...mengapa gerhana menimpaaa, kau telah pergi untuk selamanya, tak kembali... dalam dakapan senja, ku melihat sinar mata mu, kau/ku bisikkan hanya sayang kepada errrr mu ke ku???
Alorrr jangan la sedih. Aku bukan nya sesiapa pon. Cuma insan biasa. Biarlah aku mengundurkan diri setakat ni je dalam arena blogging ni. Letih dah. Aku penat2 wat analisis statistik pon bukannya korang respon. Nyampah. Jadi, aku mengambil keputusan untuk habis di sini saja. Bye! Dah, aku dah ditelan batu belah batu telungkup dah. (Kedengaran lagu my heart will go on di udara).
Heeeeee dramatik tak? Suspen macam tengok csi miami malam tadik tak? Ada ke, malam tadi, si julia, mak si kyle, anak horatio tu nak tembak kepala sendiri, terus kuar iklan. Siot! Sibbaik aku belum menjerit oh, tidak!!! lagi. Kalo dah, buat rugi tenaga je anak tekak ku bergetaran pada frekuensi tinggi.
Takde lah. Aku belum lagi nak berenti. Walo pon fb cuba menggodaku dengan kucing2 comel, ikan2 kiut, pokok2 gajus dan tikka masalla kabob, aku tetap akan berblog. Suka tak? Kalau suka, sila klik iklan nanang eh? hehehe. Apa? Takde iklan? Mana nak ada, reader pon terkulat2 nak masuk, iklan pon tak sudi nak kuar hahaha. Ada ke buat trick tapi bagi jawapan terus. Dusy!
Sebenarnya tajuk tu berkenaan benda lain. Korang perasan tak? Dalam bulan ni aje, dah berapa entry aku yang berbentuk kupasan isu atau senario? Perasan kan kan kan? Haaa bukan. Tu bukan azam tahun 2010 aku ok. Semuanya berlaku secara kebetulan. Aku juga blogger seperti anda. Kekadang naik meluat baca asik citer laki aku, anak aku, duit aku, gi situ gi sana, makan itu makan ini, beli itu beli ini. Sesekali, (tapi dah banyak kali la pulak) kena beri santapan minda (rohani tak berani la nak bagi) juga. Tambahan pula, pengerusi jk taman kan bukak blog ni kan. Kena la beri contoh teladan yang baik kepada penduduk setempat ekekek. Sori encik, tak sengaja.
Eh, terlanjur cakap pasal taman ni, baik aku buat penjelasan terbuka. Saya bukan tak nak join aktiviti2 kaum wanita tu, tapi, kebetulan (yang selalu), time yasinan tu la, saya kena shopping henbeg kat bpmol. Pastu, senamrobik tu pulak, alahaiii ahad pagi? Tu je lah time nya saya nak tido lebih sikit kihkihkih. Apa? Rewang rumah pengantin? Ehhh saya dah pergi dah rewang tu. Tapi, belum pun sempat saya masuk dalam rumah, nampak pulak kete makcik gedik yang goda suami saya tu kat situ. Saya takut terpaksa berpencak silat plak kat rumah perantin tu. Sape yang susah? Tu yang saya cabut balik terus tu huhuhu. Ok laaa tahun ni saya berazam pegi aktiviti, ok? Azam. Eh, kecuali senamrobik, amat sukar dipenuhi.
Dah dah dah. Aku teruskan kepada pokok perbincangan yang hendak diketengahkan sebenarnya. Montaj sikit punya panjang. Kalo 'wanita hari ini' ni, dah boleh tukar tajuk dah, 'wanita hari esok'. Sebab besok baru nak bincang. Hari ni gebang2 jek hihihi. Ok, serius.
Baru2 ini, timbul isu satu state gomen yang tak kasik staf dia pegi kursus b.ti.n. Ada dengar tak? Ada kan? Lepas tu, feder@l gomen pon naik hangin. Eh, mesti lah, kan? Apa2 benda pon, walo pon baik, suci dan tulus, kalo yang cakap tu pihak lawan, tak boleh disokong. Kalo sokong, boleh dipecat kerana tidak setia. Tak pon, kena gantung keahlian, dan pastu sendiri mau ingat la. Pandai2 ko lah resign. Biasa lah... folitix.
Ok, aku bukan nak citer pasal isu tersebut, tetapi terus kepada kursus b.ti.n itu sendiri. Tah, tiba2 pulak rasa macam nak citer. Dulu, masa aku pergi tu, tak rasa nak citer sebab macam takut hihihi.
Apa yang aku lalui dalam kursus b.ti.n? Ni bukan modul yang masuk hutan bawak telur, jungle tracking, panjat gunung, kayak, burung hantu, tu sumer. Ni modul kenegaraan, untuk ptk satu. Yang ada exam dan dengar 'ceramahhh' je kejenya tu.
Ok, dalam isu tu tadi, kenapa state gomen berbuat sedemikian? Kalau boleh meningkatkan semangat perpaduan dan cinta kepada negara, kenapa nak halang?
Ni aku tak kata semua orang melalui yang sama. Ni berdasarkan pengalaman aku la. Maybe lain tempat, lain citernya. Aku nyer aritu under b.ti.n negeri yang tersebut itu juga. Jadi, mungkin la ada relevannya hujah ku dengan isu tersebut. Eh, aku pon baru perasan semasa menaip ni ha. Kebetulan pulak, tersama plak negerinya. Hehe memang salu cenggitu. Tu yang salu entry aku tetiba je jadi panjang berjela. Masa nak mula tu kemain susah nak kuar idea. Tapi sambil2 menaip tu, dia datang sendiri.
Macam masuk exam. Aku salu pesan kat student2 ku, kalau boleh, kalo exam tu 3 jam, tunggu lah sampai abis 3 jam tu, baru kuar. Walo pon ko rasa macam dah tak tau lagi nak jawab apa, tunggu je. Tido pon takpe hehehe. Kot la mimpi ke kan. Macam aritu, dalam radio, ada orang tu cakap, masa nak spm dulu, dia ada mimpi soalan spm yang betul2 kuar dalam exam esok pagi tu. Kan best? Tapi SY kata, soalan nak buat apa. Orang nak jawapan... kihkihkih. Sebabnya, mengikut pengalaman aku sendiri, kadang2, idea atau jawapan tu selalu datang last minute. Pernah, time pengawas dah nak kutip kertas jawapan tu, baru jawapan tu sampai di kepala otak ku. Menggigil2, jantung berdegup kencang time menulis tu. Sibbaik sempat. Fuh! Sekurang2nya, takde lah rasa menyesal kalo kuar awal. Buatnya idea tu datang time kiter dah naik bas nak balik kampung sebab paper exam tu hari yang last. Tak ker teringat2 sampai ke kampung halaman? Nyesalll!!! Opsss, itu cara aku la. Tak perlu ikut pon.
Adoiii sampai mana tadik?
Ok, aku setuju. Dan sangat setuju. Memang ada dalam modul tu, tajuk2 yang bisa menaikkan semangat ku laksana hang tuah. Memang ada. Pulak tu, ditambah pulak dengan efek seperti menyanyikan lagu warisan-sudirman, meraung2 jugak la dia punya terharu. Hihihi tu tipu la. Takde la sampai meraung. Just berlinangan air mata jek. Kira masa tu kalo dengar je 'emerika', rasa macam nak sarung baju celoreng2 dan mengangkat senjata dan tembak je 'belukar' tuh (time tu belum barak lagi). Tak malu2 pulak tu melaungkan 'saya sayang melesia' sorang2 kat tengah padang. Pendek citer, memang berkesan di hati dan minda la kan part yang itu.
Tapi, dalam pada tu, ada jugak diselitkan dalam tu, tentang kisah 'benar' di sebalik kes 'encik' itu. Ni pon kira berkesan jugak, sebab aku rasa, kalo yang tak tau pape tu (contohnya masa aku pegi tu sekali ngan doktor2 muda ca ya alif nun yang masih form 4, 5 pada tahun 1998), memang derang percaya bulat2. Aku pon boleh percaya jugak, tapi tak bulat hehe. Aku tak absorb semuanya. Aku tapis dulu segala maklumat itu sebelum menelannya sebab aku berada di situ semasa kejadian tersebut. Kita ada akal kannn. Ehhh aku tak pernah kena sembur ngan pemedih mata. Tak tak.
Selain ceramah yang secara terbuka, ada juga aktiviT ldk yang tertutup di mana kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil lebih kurang 10 orang. Apa yang membuat aku agak kurang selesa ialah apabila sebelum memulakan sesi ldk itu, fasi tu mengatakan ayat seperti tajuk di atas. Apa2 yang kita cakap dalam bilik ni, mesti habis di sini saja. Hey! Tak demokrasi nyer? Tah lah. Mungkin aku je yang sensitif. Orang lain tak kisah pon. Tapi, semasa dalam ldk ni juga fasi menghuraikan dengan lebih mendalam tentang isu tersebut. Budak ca ya nun alif tu la yang curious semacam. Jadi, aku dapat la citer dari pihak 'gomen'.
