Thursday 12 August 2010

R0b0tic I

Minggu lepas aku tak update blog ni, kan? Ada sebabnya. Aku pergi kursus seminggu kat shah alam. Mulanya aku dijangka pergi ngan kawan aku. Sekali, dia pulak tak terpilih. Maybe sebab department dia takde silibus subjek ni. Jadi, aku pon jadi kurang semangat nak pergi. Sejak bila pulak aku jadi dependent nih? Tah? Sebenarnya sebab dah plan nak soping2 raya kat sana. Makanya, sensorang je lah aku bersoping.

Jadi, hari ahad tu, lebih kurang pukul 5.30pm, aku pon bertolak dari rumah. Dah keluar tol y0ngpeng barulah teringat. Alamak! Hari ni hari ahad, komfem jem kat somban. Namun kugagahi jua. Alah, bukannya kete manual. Lain lah dulu bawak manual, siap mengongoi2 aku dalam kete sensorang sebab sakit kaki.

Lepas aje hentian pedas, kereta dah mula bergerak perlahan. Ok, aku steady lagi. Makin lama makin perlahan. Tiba2, aku rasa macam nak terkucil. Alamak, terlupa pulak yang aku ada terminum air tahu sebelum gerak tadi. Semakin trafik bergerak perlahan, semakin lah aku rasa tak tahan. Adoiii!!! Aku pun telefon talian hayat. Apa yang boleh dia buat pon? Waktu ketika itu dalam pukul 8 lebih kot. Aku rasa lah, kalau nak dibandingkan menahan air kecil ngan air besar, aku prefer air besar kot. Sebab yang besar ada petua pintal2 baju. Dan air besar juga ada masa2nya dia release dan hilang rasa itu. Walau pun sekejap, ada lah juga rasa lega tu. Tapi, kalau air kecik, mak aiii sampai dah tak boleh fokus dah. Aku rasa kali terakhir aku mengalami situasi ini ialah semasa pergi island hopping di langkawi 2007. Giler ah! Rasa macam nak lepaskan je dalam kete. Eh, apa kata aku spare kan lampin dewasa tena ek? Kot lah lain kali dah tak boleh tahan, pakai lampin jek hihihi.

Dalam kepala masa tu tak terpikir nak kuar kat exit senawang sebab rasa macam leceh je nak kuar masuk hiway. Sebab tu aku maintain duduk lane paling kanan. Tapi, lagi 10 meter nak exit senawang, aku berubah fikiran. Terus aku pancung semua kete yang ada dan kuar di tol senawang. Sibbaik tengah jem ek? Pancung2 pun, takde lah terus putus kepala. Mungkin mereka memahami. Mungkin juga doaku agar dipermudahkan segala urusan, telah dimakbulkan hehehe.

Lepas je tol, aku terus pancung lagi ke toilet. Masa tarik handbrake tu je pon, dah rasa lega sesangat. Walau pun belum lepas lagi, tapi yang penting dah keluar dari jem. Dan dah tiba di destinasi persinggahan. Tah2 takde air kat toilet ke kan?

Setibanya aku di toilet, ada 3 pintu. Ketiga2nya tertutup kecuali yang satu tu macam renggang sikit. Terus aku terjah. Kenapa akak tu tak masuk toilet ni ek? Ada sorang akak tu tunggu kat depan pintu sebelah. Benarlah, urusan ku sudah dipermudahkan.

Dari situ, nak decide pulak. Kuar balik ke, lalu jalan dalam je? Kalau keluar balik, komfem ar jem sampai somban. Jauh gak tu. Jauh la kalau jem. Talian hayat kata, ikut jalan dalam je. Kuar kat somban. Aku pun terus je ikut jalan biasa.

Tiba dekat2 stesen ketapi, jem pulak. Adehhh serupa jugak ker? Rupa2nya polis wat roadblock. Sengal punya polis. Jalan tu 4 lorong, tapi dia bukak 1 lorong jek. Dan dia tak check apa2 pon. Dan derang pon ramai. Apa la salahnya bukak 2 lane kalau nak check apa2 pon? Ni, dah lah tak check apa2, ramai2 tak buat apa2 pula. Buang masa betul.

Dah lepas tu, terus la aku nak kuar tol. Tiba kat trafiklite dekat terminalone, polis pulak tutup simpang tu. Takleh belok kanan. Terus sahaja. Aku dah la tak pernah terus. Depan tu jem pulak lagi. Rupanya2 aku termasuk lane kanan, orang nak belok. Patut masuk lane kiri, leh terus je. Dah terus tu, tiba2 je jumpa tol. Owh! Lagi senang jalan ni. Tapi, jem, takde maknanya senang.

Masuk hiway semula, trafik dah mula lancar. Lepas rnr somban, dah boleh speed. Akhirnya, aku pon sampai di nilai. Sempat lagi tu singgah kedai tong shin. Kot2 ada baju baru. Aku memang suka gi kedai tu, cari blouse.

Besok pagi, pagi2 lagi aku dah melompat. Aiyok! Terlajak plak. Dah pukul 6.45am. Cecepat aku mandi dan bersiap. Pukul 7.30am, baru aku bergerak. Alah, kursus kan biasanya mula lambat kan.

Keluar je kat tol eb0r, waktu puncak. Tapi ok je. Ada polis jaga. Owhhh lain kali kalau nak kuar federal, masuk je kat bangunan perniagaan belah kiri tu. Dia ada lorong yang terus menyusur ke susur masuk ke federal. Tapi, tu lain kali la yea. Sampai federal tu dah pukul 8.30am. Jangan la kursus tu dah start. Ikut jadual, pendaftaran 8.30am.

Pastu, aku dengan komfidennya kuar kat persiaran kayangan. Alamakkk salah persiaran la pulak. Turun balik hiway. Dah sampai tempat yang sepatutnya, papan tanda dia pulak ditutup dengan plastik hitam. Alamak! Betul ke nih? Dan aku pun termasuk kat pusat bandar. Alerrr nak kena pusing roundabout masjid la pulak. Isy! Derang ni kan. Kata dah bukak dah hiway laksa tu. Kenapa signboard tak bukak sekali? Tak pepasal aku sampai 8.50am.

Mulanya aku park kat depan. Eh eh, apasal cantik pulak lobby cia5t nih? Tiba2 jadi lupa cemana nak ke belakang. Last2 aku tanya je kat kaunter. Sampai je kat lab, kursus tak start lagi. Kul 9 katanya. On time.

Selesai sesi tengahari, aku pun check in asrama. Apa nak cakap ek? Bagi aku, cia5t ni dah berubah 90 darjah dari segi fasiliti. Bangunan semua dah cat tema oren (i like). Bangunan admin dah cantik. Kafe dah cantik. Asrama dah renovate. Tapi, bab makan? Dah berubah jugak, tapi -90 darjah. Memang standard makanan budak2 la. Teruk sangat!

Masa nak ambik kunci tu, room allocation untuk course kami tak cukup. Patut pempuan 4, dia ada 3 je. Pung pang pung pang, akhirnya dia kasik bilik tingkat 1. Mulanya aku nak bilik yang siap toilet kat dalam tu. Tapi ramai lelaki katanya. Pastu, bilik yang sorang sebilik ada, tapi tingkat 3. Last2, dia kasik bilik 2 orang tingkat 1. Dah lah tu, katil yang lagi satu tu dia selit2 katil besi kat kaki katil asal. Sempit la!!! Dan aku sangat gerammm!!! Yang aku geramkan ialah contractor yang design susun atur bilik tu. Kononnya cantik la tu ek? Pastu tiba2 ada partition kat depan pintu. Tak tau untuk apa. Cantik la tu? Dan aku sebilik dengan kawan sekursusku. Itu je yang ok.

Kat kafe. Ok lah, cantik la ni...

Petang pulak, aku terus keluar ke seksyen 18. Nak gi maidin. Mulanya aku tanya je kawan tu, nak kirim apa2 ke? Sekali dia nak ikut pulak. Aku ok je. Dah pusing2 maidin, eh, ada pasar malam la pulak. Jalan2, jumpa popiah basah ss ali. Punya laaa lama aku tingin nak makan popiah tu. Dari rege dia 5 posen seketul sampai sekarang, 7 posen seketul, baru lah dapat. Aku beli 3 ketul je, rm2. Sedap. Masih sama rasa sos dia.

Isy, dahlah puasa ni. Nampak menyelerakan sungguh!

Sos dia adalah terbaik!

Besoknya, aku plan nak pegi pas. Sebenarnya aku nak cari kain langsir. Aritu aku dah beli, sekali tak cukup pulak. Dah cari kat bp, tapi dah abis. Kena la cari nagoia di seluruh negara. Maka, lepas je asar, kami pun pergi. Parking kat tasik. Di pas, aku pergi r0mantika. Yey! Dah jumpa pengganti bekas ajin0moto ku yang sudah pecah. Lebih comel. Pergi nagoia, takde pulak langsir yang dicari. Tinggal kaler biru je. Pastu, pusing2 dalam tu dan terbeli lah baju dan seluar. Kawan tu pun sama naik menyoping ekekek.

Lepas tu, pergi kompleks pulak. Fuh! Mujur lah bazar raya kat tengah2 tu belum mula lagi. Baru nak set up. Kalau tidak, ada jugak aku miskin beberapa ratus. Tapi, jalan2 la jugak kat situ.

Dari kompleks, kami terus ke kereta. Adegan saspen berlaku. Masa nak kuar tadi, aku tertinggal kunci kete kat bilik. Jadi, aku pon kuarkan kunci spare dalam henbeg. Memang aku salu bawak kunci spare dan diletak di tempat berzip yang jarang aku buka. Jadi, masa aku nak balik tu, aku nak ambik kunci dalam henbeg. Kebiasaannya aku akan letak kunci kat compartment yang tepiii sekali. Sekali, takde. Aku pun menggeledah ke-6-6 compartment henbeg ku. Ah sudah! Mana nih? Dalam kepala dah terbayangkan aku balik naik teksi, ambik kunci kat bilik dan report polis. Pastu mesti kena marah huuuuu... Adoiii tak sanggup!!!

Dalam gelabah itu, aku menarik nafas dalam2 dan duduk di atas akar pokok. Cari slow2. Memang takde kat compartment besar. Lalu aku pun membuka zip di mana aku selalu meletakkan kunci spare itu. Dan, muncul lah ia di situ. Heh! Ko nak duduk rumah ko je ek kunci? Tak terfikir lak aku nak letak kunci tu kat situ. Cuba bayangkan kalau kunci tu jatuh di tengah jalan. Mesti orang yang menjumpainya akan berjalan di sekitar tempat itu dan cuba membukanya, kan? Dah la kunci stereng pun ada sekali. Memang menang kereta percuma lah!

Dari situ, untuk melegakan hati, aku pergi ke seksyen 2. Teringin nak tau apa dah jadi dengan food court tu. Nampak dari luar ada kehepsi jek. Sampai di situ, aku mencari gerai seri bunga. Jumpa! Tapi, macam tak best je? Panas dan sesak. Saper laaa arkitek tempat tu ek? Kipas pon takde. Dulu, buruk2 pun, takde la panas cenggitu.


Aku order nasi goreng paprik ngan air milo ais. Member order nasi goreng ayam ngan air lupa lak. Nasi goreng kami sama. Versi nasi digoreng dengan kicap. Kosong sekosong2nya. Ayam member sikit sangat. Paprik aku ok, sedap la jugak. Ada la sikit2 rasa cam dulu. Owh, lupa lak. Dulu aku makan nasi paprik la. Mana de nasi goreng paprik. Dulu aku suka jugak nasi goreng pattaya dia. Tapi, baik juga aku tak order sebab aku dapat bayangkan dia akan kasi nasi goreng yang sama kat dalam telur tu. Komfem aku dah takkan datang sini lagi.

Sibbaik paprik dia ok.

Nasi goreng kosong. Bawang tu datang dari lauk paprik.

Lepas makan, kononnya nak nostalgia. Masuk la kat yuitm. Tiba kat perindu, tetiba ada construction site plak. Melencong tah ke mana2, tiba2 muncul kat padang kawad. Aku ingat dah sesat ke klang dah. Tiba pintu pgar belakang, adoiyaiiiiiii ada jak3l yang baru bukak tu la. Besar pulak tu. Sebelahnya ar1ani dan belakang nya hajra. Aku pun, buat2 la belum penat. Padahal tadi masa jalan2 kat kompleks dan merungut sakit kaki dah.


Memula masuk hajra dulu. Kendian baru gi ar1ani. Sudahnya, patah balik ke hajra. Member tak pernah pakai tudung awning, aku lak yang menghasut dia. Sampai dia beli 4 lai yuuuu... Bersalah lak aku rasa huhuhu. Sudah tu, kami pun balik.

Besoknya (rabu), konon insaf dah. Ye lah. Kononnya aku ni membawak baju raya nak dijahit lahir. Tapi, leher ke mana, aku ke mana? Ke mana? Ke mana2 yang aku ceritakan ni lah. Jadi, besoknya aku berazam untuk tak ke mana2.

Tiba2, petang tu, member ni tanya, kat sini takde jual air soya ke ek? (dia BF dan mengalami krisis kekurangan stok). Aku pun terus otomatik mencadangkan apa kata kiter keluar cari soya. Sebenarnya aku dah plan nak pegi k4 subang jayer besok sebab nak pegi nagoia situ pulak.

Maka, lepas maghrib, ke subang jayer la kami. Tapi? Seperti nagoia shah alam, tinggal yang kaler biru je. Sampai kawan ni cakap apa tau (malu aku),"cantik sangat ke langsir tu, sampai kat mana2 pun habis?" Adoiii takde la cantik mana dik oiii. Tapi, cantik la pada mata aku ekekek. Korang tunggu lah nanti aku dah siapkan langsir tu, nilai la sendiri cantik tak cantik. Tak perlu pun nilai. Pas membeli air soya, kami pun balik.

Bersambung lagi dilain kali. Penat dah ni menaip.

3 komen:

Luna said...

bab tahan kencing tu ada gak bbrp kali alami. yg paling hazab masa time exam kat UUM. tinggal 15minit lagi dh x leh kuar dewan, tp aku x tahan sangat sampai aku angkat tangan dan bgtau lecturer aku nk terkucil. lecturer kata 'x boleh thn ke?lg 5minit je..' aku geleng kepala. pastu dia kesian tgk muka aku dh naik pucat dia pun bagi dan kutipkan kertas aku.

AyunasiA said...

luna: xleh berfikir ek kalo dah cenggitu? kalo thn air besar lagi la merah padam muka. tp atleast air kecik x tkut terkeluar angin. aku dlm bas ekspress pun selalu.

Unknown said...

Bab tahan kencing ni aku dah serik...tiap kali aku nk keluar je skrg mesti pakai pampers puya...aku susah nk than kencing ni