Ayang bangga tak?
Kenapa pulak?
Ye la. Kalau tak, ada orang lain yang bangga.
Elehhh.
Rupa2nya, aku tak keseorangan menggilai encik hairul itu. Aku rasa, aku memahami kerana aku juga mempunyai banyak sebab untuk menyukai nya. Ewahhh jack lebih2 nampak. Ye lah. Bila suami kita diminati oleh wanita lain, kenapa pula aku nak pelik? Sedang kan aku pun kemain angau lagi meminati beliau. Kalau tidak, takkan lah sampai kami berumahtangga, kan? Jadi, aku memang menerima hakikat bahawa suami ku itu mempunyai daya penarik terhadap wanita. Fuh! Kipas abis nih.
Masa baru2 kawin dulu pon, masa dia buat master, ada seorang kawan sekelas yang cuba2 mengorat. Tapi, bila mengetahui yang dia sudah beristeri, terus wanita itu mengundurkan diri. Terima kasih ya. Takyah aku susah2 nak halau dan tepis. Pandai bawak diri. Anak siapa la nih.
Cumanya, wanita2 tu pon, kok ye pon nak ngorat, cermin dulu lah diri sendiri tu. Ok, kalau cukup cantik, lemah lembut, sopan santun, boleh la, isi borang. Takat ada skill menyawit, buat tapai dan pisang salai, tak cukup lagi tu dek. Takat modal ladang sawit 10 hektar dengan mitsubishi storm pon tak cukup lagi beb.
Kenapa demanding bebeno? Bini ko yang sedia ada tu pon bukan ada semua tu. Nyawit? Kutip buah peroi geti lah. Tapai dan pisang salai? Takat makan pandai lah. Ladang sawit 10 hektar? 10 ekar tu adalah, tu pon abah punya. Mitsubishi storm? Jauh panggang dari api. Sebab itu oramputih cakap, the best woman win. Pernah dengar?
Selama ni aku sabar je. Walau bertubi2 cubaannya, cuba meragut kebahagiaan ku, aku diam kan saja. Paling kuat pon aku mengamuk, merajuk 2-3 hari, menangis dan ok, teruskan hidup macam biasa. Tunggu je lah bila2 masa cubaan itu datang lagi. Dari satu sudut, dia berjaya. Berjaya menggoyangkan sedikit keyakinan dan kepercayaan aku. Tapi, takde lah sampai 6 scala richter. Setakat opocot! je. Kemudian, aku kembali tegak berdiri. Nyamuk pon kalau gigit, sehari dua je bintat. Masuk hari ketiga, dah hilang dah.
Sepanjang tahun ini dan tahun lepas, memang banyak kali dia cuba mendapatkan aku untuk berbincang. 'Menyelesaikan masalah'. Saper punya masalah nih? Semuanya aku abaikan begitu sahaja. Bulan lepas, dia call tapi aku takde sebab pegi ptk. Kat opis ni, 2 je orang luar yang akan telefon aku. Yayu, atau dia. Tak mungkin yayu yang call sebab mesti yayu tau aku gi ptk. Semalam, dia call lagi. Kebetulan aku yang mengangkat. Lepas aku letak, orang lain pulak yang angkat. Sempat la dia memesan, minta aku luangkan masa bertemu dengannya. Dan seperti biasa, seharian aku kebingungan. Mujur lah sekarang ni cuti semester. Takde lah terbawak2 ke dalam kelas.
Dan seperti biasa juga, balik keje, aku terus mengadu. Kadang2 tu aku terfikir juga. Entah2 kali ni orang lain pulak. Kot2 abang memang ada girlfriend lain.
Mana ada. Melainkan kali ni dia pasang penyiasat persendirian pulak. Kot2 tu PI?
Hmph! Masa ni lah juga aku boleh korek cerita. Kalau tak, aku pon malas nak membangkitkan isu ni. Aku tau, dia sentiasa call suami ku kat opis. Jadi, tak mungkin lah isu ni tamat begitu sahaja. Bagaimana cara suami ku menanganinya, itu yang aku nak tau.
Macam yang ayang suruh la. Terus letak, atau biarkan je dia abis kredit.
Ok, itu macam biasa sangat. Takkan takde cerita2 lain?
Ada 2 cerita yang aku baru tau.
1. Setiap kali dia datang ke rumah sewa, bila ternampak jiran sebelah, dia akan menjaja cerita. Kononnya encik hairul terkejar2 kan dirinya. Kononnya dia sudah dimandrem oleh encik hairul sehinggakan dia tergila2. Kalau gila tu aku percaya ar. Kononnya dia selalu mimpi dan tak dapat melupakan encik hairul. Siot je kan? Dah lah encik hairul tu dikenali seantero taman. Ditambah pulak dengan cerita skandal dengan penduduk taman sendiri. Abis, aku ni? Tak ke maruah ku turut tercalar? Kalau orang lain tu percaya citer tersebut, tak ke aku dijadikan bahan mengata? Tau je lah mulut ni kan. Mana ada insurans. Tu baru seorang jiran. Yang memang kenal rapat. Boleh la dia bercakap depan2. Mendapatkan kepastian dari yang punya badan. Tah, jiran rumah depan kiri kanan belakang yang kenal gitu2 je tu. Kalau dengar cerita sehangat begini, tak banyak sikit, mesti ada point2 yang masuk dek akal yang boleh dipercayai, kan? Perkara2 gossip ni memang best kan. Eeeeee dah macam drama pulak aku rasa. Maluuuuuuu!!!
2. Ni kisah kawan setaman merangkap kawan sekerja encik hairul. Katanya, pada satu hari, beliau pergi ke kedai gunting rambut. Sementara memotong rambut, isteri beliau duduk di luar kedai. Tiba2, datang seorang perempuan. Sebagai seorang yang peramah, perempuan itu bertanya kepada isterinya, duduk mana? What? w1ra jaya? Kenal hairul? Tu belum lagi jumpa orang u7hm. Semua nak ditanya nya. Kenal hairul? Siapa hairul tu? NC baru ker sampai semua orang kenal dia? Kepala otak berjambul.
Dengan orang yang tak dikenali pon dia boleh jaja lagi cerita yang sama. Konon nak menagih simpati ar tu. Padahal dalam hati tu, lihat lah dunia. Aku bangga mengenali seorang staf u7hm yang tergila2kan aku. Piiirah!
Pada hemat anda, apakah tujuan dia melakukan yang sedemikian? Menjaja kisah dirinya digilai oleh seorang lelaki, bekas penyewa rumahnya. Dan menunjuk2 seolah2 dia wanita suci hati dan peribadi, yang kononnya tidak bersalah. 'Dia yang datang rumah saya, mencari saya, walau pun tahu saya masih bersuami.' Hello!!! Laki aku datang ruamah ko sebab nak bayar sewa rumah la ngok. Tu pon 2 tahun lepas. Ada lah 2-3 kali kot. Selebihnya, ko yang gedik2 ketuk rumah tu mintak duit sewa, padahal kalau diikutkan, kami dah tak pakai dah kekdah manual ni. Orang bayar sewa pakai online banking je.
Ok, kalau pun dah terlanjur jatuh hati pada suami ku, adakah suami ku memberi respon positif? Orang dah tak nak tu, sudah lah. Ni bukan perigi cari timba lagi. Sendiri gali perigi, sendiri terjun dalam perigi. Takde timba2 lagi dah. Kalau korang sebagai perempuan, kena reject ngan boyfriend pon, mesti lah malu, kan? Kalau boleh takmo orang tau yang kiter kena reject, kan? Heeee ni tak tau la manusia species apa. Homo sapi sapien kot.
Walau apa pun, ada satu berita agak baik. Dia dah jual rumah no. 19 tu. Dah lama aku dengar berita ni, tapi selagi tak komfem aku malas nak war2kan. Ni katanya owner baru dah nak pindah dah. Penyewa di taman ni juga. Syukur Alhamdulillah. At least, takde sebab untuk dia menayang muka kat taman ni. Yang bestnya, owner baru ni pon tau cerita tu. Mau nya tidak. Kata mulut puaka kan.
Adoi.
Tuesday, 30 March 2010
Saya Bangga Kerana Dia Staf U7HM
Hasil karya AyunasiA pada 12:15 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment