Aku beli 'tiket' seploh hengget tu sehari sebelum. Best, kan? Satu tiket boleh tengok patploh orang. Tapi dalam kes aku, tengok berdua je lah. Tu pon dia tak concentrate sangat. Dia suka lagu suatu masa jek.
Jadi, ari jumaat tu, balik keje, aku terus memasak siap2. Mak oiii rajin nyer. Biasa, ari jumaat je, meleseh2 jek. Jom bubur ayam. Tak pon jom sate. Hari tu boleh pulak bersemangat masak. Abis, kalo tak masak, kena kuar makan. Konsert start kul 8. Suku. Nahi nahi kabhi nahi.
Lepas maghrib, cecepat hidang makan depan tivi. Kat depan. Makan dah nak abis, konsert tak start2 jugak. Yo yo o jek.
Secara keseluruhan, aku bagi 5 bintang untuk m nasir, 4 bintang untuk ct. Tah, macam sama jek persembahan ct kat mana2. Yang lain sikit mungkin la sebab kali ni first time dia nyanyi ada masa mata. Awal2 pulak tu. Kiut je tariannya. Lelain, biasa2 jer. Pulak tu, memula aku dengar macam sound system kureng sket. Ke, tv aku yang memang korok? Tapi time m nasir ok lak?
M Nasir plak, sangat sempoi. Walopon dia ada lupa lirik masa lagu srikandi cinta, part lain2 dia ok. Aku dah la suka lagu srikandi tu. Potong betul la. Dan slot m nasir lagi panjang sebenarnya. Sebab tu aku rasa, sebenarnya orang singapore nak tengok m nasir je kot huhuhu. Guna ct untuk tarik penonton jek.
1 komen:
suka ct dan mnasir juga..
Post a Comment