Kali ni aku nak cerita tentang hasil pemerhatian aku terhadap orang jepun pulak. Walau pun aku selalu memerap kat rumah, tapi time weekend aku mesti keluar. Tah, encik suami tu lah, tak geti nak duduk rumah time cuti. Jadi, banyak lah juga ragam maknusia yang dapat ku lihat.
Irassyaimasekkk
Ini ialah perkataan yang paling banyak akan kita dengar kalau pergi ke shopping complex. Dia lebih kurang ucapan selamat datang la. Kadang2 aku rasa macam aku masuk kedai tu sorok2 je, tapi tetap lah derang perasan dan menjeritkan ucapan ni. Ya, dia macam menjerit gitu. Suara derang pulak jenis nyaring2 tapi comel gitu. Aku pun kadang pelik macamana suara derang boleh macam seragam gitu hihi. Pernah baru2 ni aku jumpa ada makcik ni, suara dia halus dan comel. Sweet giler hahaha. Siap aku cakap kat encik suami, comelnya makcik tu! Sebenarnya sebab kecomelan suara dia. Bayangkan kalau ada 20 kedai kat situ dan masing2 menjerit irassyaimasekkk ni, tak ke meriah tu? Memang shopping complex derang meriah pun. Kalau tak irassyaimasek (irasshaimase - gugeltranslet : may i help you) ni, ada je yang derang cakap untuk promote barang derang. Tapi derang cakap secara umum je lah, bukan ditujukan kepada siapa2 di situ. Memang takkan lah ko masuk kedai tu, senyap sunyi. Kalau tengah sale lagi lah. Derang biasa nya ada masa tertentu yang dipanggil time sale. Waktu ni dalam sejam gitu lah. Dia akan bagi diskaun istimewa. Time ni akan ada sorang dari kedai ni akan pegang papan/manilakad bertulis TIME SALE sambil mengajak orang masuk kedai tu. Kalau tak biasa memang rasa bingit ar. Tapi, best apa, sekali masuk semua barang 40% diskaun? Kat outlet la selalunya macam ni. Tapi kalau masuk kedai pun, contohnya kedai kemre ke, henpon ke, derang jenis takkan sibuk beriya2 promote kat kita kalau kita wat muka toye. Kadang2 ada yang cuba approach, tapi kalau kita cakap daijobudesu (it's okay), derang akan blah. Kalau kat china boleh jugak cakap rang wo kan2. Kat sini tak belajar lagi hihi.
Kedai Chuko'
Sebagai pengunjung tegar kedai chuko', aku suka gak peratikan nihonjin ni. Aku rasa kedai chuko' ni macam tempat derang memenuhi masa lapang kot. Selalu aku nampak derang dok belek2 macam2 benda, tapi takde gaya nak beli pun. Eh, aku pun dah jadi macam ni sekarang. Tapi kita dapat tengok lah gaya orang yang betul2 mencari barang untuk dibeli, dengan orang yang tengok sajer2. Kami pun selalu ke situ sebab mencari apa yang nak dibeli. Kadang2 jumpa benda yang tak disangka2. Dan yang penting murah. Kalau tak sangka tapi mahal pun tiada maknanya...
Jaga Parking
Kat sini kerja jaga parking adalah serius. Dan derang bekerja dengan penuh komitmen. Hujan ke panas ke, derang tetap gigih memudahkan orang untuk parking kereta. Pendek kata, kita takkan membuang masa semata2 untuk cari parking ar. Kalau kat tachiya (supa yang selalu aku beli ikan sayur) tu, siap dia tolong pulangkan troli pun ada. Pernah encik suami cakap, memang kerja dia, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Wah! Macam maksud ADIL! Mesti dia partikeadilan, kan? hahaha. Ok, tak kelakar.
Jalanraya
Disiplin di jalanraya bagi orang jepun sangat lah tinggi. Aku selalu cakap kat encik suami, 'very the malaysian driver'. Maksudnya beliau masih terbawa2 sikap pemandu malaysia kat sini hahaha. Contohnya suka tukar lorong bila beratur panjang atau kat tengah jalan. Orang jepun ni jarang lah aku jumpa yang suka tukar2 lorong. Ada, tapi time dia nak belok ke hape la. Cumanya jalan derang ada line kuning kat area traffic light yang bermaksud tak boleh tukar lorong kat situ. Maksudnya sebelum berhenti di traffic light, kena decide siap2 lorong anda. Tapi biasanya panjang garisan tu tak sampai pun 50 meter. Sempat lagi lah nak tukar lorong sebelum berhenti hahaha. Time tu lah aku selalu cakap, very the malaysian driver kat encik suami tu hehe.
Pastu pejalan kaki memang diberi keutamaan. Walau pun kita rasa macam sempat je kalau kereta tu nak jalan, tapi kalau ada pedestrian, dia tetap akan berhenti. Kita pulak yang rasa bersalah. Sistem traffic light derang kat sini lain sikit dengan kita. Kalau kita macam biasa lah, merah berhenti, kuning sedia untuk berhenti dan hijau jalan jika selamat. Kat sini hijau dia ada yang bulat biasa dan hijau anak panah. Hijau bulat tu maksudnya kalau nak straight, boleh jalan, kalau nak belok, pun boleh kalau takde kereta dari arah bertentangan. Selalunya kat tengah simpang ada tanda berlorek diamond (kalau simpang 4) atau tiga segi (kalau simpang 3) iaitu tempat untuk berhenti sementara tunggu boleh belok tu tadi. Maksudnya kalau ada kereta dari depan, tunggu lah situ. Kalau takde,, terus je lah belok. Tapiiiiiiii... ada tapinya.
Kalau pun takde kereta, tapi kalau ada pedestrian, tetap lah kena berhenti jugak . Memang pelik sikit sebab walau pun lampu untuk kereta tengah hijau, lampu hijau pedestrian pun boleh hidup jugak. Sebab tu dia mempraktikkan betul2 hijau bererti jalan jika selamat tu. Ini kalau lampu hijau bulat. Kalau hijau anak panah, boleh lah jalan sebab kereta dari arah depan memang tengah lampu merah dan lampu pedestrian pun takkan menyala. Kalau kat mesia, hijau bererti jalan lah selamat ke tak selamat, kuning pulak bererti tekan minyak kuat2 hahaha. Tapi memang kena berhati2 lah time membelok. Kena tengok kalau2 ada pejalan kaki, terutamanya memalam, kan. Sebab lampu hijau anak panah tu tak banyak dan kalau ada pun, sekejap sangat menyala nya. Dia menyala selepas lampu hijau bulat menyala sebab nak bagi lepas kat orang yang dah tersangkut kat tengah2 diamond tu tadi bila banyak kereta dari depan. Biasa dia bagi lepas 2-3 biji kereta je. Tapi ada juga yang tak pakai lampu bulat, ada anak panah je.
Dan sebagai pejalan kaki pulak, kita jangan lah pulak, mentang2 lampu tu hijau, nak melenggang kangkung pulak time melintas. Sebab macam yang aku cakap tadi la, time pejalan kaki hijau, kadang2 ada kereta pun tengah hijau bulat jugak. Walau pun kita tau kereta tetap akan berenti, tapi lebih baik mempercepatkan lah langkah tu. Tapi kat tempat2 lain yang takde traffic light, misalnya kat kawasan perumahan, garisan zebra pun takde, nak ikut sape? Kalau aku pejalan kaki, aku biasanya akan tunggu kereta tu jalan. Tapi selalunya kereta akan berhenti untuk bagi kita lintas. Tapi, jangan lupa kasik tunduk itu kapara ar kat encik tu hehe.
Haaa pasal hiway pulak. Dulu kan masa hiway desaru bukak, kan orang komplen, nama je hiway, tapi 2 lorong je, kan. Haaa kat sini, itu ada lah biasa. Banyak je aku jumpa hiway 2 lorong ni. Setakat ni hiway arah ke gifu tu lah yang pernah aku jumpa. Tempat lain tak perasan pulak. Mungkin sebab jalan ke gifu tu bergunung-ganang kot, maka jalan 2 lorong je yang mampu ditampung pada ketika itu. Ye lah, kena lah mengambil kira faktor gempa segala tu kan.
Cashier
Kalau kat aeon (mesia) kan derang ada tampal kat cashier tu, amalan yang perlu dipraktikkan ketika bekerja, macam senyum, greet customer dll kan. Tapi, pernah kah mereka mengamalkannya? Paling korok pun, senyum? Memang tak ah! Tapi kat sini, bukan je kat aeon, kat mana2 pun, bukan setakat itu, sesetengah tempat siap dengan harga barang yang dia scan tu pun dia sebut satu persatu, ok... Dan bila kita hulurkan duit untuk membayar, dia akan sebut nilai duit tu dan kita kena lah menge'hait'kannya hehe. Maka takde istilah, 'eh, berapa ek aku bagi tadi?'' Atau, eh, tadi saya bagi rm50, bukan rm10.' Dan amatlah jarang (untuk aku, tak pernah) berlaku short atau terlebih dalam pemulangan duit sebab kebanyakan cash register derang jenis automatik. Masuk je duit, dia kuar lah bakinya. Gitu. Dan bila dia nak pulangkan duit tu pulak, dia akan kira sambil menunjukkannya kepada kita. Aku suka bila dia kira duit kertas sebab dia akan selit kan duit tu kat jari, pasti dia lipat dan kira hehehe. Sila bayangkan je lah ye. Boleh cari kat youtube kalau nak tau apa yang aku maksudkan ni. Masa mula2 dulu aku rasa macam dia buat silap mata jek hikhikhik. Tapi selalunya aku main ambik je duit baki tu sebab percaya je. Lagi pulak, processor aku ni tak sempat nak translate nombor yang dia sebutkan tu hahaha.
Selain tu, ada juga mesin bayaran layan diri. Kat sini konsepnya, jujur jer. Takde sape yang jaga kat situ. Aku selalu gi situ bila line biasa panjang sangat. Macam tak ramai je yang bayar guna mesin tu?
Pakaian
Setakat ni aku tengok nihonjin ni jarang memakai baju yang striking warnanya. Walau pun banyak je baju warna warni kat kedai, tapi yang selalu aku jumpa, memakai baju hitam putih ceklat kelabu gitu. Kalau kaler pun, pastel lah kot. Aku je yang selalu tiba2 menonjol dengan warna oren la, pepel la huhuhu. Ada takde bila derang berpakaian cosplay lah kot. Oh haaa... baru teringat, baru2 ni member aku ada tunjuk gambo dia dekat acara cosplay parade yang berlaku di osu street. Meriah je aku tengok. Macam2 costume derang pakai. Tapi yang paling aku ingat ialah costume jack sparrow pirate of the carribean hihi. Rugi pulak aku tak tau ada acara tu. Kalau tau memang aku dah terjah dah.
Okeh, setakat ini dulu buat masa ini. Banyak lagi kalau nak cerita, tapi lenkali lah ya.
Tuesday, 26 August 2014
Mata Melihat, Telinga Mendengar, Mulut Mengkepochi. Eh, Jari Mengkepochi.
Hasil karya AyunasiA pada 4:29 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 komen:
Menjerit2 promote barang tu dah pernah jumpa kat kyoto, mat salleh yg lalu lalang pun gelak dan kami heran juga tak sakit tekak ke jepun2 ni, tak henti menjerit. Yg kira duit sebut duit kat cashier tu memang respect gila. Kat malaysia tobat nak buat. Jangan lupa kira balik duit, hahaha
Post a Comment