Wednesday, 6 January 2010

Aku dan Fac3book


Mungkin ada yang tertanya2, aku ada facebook kah? Asik update blog jek. Macam tak layan facebook jek?


Jawapan nya ya, ada. Dan aku aktif sejak selepas raya puasa itu ari. Aktif tak aktif la. Kalau lah layan farmvill3 dan caf3world tu dinamakan aktif, maka aku boleh la dikatakan aktif. Tapi kalau maksud aktif ialah kerap update status, sehari 10 kali, maka, aku di bawah kategori inactive.

Kenapa tak tepek badge kat blog? Kenapa mesti? Supaya dapat ramai 'kawan'? Atau 'peminat'? Ada kerrr?

Buat masa ini, ketika entry ini dipublishkan, aku masih meletakkan fb di bawah kategori 'sulit dan persendirian'. Aku hanya mengaku sahabat silam ku sebagai 'kawan' di fb. Mereka terdiri daripada sahabat yang aku kenali sejak bangku tadika (eh, sekolah tadika aku takde kusi meja. duk kat lantai jek) dan rakan sekolah. Ada la sikit kawan uni dan kerja dulu.

Begitu pun, aku tak accept semua request. Agak2 aku tak kenal jek, aku biarkan pending je. Takut2 tu student. Bahaya weiii. Aku perlukan privasi. Ada juga yang aku kenal, tapi aku tak accept. Sajer. Even rakan sekerja pon aku tak add ok. Lagi la takde privasi aku nanti.

Abis, kawan blogger bukan kawan ker? Bukan macam tu. Sehingga kini, satu2nya blogger yang aku add di fb ialah cik puan luna. Wei luna, terharu tak? Sila menangis terharu yer.

Aku senang begitu. Dikelilingi orang2 yang tau asal usul ku.

Eh, tak jumpa kekasih lama ker? Oh, aku takde kekasih lama. Semuanya sama rata. Kawan lama. Kalau pun ada, kenapa? Takut jatuh cinta lagi, lagi2 ku jatuh cinta?

No way!

Tapi encik hairul tak boleh. Huuu bahaya.

Ini setakat ni la. Akan datang tak tau lagi. Nanti lah dulu. Belum terbuka hati lagi.

Eh, bukan korang jugak ke yang kata aku sombong?

:P



4 komen:

Ajzie said...

yaa lah. Bagus nya facebook kita boleh accept mereka2 yg kita rasa kawan aje kan... dan jika rasa kurang perlu kita just pending or ignore aje...hihihi

AyunasiA said...

saya nak ignore tak sampai ati. salu nya biar pending jek. nak add org pon pilih yang rasa mcm dia kenal kiter jek. kang kuar soalan, 'siapa ni ek?' malu plak.

Ajzie said...

hahahahah. Kak Azi akan tanya kalau tak kenal coz kdg kenal dalam blog nama lain dlm FB nama lain? Tuh kadang bertanya sapakan geranganya? Kalau dah TER add then remove lagi tragis.. hihihihi

p.s
sekarang kak azi dah tahu awak kawan Rapiah dan dah tahu juga nama dlm FB dan nama manja dalam blog. hihi

AyunasiA said...

tu lah. saya delete komen orang pon biasa. bukan salah komen dia, tp sebab orang tu sendiri huhuhu. pastu kena siasat dulu mutual friend kan.

p/s nama manja kat kampung tau x? hihi ada lagi kak, norlel@ khalid@h pon, satu kampung. nampak komen akak kat gambar dia.