BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 8 December 2011

Analisa Awana : Bila Harus Memilih

Dah bersedia untuk mendengar penjelasan dari PTiD part-time? Ya, ini lah masanya saya akan membincangkan tentang pekeliling perkhidmatan II/2011 yang sedang hangat diperkatakan itu. Namun, ingin saya ingatkan di sini, perbincangan ini adalah 100% merujuk kepada pekeliling tersebut, tanpa mendengar penjelasan lanjut dari pihak jpa yang dijadualkan akan memberi taklimat kepada kami pada hari selasa depan. Saya memang suka menguji kefahaman sendiri dulu. Kunun tunjuk terror la. Jadi, apa yang saya bincangkan di sini hanyalah berpaksikan kepada skill menjawab soalan prosa klasik dalam peperiksaan spm. Serius weh. Saya terpaksa mengulang ayat yang ditulis berulang2 kali, barulah faham. Itu pun ada yang saya ambil keputusan untuk buat2 faham je. Nanti dah dengar taklimat dan ber QnA baru lah saya varify, okeh?

Baik lah. Oleh kerana saya berkhidmat dengan kerejaan persekutuan, maka dan bermakna, perkara ini valid untuk kebanyakan dari kita lah kan. Sebab dia ada 3 version jer. Umum, Guru dan PDRM. 3 ni mewakili 3 suruhanjaya yang merekrut la kot, ek? Tang skim chegu tu malas ar saya nak citer. Takde kena mengena. Okeh, mari kita mulakan.

Kalau korang nak tau, hari ni, dari pagi sampai tengahari, kerja saya ialah menelaah pekeliling tu. Woi! Takde keje ke? Alah, budak2 tengah exam amali. Paper saya pulak dah settle semalam. So, memang saya free lah. Lagipun ia tidak boleh dikira sebagai mengulor kerana pekeliling tersebut adalah sebahagian dari kerja. Kan? Kalau bukan saya yang membacanya, siapa akan? Dah tengahari baru lah saya tersedar, eh, lupa nak bukak blog. Ok, saya akan buat dalam bentuk point.

1. Klasifikasi perkhidmatan di tukar daripada kumpulan sokongan I, sokongan II, PnP dan JUS@ kepada kumpulan pelaksana (sI dan sII), PnP (kekal), pengurusan tertinggi (entah, JUS@ C&B kot) dan premier (tak pasti. maybe JUS@ A kot).

2. Gred jawatan dikemaskini. Nombor n-m digunakan bagi mewakili kelayakan/kelulusan minimum jawatan dan gred gaji. n mewakili kelulusan minimum yakni 1 bagi ijazah, 2 bagi diploma, 3 bagi stpm, 4 bagi spm dan 5 bagi pmr. Manakala m mewakili gred gaji. Ia bermula dari 1 hingga (maksimum) 6.

3. Perubahan nama dan klasifikasi jawatan. Ada beberapa jawatan yang diubah namanya, tak semua. Tapi yang paling menarik perhatian saya ialah gred F. Dulu memang namanya teknologi maklumat. Pastu diubah jadi sistem maklumat. Ni balik semula ke teknologi maklumat. Ekceli bukan perkara ini je yang wal hasil balik asal. Ada perkara2 lain jua.

4. 11 skim baru diadakan dan 78 skim dijumuudkan. Haaa tang ni memang ada kena mengena dengan saya. Skim saya ialah skim baru yang diwujudkan dan skim saya sekarang akan dijumuudkan. Owh! Sedih lah. Kenapa? Sebab satu, nama jawatan saya dah tak vouge the vas lagi laaa. Selama ni saya rasa nama jawatan saya vouge kerana ada huruf V dan bunyinya juga agak futuristik. Tapi bila diubah perkataan V itu dengan perkataan 'biasa2', ia telah hilang ke'vouge'an nya. Kesedihan kedua ialah huruf depan skim tu juga diubah kepada huruf DieL dan diklasifikasikan di bawah bidang pendidikan. Bermakna ia bukan lagi berada dalam set jurutera lagi dah. Tak vouge juga. DieL tu pun dah macam nama pangkat MLM dah. Diamond Leader. Kawan saya cakap, lecturer poly DiHej, H untuk high. Kami punya DieL, L mewakili low. Low self esteem terus. Dan kesedihan ketiga ialah, dengar2 cerita tangga gaji juga akan mengikut set2 pendidikan jua. Dah tak macam jurutera lagi. Tak vouge jua. Tapi tu dengar2 citer je lah. Takkan lah dia nak downgrade pulak ek? Kang dah dengar taklimat baru boleh disahkan kebenarannya.

5. Penjumuudan ada 2 kategori. Satu, jumuud forever and ever. Dua, jumuud kerana penggabungan, naik taraf, penarafan semula atau pemansuhan fungsi. Jawatan yayu pun akan dijumuudkan jua. Tapi tak tau lah under kategori mana. Kalau ikut firasat saya, saya punya jumuud masuk kategori 2, sementara yayu pula masuk kategori 1. Kenapa saya berkata begitu. Kerana jawatan yayu jumuud dan dia dimasukkan dalam jawatan sedia ada dalam klasifikasi yang sama. Sementara jawatan saya pula dijumuudkan dan diberi nama dan gred baru serta tidak mengubah fungsi kerja. Maybe lah. Wait and see.

6. Jika dirujuk pada borang 0psyen yang diberi, untuk penjumuudan 1, kalau mereka tidak memilih 0psyen sBipa, maka mereka akan dibersarakan (sila gugel seksyen 1o(5)(b) akta #227). Atau dengan kata lain, kalau tak nak dipencenkan serta merta, baik pilih opsyen sBipa. Faham? Garangnya?! Kalau umur dah 50, saya rasa macam saya akan mintak dipencenkan jek. Tapi kan penjumuudan saya bukan kategori 1? Untuk kategori 2 takde elemen paksaan itu. Eh, maknanya saya pun masuk kategori 1 lah ek? Sebab jawatan saya memang dah tak wujud lagi. Kalau nak stay ssm pun, takkan nak sorang2 digelar PLVi? Kan? Adoiyai nyer punnnn. Takpe2. Wait and see.

7. Kumpulan pelaksana boleh cuti belajar bergaji penuh untuk mengikuti latihan kemah1ran. Fuh! gaji penuh tuuu. Buat degree kat u pun separuh gaji je ek? Jadi, mungkin akan muncul lah ramai mereka2 ini di sekolah saya.

8. PTiK dah takde, diganti pula dengan PR0SPEK. Saper suh hepi2 dulu? Padan muka. Saya rasa PR0SPEK ni lebih kurang PTiK yang terakhir sebelum dimansuhkan tu. Kalau tak, takde kerja la derang yang kat bangunan sapura tu, kan? Ada 2 komponen di situ, PKPi dan BKPi. Tak faham lagi.

9. Struktur gaji masih misteri. Sebab lampiran Si masih tidak muncul sehingga kini. Tapi petang tadi jpa dah suruh kami rujuk website kementerian masing2 untuk melihat lampiran Si itu. Tapi sehingga ke malam ini, masih belum menjelma. Benda paling penting ni la pulak yang disorok2.

10. Pemindahan gaji pula bukan lah kita p1t10, maka nanti kita dok kat t10 jua. Gila kayes tiba2! Kekdahnya, mula2 gaji kita yang sekarang dianjakkan satu tangga. Kendian gaji baru itu dipindahkan ke sBipa pada matagaji yang sama atau matagaji tertinggi berhampiran. Ni saya macam kompius jap. Tertinggi berhampiran tu menaik ke menurun? Menaik lah kot ek? Let say sekarang ni gaji kita rm1000. Kendian dianjak satu tangga, jadi ermmm rm1050 (contoh la). Pastu tengok lak kat gaji sBipa, T5 = rm1040 dan T6 = rm1100. So, dia bagi yang mana ek? Saya pilih T6. Off course la kan hahaha. Apa da. Susah nak buat contoh sebab lampiran Si takde.

11. Pergerakan gaji tahunan berpandukan laporan prestasi tahunan. Kalau markah bawah 70%, boleh dibersarakan. Berapa banyak gerak? Tak tau lagi. Tapi macam kompius sikit. Ada 2 versi pulak yang saya dengar. Satu, pergerakan tu ikut markah prestasi. Ada yang tak bergerak, 5%, 8%, 13%. Kedua, pergerakan statik ikut gred. Macam N11 - rm80, NI7 - rm95 (ni kPipa yang cakap dalam fb dia). Tapi dia ada juga sebut pasal percent2 tu? Entah lah. Ke yang percent tu one-off eh?

12. Tambat@n!!! Elaun krItikal akan ditamb@t pada kadar gaji bulan disember ni. Pastu dia statik, dah tak naik ikut gaji dah. Maknanya dah takde la 5% bagi aku dan 10% bagi sokongan. Holoh! Kalau naik pangkat pun segitu jugak ke ek? Kalau ikut ayatnya macam begitu lah. Tak vouge jua di sini.

13. Untuk sah jawatan, kena pegi program transf0rmasi minda menggantikan kursus induksi. Bunyi je dah macam robot transformer, ek? Lebih kurang induksi la. Tukar nama jek kot.

14. Tempoh percubaan 6-24 bulan. Cam sekarang ni 3 tahun. Cepat lah sikit bleh kuarkan kwsp kot hehehe.

15. Selain APC, diadakan Pingat PC pulak. Khusus untuk orang2 yang dasat giler.

16. Umur bers@ra paksa untuk pegawai lantikan 2012 ke atas ialah 60 tahun. Takde pun cakap lantikan 2000 ke atas wajib 6o tahun? Terang2 dia bagi 0psyen nak kekal atau ambik 6o tahun. Takde pulak syarat. Kalau betul, syukur Alhamdulillah. Oh! Buat penat je saya pikir selama ni. Tak sempat nak buat solat istikharah dah dapat solusi.

17. Bayaran pencen untuk yang bersara awal (pilihan) diberi pada umur 55 tahun. Menarik jugak tu. Untuk lantikan 12 april 1991 ke atas jek.

Alah, dah abis? Kalau dah kuar lampiran Si, harus panjang lagi. Apa2 pun, saya akan menambah atau perbaiki jika ada kesilapan fakta selepas saya membaca lampiran Si dan mendengar taklimat tersebut pada 13hb ini. Sehingga itu, selamat malam. Tata!



8 komen:

eita said...

Turun nama pangkat eh? Dari pegawai latihan vokasional kpd pegawai latihan kemahiran. Mcm bdk kemahiran kat sklh vokasional je. Muahahaha... Encik penceramah btau mgg lps. Sama taraf je kita mulai 2013 nnti. Pindahan gaji tu msti amik yg lbh tinggi. Mana bleh kna turun gaji plak. Mknanya T6 la

yayu said...

Orang pun sedey sbb turun nama pangkat..dari ada "pegawai" jd "pembantu" plak.

AyunasiA said...

eita: mesti nanti bila orang tanya, ko keje apa? plk. ha? plkn? huhuhu. tapi gaji permulaan lagi rendah dr J x? sama taraf tapi kalo cikgu keje sekerat ari, ngelat ar.

AyunasiA said...

yayu: tapi yg penolong2 semua jadi pegawai kan.

eita said...

Terbaca tadi :
4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan 2.
5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;
6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

eita said...

Ktorg kat kv bkn ckg tp plk. x tau la ada skim baru ke apa.Keje pun bkn separuh hari lg. KV bkn sklh meh. Tu yg confuse nnti apa beza kv ngan ilp, ADTEC sgl tu? Pelatih lg untung sbb msk dr f4. 4 thn dpt diploma kemahiran. Ruginya x de spm je la. Rmai ke bdk nk msk kalau x de spm ek

AyunasiA said...

ada je kalau budak2 yg takmo belajo ni. tapi umur form 4 tu masih tak sedar diri lagi tu. masih dipengaruhi parent. parent skrg pulak jenis yg nak anak at least ada spm, walau pun semua F9. apa pun x boleh.

kiranya kv ni pesaing kitorang la huhuhu.

kiranya gred pnp, kenaikan gaji cam biasa lah, kan? cuma nilai kenaikan tu dinaikkan banyak la sikit, ek? (yg 80-320 tu) yang ikut markah lpnt tu untuk kumpulan pengurusan tertinggi. kan?

far_east said...

jawatan saya jugak bakal dijumudkan....kalau betul maknanya senarai tugas saya akan berubah...