Semalam, siap lah sudah aku menjahit segala tok nenek jahitan untuk hari raya. Nyampah dah tengok mesin jahit tuh. Sibbaik dia tak buat hal bulan2 pose nih. Jarang sekali benang terbelit atau putus macam selalu dia buat tu. Thank you mesin! Kalau ada lebih duit sok, aku nak beli mesin yang tegar sket. Baru bleh jahit lelaju. Aritu dah usha mesin jahit high speed yang macam selalu tukang jahit ada tuh. Tapi masa tu sebab ada plan lain. Kalau dah keje gomen sok, menjahit sebagai hobi je lah di samping pendapatan sampingan buat beli jajan.
Semalam buka mihun goreng. Asik mihun aje aku ni. Nampak sangat malas. Bukan malas sebenonya. Dah jemu makan nasi tetiap ari. Lagipun, takde lauk nak di masak. Kan kemarin aku suruh abang beli ayam kat K4 kan. Tapi takde. So, takde lah stok lauk dalam fridge. Best je tengok area freezer tu clear. Tapi, benda2 segera tu adalah. Macam drummet, prawn ball, frankfurter, air batu. Yang tu aku letak atas dulang atas. Makanya mihun aku semalam tak sedap. Lupa lak, pagi semalam abang dah pesan, kalau nak beli udang kering, pegi lah jalan sket kat kedai tu. Bukan jauh pun. Oklah. Demi nak masak mihun, lepas siap menjahit dan Asar, aku pun menapak ke kedai, beli udang kering mihun dan sayur sawi. Entah kenapa, banyak sangat kot bahan campuran dalam mi tu hingga telah mengubah rasa mi ku itu.
Sekarang memang dah standard, Isyak kat surau memang mengantuk. Tapi time terawih ok plak. Tak tau lah spesies apa yang bergayut kat kelopak mata ku ini di bulan mulia nih. Semalam imam nya baca laju jek. Tapi dia baca ada mood. Kejap laju, kejap slow and steady. Selalu tiap2 ari aku akan tanya, imam mana tadi? Sekarang, aku dah kenal. Ada beberapa imam kat surau tu. Satu, imam slow and steady semalam. Bacaan dia lembut jek. Kalau part baca surah al-A’la tu, aku dengar macam lagu plak. Mendayu2. Tapi dia baca kejap laju, kejap slow. Kekadang bila dia da masuk gear 5 tu, laju semacam jek. Terkejar2 aku nak mengikut dia rukuk dan sujud. Eh, ni bukan mengumpat, just mengexplain diri seseorang.
Imam kedua plak, bacaan dia teramat lah pekat makhraj dan dengung nya. Slow jek. Kalau dia jadik imam, confirm, kul 10 baru abis. Sorang lagi, aku rasa imam muda sket. Makanya, aku rasa dia faham isi hati jemaah yang nak cepat cam aku ni. Eleh, jangan nak tipu lah. Mesti korang sumer nak abis cepat kan? Hehehe. Imam ni baca laju jek. Rukuk sujud dia pun sekejap. Memang terkejar2 yeop. Ada lagi sorang, dia baca ada tonasi sket. Nak tau, kalau dia baca Fatihah, part ...Iyyakana’ buduwa iyyaka nasta’in. Ada lagu sket. Susah nak diterangkan. Tapi memang sedap. Lastly, ni bukan imam. Dia bilal yang tukang berbalas pantun selawat tu. Dia ni kami panggil ’amin aaamiiiiiiiiin’. Kan doa lepas terawih tu ada yang amin Ya Allah. Pastu ada amin aaamiiiiiiiiiin. Ha... kat situ lah keistimewaan tonasi bilal nih.
Ok abis cite pasal imam surau al-Azim Bukit Perdana.
Hari ni, pepagi lagi abang dah pegi pasar. Dia tak ajak pun. Tahu2 dia balik bawak udang, sayur dan buah limau. Sekarang ni dah takde limau jenama Sunkist. Kitorang selalu beli model Sunkist 4013. Yang biasa tu 4014, masam dan ada biji. Yang ni takde biji dan manis. Tapi sejak dah takde Sunkist nih, kami jarang beli. Kalau beli pun cuba dulu 10 bijik. Kalau ok baru beli selalu. Kalau tak, cuba yang lain plak. Setakat ni takde yang bebetul manis macam Sunkist 4013 nih. Sejak aku dah boleh makan udang nih, tiap2 minggu beli udang sedang. Memula bulan 3 dulu, harganya sekilo RM10. Puas ati, besar2. Sekarang ni, paling murah RM13. Tupun tak besar sangat. Last week, baru dapat yang besar2 ibu jari abang. Puas lah kalau makan sekor2. Aku selalu masak sambal jek. Kekadang jek goreng kunyit atau goreng tepung. Cumanya aku takleh makan telur, makanya, jarang lah masak goreng tepung udang or sotong. Kalau abang nak sangat baru aku masak.
