Hari ni genap setahun nenek meninggal. Al-Fatihah.
Hari ini pada tahun lepas, aku masih kerja di Tganu. Dapat call dari abah tengah malam, tak ingat kul berapa. 2 minggu sebelum tu, pun sama. Atuk. Dapat call dan aku decided to bertolak pagi kul 5. Tapi sampai2, dah pun dihantar ke tanah perkuburan. Tak sempat tengok.
Kali kedua ni, aku tak nak terlepas. Pukul 3 pagi aku dah mandi dan bersiap dan bertolak dari Dungun. Pagi yang hening, aku sesorang drive dari Dungun ke Mersing. Bayang aje lah keadaan jalan time tu. Lengang dan berkabus. Boleh aku singgah isi minyak lagi kat Paka. Dalam fikiran aku time tu, kalau ada orang jahat pun aku tak kisah. Janji sampai secepat mungkin.
Aku sampai dalam kul 8 pagi. Subuh kat Pekan, surau tepi jalan. Kalau 2 minggu sebelum tu aku terus balik BP petangnya, yang ini aku balik esoknya. Pagi2 sebab ada kelas kul 2 petang. Sempat lah sampai tu lunch dulu. Kul 1. Thanks to Aziz sebab tolong aku untuk kedua2 kes ni.
SABTU
Hari jalan-jalan sedunia. Tak nak masak. Tak nak duk umah. Penat dah mengadap mesin jahit, jarum, gunting, benang. Sampai kasar2 jari hantu aku kena cucuk jarum masa sembat leher. 6 pasang baju kurung. Kira baik lah aku jahit mata lalat jek. Nak jahit tulang belut?
Kul 2 petang, keluar. Tak tau lagi nak gi mana. Mana lagi tempat nak jalan kat BP ni? Memula pegi bus stand. Jenguk competitor. Oh... bukan competitor lah. Masih ada peluang. Terus ke Carrefour. Tak tau cari apa. Bukan pergi cari barang nak dibeli. Cari apa barang nak beli. Last2, beli otak2 gulung ngan ayam.
Tak puas lagi jenjalan, pegi Summit plak. Pusing2 jek. Tengok ada 2 kedai nak pindah. Satu, kedai emas, pindah kat dalam Carrefour. Dua, kedai jahit+andam+kebaya nyonya, pindah sebelah Carrefour. Upah jahit dia punya lah mahal. Leher jahit mesin je 30. Mata lalat 35, tulang belut 40. Agaknya memang rate sekarang kot. Aku je yang ketinggalan kot.
Pastu, tengok jam baru kul 5. Gi pasar malam Pesta+bazaar Ramadhan. Beli mi, kuetiaw, tahu panas, kuih donut+popiah sambal. Tak selera la tengok makanan. Malam Terawih macam biasa. Tengah malam, wat sembahyang Taubat+Hajat. Sahur lebih mi dan roti telur, termasin. Kesian abang dapat makan sikit jek.
AHAD
Hari duk rumah sedunia. Abang tak mo jalan lagi. Esok baru jenjalan. Segamat. Petang, dekat2 nak buka, Saleh, In dan Ulin datang. Buka mihun goreng aku masak. Sedap plak. Malam, Terawih cam biasa. Balik tu ikut diorang gi Carrefour cari kasut Saleh. Sampai pintu masuk, pak guard dah sound, ’lagi 15 minit jek’. Cecepat cari kasut. Aku beli kurma je. RM10. Ada 2 macam sama tapi tak sama packaging. Dia kata, yang ni datang sekali banyak, packing kat Malaysia, yang tu siap2 packing kat sana. Oh. Aku pilih yang dah packing siap2. Sama je. Balik tu dah lapar semula. Habiskan mi dan goreng otak2 gulung. Sedap. Selalu kalau nak makan otak2, beli jek kat Kempas, kilang dia. Satu baru 20 sen. Raya tahun lepas, da naik 21 sen satu. Baru2 ni beli, dah 20 sen balik. Sahur, bebola udang ngan otak2 lagi. Ngantuk tul, aku tido balik.
ISNIN
Lepas Subuh terus siap2. Nak antar Saleh ke Segamat. Nak kena hantar ek? Aku ikut jek. Bab jenjalan, mana bleh tinggal. Bertolak kul 7.05 pagi. Sampai kul 9 pagi. Nostalgia plak lalu Yong Peng. Dah setahun aku tak lalu situ. Opsss Saleh ada Kursus Intensif Bahasa Inggeris anjuran Felda di Kolej Komuniti YPJ kat Taman Yayasan Segamat.
Kolej tu kat kawasan kedai. Siap daftar dalam kul 11, hantar ke asrama; rumah teres setingkat kat taman tu. Kul 12 taklimat ibu bapa dan abang kakak. Rasanya kitorang je yang bukan ibu bapa. Hehe. Abis tu, gi cari mangga dan makan2. Cari bantal RM 7 kat kedai perabot. Untung kedai tu kalau tiap kali student register, tak diberitahu, apa yang kena bawak.
Tengah tunggu Saleh register tu, Yayu telefon. Tak fikir apa2. Sekali Yayu kata, Tahniah! Tahniah nape plak? Nga dapat. Heh? Bukan 10hb ke baru keputusan keluar? Yeah! Akhirnya. Syukur Alhamdulillah. Percubaan kali ketiga baru berjaya. Abang macam tak suka jek?
Balik lepas antar Saleh ke asrama lepas beli bantal. Singgah Jakel. Wajib? Tak beli apa2. Bukan taste aku lah corak kain kat Jakel tu. Terus balik. On the way, start berangan2 ngan abang. Kemungkinan2 posting ke mana2. Seronok nya…
Singgah Yong Peng. Econsave. Ingat nak beli serbuk coklat Van Houten RM3.99. Dah abis. Kecewa. Beli kopi jek. Ngan mihun. Beli buka kat Bazaar lagi. Sampai umah dalam kul 5.30. Lepak. Tapi excited nak tengok result dengan mata kepala sendiri. Takde kredit nak bagitau satu Malaya...
Lepas buka, dah tumbang. Tak larat nak gi surau. Tertido sampai kul 9.30. Bangun, Isyak+Terawih+witir sesorang. Amin Aaamiiiin. Tengah malam, masak mihun goreng untuk sahur. Bangun kul 4.45 terus panaskan jek.
Tuesday, 3 October 2006
Hasil karya AyunasiA pada 11:30 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment