Wednesday, 20 August 2014

10 Bulan


E'eh, kebetulan pulak. Tu ari tajuk entry 10 tahun, ni 10 bulan pulak. Tapi sebenarnya dah terlebih 10 bulan pun. Tak kisah lah. Janji ada. Sebenarnya nak tulis perkembangan diri ini selepas 10 bulan berada di nagoya.

JALAN

Pertamanya tentang jalan. Tidak seperti 5 bulan yang pertama di mana aku banyak belajar selok belok laluan subway, 5 bulan berikutnya ni aku lebih banyak explore jalanraya. Selain dah ada kereta, yang menambahkan panjang langkah kami ni ialah sebab kami dah dapat parking kereta betul2 kat bawah rumah ni ha. Sempat lah 2 bulan parking kat tempat jauh tu. Bila nak keluar je, biasanya encik suami akan pergi ambik kereta dulu dan aku tinggal turun je ke bawah rumah. Bagusnya boleh lah aku bersiap lambat2 sikit, tapi tak bagusnya, leceh la kan, nak menapak ke tempat parking tu. Tapi mulai 1 julai yang lalu, kami dah pun berpindah ke parking yang baru ni. Itu pun encik suami yang mula2 terpandangkan papan tanda agensi parking lot tu digantung kat situ. Dulu pernah tanya, katanya itu tempat parking untuk bangunan sebelah. Mujur lah tak banyak kerugian yang terpaksa ditanggung kerana berpindah parking ni. Cuma terpaksa burn kos untuk sebulan je. Tapi masih kira berbaloi. Lagi pun parking baru ni lagi murah 2k+.

Di sinun. Gambar diambil dari koridor luar pintu rumahku.

Eh, dah cerita parking pulak. Tapi tu pun kira perkembangan terbaru jugak lah kan hehe. Tentang jalanraya tadi, aku dah hafal beberapa jalan yang biasa kami lalu. Biasalah, selalunya orang sebelah driver yang lagi cepat hafal jalan, kan. Encik suami pulak kekadang masih on gps. Aku lak yang rimas. Mentang2 dia dah hafal... hihi. Setakat ni jalan sekitar rumah sampai ke nagoya port aku dah explore 3 laluan. Awal2 dulu kami follow gps, dia tunjuk ikut simpang shidax/ameka tu. Tapi baru2 ni kami dah jumpa 2 lagi laluan yang lagi straight rupanya. Satu ikut jalan yang lalu depan donki hote kanayama dan satu lagi straight je takyah belok kat jalan tu. 2-2 laluan ni akan jumpa simpang upgarage/esso dekat2 dengan imigresen. Kalau terus lagi kat upgarage tu boleh sampai ke yatomi juga.

Satu lagi ialah laluan jalan belakang (aku yang panggil sebab jalan ni menghala ke belakang hostel kami dulu). Jalan ni menuju ke toyota, tapi kami selalu pergi takabari, hirabari dan nagakute ikut situ. Kira territory an-rody lah area ni. Selain tu, kalau masuk jalan kat mekdi takabari tu, boleh tembus ke yagoto, aratamabashi dan seterusnya boleh ke nagoya port jugak.

Pastu jalan belah motoyama pulak, kalau ke kanan hala ke nagakute, kalau ke kiri boleh pergi otsukaya/ariana. Dari situ dah dekat jugak dengan nagoya dome dan kalau terus lagi boleh sampai ke toki hihu! Errr kat toki tu ada premium outlet hehe. Pastu jalan otsukaya tu juga dikenali sebagai sakura-dori. Kalau straight lagi boleh jumpa sengen-cho dan boleh ke nagoya station jugak. Huh!

Yang senang faham jalan ni sebenarnya sebab sistem jalan derang ni macam grid. Kira banyak yang selari dan serenjang lah. Senang nak buat mind-mapping di situ. Misalnya, aku ambil jalan kawana-gokiso tu sebagai base dan simpang gokiso tu pulak sebagai titik persilangan utama.

Tapi highway kat sini aku belum faham sangat. Tak berapa nampak lagi.

RESIDENCE

Sampai bulan 11 2017.

Minggu lepas, aku baru je mendapat residence card yang baru. Aritu masa mula2 datang sini aku dapat visa selama setahun (yang akan expired 5 nov nanti). Sebab masa tu kan encik suami berstatus research student. Jadi sekarang ni, kena lah extend lagi 3 tahun. Memula kami pergi imigresen time bulan puasa. Aku dah tau dah, kite boleh renew 3 bulan sebelum expired. Dan memang dah plan pun nak pergi selepas raya. Tapi encik suami lah, beriya kata boleh renew lebih awal. Sebabnya beliau punya memang lah expired sebulan awal dari aku sebab beliau datang2 terus dapat visa kan. Dan aku aritu masuk sebagai tourist dulu, lepas sebulan baru dapat visa dependent. So, masa pergi imigresen tu, beliau je yang dapat apply, sementara aku pulak kena datang sebulan kemudian. Grrrrrrr. Pastu sebelum raya beliau dapat notification suh ambil residence card sebelum 5hb yang lalu, iaitu tarikh di mana sepatutnya aku layak apply. So, kami pergi lah 5hb tu. Dan tak sampai seminggu; kami pergi hari selasa, hari jumaat tu dah dapat notification suh ambik aku punya pulak. Suka je pergi imigresen sebab boleh 'singgah' bookoff minato hehe. Sebenarnya bukan singgah. Pergi. Sebab dia bukan on the way pun.

MAKAN

Selepas kes elaun tak masuk 4 bulan tu, baru lah aku rasa tak perlu berjimat cermat sangat bab makan. Kalau sebelum tu nak makan kat luar rasa macam membazir jek. Tapi sekarang, asal rasa nak, kami makan je kat mana2 pun. Tambah pulak sekarang vocab makan luar aku dah agak banyak. Tapi tetap lah, makanan jepun jatuh nombor last sekali dalam senarai keutamaan. Berikut ialah antara tempat makan luar setakat ini...

Kalau nak makan makanan india, ada ariana dan gandhara. Oh, ada satu lagi, kashmir, tapi sekali je lah aku pergi situ sebab nasi beriani dia pakai beras jepun. Dan aku baru perasan yang beras basmathi kat ariana lagi panjang dari gandhara punya hehe. Haih... kenapa lah semorang suka sangat nasi beriani gandhara tu? Aku sorang jek suka yang ariana punya.

Kalau nak makan makanan turki atau kebab, ada megakebab dan anadolu/kebabi. Kat osu pun ada herb kebab dan sis kebab, tapi aku tak pernah try. Kalau diberi pilihan, aku lagi suka kebab kebabi kot. Macam lagi sedap.

Kalau nak makan makanan indonesia, ada sama2 dan bintang. Tapi bintang tu jauh ar sikit. Cuma menu dia lain dari sama2. Kat situ ada satay dan ikan. Rendang pun ada. Aku pun tak tau kenapa derang tak pernah ajak pergi situ lagi. Aku suka je makan nasi goreng dia. Walau pun beras jepun. Pastu kat situlah kami terjumpa sorang makcik jepun ni yang mencari suaminya orang mesia yang tak balik2 sekian lama. Orang jb lagik!

Satay di bintang.

Bayangkan gurame je la. Sambal tu macam sambal ayam penyet. I like!

Nasi goreng.

Kerabu.

Kalau nak makan makanan barat/itali, ada gusto, saizeriya dan grazie garden. Tapi kami paling selalu pergi gusto walau pun makan piza jagung dan spageti bogel jek. Sedap!

Kalau nak makan semua ni, ada darvesh! Ya, darvesh ni restoran yang menawarkan makanan dari 6 negara. Sebulan sekali mesti kami pergi sini kot. Sebab jauh sket, dekat anjo, daerah toyota.

Kalau nak makan makanan thai, ada namcha.

Akhir sekali, kalau nak makan takoyaki, ada kedai sakura kat bookoff minato. Ini je lah makanan jepun yang aku suka makan hehe.

CONVERT

Penyakit convert duit ni dah recover 75% kot. Masih lagi convert, tapi dah boleh terima lah harga sesuatu barang tu. Macam, kalau pergi supa beli ikan contohnya, aku dah boleh terima lah bayaran 7-8 ribu yen sekali pergi. Tu kira biasa ar. Sekali makan dalam 2-3 ribu yen tu pun biasa. Cuma aku harap jangan lah keadaan 'boleh terima' ni jadi sebati dan terbawa2 sampai balik mesia besok. Dulu makan asam pedas kepala ikan merah 40 hengget tu pun dah rasa mahal. Kat sini, segitu lah yang paling murah. Kalau tol lagi lah jangan convert. Highway nagoya ni je sekali masuk 750 yen (bih kurang rm30). Tu yang kalau tersalah jalan kat highway, baik ikut jalan biasa je tu. Tapi, sekali lagi, kalau dalam duit yen, masih boleh diterima lagi la kan.

NIHONGO

Alahai... malu nak mengaku yang aku dah habis kelas semester kedua ni. Sebab tahap penggunaan masih rendah, jauh benar dari yakin. Lagi pun aku kan memerap je kat rumah, kan. Mana nak berkomunikasi pun. Ada takde bila ada orang ting tong rumah hantar parcel jelah. Itu pun hait hait arigato je. Hait pertama bila dia tunjuk/sebut nama. Hait kedua bila dia suruh sign. Dan arigato bila dia bagi barang hehe. Kekadang bila bunyi loceng rumah pun aku tak bukak langsung sebab trauma selepas aritu orang nhk datang tuntut yuran  tv huhuhu. Aku pulak main hait hait arimasu jek. Dah kantoi ada tv kat rumah kikiki. Sibbaik pastu aku berlakon buat2 tak paham apa yang dia cakap, so seolah2 aku tersasul la cakap 'ada' tadi tu hihihi. Selain tu, macam takde je orang jepun yang aku nak bercakap dengan.

Kelancaran membaca pun ala2 budak 5 tahun lagi. Boleh lah mengeja satu2. Malas nak membaca pun iyer sebab kalau baca pun bukan paham pun hahaha. Melainkan dia tulis katakana, baru lah aku boleh teka2 apa perkataan yang cuba disampaikan. Kalau kat signboard ke iklan ke hape, semua campur dengan kanji, lagi lah tak paham. Tengok tv, berita pulak, derang cakap laju, dapat tangkap 1-2 perkataan je. Cuma bagusnya program tv derang ni ada subtitle tulisan jepun jugak. Tapi, tetap lah tak paham huhuhu.

Kelas nihongo semester 2 yang lepas ni, kami belajar 4 jenis grammar. Te form, ta form, plain form dan dictionary form. Yang plain form tu kira bahasa pasar lah, untuk cakap ngan kengkawan. Bila dah belajar ke 4-4 form ni, langsung bercampur aduk semua dan jadi kompius. Dia macam imbuhan ar, lain imbuhan, lain maksud dan kegunaannya. Tapi sebenarnya kalau dapat kuasai semua ni, kira boleh la nak berbual ngan nihonjin. Masa belajar memang la best. Balik rumah semua tiris.

Tapi, aku masih tidak berputus asa hehehe. Tengah bulan 10 nanti aku akan masuk kelas semester 3 pulak. Tak sabar nak pergi petik epal lagi pun ye jugak hahaha.

TELEFON

Yang ni takde perkembangan apa2 lagi. Aku rasa sampai ke sudah kot aku akan tetap dengan line celcom ni. Beberapa hari lepas, tetiba henpon aku takleh hidup. Cuba cas pun dia takmo. Dah cuba cas kat soket rumah dan guna power bank. 2-2 tak boleh. Ingat henpon ni yang dah rosak. Aku rasa macam bateri ada separuh masa tu. Masa tu dah saspen dah. Siap terbayang2 dapat pakai aipong nih! Sibbaik aku masih ada henpon nokia yang lama tu. Dah pindah simkad dah pun. Tapi tak best ar, takleh install instagram. Line pulak kalau guna kat henpon lain, semua history dia padam. Whatsapp, fb ngan weechat ok jek. Sibbaik lah aku ada install line kat macbook. Tapi tak lama tu, encik suami suruh cuba cas henpon tu kat macbook. Slow2 keluar gambar betri hihihi. Rupanya memang bateri yang kong. Dia fully discharge kot. Kena kaji ni, kenapa dekat laptop baru dia boleh cas. So, takde lah henpon baru. Sibbaik tak sempat masuk line kat nokia tu. Kalo tak lebur la semua mesej selama ni. Takpe, selagi belum keluar aipong6, kite pakai je apa yang ada. Tengok derang tunjuk gambo aipong6c macam menarik je, kan? Warna warni. Nak cop kaler pink! Tah bila nak keluar nyer tah.

SAIZ

Macam takde perkembangan jek? Dari segi indeks jisim badan, masih sama macam sebelum datang sini. Berat ada la turun sekilo time puasa aritu, tapi sekarang dah balik semula ke asal. Pipi je lah kot makin sembap sebab banyak tido hehe.

Apa lagi ek? Lain2 macam takde perkembangan sangat la. Haaa tapi encik suami kata skill memasak aku semakin meningkat. Kira dah terampil level 3 lah ni!

Cuma perangai je tak banyak berubah. Degil dan keras kepala masih maintain. Eh, perangai mana boleh berubah mengikut tempat, kan? hihi. Sampaikan sekarang ni encik suami gelarkan aku apa tau???

ARMEL.

ARMEL ASIAH.

Wek!

Sekian. Tiba2.

p/s apasal orang lelaki suka cite rinduawak200% tu ha? kompius i.



1 komen:

Unknown said...

Baguihhnye leh ingt jalan haha kt sampai la ni tak kenal jalan2.. Tp mmg kalau kat msia pun sama je bln ingt pun jalan kat shah alam tu..

Tmpt2 shopping xciter ke hehehe