Ohhh itu yang cuba disampaikan dalam sotkabar. Tapi tak kesampaian. Lain sungguh plot ceritanya. Nak kata terkejut sangat, tu, tidak la. Nak percaya ke tidak? Dengar, macam betul? Logik sangat! Kalau pon tak betul, kira hebat la orang yang gubal modul ni sampai semua orang percaya ia betul. Kalau betul, ermmm macam tak sangka la pulak. Entah lah. Nak senang, percaya aje. Pastu, balik, buat macam tak tau apa2. Teruskan lah kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kita ni kakitangan gomen. Saper pon gomen, kita ikut je. Ai follow yuuu.
Ada satu soalan yang teragak2 dijawab oleh fasi itu. Kenapa tak ceritakan 'kisah benar' ni pada seluruh rakyat jelata? Why me? Oh, why me why me? Hiks over plak. Kenapa orang yang pegi b.ti.n je yang dapat ini ceritah? Ye lah, kenapa tak tulis je kat sotkabar? Kenapa lam sotkabar cakap pasal leewat la itu lah ini lah. Kalo cakap siang2 kan senang, sumer orang faham dan semua orang tak sokong orang tu? Erkkkkkk kerrr sebab ni semua dusta? Berani kerana benar, takut kerana salah? Sebab tu semuanya mesti habis di sini saja??? Ha? Ha? Jawab lahhh.
Dia jawab, awak mungkin la faham, tapi orang kampung, luar bandar tu, faham ke kiter cakap ekonomi, ai em ef, bank dunia ni semua? Hello, my father sekolah omputih ok. Baca paper tiap2 ari, takkan lah tak pernah baca ai em ef, tak tau apa tu ekonomi. I pon tak faham ekonomi, tapi kalo cakap, pinjam duit ceti kena bayar bunga, semua orang faham maaa. My dad baca mal@y dilemma tauuu. Tiba2. Ingat bodoh ke semua orang kampung? So, orang kampung cuma faham apa itu leewat dan apa itu s0d0mi la? Huh! Marah la ni. Tah, apa yang aku nak marah kan tah, tak tau lah. Emo!
Jadi, patut ker state gomen tersebut berbuat demikian? Bagi aku, patut, conditionally...
p/s apa 'kisah benar' yang aku dengar tu?
Thursday, 21 January 2010
Habis Di Sini Saja
Hasil karya AyunasiA pada 10:53 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 komen:
Larr...memang dramatik pun..ingatkan betul2 le nak berhenti blogging...
Akak masuk sini nanang tido lah...nanti akak masuk lagi
kak anie: takde angin, takde ribut, takkan lah nak berenti plak...
takpe lahhh... wat susah2 jek. dah tau dah, akak suka :D
sbg generasi reformasi ni aku tau sangat lah kisah benar tu.
bab IMF tu kalo org kampung boleh la kelentong tp org kampung pun pandai2 skrg ni. suke2 je dorg ni underestimate org kampung ye.
kita masing2 ada otak boleh menaakul dan mencari berbagai2 sumber, dan menurut pdpt aku berdasarkan sumber2 yg aku baca,tengok tu..pinjaman dgn IMF tu tidak disetujui dgn andaian kita akan mengikut telunjuk IMF, tp cam biasa la, andaian ekonomi adalah ceteris paribus (faktor2 lain tidak berubah), makna kata, kalo kita pinjam dgn keadaan kewangan pd masa itu x berubah...pelaburan x bertambah, maka mmg lah pilihan mengambil IMF tu adalah pilihan yg salah. tp TIDAK, faktor2 lain dlm realitinya adalah berubah, jika kita bijak memanipulasi sumber, kita juga boleh menafikan andaian 'mengikut telunjuk IMF' dr berlaku.
cuba kita tgk negara2 yg mengambil IMF..Taiwan dan Thailand contohnya..adakah negara mereka bankrup?adakah negara mereka berterusan mengikut telunjuk IMF? Tidak, ini krn faktor2 yg berubah tu td, skrg Taiwan sudah menjadi kuasa ekonomi antara yg terbesar di Asia.
ini semua adalah politik yg telah melepaskan satu keputusan ekonomi yg sebenarnya jauh lebih baik.
luna: fuh! aku pon takleh hurai smpi begitu sekali hihi. tp ms tu derang xbg contoh taiwan, ttpi indonesia. entah lah. aku rs, mcm x perlu je 'modul' ni dimasukkan dlm b.ti.n. sebab modul lain tu pon dah cukup patriotik dah. mungkin lah juga sbb aku pergi b.ti.n tu betul2 seminggu selepas election 8 mac. silap aribulan kot.
Post a Comment