Wednesday, 18 August 2010

Makcik Lewat Yang Psycho VS Makcik Psycho

Eh, aku ni macam tak puasa jek? Tiba2 dah puasa 8 ari baru teringat nak tulis pasal Ramadhan kali ini. Walau bagaimana pun, itu tak bererti aku tak beriya2 berpuasa. Tak seperti dulu2, aku sangat lah malas bangun sahur. Kalau dapat aku celik mata tu pun dah kira bersyukur. Tapi kali ni, aku bangun cargas2 lagi tau. Cuma, takde la aku klung klang klung kleng pepagi buta tu. Just panaskan lauk berbuka jek. Kalau takde sangat lauk, aku masak air buat telur separuh masak dan oat + milo. Setakat ni memang takde rasa letih sampai tak larat nak jalan. Ok je.

Terawih hari yang pertama hari tu, aku jumpa makcik lewat yang psycho. Ingat lagi? Tahun lepas ada sorang makcik yang bikin saspen time tengah2 terawih? Mulanya takde apa2 berlaku. Tapi, semasa aku nak witir kat belakang, dia tegur aku,

"Kau buat berapa? 8?"

"A'ah a'ah (dengan nevesnya)".

Bila aku nak mula witir, dia tanya lagi,

"Ke, kau buat 10? (agaknya dia ingat aku nak sambung lagi 2 rakaat kot)".

"Tak, 8."

"Dah 8?"

"Dah dah."

Tengok! Dia tanya sepatah, aku jawab sepatah. Sebab tak sangka dia akan tegur aku hihi.

Mengenai makcik psycho aka makcik gedik pulak. Kelmarin, aku masuk2 je opis waktu tengahari, kawan aku cakap,

"As!ah, akak jumpa akak ko."

"Akak? Akak mana?"

"Akak... akak yang selalu telefon tu."

"Aik? Macamana kak su kenal pulak?"

"Tadi, akak gi bengkel 'man' nak check ekon. Tengah tunggu tu ada akak tu. Dia tanya la, keje mana. Pastu dia tanya, kenal ko tak?"

"Pastu?"

"Tah, akak tak dengar sangat dia bebel. Yang akak ingat dia cakap pasal rumah. Tu yang akak suspek dia tu. Pastu dia cakap la, dia tak pernah berurusan dengan kau, Dia berurusan dengan suami ko jek."

"Eh, pelik betul ek? Boleh pulak tengah2 kat bengkel dia tegur orang ek? Peramah sungguh! Cemana gaya dia? Saya pun tak pernah jumpa dia. Pakai tudung labuh ek?"

"Takde lah. Macam rugged je? Dia pakai tudung yang belit2 tu, pakai suar, pastu baju ropol2. Tapi dia pakai baju kat dalam (inner) la."

"Oh? Dah tukar imej?"

Ermmm entah la. Aku masih pelik. Adakah semua orang yang dia jumpa, dia akan tegur dan bertanya keje/duduk mana supaya boleh mengesan kami? Entah apa agaknya yang dia cerita sebenarnya tah. Agaknya lah kan, kalau dia tegur aku cenggitu, aku nak ngaku tak? Eh, best jugak kalau aku berlakon ek? Ok, aku akan berlakon cenggini.

"Ooo kenal. Kenal sangat. BFF lagi. Kenapa kak? Eh, akak ni la yang selalu call kat opis kitorang tu kan? Laaa ini ker orang nya yang ngorat laki dia tu? Sian ko kak..."

Hahaha ye lah tu. Berani ke aku? Rasa2nya aku akan bolayan je. Tak kosser aku. Tapi, teringin juga nak kasi sedas dua.

p/s Satu yang aku suka buat time poser2 ni ialah mengulang baca entry raya tahun yang sudah2. Seronok pulak.





2 komen:

kakLuna said...

oo baca 2 kali baru faham...kalo ppuan tu jumpa aku, aku berani ckp...dah dia sdiri niat nak sakitkan hati org kan, ha skrg rasa la sekali..what u give u get back

AyunasiA said...

tp, aku xnak dia tau yg itu adalah aku. kang jd pjg cerita plak.