Tuesday, 26 January 2010

Kabung

Hihihi apa daaa. Nama geng yang seludup minyak kat golok tu namanya, geng 'ke30'. 'Ke' tu apa? Macam kod kursus aku kat uitm jek, ke11, untuk dip kej elek (elektronik). Dan ke20, untuk sm kej (kep.) elektrik (macam la tak muat ruang nak tulis penuh). Tapi pastu dia tukar ke20 tu kepada ee220. Omputih ar sket. Kalo 'ke' tu stand for, kej elek. Tak kellas la kan. Kalo elec eng baru la gerek.

Ada 4 perkara yang boleh aku kaitkan dengan kabung. Yang pertama, gula kabung.


Pernah nampak, tapi tak pernah guna. Beli pon tak pernah. Gula ni macam gula melaka kot. Diambil dari pokok kelapak. Ek? Ye lah kot.

Yang kedua, buah kabung. Kalo minom abc musti pernah jumpa ni. Tapi kalo abc ko versi jimat cermat, membazir itu amalan syaiton dan berharga rm1 semangkuk, ala2 takkan jumpa la buah ni kot. Tah, mahal kot buah ni. So, rege abc pon kena mahal la.


Aku tak de lah minat sangat buah kabung ni. Ada, makan. Kekadang tak makan gak. Takde, sesungguhnya aku takkan mintak. Apatah lagi nak sentap takmo abiskan abc sebab korek2 tak jumpa buah ini. Tak sedap la buah ni.

Yang ketiga, off course la, semua orang tau, berkabung. Berkabung ialah situasi berdukacita. Ke? Tah. Kalo orang suh wat definisi, aku kasik la definisi tersebut. Cumanya, bagi berkabung untuk kerabat2 ni, kena dizahirkan dalam bentuk perbuatan dan mesti nampak secara fizikal. Setakat bermuram durja, tak gelak walau pon lawak dan kurangkan bergossip, tu tak kira berkabung lagi. Dia kena lebih sikit. Lebih daripada kematian orang2 biasa. Kalau muram durja tu, kena pakai tudung putih. Kalau tak gelak berdekah2, kena lilit tanda putih di songkok. Kalau tak bergossip, kena turunkan bendera separuh tiang. Baru kena pakej nya.

Oh, sakit muka aku tahan gelak berdekah2 tau. Monyok je muka aku. Senyap jek. Ye lah kan, kang dikatakan tak hormat pula, kan? Tapi aku monyok bukan sebab itu. Aku monyok sebab tetiap ari kena basuh tudung putih huahuahua. Kena iron plak tetiap ari. Duh! Opsss berkabung la dari hati, katanya.

Ok, yang keempat ialah berkubang macam kerbau. Eh, tu berkabung ke berkubang? Tak sama eh? Ok, tarik balik. Tiga je lah ek?

5 komen:

adipro said...

gula kabung dari nira pokok kabung la asiah ooi.
yg dr nira pokok kelapa dipanggil gula melaka.
buah kabong ada setengah org panggil buah belolok.
pokok kabong mcm pokok pinang la. bynk dlm utan/lereng bukit.

luna said...

susah2..gugel kan je.

gula kabung digabungkan dengan kubang jd nya lubang.

ops ops lupa..ko berkabung..terbuat lawak la pulak :P

AyunasiA said...

adi: teruskan memberi unrepliable comment :)

luna: huuu takleh gelak walo pon lawak. menguntum senyum je la.

Sya said...

1. Gula kabung.. kak sya suka .. manis kalau letak dlm gula melaka lagik sodap

2. Buah kabung.. dr pohon berduri, direbus dan dikupas kulit utk buang miangnya dan lepas tu dibuang biji/mata yg keras baru boleh makan (dulu ada amik upah buah mata kabung ni)

3. Berkabung.. ha haha kita tak yah sbb kita org Melaka.. lakulah gamaknya tudung putih di sana ek??

tahan2 jgn ketawa lelebih nanti tak suai ngan tudung putih tu

AyunasiA said...

kak sya : a'ah, sorang opismate je pon dah beli 3 lai tdg putih. gi psr mlm pon dorang letak tdg putih depan2.

mcm tahan kentut la kak, kekadang terlepas jua hikhik