Aku bertanya kerana aku rasa, semua orang pernah atau selalu mengalaminya. Terutamanya dengan pasangan masing2. Kawan, boifren/gelfren, tunang, suami/isteri. Adik beradik pon boleh berlaku, tapi takde la rasa gedik sangat seperti ngan pasangan hikhik. Dan bila ia berlaku, kita akan rasa, oh, so sweet! gitu.
Telepathy? Chemistry? 6 sense? Instinct? Kebetulan? Tak kisah la apa pon namanya. Yang aku maksudkan tu, hah, betul la apa yang tengah korang pikir tu (ayat terbaik sebab malas nak pikir cemana nak explain). Ha, yang tu lah. Ok.
Yang paling kerap berlaku pada aku, bila aku nak sms encik suami, time tu jugaklah aku akan dapat sms dari dia. Ni waktu belum mula ber sms ya. Kalo tengah berbalas2 sms tu logik la kalo tak sabar2 nak balas atau dua2 nak hantar 2 sms berturut2 atau pon terlupa 1 point dan terpaksa sms lagi. Maksud aku, tengah2 dok dendiam, tiba2 terasa nak sms dia dan sedang menaip kata2 itu, dapat sms masuk dari si dia. Tu kerap kali juga berlaku. Tapi, ah, biasa lah kan? Instinct. Selain sms, calling pon selalu jugak. Kadang tu, kiter tak call, tapi tengah aku tersebut nama mu dalam ingatan ku, tiba2 dia call.
Tapi semalam lain sikit. Hampir sama, tapi tak serupa. Instinctnya naik 1 tahap dari yang biasa hehe. Gini.
Petang semalam, dalam kete, sedang driving, dengan fikiran menerawang jauh, sambil memikirkan apa nak dimasak balik ni, aku pon mendapat idea. Masak nasik goreng je lah. Tengahari tadi dah makan nasik laju. Ya, makan secara pantas kerana mengejar masa atau sesuatu. Bukan gelojoh :P . Perut pun masih terasa2 lagi paru goreng berlada yang aku santap tadi. Maknanya dia belum hadam tu. So, takleh masak best2.
Semalam ialah hari rabu. Ada pasar malam bandar u. Eh, kenapa namanya bandar u ek? Tak macam bandar pon. Pekan pon tak sampai. Nama tak nak kalah tu.
Aku berkira2 gak nak pegi pasar malam tu. Tapi, bila pikirkan, tengahari tadi suami ku dah makan ikan keli goreng, takkan la malam pon nak makan ikan keli jugak? Kenapa? Sebab kalo gi pasar malam tu, mesti dia akan beli nasi ambeng akak smiling face dengan lauk ikan keli goreng. Eh, ada tak aku bagitau, aritu kami gi perantin kat taman r0bena, jumpa akak smiling face nih? Rupanya dia duk situ. Okeh, maka, aku pon tak jadi nak mengusulkan untuk pergi ke pasar malam ni.
Ok, kalo dia yang ajak pegi pasar malam, tu bukan instinct. Tu dah macam rutin plak, kan? Tak aci lah kalo nak dinamakan instinct jugak. Ni lain sket. Sambung balik part dalam kete tadi ek.
Ok, dah dapat idea nak masak nasi goreng, pikir pulak, ada tak ramuannya? Cili? Ikan bilis? Bawang? Nasik (boleh masak)? Telur? Alamak! Telur tinggal sebijik. Tak best ar nasik goreng tanpa telur yang banyak. Ingat lagi? Aku dah tak lalu jalan parit r0j0 darat lagi dah. Dah tak lalu kedai ain ebergrin dah. Camne nak beli telur? Apa susah. Lalu je lah. Hehehe malas.
So, aku pon capai henbeg di sisi. Ok, bukan di seat sebelah ya. Aku sangat berhati2 sekarang. Anggap semua orang adalah peragut. Letak henbeg betul2 kat sebelah paha kanan. Kadang2 di atas paha. Ahad lepas, student aku kena ragut. Tengah turun dari motor, depan rumah, terus kena sambar. Trauma katanya. Takleh tido malam. Aku kata, awak ngaji la, baca Yasin ke, nanti ok la.
Kemudian, aku pon meraba2 henbeg. Henfon aku terletak di dalam satu beg comel dari turki pemberian rakan sekerja. Kena bukak zip bagai. Mana nih? Sebelum balik keje tadi, aku pergi surau, ada ceramah agama. So, aku silent kan la. Lupa lak nak 'general' kan semula. Tengah meraba2 tu, tiba2 terasa vibration. Hah! Jumpa pon. Cecepat ambik henfon dan tengok skrin. E'eh? 'baby' is calling. Hikhikhik gedik tak? Uwek!
Ok, ok, tu memang ayat yang meloyakan. Tapi bukan itu pointnya. Dan bukan itu maksud entry ni. Sajer nak kasik korang menyampah dan menyumpah ekekekek. Kan ni tengah citer pasal instinct tadi, kan? Ok, baca tajuk entry sekarang. ... biler berlaku perkara sedemikian? Dan aku pon terus kepochi2 ngan dia tentang kebetulan ini. Hmmm...
Jadi, kesimpulannya, instinct, telepathy dll tu memang berlaku. Huh! Aku memang lemah bab kesimpulan nih.
Thursday, 28 January 2010
Best, kan?
Hasil karya AyunasiA pada 2:03 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 komen:
bile ko citer mcm ni, aku mcm alami semacam 'deja vu' jek!
uih, 'butterfly effect' btol.
ayu..instict..memang ada..ada yang bolih rasa dan ada yang tidak..kalau dah lama berumah tangga tu..bukn nak kata instict dah..tapi keserasian jiwa..kadang kita tak bagi tua apa yang kita inginkan..tiba2 dia bawak balik..
adi: deja vu lain kot. deja vu rs mcm pernah alami perkara itu sebelum ini.
erna: betul betul betul
ye la asiah, aku mcm pernah alami org citer menda mcm ni . maybe kat blog jugak. same topic, same example..
ayokk..
Post a Comment