Aku terpanggil untuk membuat tutorial ini kerana kerapkali juga terjumpa blog yang mempunyai ruang post yang cinonet tapi nak menulis kemain panjang. Pulak tu, tulisan pulak ganal2. Camne tuh? Sebenarnya takde masalah apa pon. Cuma nampak kurang molek kot. Kurus tinggi je blog dia hihihi. Yang eloknya, tulisan sederhana besar, lebar template pon ala2 sedap mata memandang gitu. Kalo lebar sangat dan tulisan kecik pon sakit ati jugak nak membacanya. Baca blog pon cerewet eh? Aku kan over hahaha.
Ok, jadi, untuk membantu mereka yang berkenaan, di sini aku kasi cara paling cincai sekali. Tapi, korang try and error la ek. Macam tambah garam gula dalam makanan. Secukup rasa.
Okeh, memula bukak ler edit html kat layout/template korang. Kendian, cari ler benda alah nih.
Kendian turun bawah sikit, carik benda alah ni pulak. Yang nombor 1 tu ialah lebar area post+sidebar sekali. Ni yang aku cakap tadi, biasanya sama ngan lebar header tadi tu. Tapi kekadang dia lari2 gak. So, godeh2 la jugak.
Yang nombor 2 tu pulak ialah lebar area post. Ok, area post ngan sidebar ni dia akan duduk kat hujung kiri dan kanan outer wrapper tadi. Maksudnya korang kena kira la, lebar post+lebar sidebar mesti kurang daripada outer wrapper. Kalo kecik, akan ada gap antara post ngan sidebar. Dan kalo terlebih, dia akan huru hara dan mungkin sidebar akan jatuh ke bawah post plak. Masa tu korang akan, alamak! Mana ilang sidebar aku? Hahaha tak boleh blah siap berlakon tu. Tapi, jangan risau. Adjust la lebar post ngan sidebar agar tidak melebihi lebar outer wrapper. Kalo boleh kasi sedang elok jek. Kalo rap2 pon tak cantik. Biar ada gap sikit.
Dan yang terakhir, korang boleh alih2 post dan sidebar tu ke kiri atau ke kanan. Ikut sukati korang la nak sidebar kiri ke kanan ke. Aku tak suka 3 column sebab semak mata.
Dan akhir yang betul2 akhir nih. Kalo rasa nak jadi macam aku, malas nak tukar template secara total, just nak tukar background, special untuk pyzam yek, korang tukar je part yang aku bulat kan tu. Memula copy code dari pyzam, tepek la kat word ke mana2 ke. Pastu cari benda alah ni. Pastu tepek la kat tempat yang sama pada template yang sedia ada. Pastu bermain lah dengan warna untuk tukar kaler tulisan, border background dan apa2 la supaya sedondon kaler nyer. Rujuk entry tutorial yang lepas tu.
Selamat Mencoba!
0 komen:
Post a Comment