Sejak selepas pilihanraya yang lepas, aku dah berkira2 untuk menukar pusat mengundi. Bukan tak sayang kampung halaman, tapi, banyak faktor2 lain turut mendorong perkiraan ini.
Satu, kalau teruskan di kampung halaman, alamatnya, tak merasalah aku mengundi sepenuhnya macam orang lain. Kalau tak dun je, parlimen je. Tak pon, 2-2 pon tak mengundi. Tak competitive langsung. Aku dah layak mengundi 2 kali. Pertama kali, langsung tak merasa mengundi. Yang 2nd tu, ok lah, boleh la, undi dun jek. Tapi, tetap tak syok. Memang ketandusan pemimpin sungguh la. Dah lah, undi satu keping jek, result nya pon antara yang paling awal. Tak mendebarkan langsung. Walo pon mungkin, ye lah, hampir mustahil untuk pihak lawan menandingi, tapi at least, lawan lah. Aku rasa bajet kempen paling murah ar tempat tu. Takyah beriya2 sangat pon takper. Aku berharap sangat pemimpin yang aku undi tu, ialah kawan2 yang aku kenal. Ok apa? takyah la baya2 aku, baya2 kakak2 abang2 aku ke. Orang muda. Nape? Tak bleh ek? Kena tua2 baru bleh memimpin? Kalo dapat cam nughul izzahh tu, aku rasa, orang tua pon ramai nak undi dia hikhikhik. Oleh sebab itu, meneruskan pengundian di kampung halaman bukan lah sesuatu yang menarik buat masa ini.
Dua, aku tak tinggal di sana. Bermakna, segala pembangunan atau pon keruntuhan di sana, tidak memberi kesan kepada diri ku. Siapa pun pemimpin di sana, tiada kena mengena dengan hidupku sehari2. Tetapi, lebih kepada kedua orang tua ku. Itu pon, entah, apa yang derang dapat, aku pon tak tau. Entah berbaloi ke tidak. Buatnya, generasi2 muda ni pakat undi di kampung, dan memilih pihak yang satu lagi, orang2 tua jugak yang merasa kesannya. Kalau baik, bagus la. Kalau sebaliknya? Huhuhu tak pepasal timbul isu mak bapak buang anak kehkehkeh. Jadi, lebih baik lah aku mengundi di mana aku duduk, ye tak? Sendiri undi, sendiri rasa. Padan muka.
Tiga, kawasan tempat tinggal aku sekarang ni, telah membangun dengan pesat nya. Seiring pembangunan pusa pengajian tinggi dan sebuah lagi pusat latihan yang baru dibuka. Jadi, lebih ramai orang luar telah tinggal di sini. Dan aku rasa, orang2 luar ni pon ramai yang berkeinginan seperti ku. Ye lah, kalo pusat latihan tu, mungkin la keje nya tak tetap di situ. Ada banyak cawangan lain. Tapi, kalau pusat pengajian tinggi yang satu tu, kat situ lah duduknya dia. Jadi, staf di situ pun kebanyakannya dah 'settle down' di sini. Jadi, memang lah perlu pemimpin di situ terdiri daripada pemimpin pilihan mereka sendiri.
Ah, aku dah faham dah pe'el derang nih. Cakap tak serupa bikin. Tengok je arituh. Kan aku ada citer pasal taman aku buat perasmian skim meronda2 malam tu kan. Ingat lagi? Dia janji nak bagi peruntukan rm3k untuk tujuan tu. Hampasssssss. Sampai sekarang, non ado bayang nya. rm3k ke mana, skim ronda2 pon ala2 tinggal bebayang je lah. Sudahnya, pondok kecil beratap rumbia dah jadi port lepak2 budak2 isap rokok je aku nengok. Sepatutnya, duit tu boleh la digunakan untuk pondok kecil beratap rumbia itu diperindahkan sikit. Bukan apa. Kalo la dia bagi apa yang dia nak bagi, mungkin la orang pon bersemangat nak menjaga. Bukan lah mintak bayaran, nama pon sukarela kan. Tapi, bila mendapat kerjasama dari pemimpin, kita nak ponteng2 pon rasa malu. Ye dak? Huh, dari undi, masuk bab meronda pulak ek hihi.
Tapi, langkah ni juga membawa keburukan. Satu, semasa pilihanraya lah sahaja masanya aku berpeluang masuk ke sekolah rendah ku. Oh, nostalgia nyer. Tambahan pulak, semenjak era fb ni kan, dapat jumpa ramai kawan2 lama. Time tu lah kot boleh bergather2. Penggal lepas, aku jumpa 2-3 orang je. Tu pon kawan dekat2 rumah. Mungkin sebab aku pegi tu pepagi. Alah, entah2 derang pon dah tukar pusat mengundi, ek? Aku je emo sensorang. Eh, benda ni best sekejap je lah. Yang penting 5 tahun kita nak berada di bawah kepimipinan itu. Takat nak together2, hari raya pon boleh, what... Takyah tunggu pilihan raya pon. Betul jugak, kan? Tapi, perasaan nya lain la...
Isy, tetiba ilang plak idea pasal keburukannya. Apa ek? Lenkali la, kalo teringat aku tulis lagi. Ni dah lama tak update, kena gak update sekarang. Walo pon takde orang baca, aku adalah pembaca blog ku sendiri. Sanggup bersengkang mata membaca entry sendiri tau. Bukan sebab nak naikkan rating nanang. Saje, perasan sendiri. Well...
Monday, 25 January 2010
Pusat Undi
Hasil karya AyunasiA pada 4:30 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment