Haaa padan muka. Marah lagi pada makhluk Allah. Dahhh blog yang kena tulah. Ini lah padahnya jika bersangka buruk sesama makhluk. Benda tu pelengkap ekosistem tau tak? Kalau kau tak tanam pokok, mana ulat tu nak cari makan? Ok, aku halalkan la daun limau purut tu. Tau ko takut aku nak masak tomyam.
Tapi, jangan bimbang, html ni semua ciptaan manusia atas anugerah ilmu dari Ilahi. Kita yang buat dia kan. Eleh! Takat sidebar lari2 ni, aku boleh kejar lagi la hihihi. Padahal dah menggelupur nak tukar template dah tadi huahuahua. Ok, boleh berenti surfing scrappinblog itu. Sibbaik aku telah dididik dari kecil supaya memanjangkan akal, memantapkan minda. Terima kasih cikgu, kerana mendidik saya sehingga menjadikan saya cerdik begini huhuhu. Tahniah abah, kerana dikurniakan seorang anak yang cerdik walau pun tak pandai cakap oramputih. Syukur Alhamdulillah. Mudah2an otak ku bertambah cerdas dari masa ke semasa, Amin. Ok, cukup lah memuji diri sendiri. Saper yang tak paham tu, diam2 sudah. Saper suruh tak masuk panggung awal2. Kan tak dapat tengok trailer citer yang abakal ditayangkan tahun depan.
Baik lah. Selesai sudah masalah sidebar yang menyorok di bawah post. Kita berbalik kepada isu semasa ya.
Ari jumaat lepas aku dengar sinar, topik emosi hari ini. Ada sorang caller tu cakap, saya menyesal! Citer nya gini. Malam tadi dia gi tengok wayang, citer kl drift 2 tu. Balik tu, kononnya excited la kan dengan aksi2 drift yang ditonton. Maka, bila jumpa traffic light, terus dibuatnya aksi tersebut. Pergh! Kembang siot bila gadis2 universiti memandang2. Tak cukup puas. Jumpa traffic light kedua, dia buat lagi. Lagi la kembang sebab banyak kereta kiri kanan depan belakang memandang2. Sejurus sahaja dia meneruskan perjalanan, nah kau! Tah apa kebenda bahagian kete kat bumper ke haper tah, patah pulak. Terusss malu sebab kejadian berlaku tak berpaa jauh dari traffic light kedua tadi. Hahaha padan muka.
Tak kelakar? Memang tak kelakar pun. Sebenarnya yang menarik perhatian aku dalam cerita ni ialah caller tu sebenarnya orang parit bingan dekat parit raja ni. Dan aksi tersebut dilakukan di traffic light u7hm dan traffic light parit raja. Jadi, aku dapat la membayangkan macaman situasinya ngehngehngeh.
Up next, kisah perempuan gila glemer.
Tuesday, 30 March 2010
Tulah!
Hasil karya AyunasiA pada 9:33 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment