Tuesday, 12 January 2010

Bukan Rugi, Tapi Tak Untung

Asik bertangguh je, lama2 aku langsung terlupa nak buat entry ni. Lalu, menyedari kelemahan diri yang banyak topik nak tulis tapi lupa, kali ni aku buat draft siap2. Draft bertajuk, tapi isi nya empty. Jadi, takde lah terlupa lagi lepas nih. Entry2 jenis ni biasanya berguna saat2 camni lah. Time takde idea atau aktiviti menarik yang nak diceritakan. Dah lama juga aku tak menulis tentang hujung minggu ku. Aku rasa macam orang dah menyampah kot, tu yang aku pon dah tak rajin nak citer tu.Tapi, untuk topik ni, aku macam banyak idea, tapi tak tau nak huraikan cemana. Terima je lah dengan hati terbuka.

Sejak dua menjak berkecimpung dalam dunia gomen ni, kerap kali juga aku dengar orang merungut, tak puas hati dengan apa yang didapati sebagai seorang staf gomen. Ada juga cemburu dengan 'pendapatan' orang lain. Pendek kata, dalam syukur dapat kerja dengan gomen, still jugak banyak komplennya. Orang kata, dah diberikan betis, nak peha.

Hakikatnya, bekerja dengan gomen ni sebenarnya, kau takkan untung dan tidak juga rugi. Takkan ada istilah, majikan untung besar, bonus pon besar. Takkan ada istilah keje setengah mati, tapi gaji takat tu jugak. Semuanya adalah 'berbaloi-baloi'. Untung gomen bagi keje. Sebab kita bekerja untuk rakyat. Kalau takde rakyat, ko takde keje tau. Kalu takde student, takde @dtec ni, maka takde la ko keje. Ingat tu yea. Peringatan untuk aku juga. Jangan marah2 student jek tau nya. Cikgu2 pon sama yek. Ko ajar anak aku, aku ajar adik ko. Aku ajar anak ko, ko bagi aku saman ekor (ni kepada jpj dan polis). Aku ajar anak ko, ko bagi CF rumah aku (ni kepada majlis, bomba dll). Dan begitu lah seterusnya. Kita saling melengkapi. Kalau semua orang keje gomen, saper nak jual asik lemak? Nak buat tv lcd dan pemain bluray? Hehe cari lah kaitannya. Ingat, kami juga pemandu seperti anda. Huh! Cam tak eklas jek.

Eh, aku pon baru perasan? Apabila wujudnya sesebuah institusi pengajian tinggi di satu2 tempat, institut tersebut akan menjadi lubuk emas kepada penduduk sekitarnya. Buktinya, macam sebelum ni, ramai juga orang keje kat sh@rp, fuj1tsu, pemandu lori dll kat taman aku tu. Lama2, sorang2, bini la, adik la, kakak la, derang dapat keje ito. Kira kalo keje kilang tu macam tak puas gitu. Kena gak keje ito, baru lah masuk dalam 'class penduduk taman wira@ jay@' gitu. Tak kisah lah keje tu pangkat rendah2 pon. Asalkan keje gomen je, terus naik rating di mata ibu dan bapa mertua. Heh apa aku merepek ni tah.

Contoh seterusnya, ketika mula2 menjejakkan kaki ke alam gomen. Terdengar, isy, untung nyer korang. Masuk2 je keje terus naik gaji. Kitorang ni dah keje lama, baru ni la dapat naik. Untungnya koranggg. Hello, selama ko tak naik gaji tu pon aku takde gaji tau. Sape untung sape rugi nih?

Pastu, masa aku masuk keje dulu, ada 2-3 orang 'abang2' ni baru dapat kp$l. Kalo keje gomen ni tau la. Umpamanya, ko takmo sambung belajo, tapi nak naik pangkat, ambik je exam (tapi susah ler examnyer), bleh naik gred dan kumpulan. Contohnya, dari kumpulan sokongan 1 leh naik sokongan 2. Yang sokongan 2 leh naik p&p gitu lah. So, dalam kes kawan ni, dia dari sokongan 2 naik p&p. Atau dalam kata lain, dengan diploma, dia naik p&p la gitu lebih kurang.

Pastu, aku ni masuk keje hujung bulan 5 2007. Gaji baru secara2 besar2an tu pulak bermula bulan 7 2007. Jadi, bila derang ni lapor diri sama2 ngan aku, otomatik gaji derang pon naik ke gred baru. Dan bila bulan 7, kenaikan derang cuma 15% dari gaji pokok la kan. Padahal, kalo derang lapor diri lewat sikit, tunggu bulan 8 ker, dah tentu2 derang sempat naik banyak mengikut kumpulan sokongan 2, dan bila derang naik kumpulan p&p, lagi la naik lagi dan lagi. Sebab bila naik pangkat, gaji baru derang akan lebih tinggi 1 gred dari gaji asal, dalam matriks gaji baru. Hehe ni orang keje gomen faham la kot. Perbezaan masa tu bila dikira, lebih kurang rm1k tau.

Bila derang sedar tu, dah terlambat sebab derang dah terlapor diri bulan 5. Tapi, sebenarnya boleh lagi diadjust. Boleh tarik balik. Kita buat dia kan. Tapi takleh undur balik la lapor diri tu. Cuma leh tolak jek. Yang sorang ni, muda lagi. Awal 40-an. Lambat lagi nak pencen. So, dia kata, biar lah dia naik je, sebab bila dah masuk p&p, jauh lagi dia boleh naik. Kot la bleh sampai jus@ ke kan. Yang sorang lagi, lagi 4-5 tahun nak pencen. Mula2 dia dah nak turun balik. Selepas dinasihati oleh isteri dan 'adik2' dia ni, maka dia teruskan juga kenaikan tu. Lagi pon, kalo dia turun balik, kena balik tempat keje lama, mengajar ler balik. Kalo diteruskan, pindah jabatan dan skop kerja pon berubah. Kira sesuatu yang baru dan lebih exciting gitu keje nya.

Ada satu lagi kes pulak berlaku di uni. Ni ikut pemahaman aku la. Kot aku salah faham ke, apa, jangan salahkan aku hihi. Ni blog main2 jek. Jangan ambil serius sangat. Kesnya pasal lecturer yang balik dari phd. Sebelum ni, saper yang balik phd, derang akan kembali ke gred asal seperti sebelum pergi, 45. Kot. Kena ambik ptk kot, baru boleh naik pangkat kot. Banyak nyer kot. So, sebelum pegi 'membuat' phd tu (macam buat cekodok je bunyiknya ek?), derang kata, luluskan ptk tu siap2, supaya balik2 je nanti, senang naik 51. Kot gitu lah. Macam service aku jugak. Kalo nak sambung master, luluskan ptk siap2, balik nanti leh terus memangku 44.

Namun begitu, pada suatu hari, derang menukar syarat. Balik2 je phd, bleh terus naik 51 (tapi tak tau kena lulus ptk dulu ke tak sebelum pergi tu). Jadi, selalunya nya kan bila kuar pekeliling baru kan, derang akan state, immediately ke, backdated ker kan. Pastu terpakai kepada siapa2 kan. So, dalam kes ni, dia kata, benda ni terpakai kepada mereka2 yang balik phd pada, let say bulan 2 2009 (ni contoh la. yang sebenar aku tak tau). So, apa jadi dengan mereka yang balik pada 31 januari 2009? Huhuhuhu. Mesti la rasa tak puas ati kan? Dah la aku belajar bersungguh2 (nak cecepat balik), tetiba begini pula balasannya. Yang balik lepas bulan 2 tu tah2 sebab extend ke kan (lambat kemas pinggan mangkuk noritake atau tak nak balik cecepat atau tertinggal flight ker). Dia pulak yang dapat naik pangkat dulu. Ini tidak adil! Sabo je la nakkk. Sekali lagi, dalam keje gomen ni, takde untung rugi. Ikut rezeki masing2. Redha je la. Mudah2an dengan keredhaan, itu, rezeki lain pulak dapat. Wah! Macam bagus je si asiah tu kan? Cakap je senang la. Cuba dia yang kena, menggelupur jugak ekekek. Isy, serius beno.

Ada satu lagi, kiter ni sikit punya la belajar bersungguh2. Lepas diploma, sambung degree. Tak pon yang memang terus degree pon sama. Sekali tengok, member yang sama2 diploma ngan kita dulu, yang terus masuk keje gomen sebagai penolong officer, gaji dia lagi tinggi dari kita. Mana tidaknya, elaun kritikal dia pon 10%, ko punyer 5% jek. Basic dia pon lagi tinggi dari ko yang baru entry level, sebab itu ari masa kenaikan gaji, derang punya naik 25% (ker 20% eh?), ko punya gred baru 15%. Buat penat aku je belajar bersungguh2. Dah lah gaji lagi tinggi, takyah buat keje pengurusan pulak tu. Apa la ertinya degree ko tu, apalah ertinya pangkat ko yang kunun tinggi tu. Tak penting pon. Aku takyah belajar tinggi2 pon boleh dapat gaji lagi tinggi dari ko.

Opsss bab ni macam kena ngan batang idung aku. Tapi aku fikir positif ok. Bagi aku, walo pon aku berada pada gred paling rendah dalam kumpulan p&p, tapi aku ada banyak lagi peluang untuk naik lebih tinggi. Takyah susah2 nak ambik exam kp$l. Dan yang paling penting, aku belajar bukan nak kejar pangkat dan gaji yang tinggi, tapi kerana "ILMU". Wah lagi! Wow! Insaf siot...

Ada yang kata, aku kerja gomen, tetap dan berpencen. Kerja lebih kurang je lah. yang penting besok pencen dapat duit pencen bulan2. Rasa lega, lapang, secure, stabil. Hakikatnya, status tetap dan berpencen tu ada condition. Bak kata pengarah aku, selagi kau tak pencen, selagi tu lah kau belum tentu lagi dapat pencen tu. Disiplin kena jaga. Buku servis kena 'bersih'. Jadi, sama2 lah kita berkhidmat untuk negara dengan ikhlas dan ikhlas.

Aduh! Aku rasa macam tak kena je flow entry aku nih. Agaknya penggunaan kata (apa ek, kalo kemudian, lantas, lalu, selepas itu, maka?) macam tak kena jek. Dan macam takde penutup jek? Lantak la.

0 komen: