Wednesday, 24 March 2010

Kering Sampai Rangup


Best kan, kalo sidai baju tengah panas. Sampai rangup baju tu kekeringan. Tapi yang tak best nya kalau idea kering. Kalau kering sampai rangup jugak, maknanya tak lama la hayat blog tu. Macam yang aku sedang alami sekarang. Mintak2 tidak lah sampai rangup ek.

Okeh, mari kita brainstorm. Nak citer pasal apa? Sebenarnya aku baru je khatam membaca satu blog ni. Berbulan2 aku baca, baru lah abis. Nak tau sebab apa? Haaa sebabnya, blog tu 90% bahasa omputeh lor. Merangkak2 nak tangkap. Tak paham tak paham pon, teruskan jugak sebab seronok. See! Tak perlu menunjuk2 untuk menarik hati pembaca. Cukup hanya berbekalkan pengalaman hidup dan sedikit skill penulisan.

Haaa dah dapat idea. Mari kiter cerita pasal telur. Haha tiba2 je. Alaaa kan baru je musim kenduri kawen kan. Kira relevan la topik ni kan.

Masa kenduri kawen yang aku pergi ari sabtu lepas, aku dapat telur. Dah lama tak dapat telur kenduri kawen. Telur pindang pulak tuh. Pergh! Cecepat aku makan begitu saja. Nyum nyum. Meh mengimbas kembali nostalgia telur pengantin (please, straight eh).

Seingat aku, masa aku kecik2 dulu, telur ni dibungkus dengan tisu lap (serviette/serbet) tuh. Sehelai tisu tu digulung secara diagonal dan digulung kiri kanan nya. Kendian hujung nya diikat bersama menjadi tangkai. Senang dibawa. Guna jari pon boleh. Biasanya tisu tu kaler pink atau kuning ar kan. Lepas makan telur boleh terus lap tangan guna tisu tu. Bungkus terus buang je sekali ngan kulit2 telur.

Yang berduit lebih pulak, guna kekdah yang sama, tapi tisu tu diganti dengan sapu tangan nipis tu. Eh, ada ker? Ke imaginasi aku je ek?

Pada zaman yang sama jugak, kalo bajet lebih sket, derang bungkus telur dengan pembungkus kilat2 warna warni. Bentuknya 4 segi sama, ada tebuk2 (tak tau nak explain cemana. generasi muda sila tanya ibu bapa). Letak telur kat tengah, pastu lekapkan 2 hujung bertentangan dan distaple. Tadaaa dah siap. Pembungkus tu dijual berkeping2 macam kulit popiah tu (tak boleh blah punya analogi). Yang terbayang di ruang mata aku ni, pembungkus tu color purple. Dan majlis yang aku terbayangkan ialah perkahwinan abang roslek (sepupu) hehe.

Zaman dulu, kalau kenduri kawen, kreativiti pengantin memang teruji. Macam2 dibuat sendiri. Kalau yang tangan halus tu, derang buat bekas telur sendiri. Yang aku ingat, ada sekali tu musim bekas telur diperbuat dari reben yang dianyam. Macam zaman sekarang orang buat guna sotkabar tu kan. Rasa2 macam aku pernah belajar gak buat benda alah tu. Tapi dah lupa. la. Zaman bila daaa.

Selepas itu, masa zaman kak uni kawen kot, dah mula guna kotak. Alaaa kotak yang main selit2 je tu. Sekarang pon masih guna lagi. Telur pindang yang aku dapat kemarin tu pun pakai kotak cenggitu. Cumanya zaman tu takde la jenis yang kaler2 gold, silver tu. Dia corak bunga2an biasa je.

Selepas itu, muncul pula bekas telur seramik. Ni mungkin sejak sistem pengangkutan semakin baik, dan pergi ke ayer hitam dah tak rasa jauh lagi. Memang berlambak2 bekas seramik ni kat situ. Macam2 la bentuk nya. Ada yang bentuk angsa, bakul dll (tah, ada ke bentuk2 lain?).

Seterusnya, masuk musim kaca/kristal. Ada bekas telur versi kaca retak2, yang macam biji2an melekat jadi bakul pun ada. Aku dapat bayangkan, tapi tak dapat nak dizahirkan dalam bentuk penjelasan hehehe.

Masa zaman aku kawen lak, dah kurang sket bagi telur2 ni. Sama ada gula2 atau sumi. Tapi, aku pon lupa masa aku kawen bagi apa. Erk??? Tapi bunga telur memang ada la untuk tetamu khas. Kang aku citer evolusi bunga telur plak ek. Ok, pada zaman aku, 5 tahun lepas, still ada kotak2 telur, tapi dah cantik2, kilat2 la sikit. Kaler gold, silver. Pastu ada bekas macam anyaman buluh ke haper tah. Sintetik la kot. Yang bentuk bakul macam topi ada, yang berpenutup petak je pon ada. Sampai la ni, aku pon dah jarang dapat telur. Balik2 sumi sumi sumi. Kalau kat johor ni pulak, kerepek. Tak kerepek, bahulu besar.

Tapi ada gak aritu, dapat telur dalam beg kecik macam beg syiling tuh. Eh, macam2 la kekdahnya sekarang ni kan. Dah tak dapat telur, dapat la macam2 bentuk bekas sapu tangan pulak. Bertingkat2 dah sapu tangan aku. Aku lak bukannya nak sayang sapu tangan tu digubah cantik2 tu. Dah dia kasik, aku bukak la, dan guna. Nasib ko lah. Sapu tangan tu murah je. Deko2 tu yang mahalnya pon. Aku tak memandang deko2 tu. Pandang la, tapi time dapat tu je. Lepas tu, aku bukak, basuh dan guna wat lap2 muka. Ada gak pekdah.

Tapi, kalau kawan2 baik, biasanya instead of dapat telur dalam bekas2, aku selalu akan dapat bunga telur. Tapi, ada juga yang gunakan bunga telur as medium pemberian telur. Bunga telur ni pon dah melalui evolusi jua adanya.

Seingat aku, bunga telur zaman dulu, dibuat sendiri. Eh, kita sebut tentang bunga pahar yea. Tapi bunga telur pon boleh la jugak. Cumanya bunga pahar ni cucuk kat pahar, letak tepi pelamin. Kalau bunga telur tu orang cucuk kat batang pisang, 'biasa2', banyak2, kasik kat semua tetamu.

Eh, bercakap pasal bunga telur ni, aku teringat gak tentang bunga2 buatan sendiri. Dulu, masa kecik2, kak uni selalu buat bunga. Bunga untuk hiasan rumah. Memula ada bunga guna reben keras tu. Besar2 bunga yang kak uni buat hihihi. Untuk dapatkan urat petal tu, kita gulung reben tu kat pensel dan tekan ke bawah. Hehehe sila bayangkan sendiri. Aku masih terbayang2 lagi suasana itu. Bila dibuka, taraaa dapat lah kelopak bunga yang berurat2. Cantik lak tu urat nya. Pastu nak kasik petal tu melengkung, kita bakarkan tepi dia kat lilin.

Pastu ada bunga orkid. Haaa tang ni masih segar di ingatan ku walau pon dah lama giler. Masa tu aku berusia 8-10 tahun kot. Sampai sekarang pon, kalau aku terpegang sesuatu yang panjang seperti reben, straw, daun kelapa, tangan aku akan dengan spontannya membuat anyaman bunga orkid tu.

Satu lagi bunga ialah bunga erkkk kekwa ke apa nama bunga tu ek? Boleh la, kekwa kot. Pun ada anyaman sikit kat tengah2 dia. Tempat debunga tu. Pastu kita lentik2 kan kelopak kekwa tu dengan pensel. Satu keping tu dapat la dalam 8 kelopak kot. Tapi kekwa kan banyak kelopak halus2 kan? Jadi, ditindihkan beberapa keping dan jadilah bunga kekwa dengan banyakkk kelopak.

Sambung balik.

Bunga telur zaman dulu dibuat guna reben kot. Dia punya kelopak luar (apa ke namanya ek?) tu digunting dari kertas kaler hijau. Daun pon guna kertas tu. Tapi kat kedai ada gak jual daun siap. Masa yayu tunang pon aku ada guna daun tu sebab aku buat bunga guna gula2 choclair. Pastu batang nya dililit dengan silotip hijau yang tak berapa nak melekat tu.

Selepas itu, muncul bunga diy. Beli bunga, batang, daun, silotip hijau, dan assamblekan sendiri menjadi bunga. Kemudian, dah takyah buat sendiri, bunga tu dah siap, tinggal beli je. Kadang2, beli je bunga gubahan, kendian tambah je net tempat letak telur tu.

Dan akhirnya, lahirlah bunga telur yang cantik2 tu. Bukan setakat bunga plastik, kain satin, net, gabus, kaca, stokin, tah paper lagi semua ada. Masa aku kawin tengah baru2 kuar bunga stokin. Kalo bunga stokin tu, dia jual tegak je stokin tu. Masukkan telur dalam stokin, dan pintal hujungnya tak kasi telur tu jatuh. Ada jugak stokin yang bentuk bunga, telur diletak dalam net macam biasa. Tapi bunga tu boleh diubah2 bentuk ar. Tak cukup bunga, macam2 bentuk pulak 'bunga' tu. tak semestinya bunga. Boleh jadi bentuk love, bulat, lonjong, 3 segi, apa2 la. Pahar pun dah berubah2 bentuk. Daripada cucuk2 atas pulut, wajik, wajik pasir (apa namanya ek?), batang pisang, sampai lah yang siap dijual. Ada tu pulak, bunga pon takde batang, gantung pulak telur tu kat pahar yang macam ranting.

Dah lama takde kenduri kawin kat rumah aku. Last memang kenduri kawin aku ngan yayu la. Tinggal adik je sorang, tupon baru lepas spm. Tak tau la bila kawin nya tu. Dulu aku kawin takde duit sangat. So, beli bunga telur pon murah2 je. Souvenir pon buat sendiri (sabun fruitale yang aku tunjuk aritu). Tapi, aku bersyukur sesangat sebab takde duit time tu. Kalau banyak duit, mesti banyak juga yang habis ek?

Boleh? Aku tak jumpa gambar bunga telur yang sesuai, jadi aku letak gambar kawen aku yang kelihatan bunga telur di situ. Tu aku punya hihihi.


p/s kering idea yea... hehehe

0 komen: