Terasa diri seorang loser kerana tiada azam tahun baru? Aku malas nak pasang azam. Niat dalam hati je lah. Perkara baik takleh menunjuk2 hehe. Tapi aku ada senarai impian untuk tahun ini. Ni tak kira azam la kan. Lebih kepada apo ko bondo rete yang aku nak kumpulkan tahun ini. Sungguh materialistik bunyi nyer eh? Kira angan2 la gitu. Kalo ada duit lebih, beli la. Kalo tak, tak kisah. Takde la sampai nak berhutang ke kan. Kete kat atas tu tak masuk lam senarai eh. Tu sekadar hiasan semata2.
Meh senaraikan.
1. Tambah saham KPF at least RM10k. Ni kira duit gaji sendiri la. Kurang2 sebulan kena simpan 8-9 ratus la ek? Purata 1k sebulan la kan. Insya Allah, kalau takde aral melintang, boleh la kot. Maybe lebih sebab rancangan aku nak keluarkan kwsp sumer dalam tahun ni. So, nak transfer sumer ke situ. Tu pon kalo takde kebocoran ler kan hihi.
2. Meja makan. Masih belum terdesak memerlukannya. Ari sabtu aritu sempat gi tengok kat kedai baru dekat2 chan tuh. Baru bukak dah sale eh? Cantikkk. Tapi tak beli pon. Tunggu dia sale raya kang. Salesperson dia pon cakap, time takde sale takyah beli la. Mahal amat.
3. TV LCD/LED/Plasma. Ni lebih kepada ketamakan. Dah ada 3 bijik tv pon tak cukup gak. Sorang boleh dapat 1 1/2 dah. TV sekarang ok lagi, cuma monitor nya dah memesong ke kiri pulak. Ada senget sikit. Apa guna ada suami yang belajar menservis radio dan tv ek? Hantar kedai alpha tu pon boleh apa. Sajer je kan. Alaaa kata angan2. Tak kena bayar pon kan.
4. Display Cabinet. Tak tau la nak letak kat mana. Dah sesak dah rumah tu rasanya. Tapi, tetap nak jugak. Abis, takkan nak biarkan set2 tembaga aku tu berhabuk je kat luar kan.
5. Extend kitchen cabinet. Ni memang dah lama plan, cuma macam malas nak pegi kedai tu. Tapi, kena ada perancangan teliti kot sebab bukan sikit pelaburannya. Macam dah tak muat jek kabinet sedia ada tu. Banyak beno periuk belanga. Keluasan tapak memang dah tak cukup dah. So, kena extend ke atas la pulak. Sibbaik aku tak pasang cornice lagi. Kalo tak, katner lak aku nak sambung. Atas siling? Pastu, kalau dah beli meja makan, nak deko2 ruang makan tu pulak. Selama ni macam terbiar je tempat tu. So, nak extend jugak cabinet sampai ke sini. Nak pasang display cabinet gantung plus cermin besar plus plus plus. Macam rumah besar macam banglo pulak ek.
6. Beli tanah. Dapat sekangkang kera pon jadik la. Kalo dapat tanah pertanian pon takpe. Bleh tanam pokok durian, rambutan, manggis, duku, langsat, dukong, dulang, belacan. Konon tanam keliling tanah. Besok dah kaya raya haji raya puasa sumer, baru buat rumah banglo 8 tingkat, sama tinggi ngan pokok durian yang ditanam itu. Tak agak2 punyer berangan nih.
Huh! Bunyik macam banyak duit je hek? Berangan tak kena bayar kot. Sekurang2nya dengan ada nya impian2 nih, aku akan berjimat cermat dan beringat2 biler nak menabur duit di hujung minggu tu kan.
Tuesday, 5 January 2010
Senarai Impian 2010
Hasil karya AyunasiA pada 4:10 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 komen:
citer pasal saham.. saham K tuh apa cerita yea? ada lagi ker
huuuu sedey. kata dah bawak ke court, tp masih takde kabar berita. abis begitu saje kot. biarlah. kat dunia dia terlepas.
Post a Comment