Cakap pasal masak sambal nih, nak cite lah pasal aku memasak. Aku mula belajar masak masa sekolah menengah. Bukanlah belajar bebetul. Tengok mak masak. Lagipun, sebelum tu aku tak de mak, sape plak lah nak mengajo kan. Sampai abis sekolah aku cuma pandai masak asam pedas, sambal tumis, kari dan goreng sayur. Tu pun asas je. Tak de petua segala.
Masa degree kat UiTM, aku duk rumah sewa dan umah sewa abang pun dekat ngan umah aku. Makanya, kami ni 100% bergantung pada PTPTpu kan. Memang bila dikira2, tak cukup 3500 tu untuk satu semester tu. Masuk semester baru, pinjam duit abang TP. Dapat PTPTpu, cover balik. Makanya, aku pun share duit ngan abang, setiap awal semester tu, beli beras dan segala bahan memasak. Aku masak almost setiap hari termasuk cuti umum. Masa ni aku pinjam buku masak Kak Shila dan fotostet. Memula tu aku ikut lah jugak resepi dalam buku. Lelama aku try improvise sendiri ikut selera aku. Sebab resepi dalam buku ni kekadang ada letak bahan yang aku tak suka samada rasa atau baunya.Kat sini lah aku mula memasak lauk campak2 dan pelbagai lagi.
Kitorang selalu makan sesama time lunch kat Tasik Shah Alam. Kekadang housemate aku pun terikut2 gak. Malam, aku tapau siap2 kat abang. Kelakar plak. Aku ada tupperware yang cukup untuk 2 kali masak. So, tiap ari abang akan antar tupperware semalam dan aku bagi lauk ari ni. Bertukar2 gitu. Sepatutnya kan pulang lah bekas berisi kan? Ini memang tak pernahnya berisi. Kesian abang, selalu makan kat rumah jek. Kawan2 lain biasa lah kan, makan kat luar or mamak. Dia plak duk rumah makan masakan aku yang kejap sedap kejap tak. Sampai sekarang, kena makan lagi masakan aku, sampai bila2 lah pulak. Tu pasal aku cakap kat abang, kalau balik kampung tu, takyah lah suruh aku masak lagi, nak lah pulak rasa masakan mak kan? Tapi dia tetap lah nak aku jugak yang masak. Kalau aku tak tolong masak, dia kata malu nak makan, aku tak tolong. Hisy. Tapi kekdah nya memang takleh skip memasak kat rumah mertua. Walau selalu aku confuse ngan resepinya yang berbeza. Plak tu, ada plak comparator yang tukang tanya2 resepi aku yang lain dari kebiasaan dia kan. Bukan mak lah bang. Dot dot dot. Bila abis degree tu, aku rasa dah semakin yakin memasak. Kira kata orang kalau nak kawin dah boleh lah. Tapi, nak masak untuk banyak orang, tak berani lah jugak.
Ok, nak cakap pasal sambal udang. Resepi sambal udang aku ni sama je cam orang lain, tapi aku rasa, nilah sambal udang terbest pernah aku makan. Hiks. Ke sebab aku dah 8 tahun tak makan udang? Bila makan tu, aku selalu tak makan misai dan kulit tapi aku hisap sambal kat kulit tu, terasa sedap lah sambal tu. Cumanya, aku masak tak macam mak. Aku tak tumis bawang besar dulu. Tapi aku tumbuk sumer bawang putih ngan bawang merah dan belacan. Pastu terus tumis cam biasa. Sejarah aku tak pakai bawang esar ni sebenarnya masa aku duk Tganu dulu, kan balik seminggu sekali. Makanya masak pun jenjarang. Bawang besar plak, kalau sebijik, sekali masak memang tak abis. So, kalau aku belah dua, minggu depan nak pakai, dah layu. Buang. Sejak tu aku dah tak pakai bawang besar. Membazir jek. Aku tau ada orang suka masak pakai bawang besar kan. Lain rasanya.
Ok rasanya petang nih nak masak sambal udang lagi lah. Abang ada beli mi kuning. Dia suka lah tu mi goreng yang aku masak minggu lepas. Kalau tak, takkan dia beli lagi kan 2 minggu berturut2. Main hentam je aku masak mi tu, tapi sedap jugak. Hehehe.
Wednesday, 11 October 2006
Hasil karya AyunasiA pada 4:43 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment