Tuesday, 17 August 2010

Asam P3das Warisan Anak M3laka


Aku tak berapa masuk dengan asam pedas kat kedai. Tak kira lah batupahat ke, muo ke melaka ke. Sebab rasa asam padas kat sini macam pelik. Ye lah. Dari dulu dah makan asam pedas mak. Yang lain2 rasa tak sedap sangat. Isy, ruginya aritu balik sekejap tak sempat makan sebab baru lepas makan. Mak masak asam pedas yang kelihatan menyelerakan. Erkkk memang selalunya balik rumah mesti bukak periuk dulu.

Tapi, sejak keje kat @tec ni, opismate aku asik la cakap dia makan asam pedas kat sungai hayam. Kekadang seminggu berkali2. Sedap sangat ker? Dia kata laki dia suka sangat. Tanya kat member lain pun, katanya sedap. Cuma kedainya buruk ar. Isy, adakah lebih sedap dari asam pedas mak siti? Mari kita cekidaut.

Maka, pada hari jumaat entah minggu bila tah, aku pon mengajak encik hairul menerjah ke sana. Dia pun sukaaa sangat makan asam pedas. Aku je selalu elak2.

Kedai papan yang buruk.

Suasana seperti makan di rumah nenek. Nenek versi zaman dulu la. Nenek sekarang rumah batu.


Ramai gak orang ciner makan kat sini.

Kepala ikan merah satu!

Sebenarnya aku tak suka sangat ikan merah. Kalau ikan mayong ke terubuk ke, baru lah terangkat.

Sampai kelabu lens aku. Berasap2.

Kesimpulannya, tak menepati citarasa kami. Macam ada rasa biji2 ketumbar ke haper tah. Aku masak lagi sedap. Kata encik hairul. Aku setuju je hehe.

Ok, kepada sesiapa yang ingin mencuba resepi mak siti, meh aku kopipes kan. Ini lah asam pedas citarasa aku.

ASAM P3DAS BANJAR-MALBARI STYLE (Tapi step nya aku hentam je ikut suka takde style)

Untuk 2 orang makan

- Sekor ikan apa2 la yang korang suka. Aku suka ikan terubuk dan mayong. Pilihan lain - pari, kembung, kerisi, parang, merah, selar kuning, patin (nyum nyum tambah tempoyak lagi best). Kapi kalo ikan kecik cam selar tu jangan le letak sekor laks ek hihihihi. Hh, nak letak ayam pon boleh!
- Minyak masak lebih kurang menutupi dasar periuk, sesuai kan la untuk menumis. Kalo terlebih, dah siap masak tu ceduk la keluar hehehe
- Cili boh 4 sudu makan (leh tambah kalo nak pedas)
- 5 bijik bawang merah
- 2 ulas bawang putih besar. Kalo kecik letak la 3 bijik (petua kata kena no. ganjil)
- Kunyit saiz lebih kurang seruas jari hantu
- Halia sama saiz ngan kunyit
- Asam jawa (kalo guna asam adabi tu, ambik dalam 1/2 - 3/4 sudu makan. Kalo guna asam dengan bijik lak, ambik dalam 1 sudu makan. leh try and error. Test je rasa banyak kali, sampai sedap)
- Air lebih kurang 3/4 - 1 bekas plastik taufufa. agak2 la supaya kuah tak terlalu cair (untuk dibuat air asam)
- Garam dan aji secukup rasa. Try dulu letak 2 sudu teh garam
- Daun kesum (optional, kalo tak letak pon tak ganggu rasa pon)

Cara cara :

1. Tumbuk halia, kunyit, bawang putih dan merah (untuk 2 org makan ni takyah la blend sebab air akan melambatkan proses memasak)
2. Panaskan minyak dalam periuk
3. Tumis bawang2 ngan cili boh sampai pecah minyak atau garing. Janji jangan hangus sudah...
4. Masukkan air asam. Kacau
5. Biler dah didih, masukkan ikan. Jangan kacau sangat, nanti hancur plak ikan
6. Kendian masukkan garam dan aji
7. Lepas test dan puas hati, masukkan daun kesum. Pastu rasa lagi. Kalo kuar ayat nih, "ermmm sedapppp" tutup api.

Walau pon aku johorean, tapi rasa asam pedas ni memang lain dgn muo/batu pahat style. Kalo mertua lak, orang jawa, dia letak tempe dalam asam pedas tuh. Kekadang letak bendi pon ok gak, takyah masak sayur lagi dah. Jimat masa :P. Kalau letak tempoyak, lagi la la la sedap, terutamanya kalau ikan patin.

Selamat mencuba!

2 komen:

Luna said...

pagi tadi lepas sahur aku tgk tv2 citer drama Fatimah najwa lakonan sheera anak aznah hamid. dia nak kawin dgn org melaka, ayah dgn mak dia x restu. tp aku tatau apa sebab mak ayah dia x suka org Melaka...x sempat tengok.

sekian komen aku yg ada kaitan gak dgn entry asam pedas melaka

AyunasiA said...

berhari2 aku pikir sblm reply komen ko ni. tp akhirnya, mmg xjmpa kaitannya dgn entry ini. tengkiu. do come again.