Ada orang kata, tak semestinya sedekah dengan wang ringgit. Senyum pun sedekah, kan? Aku senyum jek lah. Sedekah jugak. Aku dah bayar zakat, takyah lah sedekah lagi. Aku sendiri nak makan pon tak cukup, lagi nak sedekah kat orang. Betul ke orang yang aku bagi sedekah tu miskin? Tah2 berlakon jer. Abis la duit aku kalau asik nak sedekahhh jek. Siap potong gaji bagai. Sampai pencen cenggitu, kaya lah orang yang dapat tuh.
Aduh! Kalau la mereka tau, itu semua silap. Kasihan.
Aku ni dah macam peminta sedekah pulak ek. Takpe, ni kira dakwah jugak, kan?
Ada, dalam satu firman Allah swt, di mana Allah swt merayu kita agar memberi sedekah jariah nih, terjemahannya dimulakan dengan lebih kurang begini
"Sudilah apa kira nya..."
Kalau kita manusia ni kan, biasanya yang cakap cenggini kan orang yang nak memujuk dan merayu seseorang kan. Contohnya, sudilah apa kiranya adinda menerima pinangan kanda. Orang yang merayu ni biasanya akan merendahkan dirinya untuk merayu kan. Kita pon bila dirayu dengan kata2 itu, terus longlai, tak sampai hati nak tolak, kan. Boleh kita bayangkan, bagaimana, Allah swt merayu kepada kita ni, hambanya sendiri? Tergamak ke kita nak menolak/menentang?
Antara kelebihan memberi ialah, kita akan mendapat lebih banyak. Apabila kita memberi apa2 milik kita, ia takkan berkurang, malah bertambah. Ini kerana apabila kita memberi, Allah akan membuka pintu rezeki, ilmu dan iman yang lebih luas untuk kita. Tak payah la takut duit gaji kita habis. Duit tu pun bukan kita punya.
Ya, betul, senyum tu sedekah. Tapi, senyum pon ada 2 jenis. Pertama, senyum kerana gembira. Dapat duit bonus 3 bulan, senyum lebar jek. Kekadang angau pon kita senyum. Tu senyum kerana gembira. Kedua, senyum untuk menggembirakan. Yang ini senyum kerana nak memberi kegembiraan. Memberi kegembiraan itu lah sedekah yea. Ye lah, kadang kita hepi sakan, nampak orang pon senyum meleret je. Pastu bila orang tanya, ko ni kenapa, senyummm je majang. Alaaa senyum kan sedekah. Padahal sebenarnya syok sendiri jek Haih. Fikir lah sendiri.
Tentu semua orang pernah dengar, sabda Rasulullah, apabila mati seorang manusia, akan terputus daripadanya segala amalan kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
Alah, dia takde anak, sebab tu lah dia kena ambik point sedekah jariah tuh. Takut dah mati nanti takde bekalan. Isy isy isy kiter tau ke dia beri sedekah jariah tu atas nama siapa? Tah2 dia sedekah tu atas nama mak dia yang dah meninggal ke, dengan mak2 dia sekali dapat pahala nya tau. Sekurang2 nya, daripada 3 perkara tu, dia dapat 1. Tah2, 2 sekali untuk perkara kedua. Ok lah kan. Daripada nak dapat kan yang ketiga tu, belum tentu kita sempat mendidik nya sampai jadi anak yang soleh. At least perkara 1 dan 2 tu boleh dibuat sendiri. Tiada syarat. Tak payah bergantung kepada anak tu. Tapi kalau dapat semua lagi baik. Syukur lah. Eh, betul ker pandangan aku ni ek?
Aku mengingatkan diri sendiri sebenarnya.
Friday, 8 January 2010
Allah Memberi Untuk Kita Memberi
Hasil karya AyunasiA pada 10:13 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment