Bukan sandaran dan tidak terlatih hihihi. Saper la anak muridnya tu eh?
Kan aku dah bagitau kan, adik beradik aku kebanyakannya jadi pendidik. Kak onnie cikgu sekolah menengah agama dan suaminya cikgu sekolah menengah, di muadzam shah. Abang tp bukan cikgu, tapi isterinya cikgu sekolah menengah di DJ. Abang epet cikgu sekolah arab di mersing. Eita (huh jangan tanya kenapa eita ngan yayu aku tak panggil 'kak' eita dan 'kak' yayu hihihi, takde jawapan) cikgu sekolah teknik di selangor. Yayu bukan cikgu, tapi keje di institusi latihan yang dikelilingi 'cikgu2' jugak dan suaminya, bekas pendidik. Now, pendidik sekali sekala kot. Sementara aku pula, bukan cikgu sekolah, tapi pendidik la jugak. Dan suami ku juga serupa. Jadi, bila berkumpul adik beradik, balik2 citer pasal sekolah, DG, ptk, pmr, spm, tanda kertas bla bla bla. Masakan tidak, dunia pendidikan tu pernah diwujudkan di rumah ku suatu ketika dulu. Ya! Abah pernah jadi cikgu lah!
Tu mukadimah jek. Ni baru nak citer. Aku benar2 mempraktikkan ilmu penulisan karangan yang diajar di sekolah. Mukadimah, 3-4 isi dan penutup. Ayat terakhir dalam mukadimah perlu ada hint kepada tajuk karangan yea adik2. Tapi salunya aku tak buat penutup pon hihihi. Lu pikey la sendri! Dan isi juga, selalunya tonggang terbalik, terkeluar tajuk hahaha. Praktik kunun. Piiirah!
Pada suatu masa, dalam tahun ermmm tahun bila tah, aku darjah 6, ada sorang kawan aku ni, mintak abah aku ajar dia matematik. Jiran depan rumah. Masa tu kan nak upsr kan. Pastu, abah aku pon ajar la. Dia datang umah. Kendian, adik dia pon join sekali. Tak lama kemudian, tersebar lah berita seantero pelusuk kampung yang mengatakan, cik sepan boleh ajar matematik! Wah ko! Actually, aku pon setiap hari, bila siap wat keje rumah matematik, aku suh abah check, supaya betul semua dan dapat bintang, seterusnya bleh dapat air susu kotak hehehe. Alaaa zaman tu susah nak jumpa mak bapak, abang kakak yang pandai mengajar kan. Mana ada tuisyen2 bagai nih.
Bila dah gitu, maka satu persatu lah datang bebudak datang ke rumah ku untuk belajo matematik. Erkkk memula jiran2 terdekat je kot. Pastu baru merebak sampai yang rumah jauh2 pulak.
Bila murid semakin ramai, ada pulak permintaan untuk belajar bahasa inggeris pula. Dulu abah sekolah inggeris. Boleh la ajar sikit2 bab sekolah rendah kan. Lama kelamaan, sambutan sangat menggalakkan. Dah macam pusat tuisyen dah rumah kami. Ada la dikenakan bayaran sikit. Tah, aku pun dah lupa berapa. Dah cenggitu, abah pon naik seronok la kan. Tapi, kemudahan pulak tak cukup. Buat permulaan, abah buat papan hitam kecik jek. Dia bercita2 nak ada papan itam yang besar macam kat sekolah tu. Maka, abah pon buat surat kat erkkk saper tah, pengurus ke, pengerusi koperasi tah, untuk mintak sedikit peruntukan untuk membeli papan lapis untuk dijadikan papan hitam. Aku masih ingat lagi ada satu ayat dalam surat tu,
"demi memartabatkan ketuanan melayu blablabla..."
Wah! Kosa kata baru tu, ketuanan. Aku pon tak faham masa tu hihihi. Abah aku memang bersemangat bab2 mintak peruntukan nih. Pernah masa azalina baru jadi ahli parlimen kitorang (sekitar tahun 2000 gitu), abah mintak mesin potostet untuk sekolah agama. Dapat tauuu. Siap dia simpan no henfon azalina lagi. Jadi, cikgu sekolah agama at5, sila hargai mesin potostet anda, okeh? Tah ada lagi ke tak mesin tu tah hahaha. Kot dah jadi besi buruk.
Lalu, permohonan itu pon diluluskan. Abah pon beli la papan lapis dan kayu border serta cat minyak. Abah buat sendiri tau papan hitam tu. Memang betul hitam tau, sebab abah beli cat kaler hitam hihihi.
Aduh, potong betul la. Selepas itu, aku dah lupa apa kesudahannya. Sebab tak lama kemudian, kelas itu pon ditutup. Kenapa ek? Ke masa tu bulan puasa, takde kelas, jadi, lepas raya murid tak datang balik dah. Kot gitu lah. Tak tau la kalo2 aku ni berimaginasi hihihi.
Entry ni sepatutnya dibuat pada hari guru ek? Tapi aku tak sabar ler nak tunggu 5 bulan lagi.
Kesimpulannya, kami satu femli adalah femli pendidik. Boleh ke kesimpulan cenggini?
Thursday, 7 January 2010
Abah Ku Seorang Cikgu
Hasil karya AyunasiA pada 4:00 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment