Tengahari tadi, lebih kurang jam 1.30, kb aku bagitau, sultan johor mangkat! Hah? terkujat aku. Mana tau? Dia dapat sms from someone.
Pastu, aku terus update status di fb. Huh! Tak pepasal aku yang kena. Takut sungguh la korang ni, aku sebarkan berita palsu dan didakwa di mahkamah. Berani nyer ko! Ala, bukannya aku cakap komfem dah mangkat. Cuma dengar2 gitu jek. Takde angin, masakan pokok bergoyang, kan. Dah tentu2 orang lain yang akan aku tuduh kalo aku dituduh hihihi. Eh, boleh ker? Aku suh la kb aku tu tunjukkan sms yang dia dapat tu. Nanti, kawan dia tu lah yang kena dulu, kan? Huiii tak bertanggungjawabnyer... Lantak korang la.
Tak lama selepas tu, kawan aku pon calling2 kerabat untuk memastikan kesahihannya. Memula dikatakan dah 'brain dead" (tq kawan ku, dr z, yang bagi medical term ini), bergantung pada support jek. Belum declare lagi. So, kami pon menunggu.
Isy isy isy boleh pulak dibuat lawak benda2 macam ni ek. Ada yang kata, derang tunggu malam ahad baru nak buang support tu, nak kasik cuti ari isnin. Ada yang kata, nak panggil anak cucu balik tengok dulu, baru nak cabut. Macam2 spekulasi. Masa aku dengar berita tu tadi, surau aku tengah baca doa solat jumaat. Ermmm masih lagi doa mendoakan sultan ku dipanjangkan umur. Kot makbul, memang merasa lah cuti ari isnin.
Lebih kurang kul 4pm, kawan tadi bagitau, ku yem dah naik memangku, sultan diberitakan gering. Ok, mungkin sama macam sultan kelate gak kot. Kan aritu baginda gering gak dan anakanda nyer memangku, kan? Sekarang macam dah nak baik dah. Tapi aku percaya kes negeri ku ini tidak sama.
Lebih kurang sebelum balik keje kul 5pm, dah kuar kat radio pasal pemangkuan tuh. Kami harapkan radio best 104 jek. Masa tengahari tu, katanya best 104 pasang lagu omputehhhhh jek sejak pagi. Macam pelik jek? Time balik, dalam kete, pon aku dengar lagu omputehhhh je. Takde suara dj or iklan pon. Kalo dah komfem, mesti dah ngaji2 ek? Redio johor lagi lah. Macam takde apa2 berlaku je bunyiknya.
Sampai rumah, aku terus delete status tu. Takut jugak hihihi. Alaaa korang ar. Takut2 kan. Nyampah.
Sampai la ke pukul 10pm, masih takde berita sahih kat tv. Katanya radio dah ngaji dah. Kendian, encik hairul dapat mesej dari Anak Johor, mengesahkan berita sebenar. Ada yang kata 7.08pm, ada kata 7.10pm, yang latest kata, 7.15pm. Bila2 lah. Bagi aku, aku percaya 1.30pm lagi dah...
Al-Fatihah...
Friday, 22 January 2010
Dari Dia Kita Datang, Kepadanya Kita Kembali
Hasil karya AyunasiA pada 11:30 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment