yang sebelum ni. Ok jek. Entah kenapa yang ini macam something wrong somewhere. Salah aku agaknya sebab tak baca novel tuh. Atau sebab banyak sangat potong. Member aku cakap dia beli dvd ada banyak scene tak dipotong.

Sama juga seperti citer ombak rindu ni. Pun aku tak baca novelnya. Takut juga kalau tak best macam LBS. Aku pun tak pernah baca buku LBS, tapi filemnya pun takde lah best mana. Bagi aku lagi baik kalau aku tak baca dulu, baru lah suspen. Kalau dah baca, mesti kita dah tau lepas tu apa berlaku. Bukan aku tak suka baca novel. Aku pun banyak baca novel dan tau bagaimana bestnya perasaannya time membaca tu. Cuma untuk novel yang difilemkan, elok ler aku tak baca dulu. Takde expectation. Tapi aku dah baca review oleh seseorang. Tapi tak dapat tangkap sangat la. Bila dah tengok tu baru lah, ooo ini yang dia cakap tu.

Ok berhenti membebel, meh aku komen sikit pasal filem ombak rindu.

PELAKON

1. Aaronaziz bukan lah pelakon yang baik, tapi part2 sedih tu memang sedih. Mungkin sebab dia orang singapore, so slang dia agak kayu. Dah banyak citer aku perasan, dia bercakap macam orang singapore-johor. Selalu tunggang terbalik ayatnya. Mungkin dari segi memek wajah dia pandai la jugak buat, tapi lontaran dialog dia memang kayu ar. Susah nak cakap. Rasa macam nak cakap, tolong lah jangan bercakap aaron... Tiap kali dia nak kuarkan dialog, aku mesti rasa berdebar hahaha. Tak sanggup nak dengar. Elok berlakon macam mrbean jek dia ni huhuhu. Habislaaa peminat aaron mesti marah kalau baca komen aku ni huhuhu. Abis, memang dah macam tu pun. Apa2pun, ada part2 yang aku rasa betul2 memek muka dia sangat sedih. Macam masa mak dia tunjukkan gambar maya ngan brontpalarae tu. Masa tu ditunjukkan mata aaron berkaca. Ok, part tu dia berjaya lah mencairkan maskara. Part adegan diranjang yang *syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, kata cik maya kiter tu* pun tak la lancar mana. Hahaha nak lancar macamana tah. Kan kedua-duanya dah kawen, jadi memang agak canggunglah kan. Kalau bagi kat pelakon belum kawen, lagi lah canggung ek. Pendek kata, baik takyah letak scene tersebut lah at the first place. Menambah dosa pelakon dan penonton jek. Kalau nak sangat, taruk lah pelakonnya v ngan shidee ke, yang memang laki bini. Eh, pun tak patut jugak. Eh, baik takyah terus lah.

2. Maya... harus diakui, muka dia berjaya dikampungkan. Nampak tak vogue sangat la. Cuma bila masuk part yang dia dah mula boleh senyum tu, terkeluar lah jugak muka urban tu. Tapi takpe sebab tudung dia memang huduh dan menutup keurbanan itu. Lakonan maya ok.

3. Lisa... langsung tak sesuai watak tu dengan diri dia. Dah la dia pelat R kan. Terjerit2 pulak. Jadi pelik pulak bunyi dialog tu. Karakter tu kena bagi kat pelakon yang gedik sepatutnya. Kalau juliaziegler tu jadi mila tu pun takpe kot.Aku tengok setiap gerak laku lisa macam tak kena jek. Sama ada tak sesuai atau pun dia yang tak pandai berlakon huhuhu.

4. Nek jijah... ya ampun. Selisih je. Masuk2 je terus pakai bikini. Sibbaik tak tunjuk part bawah dia. Part atas je pun dah cukup hazab. Tolong lah!

KOMEN & SCENE MENARIK

1. Masa maya bukak kasut aaron. Lepas bukak sebelah, aaron terus silang kaki dia, suh bukak lagi sebelah. Siot jek.

2. Masa maya ketakutan dan cakap, Ya Allah lindungilah aku (ker, berilah aku perlindungan, tah) time aaron nak mengguda maya. Potong stim jek.

3. Masa maya dengar berita perkahwinan aaron ngan mila kat tv, dia dah nangis dulu sebelum nama aaron disebut. Ker dia memang dah tau awal2 eh?

4. Air laut masa aaron pujuk maya. Mula2 air surut, tapi bila abis je dia pujuk tu, kemre zoom out dan air laut dah sampai betis dalam masa beberapa minit je. Banyak take agaknya time tu hiks.

5. Yang tak boleh blah sekali ialah bila mana maya baca yasin dengan lagu Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy huhuhu. Tapi bacaannya tak berapa betul lah. Tapi dengar dia sebut yasinnn je pun dah agak, mesti lagu mishary neh.

6. Dekat nak last tu, scene aaron dan maya kat atas batu tepi pantai, tetiba ada orang baju merah lalu kat belakang. Kacau daun jek. Fokus orang pun terlari sikit dibuatnya.

7. Tak paham motif lisa surihani nak citer sumer pasal hubungan dia dengan aaron kat maya. Tiba2 jek. Masalahnya tak kena dengan karakter dia yang over terjerit2 tu.

8. Agak kompius dengan lokasi2 dalam citer ni. Rumah mak aaron tu kat mana eh? Rumah villa maya tepi pantai tu pulak kat mana? Pastu macam sekejap je aaron boleh sampai ke tempat maya tu. Opis dia pulak kat cameron ngan KL kot ek? Dia buat macam semuanya dekat2. Kalau KL pun, jauh ok nak gi kedah. Ke sebenarnya dia nak kata kampung maya kat tanjung karang? Aku siap terpikir, kot umah mak dia ni kat ipoh kot hahaha. Ok, fiksyen. Walau pun dia tak cakap pun ladang teh tu kat cameron, tapi mana lagi ada pokok teh kat mesia ni? Takkan sabah kot? Lagi lah jauh. Ok, fiksyen asia, fiksyen.

9. Sebelum mak aaron tunjuk gambar maya ngan bront, dia ada kasik satu kotak. Apa isi kotak tu eh? Jam atau henfon? Aku rasa bukan henfon sebab kotaknya takde label apa2. Macam kotak jam. Kenapa mak dia nak kasik jam? Dan rasanya kotak tu sama ngan kotak jam yang lisa nak bagi kat aaron tapi dia dah campak jamnya kat gaung.

Kesimpulannya, keseluruhan jalan ceritanya menarik. Aku pun tak tau yang aaron anak pak dollah. Ada dia bagi hint masa dia cakap anak dia 6, tapi bini dia cakap anak dia 7, sorang ninggal. Aku je yang tak perasan.

Lain2 kalau teringat aku akan tambah. Atau kalau ada orang nak belanja tengok lagi sekali ke... boleh juga. Kalau tak pun memang aku akan download beli dvd nya nanti.

Akhir sekali, lisa, aaron, maya, ketiga2nya ada bekas cikenpox kat pipi dekat hidung macam aku hahaha.

Updated!

1. Encik suami cakap dia nampak sesuatu kat dalam baju maya masa scene dia berjalan meninggalkan pondok bersama lisa. Entah, mic receiver kot. Aku tak perasan pulak. Tapi tengok kat forum memang ada orang perasan jugak.

2. Dari mana datang kucing si comel tu ek? Nak kata kucing yang maya jumpa kat bus stop tu, macam kecik jek kucing nyer? Yang dia bawak tu besar dah.

3. Comel jek pak dollah mengajuk gaya bapak aaron masa mintak aaron dari pak dollah.

4. Laaa rupanya fauzinawawi ada berlakon jugak dalam filem ni sebagai azman boifren juliaziegler yang laki orang tu. Tapi terpaksa dibuang scene dia sebab dah over duration. Kenapa filem mesia tak boleh lebih 2 jam eh? Sepatutnya kalau memang patut panjang, panjangkan je lah, kan? Aku pun masa tengok citer ni kalau boleh nak lagi lama. Macam baca novel. Kalau boleh tak nak habis ceritanya. Kalau citer best, lama pun orang sanggup tunggu, kan?

2 komen:

Irfa said...

hahaha.
tapi camner lak cik suami ko boleh 'tengok'dalam baju maya?
hehehe..fokus tang tu ker?
aku gurau je la

AyunasiA said...

dia pakai baju kurung chiffon, tu yg nmpk kat pinggang (kenapa aku nak backing laki aku pulak nih ek?)