Sejak akhir2 ni, aku kerap juga berkunjung ke pasar malam bandar u tuh. Dah tentu2 lah akan bertembung dengan student2 encik hairul. Senang je nak kenal derang nih. Bila aku lalu sebelah je, terdengar la bunyi macam anak ayam cik cik cik cik, gitu lah hihihi. Bukan student aje, kawan sekolah lama pun aku jumpa kat situ. Padahal rumah member tu dekat je dari rumah aku, tapi tak pernah nyer nak datang menjenguk. Sudahnya jumpa kat pasar malam. Ok lah tu, kan?
Kalau student yang encik hairul memang ajar, derang ber cik cik cik cik, kan. Tapi kalau yang tak pernah ajar, setakat kenal muka je, tak tau nama, boleh plak kuar ayat nih, 'e'eh encik kak ul1n'. Apakah?
Actually ul1n ialah adik ipar ku yang dulu belajo kat ito jugak. Maybe bebudak tu junior si ul1n, tu yang dia panggil kak ul1n kot. Dah tu, tak tau pulak nama encik hairul, terus digelar nya 'encik kak ul1n'. Sabo je la.
Okeh, nak citer pasal chatting nih. Seingat aku lah kan, aku memang tak pernah berchatting ngan encik hairul masa zaman bercintan cintun dulu. Takde kesempatan dan kemudahan kot. Jadi, aku tak geti lah nak chatting ngan dia. Biasa bercakap terus je, samada melalui telefon atau pon sound direct jek. Kalo yang malu2 nak cakap tu, tulis je surat. Yang penting sampai maksud.
Semalam, aku ada cerita misteri nak diceritakan kat dia. Nak tunggu balik, tak sabar. Nak telefon, macam panjang ceritanya. Tengah2 keje ni bukan dia nak melayan aku sembang pon. Baru call sekejap dah berdering2 telefon opis dia. Jadi, aku pon berchatting guna fb.
Eeeeee tak puas rasanya bercerita cara chatting ni. Tak dapat nak express perasaan. Elok2 cerita tu best, menarik dan seram, terus rasa macam erm, ok, so? Huh! Rugi je.
Dan, aritu, masa kemas2 kotak (kenapa la aku ni asik kemas kotak tak abis2 ek? pelik betul), terjumpa kaset2 lama. Tengok gaya macam kaset yang aku kasik pada encik hairul. Seingat aku , aku ada rakam lagu dan bercakap2 jugak dalam tu hihihi. Camne nak dengar? Kena tunggu masa naik kete kancil la kan. Sebab kancil je yang ada kaset player.
Arini encik hairul pegi servis kete. So, aku bawak kancil la hari ni. Maka, aku pon memasang la kaset itu. Ya ampunnn. Tak tau nak cakap apa. Nak muntah ada, nak gelak golek2 ada, nak lempang diri sendiri pun ada hahaha. Tapi lebih kepada nak lempang diri sendiri la. Ewww suara aku kah itu? Apasal very the gedik? Adoi la haiii. Tak sanggup aku nak dengar. Tapi part lagu2 yang aku rakam memang best2. Kebanyakannya lagu ct dan uk's la. Dangdut sorrr pon ado. Yang ku cinta pada mu... lagu amelina ngan iwan yang berendam dalam kolam sambil pegang bunga matahari tu. Ni memang takleh salahkan anak murid la kalo derang bercinta zaman sekolah. Kepimpinan tak melalui teladan.
Wednesday, 17 March 2010
Chatting Dengan Suami
Pastu, petang tadi aku gi pasar malam. Eh? Macam baru je cerita pasal pasar malam ni ek? Dah cerita balik. Oh, patut la. Intro tu kan pasal pasar malam kan? tapi tu pasar malam minggu lepas. Ni yang hari ni punyer.
Oleh kerana terpengaruh ngan lagu dangdut tu, aku pon membeli vcd karaoke amelina hihihi. Gila karaoke sayyy. Actually aku takde la melalak hari2. Sekali sekala je. Bila rasa2 macam dah beberapa hari tak hujan, aku pun nyanyi ar. Tapi memang berkesan jugak la. Baru je minggu lepas aku layan serangkap lagu biarlah rahsia, terus hujan menderu2. Abis laaa orang par1t raja mesti dah tau kenapa. Dan aku beli satu lagi vcd ramlah ram. Aku suka lagu2 kak melah jua huhihaheho.
Hasil karya AyunasiA pada 8:09 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 komen:
Genuinely no matter if someone doesn't be aware of after that its up to other visitors that they will assist, so here it happens.
my website: click the up Coming website
Wow, fantastic blog layout! How long have you been blogging for?
you made blogging look easy. The overall look of your website
is great, as well as the content!
My website :: Holistic Nutrition Degree Accredited
I go to see day-to-day some blogs and sites to read content, except this blog presents feature based content.
Review my webpage ... Suggested Internet page **
Post a Comment