Saturday, 30 January 2010

Persaingan

Aku selalu mendengar tentang semangat bersaing dalam pelajaran. Orang kata, kalo kiter satu sekolah or satu kelas ngan bangsa selain melayu, akan wujud persaingan yang sangat baik untuk membangkitkan semangat ingin belajar bersungguh2 bagi menandingi kehebatan mereka. Straight to the point nya, bersaing ngan budak2 india dan cha ya nun alif la.


Unfortunately, aku tak pernah merasai persaingan sebegitu. Dari sekolah tadika, sampai la masuk universiti, sampai la keje, aku dikelilingi oleh mereka yang berbangsa melayu. Kiter2 jek. Macamana boleh macam tuh?

Okeh, bermula dari sekolah tadika ek. Dalam tanah rancangan aku, bukan majoriti, tapi semua orang adalah melayu. Ok, bukan la melayu asli. Jawa, banjar, bugis, malbari, bai, tu semua melayu kan? Jadi, mana nak datang anak bukan melayu pulak ek? Ada la kot, mix2 vege, tapi tetap la dalam ic, bangsanya melayu. Maknanya, sekolah tadika aku memang semua melayu.

Masuk darjah 1, pon sama jugak. Dah, satu kampung sekolah yang sama kan. Cumanya, guru darjah aku ialah india. Cikgu usha rani %@#&%&%#. Tu bukan aku mencarut. Aku lupa nama bapak dia hikihik. Tu lah satu2nya manusia bukan melayu yang mula2 sekali aku temui. Eh, tipu la kan? Takkan ko pegi kota tak jumpa orang ciner? Memang la. Tapi ni yang ada direct contact ar. Selain cikgu usha, ada sorang lagi cikgu apa tah namanya, dari at4. Dia naik basikal gi sekolah. Aku perasan, basikal dia ada road tax! Dulu ada ek? Isy, cikgu usha la yang selalu suh aku mengajar mengeja kat depan kelas. Asal ada meeting jek, dia akan tulis perkataan2, seperti pencil, eraser dll kat blackboard, dan suh noras1ah ajar kawan2 mengeja. Saper lahhh kawan2 aku yang bernasib malang dapat cikgu noras1ah ni jadi cikgu english ek? Rumusannya, sekolah rendah aku pon semua melayu.

Masuk sekolah menengah. Dengar2 ada budak india dari at4. Ada la 2-3 orang kot, tapi takde yang sebaya aku. Sekali lagi, aku cuma bersaing ngan sesama bangsa sahaja. Masa kat smbm, ada lah jugak 2-3 orang budak india. Tapi, pon sama, takde sebaya aku. Selain tidak bersaing ngan bangsa lain, pergaulan dan kehidupan sosialku juga berkisar dalam kelompok bangsa ku juga. Tak berkembang langsung, kan?

Lepas tu, aku masuk sbp plak. Pon sama, ada 2-3 orang jugak budak india dan takde yang sebaya. Ok, dah muak plak aku ulang ayat yang sama hahaha. Dah, memang gitu kekdahnya pon.

Masa aku form 5, masuk lah 3 orang budak ciner dalam form 4. Macam 3 dara pingitan bentuk fizikal mereka. Dengar cerita, derang ni semua pandai2 belaka. Dan, sekali lagi, derang tak sebaya aku. Tapi, derang memang terer la. BM, sejarah yang kiter susah2 nak score tu pon derang boleh dapat A1 tau. Bukan apa, selalunya kalo BM tu, kan ada paper karangan ngan prosa klasik dan puisi tu sumer kan? Cemana la derang bleh jawab sampai dapat A1 ek? Aku ni, selalunya, asal exam bm je, komfem tak jawab prosa klasik tuh. Tah pape2 tah. Tulis lain, maksud lain. Camno? Cikgu dah lah strict giler time menanda. Karangan kiter dah buat sehabis baik pon paling baik pon dapat A2 jek. Sibbaik time spm ok. Derang cakap, kalo nak paham hikayat merong maha wangsa segala tu, kena la baca buku hikayat tu. Dah, aku carik kat library, tak pernah jumpa pon buku tu. Nak paham cemana? Last2, sampai ke spm la aku tak jawab prosa klasik. Biar lah aku jawab puisi tu, pon banyak tersirat gak. Tapi, at least takde lah berbelit tonggang terbalik ayatnya. Hmmm ingat lagi, soalan karangan spm tu aku pernah buat assignment (errr dulu panggil kerja rumah la kot). Aku jawab karangan pasal gejala sosial ke haper tah. Kompiden la sket.

Berbalik kepada budak ciner tu tadi, erkkk apa ek? Kira rumusannya, zaman persekolahan aku, tak pernah duk sekelas ngan bangsa lain. Cumanya, masa duk asrama la baru bersaing ngan budak2 bandar. Rasa kecik je diri ini. Anak semekin, makan sebikut, tido semejid...

Masuk pulak universiti. Semua bumi. Big NO to non-bumi. Ada takde, jumpa la budak bumi sabah sarawak. Tu pon, takde lah rasa persaingan sangat hihihi. Apa tidaknya, aku bukannya masuk universiti pon. Aitiem jek masa tu. Diploma pulak tu. Takat spm pangkat 2 pon boleh masuk lagi. Jadi, mana nak jumpa bangsa asing dalam tu? Ada la, anak mix omputih kot, tapi kalo dah salah satu parent tu melayu or bumi, tetap dikira bumi dan layak masuk itm. Tu pon, dalam course aku, takde kot pan-asian. Asia anak aspan ada la hehehe. Orang kata, anak orang kayes2 takde nyer ambik course engine nih. Derang lagi suka bisnes, law, mass comm, ad, yang menuju ke dunia glemer2 gitu. Near the engine? Euw! Tak kosser. Kiter yang anak orang kebanyakan yang memenuhi kuota ni lah yang sanggup masuk engine pon. Tah? Orang kata, ambik bisnes, senang score? Betul ker? Engineering susah ker?

Haaa engineering susah ke senang? Bagi aku, tak susah tak senang. Maksudnya, ada laaa certain2 subjek yang susah. Tapi, yang senang pon banyak. Semuanya matematik jek la. Kalau lelaki tu, kira boleh carik makan la. Eh, bukan carik makan, kira laris la di pasaran percintaan la. Kalo dapat pakwe budak engine, keterujaannya lain la kot hihi. Kecuali dak mass comm la kot. Musuh ketat engine. Ermmm dah masuk mode nostalgia pulak.

Okeh, abis belajar di universiti bumi, masa untuk bekerja. Alahaiii tak berkembang langsung minda aku ni ek? Masa belajar, kawan semua melayu. Lecturer pon 2-3 orang je bangsa lain. Biler kerja, kawan2 pon 2-3 lecturer bangsa lain yang sama jugak la, kan? Student pon, dah komfem lah bangsa2 ku juga. Sudahnya sampai ke usia 25 tahun, boleh dikira dengan jari tangan je orang bangsa selain melayu yang aku kenali.

Now, masuk keje gomen. Hmphhh pepaham je lah. Tetap dikelilingi orang melayu. Student, ada la 1-2 orang india, 2-3 orang ciner. Lelain, sumer melayu. Tetiba, dapat pulak immediate boss all black. Ermmm baru lah ni aku keje ngan bangsa lain. Terbukak la sikit minda tu.

Biler agaknya aku akan dapat kawan dengan lee chong wei dan rajagopal eh? Balik2 su, nor, siti, nurul jek. Haaa teringat aku pasal big boss ku. Aku ni amat jarang jumpa dia. Aku bukannya sesiapa pon kat opis tu. Jumpa kat meeting, ada la 2-3 kali kot. Tah, nama aku pon dia tak ingat. Ada sekali tu, dalam meeting, time round table tu, tiba kat aku, dia panggil nama aku, siti, su, nor. Haihhh sukati dia je nak panggil orang. Pastu dia cakap, alah, kat tempat kita ni, nama semua lebih kurang, Kalo tak siti, su, tak su, nor. Sibbaik nor tu kira masuk la jugak. Boleh la ajiii... Tapi memang betul, suha1la je ada 3 orang kat tempat keje aku. Aritu ada budak praktikal, pon nama suha1la jugak. Hisyam ada 3 ke 4 orang. Dulu ada, fa1rus, fa1rus f1rdaus dan f1rdaus. Kompius biler panggil.

Teringat lagu pertama yang aku belajar dalam kelas muzik darjah satu dulu,

Ada seorang kawan namanya Ah Meng
Dia juga berkawan namanya Raju
Kami berkawan baik sama sedarjah
Belajar bersama main bersama...

Nyanyi tak serupa bikin pon :P
Sekian.


0 komen: